Telegram Web Link
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen George Town pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Australia, minggu lepas.

S.Prasanth, 25, yang merupakan pekerja sambilan sebuah hotel, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Juraidah Abbas, namun memohon masa bagi melantik peguam untuk mewakilinya.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-mengaku-salah-rogol-lakukan-persetubuhan-luar-tabii-terhadap-wanita-australia-527933
#AWANInews
πŸ‘Ž18πŸ”₯4❀2πŸ‘1
Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang warga asing ditemukan cedera parah di kawasan parkir bertingkat hospital itu, Ahad lepas.

Dalam kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan hari ini, Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K.R. Nair berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang dan pihaknya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari yang sama.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-warga-asing-cedera-di-parkir-hkl-serah-rakaman-cctv-kepada-polis-527932
#AWANInews
πŸ”₯4
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh kerajaan Perancis di Hotel des Invalides, di Paris, pada Jumaat.

Anwar yang tiba sekitar jam 8.30 pagi kemudian diiring ke Dataran MusΓ©e de l'armΓ©e invalides sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Mengiringi beliau mewakili kerajaan Perancis adalah Menteri Ekonomi, Kewangan dan Kedaulatan Industri serta Digital Perancis, Eric Lombard.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-diberi-sambutan-rasmi-perkukuh-hubungan-kuala-lumpurparis-527946
πŸ‘Ž45πŸ‘19❀4
Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan cedera dalam letupan besar di stesen minyak dan gas LPG di daerah Prenestino, Rom awal pagi Jumaat.

Menurut pihak berkuasa tempatan, letupan sekitar jam 8 pagi waktu tempatan di Via dei Gordiani itu mengakibatkan bebola api besar dan asap hitam tebal menyelubungi langit ibu kota Itali, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan berhampiran.

Laporan awal menyebut bahawa kebakaran dipercayai tercetus apabila sebuah lori melanggar saluran paip, menyebabkan pam yang bersambung dengan tangki gas tercabut.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/10-cedera-dalam-letupan-stesen-minyak-di-rom-527973
πŸ”₯4❀1
Seorang wanita hamil lima bulan dan suaminya dihukum penjara dalam tiga prosiding mahkamah berbeza atas kesalahan menyamun, mencuri dan melupuskan harta curi.

Di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Hakim Haderiah Siri menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Jasila Jamaruddin, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyamun dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ditahan, iaitu 10 Jun lepas.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pasangan-suami-isteri-dipenjara-kerana-mencuri-527961
❀6πŸ‘3πŸ”₯1
Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang dikesan aktif sejak setahun lalu dipercayai merekrut warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia dengan mengenakan bayaran keahlian tahunan sebanyak RM500 bagi membiayai kegiatan berkaitan gerakan ekstremis.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan mendapati wang kutipan itu dipercayai disalurkan untuk menyokong perjuangan militan di Syria, Bangladesh dan juga Islamic State (IS).
Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/militan-bangladesh-kutip-rm500-setahun-biayai-kegiatan-ekstremis-di-syria-bangladesh-527938
#AWANInews
πŸ”₯7❀2πŸ‘Ž1
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/44KDJ0B
πŸ”ΈLelaki mengaku salah rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita Australia
πŸ”ΈJet pejuang canggih Britain tersangkut di India, cetus teka-teki dan meme global
πŸ”ΈWarga emas didakwa rogol anak teman wanita, ibu mangsa dituduh subahat

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
❀2πŸ”₯2
Seorang jururawat kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud, Mei lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa mengenali suspek yang menawarkan peluang pekerjaan di luar negara menerusi aplikasi WhatsApp.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jururawat-rugi-lebih-rm634000-ditipu-pelaburan-tidak-wujud-527940
#AWANInews
πŸ”₯7πŸ‘3πŸ‘Ž1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bukan hanya membuka peluang pelaburan di Sabah, pembukaan Sabah Kibing Solar anak syarikat Kibing Group merancakkan lagi sektor perindustrian sekali gus menyumbangkan kepada peluang pekerjaan di negeri di bawah bayu itu.

#AWANISabah+
#AWANInews
πŸ‘5
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis makanan di George Town ditutup berikutan tahap kebersihan kurang memuaskan.

Menurut MBPP, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mengejut menerusi Operasi Kebersihan yang dijalankan pihaknya, pada Khamis.

"Kesemua premis yang diperiksa telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 16 Julai mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991 berikutan tahap kebersihan premis kurang memuaskan, iaitu berada di bawah standard ditetapkan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-premis-makanan-di-george-town-diarah-tutup-kerana-kotor-527984
πŸ‘17πŸ‘4❀2πŸ”₯2
Pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi pada awal pagi Jumaat bagi mengesan mangsa feri yang karam di Selat Bali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan mencari dan menyelamat kini "berlumba" dengan masa dan keadaan laut yang berubah-ubah. Operasi bersama yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) akan diteruskan setiap hari dari 6 pagi hingga 7 malam sekurang-kurangnya selama tujuh hari mengikut protokol nasional, kata pegawai.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/indonesia-perluas-operasi-pencarian-selepas-feri-karam-di-selat-bali-527987
πŸ‘Ž6❀3
Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan penghargaan secara umum tanpa atas tempoh pengalaman sebagai menteri, pada hari terakhirnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).

Melalui hantaran di Facebook, Nik Nazmi turut berkongsi gambar beliau bersama kakitangan kementerian sambil mengucapkan terima kasih.

Difahamkan pertemuan tersebut berlaku pada majlis makan malam bersama kakitangan NRES di Le MΓ©ridien, Putrajaya pada 3 Julai.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/nik-nazmi-ucap-terima-kasih-petik-lagu-green-day-pada-hari-terakhir-527988
❀19πŸ‘Ž7πŸ‘4πŸ”₯2
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan lebam, bengkak dan luka di seluruh badan disyaki menjadi mangsa penderaan di Paya Jaras, Sungai Buloh, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafis Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada 12.45 tengah malam Khamis.

Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasangan suami isteri berusia 27 dan 28 tahun yang juga keluarga angkat mangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž13πŸ”₯5❀2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dipercayai dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghalang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai dan Bukit Mahkota pada malam Jumaat.

#AWANInews
πŸ”₯11❀1πŸ‘Ž1
Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri daripada laluan masuk dan keluar ke ibu negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hotel-hotel penginapan delegasi.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-lebuh-raya-15-jalan-utama-di-lembah-klang-terlibat-lencongan-berperingkat-sempena-amm-ke58-527992
πŸ”₯10πŸ‘Ž5❀1
Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata walaupun menduduki tempat ke-10 pada tahun lepas, namun skor indeks keamanan negara masih kekal dan Malaysia pernah berada di tempat ke-19 pada 2023.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-kedudukan-ke13-indeks-keamanan-global-saifuddin-nasution-528008
πŸ‘19πŸ‘Ž9❀7
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) mendedahkan sekurang-kurangnya 613 kematian telah direkodkan di pusat bantuan Gaza Humanitarian Foundation (GHF) dan kawasan sekitar konvoi kemanusiaan sejak operasi bermula pada akhir Mei lalu.

Jurucakap OHCHR, Ravina Shamdasani, dalam satu taklimat media di Geneva berkata, angka tersebut adalah setakat 27 Jun dan tidak termasuk insiden baharu selepas tarikh berkenaan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/agensi-pbb-sahkan-lebih-600-terbunuh-di-lokasi-bantuan-gaza-sejak-mei-527994
πŸ‘Ž12πŸ”₯4❀2πŸ‘1
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai.

Beliau menggantikan Datuk Azman Adnan yang bersara wajib mulai 5 Julai.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan pada Jumaat berkata beliau yakin dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan, Mohd Azam mampu memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-azam-dilantik-ketua-pengarah-pendidikan-baharu-berkuat-kuasa-7-julai-528010
πŸ‘11❀5
Kementerian Pengangkutan menyangkal dakwaan bahawa gangguan sementara perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Jumaat, disebabkan oleh kelemahan sistem baharu tren berkenaan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, insiden tersebut berlaku juga bukan kerana tren β€œtidak tahan hujan lebat” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-perkhidmatan-aerotrain-klia-bukan-sebab-kelemahan-sistem-anthony-loke-528009
πŸ‘Ž25❀6πŸ”₯3
Presiden Donald Trump pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif yang akan menaikkan bayaran masuk ke taman negara di Amerika Syarikat (AS) bagi pelancong asing.

Bagi rakyat AS, bayaran kekal sama, kata Trump kepada penyokongnya di Iowa sambil mengaitkan dasar itu dengan slogannya "America First."

Perintah itu juga memberikan keutamaan kepada penduduk AS dalam sebarang sistem permit atau tempahan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Taman Negara. Tapak perkhemahan dan akses ke taman sering mendapat permintaan tinggi, terutamanya pada musim panas.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-naikkan-bayaran-masuk-taman-negara-untuk-pelancong-asing-528001
πŸ‘Ž37❀3πŸ‘1
2025/07/12 15:52:38
Back to Top
HTML Embed Code: