Telegram Web Link
Taylor’s University mencapai kedudukan ke-253 dalam QS World University Rankings 2026, mengukuhkan kedudukannya di kalangan satu peratus teratas universiti di seluruh dunia selama lapan tahun berturut-turut.

Institusi tersebut kekal sebagai universiti swasta tidak berkaitan kerajaan tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus membuktikan kecemerlangannya dalam akademik dan daya saing global.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/taylors-university-kekal-dalam-kelompok-1-teratas-universiti-terbaik-dunia-528287

#AWANInews
10👍4👎4🔥4
Amerika Syarikat (AS) akan mula menghantar surat kepada negara-negara rakan dagangnya mulai Isnin bagi memaklumkan tentang perjanjian dan pelaksanaan tarif baharu, kata Presiden AS Donald Trump pada Ahad, lapor agensi berita Jerman dpa.

Trump sebelum ini menetapkan kadar asas tarif sebanyak 10 peratus ke atas hampir semua negara rakan dagang AS pada April lalu, diikuti pelaksanaan tarif timbal balik yang lebih tinggi terhadap negara tertentu berdasarkan jumlah defisit perdagangan.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/hantar-notis-tarif-dan-perjanjian-perdagangan-mulai-isnin-trump-528277
👎373👏1
Seorang pempengaruh media sosial lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti perempuan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ketika membuat siaran langsung menerusi aplikasi TikTok di Banda Hilir, di Melaka, awal pagi Isnin.

Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun dan masih bujang itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM kira-kira jam 1.30 pagi selepas menerima aduan orang awam.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pempengaruh-berpakaian-wanita-ditahan-jaim-ketika-buat-live-tiktok-528288

#AWANInews
16👍10🔥7👏5
Band rock terkenal, My Chemical Romance mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah serantau pada tahun hadapan.

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran rasmi di akaun Instagram mereka pada Isnin.

Lebih menggembirakan, Malaysia turut dipilih sebagai salah satu lokasi jelajah, di mana konsert dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

https://www.astroawani.com/berita-hiburan/selepas-18-tahun-my-chemical-romance-kembali-hiburkan-peminat-malaysia-528279
#AWANInews
👍11👎7👏31
Terletak di pesisir Pantai Cenang yang memukau, Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi merupakan antara resort paling ikonik dan bersejarah di pulau legenda ini.

Dengan usia mencecah 36 tahun, resort seluas 35 ekar itu bukan sekadar tempat penginapan tetapi sebuah pengalaman yang mengekalkan elemen budaya Melayu tradisional dengan sedikit sentuhan kontemporari pada seni binanya.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/gaya-hidup/pelangi-beach-resort-spa-langkawi-tampil-wajah-baharu-kekal-sentuhan-tradisional-528097

#AWANInews
14👍5
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seekor singa jantan dilaporkan melarikan diri dari zoo di Turkiye dan telah mencederakan seorang petani. Singa tersebut dilihat masih berada di kawasan tidak jauh dari tempat petani dan pihak polis sedang giat memburunya. Petani yang cedera segera diselamatkan dan dibawa menaiki ambulans.

#AWANInews
🔥10
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada lewat Ahad memberi amaran bahawa mana-mana negara yang menyokong "dasar anti-Amerika" blok ekonomi BRICS akan dikenakan tarif tambahan sebanyak 10 peratus, lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Tiada pengecualian untuk dasar ini," tulis beliau di platform Truth Social miliknya.

Lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/negara-sokong-dasar-antiamerika-brics-akan-dikenakan-tarif-tambahan-10-peratus-trump-528282
#AWANInews
👎59👍4🔥3👏2
Enam sekeluarga termasuk seorang bayi yang ditemukan mati dipercayai berusaha untuk keluar dari kereta mereka yang terjunam ke dalam Sungai Korok di sini tapi tidak berjaya.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, semua mangsa ditemukan berkumpul di tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Saga Iswara yang tenggelam sepenuhnya di dasar sungai.

Menurutnya, pasukan penyelamat menemui kesemua mangsa di bahagian kiri belakang kereta.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-kehilangan-mayat-enam-beranak-ditemui-berkumpul-di-tempat-duduk-belakang-bomba-528286
12🔥4
Kerajaan Thailand menyenaraikan 33 wilayah dalam keadaan berjaga-jaga minggu ini susulan ramalan hujan lebat berterusan yang berpotensi mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan berkata, Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) mengeluarkan amaran kepada kawasan di bahagian utara, timur laut, tengah dan selatan negara itu untuk memantau risiko banjir kilat, limpahan air hujan, tanah runtuh serta banjir di kawasan tanah rendah.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-dunia/thailand-keluar-amaran-banjir-tanah-runtuh-di-33-wilayah-528293

#AWANInews
🔥96👎1
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata beliau menunggu hasil siasatan lengkap berkaitan kegiatan menghasilkan dan menjual sijil cuti sakit palsu yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Shamsul Azri berkata ketika ini, siasatan masih dijalankan dan beliau belum menerima laporan lengkap kes itu.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tipu-sijil-cuti-sakit-ksn-tunggu-hasil-siasatan-528289

#AWANInews
👍11👎21🔥1
Seorang pembantu kedai makan berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bahru pada Isnin atas tiga pertuduhan merogol adik kandungnya, bermula ketika usia mangsa 11 tahun.

Tertuduh anak kedua daripada empat beradik itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/abang-didakwa-rogol-adik-perempuan-528307

#AWANInews
🔥13👎111
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah memfailkan permohonan untuk melucutkan lebih RM169 juta wang tunai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kerajaan Malaysia di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Isnin.

Ia membabitkan wang tempatan berjumlah RM14,772,150 manakala wang asing ialah SGD$6,132,350 (Dolar Singapura); AS$1,461,400 (Dolar Amerika) dan CHF 3 juta (Swiss Franc).

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sprm-mohon-wang-rm169-juta-milik-ismail-sabri-dilucutkan-528328

#AWANInews
👎26👏13👍8🔥41
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa meskipun SRC International Sdn Bhd ditubuhkan untuk berkhidmat kepada rakyat namun hakikatnya, syarikat itu telah digunakan bagi memanfaatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peguam Datuk Lim Chee Wee, yang mewakili syarikat itu, berhujah SRC International telah diperalat dan menjadi mangsa penipuan berskala besar dengan Najib sebagai penerima manfaat utamanya berbanding memenuhi tujuan asal ia ditubuhkan.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/src-international-ditubuhkan-untuk-rakyat-namun-najib-pula-dapat-manfaat-peguam-528330

#AWANInews
👎31🔥10👍75👏2
How one bullet started a World War?

Do you know what caused the First World War? One bullet. Four years. Millions dead. Here’s how World War I began and why the echoes still resonate today.

#AreCapReCAP
#AWANIinternational

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7523833780721814802
🔥1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kami di Astro berusaha untuk memberikan kualiti kandungan yang terbaik untuk anda!

Hati-hati apabila menggunakan perisian atau kandungan percuma.

Tidak semuanya selamat untuk anda. 😉

#AWANInews
👎181
Lebih 30,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar bandar raya Johor Bahru termasuk Tebrau akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 26 jam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Iskandar, Pasir Gudang bermula 15 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Sdn Bhd Anuar Abdul Ghani berkata kerja baik pulih dan penyelenggaraan tersebut melibatkan kesemua instrumen penting di loji berkenaan bagi memastikan kelestarian sistem rawatan air serta bekalan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gangguan-bekalan-air-26-jam-di-johor-bahru-bermula-15-julai-528352

#AWANInews
8👍5🔥3
Polis sudah merekodkan keterangan lima saksi termasuk kesemua empat isteri seorang penceramah bebas yang dikaitkan dengan penyebaran video seks memaparkan dirinya bersama wanita-wanita berkenaan serta gambar aib individu lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan lengkap.

Baca berita lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sebar-video-seks-lima-termasuk-kesemua-empat-isteri-penceramah-bebas-direkod-keterangan-528360

#AWANInews
🔥17👍4👏2👎1
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya tindakan kolektif terhadap isu kesihatan, iklim dan kewangan global dalam ucapannya di Sidang Kemuncak BRICS ke-17 di Brazil.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
👎39👍143
Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan kereta terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, di Alor Setar selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Taqwa, Jerlun jam 11.50 malam Isnin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
47
2025/07/12 08:05:04
Back to Top
HTML Embed Code: