Telegram Web Link
Sidang media laporan akhir siasatan berkenaan insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights di Foyer, Bangunan SUK Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

#AWANInews

📸 @shahiromar / Astro AWANI
Tren pertama bagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang bakal menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dipertontonkan dalam sesi pratonton rasmi di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC), pada Isnin.

RTS Link dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027 dengan masa perjalanan hanya lima minit antara Stesen Bukit Chagar, Johor dan Stesen Woodlands North, Singapura.

Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dan Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Jeffrey Siow.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tren-pertama-rts-link-hubungkan-johor-bahru-dan-singapura-diperkenal-527346
Dunia e-sukan tidak lagi boleh dianggap sekadar hobi atau aktiviti santai bagi golongan muda, sebaliknya, ia kini berkembang pesat menjadi sebuah industri yang menuntut komitmen sepenuhnya, ketahanan mental dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam kalangan pemain.

Menurut Pemilik Bersama pasukan e-sukan Selangor Red Giants (SRG OG), Simon Lim Swee Teck, e-sukan melangkaui batas hiburan sosial dan kini setanding dengan sukan lain dari segi tuntutan prestasi, pengurusan dan pengorbanan masa.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/esukan-memerlukan-semangat-dan-komitmen-yang-tinggi-527138
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekumpulan anggota daripada pertubuhan bantuan IHH telah menyelamatkan seorang lelaki warga emas di bahagian barat Turkiye pada Ahad apabila api daripada kebakaran hutan menghampiri kediaman lelaki tersebut.

Seorang penyelamat mengangkat kerusi roda manakala seorang lagi menggendongnya menaiki tangga, menjauhkannya daripada kebakaran yang sedang marak. Mereka kemudiannya menolak kerusi roda tersebut keluar dari kawasan berkenaan, menjauhkan mangsa daripada api yang telah membakar rumahnya.

Beberapa kampung dan kejiranan telah dipindahkan, manakala 21 individu yang terjejas telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan, kata menteri tersebut.

#AWANInews
Pasukan polis mengambil masa hampir sejam bagi memusnahkan sebutir bom yang ditemui di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di Ipoh pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat awal penemuan bom lama jenis 'Ariel' itu diterima daripada seorang pekerja kontrak yang menjalankan kerja-kerja pembersihan sekitar jam 9.30 pagi.

"Pengadu yang berusia 51 tahun ketika itu sedang membersihkan pokok-pokok dan rumput di kawasan tersebut sebelum menjumpai sebutir bom.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/laluan-terowong-menora-ditutup-bom-ditemukan-di-tepi-lebuh-raya-527375
Suruhanjaya Tenaga telah mengemas kini struktur tarif elektrik bagi semua kategori pengguna di Semenanjung Malaysia yang memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai kadar caj berdasarkan jenis penggunaan, merangkumi pengguna domestik, komersial, perindustrian, serta sektor pertanian dan bekalan sementara.

Struktur tarif elektrik baharu mulai 1 Julai 2025 diperkenalkan bertujuan menjadikan bil lebih jelas, adil dan mencerminkan keadaan pasaran sebenar.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tarif-baharu-elektrik-apa-yang-perlu-diketahui-pengguna-mulai-1-julai-2025-527371
Pelantikan Iskandar Zulkarnain, 33, itu diumumkan Presiden BAM Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia pada Isnin.

"Iskandar Zulkarnain akan memulakan tugasnya pada 1 Oktober ini. Rundingan sedang berjalan dan akhirnya minggu lepas kita dapat memuktamadkan dan beliau akan pulang dari Ireland," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/bam-lantik-iskandar-zainuddin-sebagai-jurulatih-perseorangan-527382
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 akan mempertimbangkan keperluan sebenar peniaga kecil berbeza dengan peraturan sedia ada yang mengehadkan penggunaan LPG bersubsidi tidak melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa.

Beliau berkata satu sesi libat urus bersama pihak bekerpentingan akan dijalankan bermula esok hingga 31 Okt ini selari dengan pelaksanaan Op Gasak, bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan pindaan berkenaan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/peniaga-mikro-makanan-minuman-dijamin-terus-nikmati-manfaat-lpg-bersubsidi-armizan-527383
Tidak kewajaran untuk parti-parti dalam kerajaan perpaduan mengambil mana-mana ahli dalam kalangan parti gabungan itu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi mengelak tercetusnya prasangka dan ketidakharmonian dalam kerajaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 550 rakyat Palestin telah terkorban ketika cuba mendapatkan makanan di pusat pengagihan bantuan Israel-Amerika.

Sejak pusat-pusat ini diwujudkan akhir bulan lepas, ia menjadi kawasan berbahaya yang digambarkan oleh kumpulan hak asasi manusia dan pemerhati sebagai "perangkap pembunuhan beramai-ramai" yang turut mendedahkan orang awam kepada penghinaan, pemindahan paksa dan penderitaan kemanusiaan yang semakin mendalam.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/10-rakyat-palestin-terkorban-dalam-serangan-udara-israel-terhadap-gudang-bantuan-di-gaza-527386
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas selepas mandi bersama empat rakannya di sungai berdekatan Kampung Gayung di sini petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa TPgB II Alam Nasut Ilias berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.58 petang.

"Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.06 petang.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-lemas-ketika-mandi-sungai-bersama-rakan-527400
Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang dijadual pada Ogos ditunda kepada 26 hingga 29 Nov, mengambil kira persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan berkata persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/tarikh-perhimpunan-agung-umno-ditunda-kepada-2629-nov-527418
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertemu pihak pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan susulan peningkatan kebimbangan para ibu bapa dengan trend Personal Knockout Battle, atau PK Battle, dalam kalangan golongan muda.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata pihaknya memandang serius kebimbangan ibu bapa mengenai jumlah wang yang dibelanjakan anak mereka bagi membeli 'gift' atau hadiah dalam aplikasi tersebut semata-mata untuk menyertai trend itu.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan pagi tadi dan pihaknya menjangkakan wakil TikTok akan hadir memberikan maklum balas dalam tempoh terdekat, selewat-lewatnya minggu ini.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-pk-battle-mcmc-minta-tiktok-beri-penjelasan-527399
Gunung Fuji, puncak tertinggi di Jepun, akan dibuka untuk musim mendaki musim panas tahun ini pada awal Julai dengan yuran dan sekatan baharu, lapor Jiji Press.

Mulai tahun ini, kedua-dua Wilayah Shizuoka dan Yamanashi di tengah Jepun, di mana gunung itu terletak akan mengenakan bayaran 4,000 yen (AS$25) seorang bagi pendaki yang melepasi stesen kelima.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/musim-mendaki-di-gunung-fuji-bermula-dengan-peraturan-baharu-527394
Hari ini 28 tahun yang lalu, Hong Kong dikembalikan kepada China oleh British.

Campur tangan British di semenanjung dan kepulauan kecil di wilayah Canton itu bermula dengan tercetusnya Perang Candu Pertama pada 1839. Dinasti Qing tewas, dan terpaksa menyerahkan Hong Kong dengan termeterainya Konvensyen Chuenpi pada 1841.

Walaupun perang tamat dengan terbentuknya Perjanjian Nanking pada 1842, China kembali menentang dalam Perang Candu Kedua (1856-1860) namun kalah sekali lagi dan dipaksa menyerahkan Semenanjung Kowloon dan kepulauan sekitarnya.

Hong Kong di bawah jajahan British menjadi pintu gerbang komersial dan hab perdagangan Timur-Barat serta pusat edaran untuk selatan China. Pada 1 Julai 1898, tempoh jajahan British di wilayah itu dilanjutkan lagi 99 tahun hasil Konvensyen Peking Kedua.

Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Hong Kong ditawan Jepun dari 1941 hingga 1944. Namun ia kembali ke tangan British, dan kekal di bawah kuasa imperialis Barat itu biarpun tanah besar China menempuh pelbagai pergolakan politik sepanjang kurun ke-20.

Selepas pelbagai episod rundingan, akhirnya pada 19 Disember 1984, British menandatangani satu perjanjian formal untuk menyerahkan semula Hong Kong kepada China pada 1997 dengan syarat sistem kapitalis di Hong Kong dikekalkan.

Ketua Eksekutif kerajaan baharu Hong Kong, Tung Chee Hwa merumuskan sebuah polisi berdasarkan konsep ‘satu negara, dua sistem’, di mana Hong Kong menjadi wilayah pentadbiran khas kerajaan China yang kekal dengan sistem ekonominya tersendiri.

Tepat jam 12 tengah malam 1 Julai 1997, secara rasminya British melepaskan Hong Kong dalam satu upacara yang dihadiri oleh Perdana Menteri UK Tony Blair, Putera Charles, Presiden China Jiang Zemin, dan Setiausaha Negara AS Madeleine Albright.

Upacara tersebut menandakan berakhirnya pendudukan British di Hong Kong selama 156 tahun yang juga menandakan pengakhiran muktamad buat Empayar British.

Sumber: History

#PeristiwaHariIni
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berpuas hati dengan kemajuan Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diterajui kementeriannya.

Beliau berkata inisiatif itu mencatatkan permulaan yang memberangsangkan pada tahun pertamanya, dengan RM11 bilion disalurkan ke sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

"Saya cukup gembira... Kami bermula pada Ogos tahun lepas dan kami meletakkan (sasaran) RM120 bilion dalam tempoh lima tahun, dan kini ia dapat menterjemahkan komitmen RM11 bilion daripada penyaluran modal, (jadi) saya sangat gembira," katanya.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/musim-mendaki-di-gunung-fuji-bermula-dengan-peraturan-baharu-527394
Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Danny Danon, menegaskan bahawa operasi ketenteraan di Gaza akan diteruskan sehingga kesemua 50 tebusan Israel yang masih ditahan dibebaskan sepenuhnya.

Kenyataan itu dibuat dalam satu sidang media di ibu pejabat PBB, di tengah-tengah tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk mencapai gencatan senjata.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/perang-gaza-belum-tamat-tanpa-pembebasan-tebusan-duta-israel-527428
Lubnan pada Isnin mendakwa Israel melanggar Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan menduduki lima bukit di selatan negara itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Presiden Lubnan Joseph Aoun mengadakan pertemuan di Beirut dengan Mejar Jeneral Diodato Abagnara, Komander Pasukan Pengaman PBB (UNIFIL) yang baru dilantik, menurut kenyataan Pejabat Presiden.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/lubnan-gesa-israel-berundur-dari-lima-pos-sempadan-527421
Sekurang-kurangnya 583 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 4,000 cedera sejak 27 Mei lalu ketika menunggu bantuan makanan di pusat agihan yang dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Foundation (GHF), menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Insiden ini berlaku di tengah-tengah krisis kebuluran yang semakin meruncing di wilayah yang dikepung itu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/hampir-600-rakyat-palestin-terbunuh-di-pusat-bantuan-527433
2025/07/02 04:11:29
Back to Top
HTML Embed Code: