Telegram Web Link
Malaysia mencatat ketibaan seramai 553,165 pelancong dari Korea Selatan sepanjang 2024, yang menyumbang sebanyak RM2.9 bilion kepada hasil pelancongan negara.

Pengarah Tourism Malaysia Seoul Kamilia Hani Abdul Halim berkata jumlah itu dijangka terus meningkat pada tahun hadapan, khususnya sempena penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lebih-500000-pelancong-korea-selatan-kunjungi-malaysia-tahun-lepas-sumbang-rm29-bilion-527983
#AWANInews
❀16πŸ‘11πŸ”₯7
Kerajaan Johor memberi tempoh sehingga esok kepada kontraktor terlibat dalam projek pelebaran jalan di Lebuh Raya Pasir Gudang untuk menyegerakan kerja-kerja pembaikan kerosakan jalan di kawasan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pembaikan perlu dilakukan dengan turapan penuh dan bukan sekadar tampalan sementara, bagi memastikan jalan kekal selamat dan tidak lagi berlubang.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kontraktor-diberi-tempoh-hingga-esok-baiki-jalan-rosak-di-lebuh-raya-pasir-gudang-exco-528051
#AWANInews
❀12πŸ‘11πŸ‘Ž5πŸ”₯4
Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat mengulangi "kepentingan yang sangat penting" untuk melibatkan Iran bagi menyambung semula pemeriksaan nuklear, selepas Tehran menggantung kerjasama dengan organisasi itu susulan konflik 12 hari berkaitan program nuklearnya dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Memetik satu kenyataan, laporan itu menyatakan Rafael Grossi mengulangi kepentingan yang sangat penting bagi IAEA untuk berbincang dengan Iran mengenai kaedah menyambung semula aktiviti pemantauan dan pengesahan yang amat diperlukan di Iran secepat mungkin.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/perbincangan-dengan-iran-penting-bagi-sambung-semula-pemeriksaan-nuklear-iaea-528053
#AWANInews
πŸ‘Ž46❀4πŸ‘1
Julian McMahon, pelakon terkenal Australia yang dikenali menerusi siri 'Nip/Tuck', 'Charmed', dan filem 'Fantastic Four', meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas berjuang melawan kanser secara senyap.

Berita pemergiannya disahkan oleh isterinya, Kelly McMahon, dalam satu kenyataan kepada laman hiburan 'Deadline'.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-australia-julian-mcmahon-meninggal-dunia-pada-usia-56-tahun-528044
#AWANInews
❀18πŸ”₯1
Dua penjenayah yang menjadi buruan polis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan dekat Jitra, hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, sebelum kejadian jam 8.05 pagi itu, anggota polis yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan, sebelum mengarahkannya berhenti.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dua-penjenayah-buruan-polis-ditembak-mati-di-jitra-528054
#AWANInews
❀13πŸ‘8πŸ‘Ž1
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang hidup sebatang kara berjaya diselamatkan dari sebuah rumah daif di daerah Laplae, Thailand.

Amat memilukan apabila kanak-kanak itu hanya tahu berkomunikasi dengan menyalak

Menurut kenyataan rasmi Yayasan Pawina Hongsakul untuk Wanita dan Kanak-Kanak, kanak-kanak yang dikenali sebagai β€œBoy A” itu tinggal bersama enam ekor anjing tanpa pengawasan orang dewasa selama lebih dua tahun.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/budak-8-tahun-dibesarkan-anjing-hanya-tahu-menyalak-528060
#AWANInews
❀14πŸ”₯9
Lee Je-hoon kini sah kembali menggalas watak ikonik Kim Do-gi dalam musim ketiga Taxi Driver drama K-aksi yang cukup digilai ramai.

Kali ini, bukan sahaja jalan ceritanya makin mendebarkan, tetapi skala produksinya juga naik level, lengkap dengan lokasi penggambaran antarabangsa dan penyertaan pelakon dari seluruh Asia.

Taxi Driver 3 akan ditayangkan sekitar suku keempat 2025 sebagai Viu Original di seluruh dunia (kecuali Korea Selatan dan China).

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-hiburan/lee-jehoon-kembali-taxi-driver-musim-3-lebih-kejam-gelap-528056
#AWANInews
❀15πŸ‘Ž4
Dua lagi lelaki yang merupakan pemilik tiga buah kereta yang didapati menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi telah ditahan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain berkata, penahanan itu menjadikan keseluruhan tiga individu telah ditahan berkaitan kes berkenaan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/halang-laluan-lebuh-raya-dua-lagi-ejen-kereta-ditahan-528068
#AWANInews
πŸ‘36❀4
Pelakon tersohor Bollywood, Deepika Padukone, mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai pelakon wanita India pertama yang menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Hollywood Chamber of Commerce pada 2 Julai lalu melalui siaran langsung global dari Ovation Hollywood.

https://www.astroawani.com/berita-hiburan/deepika-padukone-cipta-sejarah-pelakon-wanita-india-pertama-terima-bintang-hollywood-walk-fame-528065

#AWANInews
❀18πŸ‘Ž8
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Jumaat malam.

Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang membonceng mengalami kecederaan di leher dan kaki.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-tingkatan-empat-maut-nahas-motosikal-di-shah-alam-rakan-cedera-parah-528066
#AWANInews
πŸ”₯11❀3πŸ‘1
Empat maut, enam masih hilang sementara tujuh selamat dalam insiden bot karam di Pantai Belawai pada petang Sabtu.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.11 petang sebelum mengatur gerak anggota dari Balai Tanjong Manis ke lokasi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
πŸ”₯4❀2
Seorang penceramah bebas ditahan polis selepas dipercayai menyebarkan video seks yang memaparkan dirinya bersama isteri-isteri dan wanita lain.

Lelaki itu ditahan selepas isteri keduanya membuat laporan pada 16 Jun lalu, mendakwa suaminya menyebarkan video hubungan intim mereka, madu-madunya, serta beberapa wanita lain.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sebar-video-seks-bersama-isteriisteri-penceramah-bebas-ditahan-polis-528071

#AWANInews
πŸ”₯11πŸ‘3❀1πŸ‘1
Kerajaan Jepun memberi amaran bahawa lebih banyak gempa bumi kuat berkemungkinan berlaku di perairan barat daya negara itu, namun menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan ramalan bencana yang tidak berasas.

Amaran ini dikeluarkan susulan lebih 1,000 gegaran yang direkodkan di Kepulauan Tokara, Wilayah Kagoshima, sejak 21 Jun.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-tingkat-persediaan-hadapi-gempa-sangkal-ramalan-kiamat-528070

#AWANInews
πŸ”₯13❀1
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa rundingan bagi perjanjian untuk mengambil alih platform media sosial TikTok daripada syarikat China, ByteDance, hampir dimuktamadkan, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Trump berkata perbincangan mengenai perkara itu dengan Beijing dijadualkan pada Isnin atau Selasa (7 atau 8 Julai).

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rundingan-pembelian-tiktok-hampir-selesai-akan-mula-bincang-dengan-china-trump-528077

#AWANInews
πŸ‘Ž39πŸ”₯3❀2πŸ‘1
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan bin Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Bekumpulan Astro Malaysia, Euan Smith hadir ke Program Astro Kem Badminton siri pertama tahun 2025 yang bermula di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu hari ini.

πŸ“Έ: Astro / @azrul_rafie
πŸ‘Ž12πŸ‘3❀1
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta memantau dengan rapi pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang kini telah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-32 sempena pemukiman MRL yang bermula semalam di Melaka.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-ecrl-siap-85-peratus-mrl-digesa-pantau-kelancaran-projek-ksn-528088

#AWANInews
πŸ‘16πŸ”₯4❀2πŸ‘Ž2
2025/07/14 13:07:41
Back to Top
HTML Embed Code: