Telegram Web Link
Kerajaan Jepun memberi amaran bahawa lebih banyak gempa bumi kuat berkemungkinan berlaku di perairan barat daya negara itu, namun menegaskan bahawa orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan ramalan bencana yang tidak berasas.

Amaran ini dikeluarkan susulan lebih 1,000 gegaran yang direkodkan di Kepulauan Tokara, Wilayah Kagoshima, sejak 21 Jun.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/jepun-tingkat-persediaan-hadapi-gempa-sangkal-ramalan-kiamat-528070

#AWANInews
πŸ”₯13❀1
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa rundingan bagi perjanjian untuk mengambil alih platform media sosial TikTok daripada syarikat China, ByteDance, hampir dimuktamadkan, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Trump berkata perbincangan mengenai perkara itu dengan Beijing dijadualkan pada Isnin atau Selasa (7 atau 8 Julai).

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/rundingan-pembelian-tiktok-hampir-selesai-akan-mula-bincang-dengan-china-trump-528077

#AWANInews
πŸ‘Ž38πŸ”₯3❀2πŸ‘1
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan bin Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Bekumpulan Astro Malaysia, Euan Smith hadir ke Program Astro Kem Badminton siri pertama tahun 2025 yang bermula di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu hari ini.

πŸ“Έ: Astro / @azrul_rafie
πŸ‘Ž12πŸ‘3❀1
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta memantau dengan rapi pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang kini telah mencapai kemajuan sebanyak 85 peratus.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kali ke-32 sempena pemukiman MRL yang bermula semalam di Melaka.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/projek-ecrl-siap-85-peratus-mrl-digesa-pantau-kelancaran-projek-ksn-528088

#AWANInews
πŸ‘16πŸ”₯4❀2πŸ‘Ž2
Hilang kawalan ketika menuruni bukit dan kawasan selekoh menjadi punca sebuah lori terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Persiaran Forest Heights 1 Senawang pada petang Rabu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.55 petang dan tular di media sosial menerusi video selama 35 saat.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lori-hilang-kawalan-turun-bukit-terbabas-masuk-laluan-bertentangan-528094

#AWANInews
πŸ”₯11❀1
Sudah tiba masanya untuk Forum Kerjasama BRICS meningkatkan perdagangan sesama negara anggota, seperti mana yang dilakukan oleh ASEAN, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penyertaan komuniti perniagaan dan sektor swasta dalam BRICS sangat menakjubkan, sekali gus mewujudkan peluang yang luas untuk menyuburkan konsep multilateralisme dalam kalangan negara anggota.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/seperti-asean-brics-juga-harus-tingkatkan-perdagangan-sesama-anggota-pm-anwar-528109

#AWANInews
πŸ‘Ž44πŸ‘28❀4πŸ‘1
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lima lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pemalsuan dokumen imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menyasarkan warga emas dalam satu operasi khas di sekitar Putrajaya, pada Khamis lepas.

Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata sindiket dipercayai telah beroperasi selama setahun itu menyasarkan warga emas tempatan di Lembah Klang yang ingin berkahwin dengan warga asing dengan mengenakan kadar bayaran antara RM50 hingga RM500 bagi setiap permohonan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sindiket-palsu-dokumen-sasar-warga-emas-mahu-kahwin-warga-asing-tumpas-528091

#AWANInews
❀9πŸ‘2πŸ‘2
Sebuah galeri khas akan diwujudkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan dinamakan sempena pelajarnya Allahyarham Nurly Sahirah Azman, yang terkorban dalam kemalangan tragik di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di Gerik, Perak, bulan lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata Galeri Nurly Sahirah itu akan ditempatkan di bangunan baharu fakulti UPSI, Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (I-Furqan), yang dijangka siap pada awal 2027.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/galeri-nurly-sahirah-akan-diwujudkan-di-upsi-mohd-naim-528086

#AWANInews
❀48
Meskipun baru selesai menjalani pembedahan kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL), atlet karate negara Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik tetap bersemangat untuk mempertahankan pingat emas pada Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Pemenang pingat emas acara kumite bawah 84 kilogram lelaki pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China itu kini giat menjalani proses pemulihan dan yakin mampu membuat kemunculan semula yang lebih kuat dalam tempoh enam bulan akan datang.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-sukan/muhammad-arif-afifuddin-tekad-pertahan-emas-sukan-asia-2026-528082

#AWANInews
πŸ‘12πŸ‘3
Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira 34 tahun lepas mula menderma darah selepas menyedari darah jenis Rh Negatif yang dimilikinya sukar diperoleh di negara ini.

S. Shanmugam, 54, berkata dia telah menderma darah itu sebanyak 54 kali dan menjadi penyumbang terbesar jenis darah berkenaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak 33 tahun lepas.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-lori-derma-darah-jarang-jumpa-sejak-33-tahun-lepas-528090

#AWANInews
❀39πŸ‘7πŸ‘4
Sabah khususnya kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) merupakan destinasi yang aman dan selamat untuk dikunjungi pelancong luar negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata bagi memperkukuh persepsi positif serta keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap tahap keselamatan kawasan itu, 15 wakil diplomatik dan pegawai perwakilan asing dari 10 negara telah diberikan taklimat keselamatan serta dibawa meninjau ESSZone pada Sabtu.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/esszone-sabah-destinasi-selamat-aman-dikunjungi-saifuddin-nasution-528103

#AWANInews
πŸ‘Ž16πŸ‘12❀1
Astro AWANI
Photo
Hari ini 25 tahun yang lalu, kumpulan militan Al-Maunah tumpas.

Al-Maunah kononnya sebuah pertubuhan persaudaraan yang mengamalkan ilmu persilatan, kebatinan & perubatan tradisional Islam. Mereka mengatakan bahawa pertubuhan ini memiliki sekitar 1,000 keahlian di Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir & Arab Saudi.

Rupanya mereka merancang untuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong & menggulingkan kerajaan Malaysia. Pada awal pagi 2 Julai, 29 orang anggota militan ini dipimpin oleh Mohamed Amin Mohamed Razali melancarkan rancangan mereka.

Menyamar sebagai anggota tentera menaiki kenderaan 4x4 yang dicat hijau, mereka memperdaya kawalan di Kem Kuala Rhui & Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Grik, Perak lalu melarikan 114 laras senjata api pelbagai jenis & lebih 18,000 butir peluru.

Mereka seterusnya bersembunyi di hutan Bukit Jenalik, Sauk & mendirikan kem di sana. Bunyi tembakan dari dalam hutan menggesa penduduk kampung melaporkan kepada polis. Pasukan khas elit VAT69 bersama tentera mula mengepung lokasi terbabit pada 3 Julai.

Anggota perisik dihantar untuk membuat tinjauan. Malangnya, kehadiran Sarjan Mohd Shah Ahmad & Koperal R.Sagadevan serta seorang komando ATM, Truper Matthews anak Medan dikesan lalu mereka diberkas. Sagadevan & Truper dibunuh dalam tahanan.

Sepanjang pengepungan, pihak keselamatan memasang penguat suara meminta anggota militan menyerah diri, namun ia tak diendahkan. Akhirnya pada 6 Julai, polis & tentera memutuskan untuk naik & mengadakan rundingan terakhir sebelum melancarkan serangan.

Selepas Komander 69, SAC Abd Razak bin Mohd Yusoff berjaya memujuk Mohamed Amin untuk menyerah, beliau memanggil Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd Said naik bagi proses penyerahan senjata.

Bagaimanapun, anggota militan dilihat enggan melepaskan senjata & Zaini sekali lagi memujuk Mohamed Amin untuk menyerah. Dia enggan, malah mengacukan senapangnya kepada Zaini, kemudian berlaku pergelutan antara mereka.

Kekecohan menggesa pasukan tentera menyerbu kem tersebut, akhirnya Mohamed Amin berjaya ditumpaskan Zaini & Al-Maunah menyerah diri.

Sumber: Sinar Harian, Bernama, Orang Perak.

#PeristiwaHariIni
πŸ‘25❀9
Tokoh teknologi dan jutawan Elon Musk mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu di Amerika Syarikat (AS), dikenali sebagai America Party, dalam usaha mencabar dominasi sistem dua parti yang telah lama menguasai politik negara itu.

Pengumuman itu dibuat menerusi platform media sosial miliknya, X, pada Hari Kemerdekaan AS, selepas Musk menjalankan tinjauan pendapat yang menunjukkan dua pertiga responden mahukan alternatif kepada sistem politik sedia ada.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/elon-musk-lancar-parti-politik-baharu-america-party-selepas-putus-hubungan-dengan-trump-528121
#AWANInews
πŸ‘29❀18πŸ‘Ž9πŸ”₯8πŸ‘4
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.

Ketika menyuarakan kekecewaan mengenai tindakan tarif unilateral dan dasar perlindungan, Anwar juga menyatakan keyakinan bahawa BRICS, yang kini membentuk hampir 40 peratus daripada ekonomi global, memiliki potensi besar untuk melonjakkan perdagangan dalam kalangan negara anggotanya.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pm-anwar-gesa-lonjakkan-perdagangan-intrabrics-perjuangkan-orde-dunia-yang-adil-saksama-528114
#AWANInews
πŸ‘Ž34πŸ‘27❀1πŸ‘1
Jumlah korban akibat banjir kilat dahsyat di tengah Texas, Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada sekurang-kurangnya 43 orang, termasuk 15 kanak-kanak, ketika pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang masih hilang di sekitar Sungai Guadalupe, Kerr County.

Antara yang hilang ialah 27 kanak-kanak perempuan dari Kem Musim Panas Camp Mystic, sebuah kem Kristian yang menempatkan lebih 700 peserta ketika banjir melanda secara tiba-tiba pada pagi 4 Jumaat.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/angka-korban-akibat-banjir-kilat-di-texas-meningkat-kepada-43-puluhan-masih-hilang-528127
#AWANInews
πŸ‘20πŸ”₯4
2025/07/10 16:53:20
Back to Top
HTML Embed Code: