Telegram Web Link
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
πŸ”— https://bit.ly/44KDJ0B
πŸ”ΈLelaki mengaku salah rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita Australia
πŸ”ΈJet pejuang canggih Britain tersangkut di India, cetus teka-teki dan meme global
πŸ”ΈWarga emas didakwa rogol anak teman wanita, ibu mangsa dituduh subahat

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
❀2πŸ”₯2
Seorang jururawat kerugian lebih RM634,000 selepas terperdaya skim pelaburan tidak wujud, Mei lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 39 tahun itu mendakwa mengenali suspek yang menawarkan peluang pekerjaan di luar negara menerusi aplikasi WhatsApp.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jururawat-rugi-lebih-rm634000-ditipu-pelaburan-tidak-wujud-527940
#AWANInews
πŸ”₯7πŸ‘3πŸ‘Ž1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bukan hanya membuka peluang pelaburan di Sabah, pembukaan Sabah Kibing Solar anak syarikat Kibing Group merancakkan lagi sektor perindustrian sekali gus menyumbangkan kepada peluang pekerjaan di negeri di bawah bayu itu.

#AWANISabah+
#AWANInews
πŸ‘5
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis makanan di George Town ditutup berikutan tahap kebersihan kurang memuaskan.

Menurut MBPP, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mengejut menerusi Operasi Kebersihan yang dijalankan pihaknya, pada Khamis.

"Kesemua premis yang diperiksa telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 16 Julai mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991 berikutan tahap kebersihan premis kurang memuaskan, iaitu berada di bawah standard ditetapkan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-premis-makanan-di-george-town-diarah-tutup-kerana-kotor-527984
πŸ‘16πŸ‘4❀2πŸ”₯2
Pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi pada awal pagi Jumaat bagi mengesan mangsa feri yang karam di Selat Bali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan mencari dan menyelamat kini "berlumba" dengan masa dan keadaan laut yang berubah-ubah. Operasi bersama yang diketuai Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) akan diteruskan setiap hari dari 6 pagi hingga 7 malam sekurang-kurangnya selama tujuh hari mengikut protokol nasional, kata pegawai.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/indonesia-perluas-operasi-pencarian-selepas-feri-karam-di-selat-bali-527987
πŸ‘Ž6❀3
Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan penghargaan secara umum tanpa atas tempoh pengalaman sebagai menteri, pada hari terakhirnya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).

Melalui hantaran di Facebook, Nik Nazmi turut berkongsi gambar beliau bersama kakitangan kementerian sambil mengucapkan terima kasih.

Difahamkan pertemuan tersebut berlaku pada majlis makan malam bersama kakitangan NRES di Le MΓ©ridien, Putrajaya pada 3 Julai.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-politik/nik-nazmi-ucap-terima-kasih-petik-lagu-green-day-pada-hari-terakhir-527988
❀19πŸ‘Ž7πŸ‘4πŸ”₯2
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dengan kesan lebam, bengkak dan luka di seluruh badan disyaki menjadi mangsa penderaan di Paya Jaras, Sungai Buloh, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafis Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan kematian mangsa daripada pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh pada 12.45 tengah malam Khamis.

Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh pasangan suami isteri berusia 27 dan 28 tahun yang juga keluarga angkat mangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž13πŸ”₯5❀2
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekurang-kurangnya 20 orang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dipercayai dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan melanggar penghalang laluan kenderaan berat berhampiran sempadan Nilai dan Bukit Mahkota pada malam Jumaat.

#AWANInews
πŸ”₯11❀1πŸ‘Ž1
Tiga lebuh raya dan 15 jalan utama sekitar Lembah Klang akan terlibat dalam lencongan berperingkat sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bermula 8 hingga 12 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri berkata laluan terlibat terdiri daripada laluan masuk dan keluar ke ibu negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hotel-hotel penginapan delegasi.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-lebuh-raya-15-jalan-utama-di-lembah-klang-terlibat-lencongan-berperingkat-sempena-amm-ke58-527992
πŸ”₯10πŸ‘Ž5❀1
Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam Indeks Keamanan Global (GPI) tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata walaupun menduduki tempat ke-10 pada tahun lepas, namun skor indeks keamanan negara masih kekal dan Malaysia pernah berada di tempat ke-19 pada 2023.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-kedudukan-ke13-indeks-keamanan-global-saifuddin-nasution-528008
πŸ‘19πŸ‘Ž9❀7
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) mendedahkan sekurang-kurangnya 613 kematian telah direkodkan di pusat bantuan Gaza Humanitarian Foundation (GHF) dan kawasan sekitar konvoi kemanusiaan sejak operasi bermula pada akhir Mei lalu.

Jurucakap OHCHR, Ravina Shamdasani, dalam satu taklimat media di Geneva berkata, angka tersebut adalah setakat 27 Jun dan tidak termasuk insiden baharu selepas tarikh berkenaan.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/agensi-pbb-sahkan-lebih-600-terbunuh-di-lokasi-bantuan-gaza-sejak-mei-527994
πŸ‘Ž12πŸ”₯4❀2πŸ‘1
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Dr Mohd Azam Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa 7 Julai.

Beliau menggantikan Datuk Azman Adnan yang bersara wajib mulai 5 Julai.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan pada Jumaat berkata beliau yakin dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang pendidikan, Mohd Azam mampu memperkasakan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih cemerlang.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mohd-azam-dilantik-ketua-pengarah-pendidikan-baharu-berkuat-kuasa-7-julai-528010
πŸ‘11❀5
Kementerian Pengangkutan menyangkal dakwaan bahawa gangguan sementara perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi Jumaat, disebabkan oleh kelemahan sistem baharu tren berkenaan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, insiden tersebut berlaku juga bukan kerana tren β€œtidak tahan hujan lebat” seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-perkhidmatan-aerotrain-klia-bukan-sebab-kelemahan-sistem-anthony-loke-528009
πŸ‘Ž25❀6πŸ”₯3
Presiden Donald Trump pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif yang akan menaikkan bayaran masuk ke taman negara di Amerika Syarikat (AS) bagi pelancong asing.

Bagi rakyat AS, bayaran kekal sama, kata Trump kepada penyokongnya di Iowa sambil mengaitkan dasar itu dengan slogannya "America First."

Perintah itu juga memberikan keutamaan kepada penduduk AS dalam sebarang sistem permit atau tempahan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Taman Negara. Tapak perkhemahan dan akses ke taman sering mendapat permintaan tinggi, terutamanya pada musim panas.

#AWANInews

Baca lanjut di: https://www.astroawani.com/berita-dunia/trump-naikkan-bayaran-masuk-taman-negara-untuk-pelancong-asing-528001
πŸ‘Ž37❀3πŸ‘1
❀1
Astro AWANI
Photo
Hari ini 29 tahun yang lalu, Dolly si biri-biri menjadi klon mamalia pertama yang berjaya dihasilkan.

Asalnya diberi kod nama β€œ6LL3,” bebiri klon itu dinamakan sempena penyanyi AS Dolly Parton. Nama itu dikatakan cadangan salah seorang penjaga ternakan yang menyambut kelahirannya, selepas mengetahui bebiri itu diklon daripada sel mamari.

Sel tersebut diambil dari kambing bebiri betina berusia 6 tahun & dikulturkan di makmal menggunakan jarum mikroskopik, metod yang pertama kali diguna dalam rawatan kesuburan manusia pada 1970-an, untuk menghasilkan beberapa biji telur.

Telur-telur tersebut kemudian ditanamkan ke dalam beberapa bebiri betina tumpangan. 148 hari kemudian, salah seekor daripada bebiri terbabit melahirkan Dolly di Institut Roslin, Scotland. Kelahirannya diumumkan kepada khalayak pada Februari 1997.

Ia dilihat sebagai satu lonjakan dalam bidang perubatan, dapat merawat penyakit degenerasi sel seperti Alzheimer & Parkinson. Ada saintis melihat pengklonan haiwan sebagai cara yang mungkin dapat memelihara spesis terancam.

Namun ada juga pihak yang mengecamnya, melihat pengklonan sebagai satu teknologi yang berpotensi menjadi tak selamat & tak beretika, terutamanya apabila ia membuka pintu kemungkinan kepada usaha pengklonan manusia.

Usia Dolly tak lama. Pada Januari 2002, bebiri itu dikesan menghidapi atritis pada kaki belakangnya, satu diagnosis yang membangkitkan persoalan tentang kecacatan genetik yang mungkin berlaku kesan daripada proses pengklonan.

Selepas menderita penyakit peparu yang kian memburuk, Dolly dimatikan pada 14 Februari 2003 di usia 6 tahun. Kematian di usia muda itu juga mencetus lebih banyak tanda tanya tentang keselamatan pengklonan, terhadap haiwan & terutamanya manusia.

Bangkai Dolly diawet & dipamerkan di Muzium Nasional Scotland, Edinburgh. Sebelum mati, Dolly sempat melahirkan 4 ekor zuriat hasil persenyawaan dengan bebiri jantan bernama David.

Sumber: History, Britannica

#PeristiwaHariIni
❀8
Jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 45 orang susulan letupan kuat di sebuah stesen minyak di timur Rome pada pagi Jumaat, menurut laporan terkini media Itali, lapor Xinhua.

Agensi berita Itali, ANSA melaporkan bahawa mangsa yang cedera termasuk 12 anggota polis, enam anggota bomba dan tiga anggota penyelamat kecemasan yang tiba di lokasi selepas letupan kecil pertama berlaku.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/45-cedera-dalam-letupan-stesen-minyak-di-rom-itali-528038
#AWANInews
πŸ”₯8
Agensi-agensi agama termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha membendung penyebaran ideologi ekstremisme dan radikalisme dalam kalangan pekerja asing di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata walaupun isu ideologi radikal ini tidak semestinya dianuti oleh pekerja asing secara menyeluruh, usaha mengekang pengaruh berkenaan tetap diperkasakan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jakim-kdn-perangi-ekstremisme-dalam-kalangan-pekerja-asing-mohd-naim-528018
#AWANInews
πŸ‘17πŸ”₯5πŸ‘Ž1
Pemangku Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Brasilia Datuk Mohammad Ali Selamat berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Kenyataan Negara bertajuk:"Memperkukuh Multilateralisme, Ekonomi-Kewangan dan Kecerdasan Buatan (AI)," semasa sesi Negara Rakan BRICS di sidang kemuncak itu pada Ahad ini.

Pada Isnin pula Perdana Menteri akan menyampaikan satu lagi Kenyataan Negara bertajuk "Alam Sekitar, COP30 dan Kesihatan Global" pada sidang kemuncak yang bertemakan 'Memperkukuh Kerjasama Selatan Global untuk Tadbir Urus Lebih Inklusif dan Mampan' itu.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-akan-tekan-kepentingan-multilateralisme-orde-dunia-inklusif-pada-sidang-kemuncak-brics-528041
#AWANInews
πŸ‘Ž38πŸ‘19❀5πŸ”₯2
Sepasang suami isteri ditahan reman tujuh hari bermula Sabtu selepas disyaki mendera anak angkat mereka yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan mangsa mati dalam kejadian di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ‘Ž12πŸ”₯4❀3
2025/07/08 23:39:45
Back to Top
HTML Embed Code: