Telegram Web Link
โค10๐Ÿ‘4๐Ÿ”ฅ2๐Ÿ‘1
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) intelektual, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Tanah Merah atas pertuduhan membunuh seorang warga emas di Kampung Buluh pada 19 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-oku-dituduh-bunuh-lelaki-warga-emas-527448

#AWANInews
๐Ÿ”ฅ10โค1
Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Selasa menggantung Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra daripada menjalankan tugas sementara menunggu keputusan kes mahkamah yang mencabar tugasnya sebagai pemimpin negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ‘22๐Ÿ‘Ž5๐Ÿ”ฅ4โค2๐Ÿ‘1
Polis percaya suspek utama dalam kes pembunuhan seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya minggu lalu memang mempunyai niat jahat terhadap mangsa dan mengambil kesempatan ketika mangsa tinggal bersendirian di apartmennya pada hari kejadian.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ13
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.

Mohd Shuhaily yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman yang memberikan mandat khusus berkaitan urusan pentadbiran AKPS.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-shuhaily-tekad-perkukuh-operasi-akps-tingkat-kawalan-sempadan-527457

#AWANInews
๐Ÿ‘21๐Ÿ‘Ž11๐Ÿ‘6๐Ÿ”ฅ2
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.

Beliau berlepas melalui Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2.20 petang menerusi penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-delegasi-berlepas-ke-itali-mulakan-siri-lawatan-rasmi-dan-sidang-kemuncak-brics-527486

#AWANInews
๐Ÿ‘Ž68โค18๐Ÿ‘8
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
๐Ÿ”— https://bit.ly/4nr4jmL
๐Ÿ”ธ *Mayat dua beranak reput:* Jiran dedah mangsa tertekan 'hilang' suami
๐Ÿ”ธAsia Barat akan runtuh tanpa Israel - Netanyahu
๐Ÿ”ธPenggodam berkaitan Iran ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ท ugut dedah e-mel pembantu Trump, FBI lancar siasatan

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
๐Ÿ‘Ž2โค1๐Ÿ”ฅ1
Wanita yang ditemui hampir reput bersama anak perempuannya di sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir di George Town malam Isnin dipercayai mengalami tekanan emosi sejak suaminya dipenjarakan beberapa bulan lalu.

Seorang jiran berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, wanita berkenaan semakin tertekan apabila bekalan elektrik di rumah sewanya dipotong akibat kegagalan membayar bil sejak beberapa bulan lalu.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-dua-beranak-reput-jiran-dedah-mangsa-tertekan-hilang-suami-527465

#AWANInews
โค8๐Ÿ”ฅ4
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Selasa mengesahkan sabitan membunuh terhadap Kol Dr R.Kunaseegaran, 62, S.Nimalan, 31 dan S. Ravi Chandran, 53.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-bunuh-kevin-morais-mahkamah-persekutuan-kekalkan-hukuman-mati-bekas-pakar-patologi-527494

#AWANInews
๐Ÿ‘27โค5๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ‘2
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan pendirian berhati-hati dan bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada separuh kedua 2025.

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata unjuran ini dibuat berdasarkan petunjuk monetari yang bercampur-campur, ketidaktentuan dasar perdagangan yang berlanjutan serta tekanan inflasi yang masih lemah.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/opr-dijangka-turun-25-mata-asas-pada-separuh-kedua-hlib-527459

#AWANInews
๐Ÿ‘30๐Ÿ‘Ž2๐Ÿ”ฅ2
Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah dalam kes kematian dua beranak yang mayat mereka ditemukan reput dalam sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau luka pada tubuh kedua-dua si mati.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-dua-beranak-mereput-polis-sahkan-tiada-unsur-jenayah-kematian-kekal-sdr-527491

#AWANInews
โค9๐Ÿ”ฅ3
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi gambaran kekal dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung penggantungannya selama enam tahun dalam parti tersebut.

Ahli Parlimen Sembrong itu menegaskan, bahawa keahliannya dalam UMNO tidak berkait dengan kedudukan atau jawatan, sebaliknya melibatkan prinsip integriti, keikhlasan dan keadilan yang menjadi teras perjuangan selama ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-politik/rayuan-bukan-penentuan-kesetiaan-saya-hishammuddin-527518
#AWANInews
๐Ÿ‘70๐Ÿ‘Ž22โค5
Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rayuan Peguam Negara berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya dalam tahanan di rumah.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dalam keputusan sebulat suara, memutuskan bahawa tujuh persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Peguam Negara boleh diadili dan disemak oleh mahkamah.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahanan-di-rumah-mahkamah-persekutuan-tolak-bantahan-najib-terhadap-rayuan-peguam-negara-527512

#AWANInews
โค17๐Ÿ‘16๐Ÿ‘Ž16๐Ÿ”ฅ2
China tegas menolak perbuatan menyalahgunakan bantuan kemanusiaan untuk tujuan ketenteraan serta menggesa Israel menghentikan segala operasi tentera di Gaza serta-merta.

Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong berkata formula "penyelesaian dua negara" merupakan satu-satunya pendekatan realistik bagi merungkai isu Palestin. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) melancarkan debat terbuka mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/china-tolak-sekeraskerasnya-salah-guna-bantuan-kemanusiaan-di-gaza-527500
#AWANInews
โค50๐Ÿ‘Ž6๐Ÿ”ฅ6๐Ÿ‘3
Sepanyol mencatatkan rekod baharu suhu tertinggi pada Jun apabila suhu di El Granado, berhampiran sempadan dengan Portugal, mencecah 46 darjah Celsius pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Suhu panas turut melanda Portugal, manakala Barcelona merekodkan suhu 37.6 darjah, rekod tertinggi Jun di bandar itu walaupun terletak berhampiran laut.

Di Perancis, keadaan darurat diisytihar di seluruh negara dengan 16 jabatan termasuk Paris berada pada tahap merah, iaitu amaran tertinggi daripada Mรฉtรฉo France.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gelombang-haba-landa-eropah-perancis-isytihar-darurat-527551
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ20โค5
Malam Sabtu lalu menyaksikan satu ledakan emosi, lonjakan adrenalin, dan alunan bertenaga oleh Akim & The Majistret (ATM) yang mementaskan konsert 'ATM Rampas Kuala Lumpur'.

Bertempat di Mega Star Arena, Bukit Bintang, sebuah lokasi berprestij di tengah ibu kota, konsert ini menghimpunkan lebih 5,000 peminat yang membanjiri segenap ruang, mencipta satu malam yang sarat dengan muzik dan momen menyentap rasa.

Di sebalik penganjuran beberapa konsert besar lain di sekitar Kuala Lumpur pada malam yang sama, kehadiran ribuan peminat setia menyentuh hati vokalis ATM, Akim Ahmad. Beliau mengakui hampir menitiskan air mata ketika tirai persembahan dibuka, terharu melihat lautan manusia bersorak menyambut kemunculan mereka dengan penuh semangat.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/atm-rampas-kuala-lumpur-simbolik-sedekad-perjuangan-muzik-527509
#AWANInews
๐Ÿ‘Ž14๐Ÿ‘5โค4๐Ÿ”ฅ2
Seramai 222 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikesan menghidap jangkitan HIV pada usia seawal 18 hingga 19 tahun pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata secara keseluruhan sebanyak 1,091 jangkitan HIV direkodkan dalam kalangan pelajar IPT bagi tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-1000-pelajar-ipt-dikenal-pasti-hidap-hiv-sejak-2020-kkm-527516
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ21๐Ÿ‘4โค2๐Ÿ‘Ž2๐Ÿ‘2
Penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian di Perlis masih terlalu rendah sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kelestarian sektor itu pada masa depan, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata berdasarkan dapatan Banci Pertanian 2024, hanya 399 golongan muda berumur antara 15 hingga 30 tahun yang terlibat dalam bidang pertanian daripada jumlah keseluruhan 18,839 individu yang direkodkan menyertai sektor berkenaan di negeri ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penglibatan-golongan-muda-dalam-sektor-pertanian-di-perlis-terlalu-rendah-527515
#AWANInews
๐Ÿ”ฅ6โค1
Aliran trafik di beberapa lokasi di ibu negara dijangka mengalami gangguan sempena penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai ini.

Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar memaklumkan gangguan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini dalam radius satu kilometer dari kawasan KLCC serta di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-trafik-sempena-amm-ke58-dijangka-bermula-jumaat-ini-527544
#AWANInews
๐Ÿ‘Ž18โค4๐Ÿ‘3
2025/07/08 20:51:57
Back to Top
HTML Embed Code: