Telegram Web Link
Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan tugas Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi, susulan persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Rabu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž22πŸ‘8πŸ”₯3❀2πŸ‘1
Penyanyi dan komposer, Ajai tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dikeluarkannya ketika mengulas mengenai isu hak cipta yang melibatkan kumpulan, 4U2C.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, kenyataan yang dikeluarkannya bukan bertujuan untuk menyinggung atau menyekat mana-mana pihak daripada terus berkarya.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/enggan-panjangkan-isu-melibatkan-4u2c-ajai-mohon-maaf-527727

#AWANInews
πŸ‘15❀6πŸ‘Ž1
Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim akan menjalankan tugas Ketua Hakim Negara sehingga jawatan itu diisi, susulan persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada Rabu lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž10πŸ‘9❀5πŸ‘3
Sempadan negara perlu diperkukuh bagi membanteras isu penyeludupan dadah yang semakin membimbangkan, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah kawalan di pintu masuk negara seperti lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat perlu diperketat kerana ia dikenal pasti sebagai antara laluan utama kemasukan bekalan dadah ke dalam negara.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/perkukuh-sempadan-negara-vape-wajar-diharamkan-sultan-abdullah-527741

#AWANInews
πŸ‘74❀14πŸ”₯6πŸ‘1
Arab Saudi dan Indonesia telah menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman bernilai sekitar AS$27 bilion, melibatkan kerjasama sektor swasta dalam bidang tenaga bersih, petrokimia, dan sumber mineral, menurut laporan Agensi Berita Saudi (SPA).

Perjanjian itu dimeterai semasa lawatan rasmi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ke Riyadh, di mana beliau bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/arab-saudi-indonesia-meterai-perjanjian-bernilai-27-bilion-fokus-tenaga-bersih-dan-petrokimia-527743

#AWANInews
πŸ”₯11❀6πŸ‘6πŸ‘Ž3
Polis sedang mengesan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi yang videonya tular di media sosial pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, tindakan pemilik kenderaan terbabit disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 279 dan 341 Kanun Keseksaan serta Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kesan-pemilik-tiga-kereta-halang-laluan-di-lebuh-raya-527758

#AWANInews
πŸ”₯26πŸ‘9❀4πŸ‘4
Microsoft kini mengurangkan sekitar 4% tenaga kerja mereka, memberikan kesan kepada hampir 9,000 orang pekerja.

Langkah ini memberi impak kepada pekerja pada peringkat global, meliputi pelbagai pasukan dan tahap pekerjaan yang berbeza.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-mal...

#AWANInews
πŸ”₯13πŸ‘Ž10πŸ‘3
McDonald’s Malaysia meraikan lebih 1,000 graduan menerusi Majlis Konvokesyen kali ke-5 Akademi Vokasional McDonald’s Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata Program Perantis Vokasional McDonald's Malaysia ialah sebuah usaha memartabatkan belia melalui pendidikan vokasional dengan pengiktirafan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/akademi-vokasional-mcdonalds-malaysia-perkasa-agenda-tvet-527763

#AWANInews
πŸ‘Ž26πŸ‘9❀5πŸ”₯2
OPPO Malaysia melancarkan siri OPPO Reno14 5G, telefon kecerdasan buatan (AI) terbaharu dengan penampilan model Reno14 Pro 5G, Reno14 5G, dan Reno14 F 5G.

Menurut Pengurus Pemasaran OPPO, Jonathan Lim, siri baharu ini menggabungkan teknologi fotografi AI flash dengan reka bentuk dan warna Iridescent Mermaid.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/oppo-lancar-siri-oppo-reno14-dengan-fotografi-ai-flash-dan-reka-bentuk-iridescent-mermaid-527779
#AWANInews
❀7πŸ‘2πŸ‘1
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 4 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/3GjOGNu
πŸ”ΈKPDN panggil *syarikat Ramly Burger dengar penjelasan susulan dakwaan kenaikan harga* - Armizan
πŸ”ΈPolis πŸš” kesan pemilik *tiga kereta halang laluan di lebuh raya*
πŸ”Έ *Jovian Mandagie diisytihar muflis* , gagal bayar pinjaman persahabatan RM5.28 juta

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
πŸ‘Ž2❀1πŸ”₯1
Bukan lagi sekadar suka-suka, tetapi apa sebab anak muda perlu ambil serius untuk jadi pemain profesional e-sukan ini? E-sukan ada masa depan? Dengar diskusi ini di aplikasi Syok!
πŸ‘4
Perbincangan bersama Naib Canselor UTM dan Pengarah UTM International sempena Ambassadors’ Roundtable for ASEAN 2025. Kupasan tentang peranan universiti dalam diplomasi pendidikan serantau serta impak pelancaran Erasmus+ Malaysia Hub terhadap mobiliti akademik dan masa depan pendidikan tinggi ASEAN-EU.

#AWANIPagi #AWANInews
πŸ‘5
Beyond missiles and borders, the true war of our time is unfolding in code, chips, and algorithms.

From AI supremacy to the chip chokehold, discover how the U.S. and China are shaping the world’s futureβ€”one line of code at a time.

#BattleOfTheGiantsWithNabilah
#AWANIinternational

https://youtube.com/shorts/PzYamh99gDk
πŸ‘2
Seramai 109 penumpang bas ekspres dan bas persiaran dikenakan kompaun selepas dikesan tidak memakai tali pinggang keledar dalam operasi khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor selama dua hari bermula Selasa.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Abidin berkata, melalui Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar, sebanyak 675 buah bas ekspres dan persiaran di seluruh negeri diperiksa bagi memastikan pematuhan peraturan pemakaian tali pinggang keledar.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/109-penumpang-bas-dikompaun-tak-pakai-tali-pinggang-keledar-527778

#AWANInews
πŸ‘Ž38πŸ‘6❀2
-*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/3TRbAyO
πŸ”ΈPelajar IPT hidap HIV: Henti normalisasi maksiat - Mohd Na'im
πŸ”ΈHalang laluan lebuh raya: Ejen tarik kereta ditahan
πŸ”ΈLelaki terselamat dalam tembakan sempat turunkan kerusi pemandu

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
πŸ”₯2
Pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, di Jertih atas pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Azrie Yazid, 22, didakwa telah memasukkan dadah ke dalam badannya disyaki jenis Nimetazepam yang tersenarai dalam Bahagian III dan IV Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-bot-terbalik-mengaku-bersalah-ambil-dadah-527790

#AWANInews
πŸ‘9πŸ”₯5❀3
Penyerang sensasi Liverpool, Diogo Jota, telah disahkan meninggal dunia berikutan kemalangan kereta di Sepanyol.

Pemain kebangsaan Portugal dilaporkan telah menaiki kereta bersama adiknya Andre, yang juga seorang pemain bola sepak berusia 26 tahun.

Insiden tragis itu berlaku selepas hanya dua minggu Jota berkahwin dengan teman wanitanya, Rute Cardoso, di Porto.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-sukan/terkini-bintang-liverpool-diogo-jota-meninggal-dunia-527805
❀21πŸ”₯1
Serangan udara Israel ke atas Kafe Al-Baqa di Gaza City pada 30 Jun lalu telah mencetuskan kecaman antarabangsa selepas siasatan mendedahkan penggunaan bom MK-82 buatan Amerika Syarikat seberat 230 kilogram, yang lazimnya digunakan dalam zon konflik ketenteraan.

Menurut laporan media antarabangsa, serpihan bom yang ditemui di lokasi menunjukkan senjata berkuasa tinggi itu digunakan pada kafe dua tingkat yang terletak di kawasan pelabuhan Gaza, yang tidak termasuk dalam arahan pemindahan tentera Israel.

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/israel-didakwa-langgar-konvensyen-geneva-guna-bom-230kg-serang-kafe-gaza-527781

#AWANInews
πŸ‘Ž35πŸ”₯12❀1πŸ‘1
Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi) di sini, hari ini mengisytiharkan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie muflis kerana gagal membayar pinjaman persahabatan (friendly loan) daripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan, semuanya berjumlah RM5.28 juta.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli, selepas membenarkan petisyen pemiutang yang difailkan Cekap Air Sdn Bhd pada 20 November tahun lalu.

Menurut petisyen tersebut, bekas menantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu didakwa gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei 2023, sekali gus melakukan perbuatan kebankrapan dalam tempoh enam bulan sebelum petisyen difailkan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jovian-mandagie-diisytihar-muflis-gagal-bayar-pinjaman-persahabatan-rm528-juta-527796
πŸ”₯13❀3πŸ‘Ž2πŸ‘1
Mekanisme tiga pihak itu mengeluarkan rayuan kemanusiaan kecemasan yang menyeru kepada penghentian segera tindakan genosid, kebuluran, sekatan, pengusiran paksa dan pemusnahan infrastruktur, selain menggesa tindakan pantas untuk memenuhi keperluan kemanusiaan mendesak rakyat Palestin di Gaza.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), ketiga-tiga pihak menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap penderitaan kemanusiaan yang belum pernah berlaku sebelum ini dan semakin meruncing akibat genosid berterusan, pengusiran secara paksa, serta kemusnahan sistematik yang dilakukan oleh pendudukan Israel sejak Oktober 2023.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/oic-liga-arab-dan-kesatuan-afrika-keluarkan-rayuan-kecemasan-untuk-gaza-527806
❀16πŸ‘5πŸ‘Ž2πŸ”₯2
2025/07/13 01:20:07
Back to Top
HTML Embed Code: