Telegram Web Link
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Jun untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Hakim Datuk Amarjeet Singh menetapkan 8.30 pagi untuk menyampaikan keputusannya, sejam sebelum Dr Mahathir dipanggil memberi keterangan di hadapan panel RCI pada hari yang sama.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, serbuan berkenaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Jelasnya, siasatan awal mendapati kediaman terbabit dijadikan sebagai lokasi mempromosikan, memiliki dan menguruskan laman web berkenaan.

"Siasatan setakat ini mendapati mereka tidak menghasilkan video lucah di negara ini sebaliknya hanya berperanan sebagai 'administrator'. Selain itu, siasatan lanjut mendapati sindiket terbabit baru saja beroperasi di negara ini," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
*Berita yang paling mendapat perhatian di laman web Astro AWANI* | Setakat 6 Petang

*Berita Penuh*
🔗https://bit.ly/4ed9qCB
🔸Ibu Zayn Rayyan dibawa ke lokasi kejadian
🔸Kerajaan jimat subsidi RM4.1 bilion jika RON95 naik 32 sen mulai 1 Julai - Maybank IB
🔸'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
🔸'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ
🔸Selepas enam tahun, ibu bapa ikut jejak anak peluk Islam
🔸Nahas rombongan guru: Jenazah Dahlia selamat dikebumikan
🔸Murid bukan Cina 'bersinar' di SJKC

#AWANInews *#PilihanPembacaAWANI*
Tiga guru dan seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya dua kanak-kanak di bawah jagaan mereka, sejak Mac lalu.

Keempat-empat tertuduh ialah tiga guru tadika, Nur Hanis Azwani Ghazali, 24, Hafsah Ab Razak, 33, Nur Diyana Zainudin, 24, dan seorang pembantu tadika sama, Jamia Abd Rahman, 41.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mendedahkan serta mengabaikan dua kanak-kanak lelaki yang juga pasangan adik-beradik berusia empat dan enam tahun dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pelakon, Riena Diana telah memilih untuk memfokuskan dirinya bersama Keith Foo dan meminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik buat hubungan itu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sekitar Protes Senyap anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) susulan sambutan makan malam Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di hadapan sebuah hotel dekat Kuala Lumpur hari ini.

📷: Astro AWANI / Shahir Omar

#AWANInews
Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk mengundang 1,000 lagi ahli keluarga warga Palestin yang terkorban atau cedera di Gaza untuk menunaikan ibadah haji, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menganjurkan inisiatif itu di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah di bawah tajuk, "Hosting Initiative for Pilgrims from the Families of Martyrs and the Wounded from the Gaza Strip"

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #BeritaTerkiniHaji2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Didoakan semua jemaah terus kuat bagi menjalani ibadah #Haji2024 ...

Cuaca panas di Mekah sekarang ni.

#BeritaTerkiniHaji2024
#KhabarHaji2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menyampaikan sumbangan berjumlah RM40,000 kepada waris keluarga empat individu yang meninggal dunia terbabit dalam kemalangan bas di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang awal pagi Ahad.

Sumbangan RM10,000 kepada setiap keluarga itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang turut hadir menyantuni kesemua keluarga terlibat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis menahan seorang jurujual aksesori telefon bimbit yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM400,428 dalam serbuan di daerah Timur Laut, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata polis telah melancarkan Ops Tapis sebelum menahan lelaki berusia 24 tahun itu di kawasan George Town pada 7 malam bersama dadah jenis ketamin 1.22 gram (g) dan empat anak kunci serta kad akses.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dikurung di balkoni setiap kali selesai tugasan dan tidak dibayar gaji antara episod malang dialami seorang pembantu rumah warga Indonesia yang menjadi mangsa penderaan majikannya sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, derita mangsa yang dilayan seperti binatang itu berakhir apabila diselamatkan menerusi serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 5 petang Ahad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bekalan air zam zam kini siap sedia dibotolkan bagi keperluan jemaah di seluruh dunia.

Ada 40 juta botol telah disediakan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan kualiti dan keselamatan air zam zam ini berada dalam keadaan terbaik untuk semua jemaah haji dari seluruh dunia.

#BeritaTerkiniHaji2024
#KhabarHaji2024
Pejabat KPDN Perlis melaksanakan pemeriksaan harga barang secara harian untuk menangani isu pencatutan harga. Mereka memfokuskan Ops Kesan 2.0 ke semua premis perniagaan, termasuk hotel dan kedai runcit, serta menyediakan saluran aduan khas bagi orang ramai.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kami sedang bersiaran langsung dari Arab Saudi!

Sertai kami sekarang…

https://vt.tiktok.com/ZSYSbPCXE/
2024/06/10 22:08:48
Back to Top
HTML Embed Code: