Telegram Web Link
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Orly, di Paris bagi memulakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Perancis, Emmanuel Macron selama dua hari ke republik itu.

Sejurus pesawat sewaan khas Malaysia Airlines mendarat di ruangan khas, Anwar diberi sambutan rasmi di Pavillon d'Honneur pada jam 4.10 petang waktu tempatan, pada Khamis.

#AWANInews
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyiapkan garis panduan terbaru industri kecantikan dan akan membawa cadangan itu kepada Kabinet, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Fuziah Salleh.

Beliau berkata garis panduan itu tersedia dengan beberapa penambahbaikan, selaras dengan perkembangan terkini industri berkenaan selepas pihaknya mengadakan libat urus bersama pemain industri selain bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan.

Fuziah berkata garis panduan baharu ini akan memperkemaskan panduan yang digunakan sejak 2013.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/garis-panduan-terbaru-industri-kecantikan-siap-dibawa-ke-kabinet-fuziah-527848
Sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara dan tembakan oleh tentera Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak malam Rabu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza dan pegawai hospital tempatan.

Antara yang terkorban termasuk 38 individu yang sedang menunggu bantuan makanan dan perubatan di beberapa pusat agihan.

Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan satu serangan berasingan telah mengenai Sekolah Mustafa Hafez di Bandar Gaza, yang menjadi tempat perlindungan bagi keluarga pelarian.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/82-termasuk-penerima-bantuan-maut-dalam-serangan-udara-israel-di-gaza-527815
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, iaitu Ching Hin Leong, 46, Tay Wei Bin, 36, Pham Thi Quy, 26, dan Nong Thi Nhinh, 29, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.

Pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengedar dadah jenis pil MDMA seberat 375 gram di lokasi dan waktu sama.

Empat tertuduh berkenaan antara lima individu yang ditahan dalam satu operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Johor di sekitar Johor Bahru Selatan, menyaksikan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM3 juta.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-individu-termasuk-dua-warga-vietnam-didakwa-edar-miliki-lebih-13-kg-dadah-527834
Lebih 30,000 penumpang terjejas selepas syarikat penerbangan tambang rendah Ryanair terpaksa membatalkan lebih 170 penerbangan akibat mogok oleh pengawal trafik udara Perancis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Pegawai Eksekutif Ryanair, Michael O'Leary, sekali lagi menggesa Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, untuk mengambil "tindakan segera" bagi mereformasi perkhidmatan kawalan trafik udara (ATC) Kesatuan Eropah berikutan gangguan ini yang berlaku pada permulaan cuti musim panas Eropah.

O'Leary berkata: "Sekali lagi, keluarga Eropah menjadi tebusan akibat pengawal trafik udara Perancis yang mogok.

#AWANInews

Baca lanjut di:https://www.astroawani.com/berita-dunia/ryanair-batal-170-penerbangan-akibat-mogok-kawalan-trafik-udara-perancis-527853
Bermula Januari 2026, pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang obes atau gagal memenuhi Indeks Jisim Badan (BMI) yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, kata Ketua Pesuruhjaya agensi itu Tan Sri Azam Baki.

Beliau berkata langkah tersebut diambil bagi menekankan kepentingan kesihatan dalam kalangan warga SPRM selain memastikan keterampilan dan kecergasan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.

"Ramai penjawat awam yang mempunyai masalah obesiti atau berat badan berlebihan. Bila lebih berat badan, ia menjejaskan keterampilan, kecergasan dan penyampaian kita kepada orang awam.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-anggota-sprm-obes-tidak-layak-dipertimbang-naik-pangkat-mulai-januari-2026-azam-baki-527850
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata permintaan yang semakin meningkat terutama dalam kalangan penternak ruminan menunjukkan bahawa rumput itu boleh menjadi alternatif lestari bagi menggantikan dedak atau pelet yang mahal.

Beliau berkata hasil Banci Pertanian 2024 turut mendapati rumput itu bukan sahaja menjadi sumber makanan ternakan yang berkhasiat dan kos efektif, malah kini digunakan sebagai bahan mentah untuk biojisim dan tenaga boleh diperbaharui.

"Kos rumput napier lebih rendah berbanding makanan ternakan komersial lain dan harga rumput napier kering lebih murah sekitar 30 sen sekilogram berbanding makanan ternakan komersial yang boleh mencapai lebih 50 sen sekilogram.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanaman-rumput-napier-berpotensi-besar-mampu-kurangkan-kos-makanan-ternakan-dosm-527844
Astro AWANI
Photo
Hari ini 838 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam Pertempuran Hattin.

Sebelum mangkat, Raja Baitulmaqdis Baldwin IV mengikat perjanjian damai dengan Sultan Mesir & Syria Salahuddin. Namun pada Disember 1186, Putera Antioch Reynald de Chatillon melanggar perjanjian itu dengan menyerang rombongan dagang Islam ke Kerak.

Berang, Salahuddin berikrar untuk membunuh Reynald lalu mengumpul kekuatan dari segenap wilayah Ayyubiyah. Sekitar 40,000 tentera dipimpin merempuh tanah jajahan Kristian, bermula dengan menakluk Cresson pada 1 Mei 1187.

Sebagai tindak balas, sekitar 20,000 tentera Salib pimpinan Raja Baitulmaqdis yang baharu Guy de Lusignan mara ke Safurriya & mendirikan kem di sana, bersama Reynald & Balian of Ibelin sebagai panglima kanannya.

Salahuddin menyedari lebih mudah menewaskan musuh dalam pertempuran terbuka berbanding di pangkalan, maka beliau menyerang & menakluk kota Tiberias untuk mengumpan angkatan Salib supaya bergerak dari Saffurya.

Ia berhasil & pada 3 Julai, Guy memimpin tenteranya berarak ke Tiberias. Dalam cuaca panas terik berdebu, mereka diserang oleh pasukan pemanah berkuda Ayyubiyah dari segenap arah, memaksa mereka bermalam di pertengahan jalan sambil terus ditekan.

Pada siang 4 Julai, angkatan Salib yang kehausan & lemah mengubah haluan menuju ke Hattin, di mana ada sumber air. Namun sepanjang perjalanan, mereka terus diasak serangan pemanah ditambah asap daripada pembakaran semak di sekitar oleh tentera Ayyubiyah.

Segenap laluan ditutup oleh barisan tentera Salahuddin, hingga mereka dikepung. Mereka bertempur namun tak berdaya lagi melawan, akhirnya tentera Salib menyerah kalah & Guy dijadikan tawanan perang atas belas Salahuddin.

Namun tidak buat Reynald, yang turut sama ditawan bersama Guy, berkelakuan biadap sebelum akhirnya menemui ajal di tangan Salahuddin sendiri, melunaskan ikrarnya untuk menghukum si pelanggar janji itu.

Kemenangan di Hattin telah meranapkan angkatan tentera Kerajaan Kristian Baitulmaqdis, lantas membuka laluan mudah kepada Salahuddin untuk menakluk kota suci itu pada 2 Oktober 1187.

Sumber: World History, History Today

#PeristiwaHariIni
Seorang pemain bola sepak Palestin, Muhannad Al-Lelee disahkan maut selepas rumah keluarganya di Gaza diserang oleh dron tentera Israel.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Palestin yang memaklumkan Al-Lelee merupakan pemain kelab Khadamat Al-Maghazi.

Menurut kenyataan badan induk itu di platform X, jumlah anggota komuniti sukan Palestin yang terkorban sejak 7 Oktober 2023 kini meningkat kepada 585 orang - termasuk 265 individu daripada komuniti bola sepak.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/pemain-bola-sepak-palestin-maut-dalam-serangan-dron-tentera-israel-527874

#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI*| 🌥 Setakat 10 pagi

*Berita Penuh*
🔗 https://bit.ly/4eyEbm9
🔸 *Berjalan kaki ke Mekah dari Sabah* , misi dua beranak warga Indonesia cetus keraguan
🔸Trump mahu keselamatan untuk rakyat Gaza, Hamas tuntut jaminan tamat perang
🔸AS 🇺🇸 kenakan sekatan baharu terhadap minyak Iran🇮🇷 dan kewangan Hezbollah

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Dua individu warga Indonesia yang mendakwa sedang dalam misi berjalan kaki dari negara asal mereka menuju ke Mekah ditahan pihak berkuasa ketika berada di Lahad Datu, malam kelmarin.

Difahamkan, kehadiran dua beranak tersebut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan selepas rakaman video mereka tular di media sosial, sehingga mencetuskan aduan awam.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/berjalan-kaki-ke-mekah-dari-sabah-misi-dua-beranak-warga-indonesia-cetus-keraguan-527875
#AWANInews
Bukan hanya membuka peluang pelaburan di Sabah, pembukaan Sabah Kibing Solar anak syarikat Kibing Group merancakkan lagi sektor perindustrian sekali gus menyumbangkan kepada peluang pekerjaan di negeri di bawah bayu itu.
#AWANISabah+
#AWANInews
Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan baharu terhadap rangkaian perdagangan minyak Iran dan institusi kewangan yang dikawal oleh Hezbollah, dalam usaha memperkukuh tekanan ekonomi terhadap Tehran dan sekutunya di Asia Barat.

Menurut Jabatan Perbendaharaan AS, rangkaian syarikat yang dikendalikan oleh Salim Ahmed Said, seorang warga Iraq-Britain, telah membeli dan menghantar berbilion dolar minyak Iran yang disamarkan sebagai minyak Iraq sejak sekurang-kurangnya tahun 2020.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/kenakan-sekatan-baharu-terhadap-minyak-iran-dan-kewangan-hezbollah-527886
#AWANInews
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dilantik untuk menjalankan kuasa dan tugas Presiden Mahkamah Rayuan.

Dalam surat bertarikh semalam, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim yang menjalankan kuasa dan tugas Ketua Hakim Negara berkata, pelantikan Zabariah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9 (3) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Pelantikan Zabariah bermula semalam hingga jawatan tersebut diisi secara hakiki, menurut surat itu.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/zabariah-dilantik-menjalankan-kuasa-dan-tugas-presiden-mahkamah-rayuan-527900
#AWANInews
Kumpulan militan warga Bangladesh yang ditahan dalam beberapa operasi di Johor dan Selangor dikesan menggunakan platform media sosial seperti WhatsApp dan Telegram bagi menyebarkan propaganda kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, selain itu, platform itu digunakan untuk merekrut ahli baharu dan memperluaskan pengaruh fahaman ekstremis di negara ini.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/militan-bangladesh-dikesan-sebar-fahaman-ekstremis-guna-whatsapp-telegram-527908
#AWANInews
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengeluarkan empat saman terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres kerana tidak memakai tali pinggang keledar dalam Ops Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) yang dilaksanakan sejak 1 Julai lepas.

Pengarahnya Zamri Samion berkata operasi khas tersebut susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian tali pinggang terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres dan persiaran mulai 1 Julai.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jpj-terengganu-saman-penumpang-pemandu-bas-ekspres-527899
#AWANInews
Kerajaan memberi kemudahan kepada penyedia perkhidmatan bercukai susulan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lalu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan peraturan cukai berkenaan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas industri berhubung cabaran mematuhi semua keperluan operasi di bawah perubahan SST, sekali gus menyediakan tempoh peralihan kepada pihak industri.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/mof-beri-kemudahan-pihak-industri-dalam-tempoh-peralihan-perubahan-sst-527903
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Presiden Donald Trump berucap di satu perhimpunan di Des Moines, Iowa dan mengumumkan bahawa pertarungan UFC (Ultimate Fighting Championship) akan diadakan di kawasan White House.

Tambah beliau, pertarungan tersebut juga akan menjadi sebahagian daripada sambutan memperingati 250 tahun pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat.

#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis memaklumkan, beliau mahu keselamatan untuk rakyat Gaza dan menyifatkan penduduk di sana telah melalui penderitaan yang amat dahsyat.

Kenyataan itu dibuat ketika Hamas menuntut jaminan bahawa cadangan gencatan senjata baharu yang disokong AS akan membawa kepada berakhirnya perang di Gaza.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-mahu-keselamatan-untuk-rakyat-gaza-hamas-tuntut-jaminan-tamat-perang-527881
#AWANInews
2025/07/05 07:20:00
Back to Top
HTML Embed Code: