Telegram Web Link
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.

β€œKita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rasuah-lesen-cari-gali-kerajaan-sabah-tidak-akan-campur-tangan-serah-kepada-proses-undangundang-527364
πŸ‘16πŸ‘Ž13❀3πŸ”₯3
Saluran penyiaran Britain, Channel 4 akan menayangkan sebuah dokumentari mengenai pengalaman petugas perubatan di Gaza selepas BBC menarik diri daripada menyiarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dokumentari bertajuk "Gaza: Doctors Under Attack" itu pada asalnya ditugaskan oleh BBC lebih setahun lalu kepada syarikat penerbitan bebas, Basement Films.

BBC kemudiannya memutuskan untuk tidak menyiarkannya atas alasan dokumentari itu boleh mencetuskan "tanggapan berat sebelah yang tidak selari dengan piawaian tinggi yang sewajarnya dijangkakan oleh orang ramai."

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/bbc-tolak-dokumentari-gaza-channel-4-ambil-alih-siaran-527314
πŸ‘Ž27πŸ”₯2πŸ‘1
Israel menghantar mesej berunsur ugutan kepada beberapa pegawai kanan politik, ketenteraan dan keselamatan Iran pada hari pertama serangan terhadap negara itu, kata penasihat tertinggi kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara pada Ahad, Ali Larijani berkata matlamat Israel bukan sekadar menyasarkan struktur politik dan ketenteraan, tetapi juga secara langsung mengugut kepimpinan Iran bagi melemahkan struktur negara secara pantas.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-ugut-kepimpinan-iran-pada-hari-pertama-serangan-penasihat-tertinggi-527347
πŸ‘Ž20πŸ”₯7πŸ‘3❀1
Sidang media laporan akhir siasatan berkenaan insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights di Foyer, Bangunan SUK Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

#AWANInews

πŸ“Έ @shahiromar / Astro AWANI
πŸ‘Ž52πŸ‘4
Tren pertama bagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dipertontonkan dalam sesi pratonton rasmi di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), pada Isnin.

RTS Link dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027 dengan masa perjalanan hanya lima minit antara Stesen Bukit Chagar, Johor dan Stesen Woodlands North, Singapura.

Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tren-pertama-rts-link-hubungkan-johor-bahru-dan-singapura-diperkenal-527346
πŸ‘29πŸ‘Ž5❀4πŸ”₯3
Dunia e-sukan tidak lagi boleh dianggap sekadar hobi atau aktiviti santai bagi golongan muda, sebaliknya, ia kini berkembang pesat menjadi sebuah industri yang menuntut komitmen sepenuhnya, ketahanan mental dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pemain.

Menurut Pemilik Bersama pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG OG), Simon Lim Swee Teck, e-sukan melangkaui batas hiburan sosial dan kini setanding dengan sukan lain dari segi tuntutan prestasi, pengurusan dan pengorbanan masa.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/esukan-memerlukan-semangat-dan-komitmen-yang-tinggi-527138
πŸ‘9πŸ‘Ž4
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekumpulan anggota daripada pertubuhan bantuan IHH telah menyelamatkan seorang lelaki warga emas di bahagian barat Turkiye pada Ahad apabila api daripada kebakaran hutan menghampiri kediaman lelaki tersebut.

Seorang penyelamat mengangkat kerusi roda manakala seorang lagi menggendongnya menaiki tangga, menjauhkannya daripada kebakaran yang sedang marak. Mereka kemudiannya menolak kerusi roda tersebut keluar dari kawasan berkenaan, menjauhkan mangsa daripada api yang telah membakar rumahnya.

Beberapa kampung dan kejiranan telah dipindahkan, manakala 21 individu yang terjejas telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan, kata menteri tersebut.

#AWANInews
❀17πŸ‘2
Pasukan polis mengambil masa hampir sejam bagi memusnahkan sebutir bom yang ditemui di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di Ipoh pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat awal penemuan bom lama jenis 'Ariel' itu diterima daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar jam 9.30 pagi.

"Pengadu yang berusia 51 tahun ketika itu sedang membersihkan pokok-pokok dan rumput di kawasan tersebut sebelum menjumpai sebutir bom.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/laluan-terowong-menora-ditutup-bom-ditemukan-di-tepi-lebuh-raya-527375
πŸ”₯16πŸ‘5❀2
Suruhanjaya Tenaga telah mengemas kini struktur tarif elektrik bagi semua kategori pengguna di Semenanjung Malaysia yang memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai kadar caj berdasarkan jenis penggunaan, merangkumi pengguna domestik, komersial, perindustrian, serta sektor pertanian dan bekalan sementara.

Struktur tarif elektrik baharu mulai 1 Julai 2025 diperkenalkan bertujuan menjadikan bil lebih jelas, adil dan mencerminkan keadaan pasaran sebenar.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-baharu-elektrik-apa-yang-perlu-diketahui-pengguna-mulai-1-julai-2025-527371
πŸ‘Ž47πŸ‘10❀4πŸ”₯2
Pelantikan Iskandar Zulkarnain, 33, itu diumumkan Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia pada Isnin.

"Iskandar Zulkarnain akan memulakan tugasnya pada 1 Oktober ini. Rundingan sedang berjalan dan akhirnya minggu lepas kita dapat memuktamadkan dan beliau akan pulang dari Ireland," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/bam-lantik-iskandar-zainuddin-sebagai-jurulatih-perseorangan-527382
πŸ‘12❀3πŸ‘Ž2πŸ”₯2
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 akan mempertimbangkan keperluan sebenar peniaga kecil berbeza dengan peraturan sedia ada yang mengehadkan penggunaan LPG bersubsidi tidak melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa.

Beliau berkata satu sesi libat urus bersama pihak bekerpentingan akan dijalankan bermula esok hingga 31 Okt ini selari dengan pelaksanaan Op Gasak, bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan pindaan berkenaan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-mikro-makanan-minuman-dijamin-terus-nikmati-manfaat-lpg-bersubsidi-armizan-527383
πŸ”₯6❀4πŸ‘Ž2πŸ‘1
Tidak kewajaran untuk parti-parti dalam kerajaan perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti gabungan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi mengelak tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘12πŸ”₯8πŸ‘Ž6❀1
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 550 rakyat Palestin telah terkorban ketika cuba mendapatkan makanan di pusat pengagihan bantuan Israel-Amerika.

Sejak pusat-pusat ini diwujudkan akhir bulan lepas, ia menjadi kawasan berbahaya yang digambarkan oleh kumpulan hak asasi manusia dan pemerhati sebagai "perangkap pembunuhan beramai-ramai" yang turut mendedahkan orang awam kepada penghinaan, pemindahan paksa dan penderitaan kemanusiaan yang semakin mendalam.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/10-rakyat-palestin-terkorban-dalam-serangan-udara-israel-terhadap-gudang-bantuan-di-gaza-527386
πŸ‘Ž17πŸ”₯8❀3πŸ‘1πŸ‘1
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai berdekatan Kampung Gayung di sini petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa TPgB II Alam Nasut Ilias berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.58 petang.

"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.06 petang.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lemas-ketika-mandi-sungai-bersama-rakan-527400
πŸ”₯4πŸ‘1
Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual pada Ogos ditunda kepada 26 hingga 29 Nov, mengambil kira persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/tarikh-perhimpunan-agung-umno-ditunda-kepada-2629-nov-527418
πŸ‘Ž34πŸ‘9
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertemu pihak pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan susulan peningkatan kebimbangan para ibu bapa dengan trend Personal Knockout Battle, atau PK Battle, dalam kalangan golongan muda.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pihaknya memandang serius kebimbangan ibu bapa mengenai jumlah wang yang dibelanjakan anak mereka bagi membeli 'gift' atau hadiah dalam aplikasi tersebut semata-mata untuk menyertai trend itu.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan pagi tadi dan pihaknya menjangkakan wakil TikTok akan hadir memberikan maklum balas dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya minggu ini.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pk-battle-mcmc-minta-tiktok-beri-penjelasan-527399
πŸ‘13πŸ‘Ž7❀6πŸ”₯5
2025/07/08 21:14:33
Back to Top
HTML Embed Code: