Telegram Web Link
"Pada masa ini, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan untuk menilai daya maju ekonomi bagi pembinaan loji kuasa nuklear baharu. Usaha ini dilaksanakan demi kepentingan pihak Turkiye bagi membangunkan model ekonomi yang saling menguntungkan. Rusia amat berbesar hati untuk terlibat dalam pelaksanaan projek ini," kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak kepada agensi berita kerajaan Turkiye, Anadolu.

Novak berkata demikian selepas mempengerusikan bersama mesyuarat suruhanjaya antara kerajaan Rusia-Turkiye bersama Menteri Perdagangan Turkiye Omer Bolat di Moscow pada Jumaat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ini antara yang menarik dalam #JelajahJiwaSMEIpoh bagi Hari Kedua - 29 Jun ini di AEON Mall Kinta City, Ipoh.

Nikmati dua hari penuh inspirasi di #JiwaSME2025 dengan pelbagai pengisian antaranya seperti sesi bersama tokoh usahawan, pameran SME, hiburan eksklusif dan persembahan menarik daripada artis tempatan, cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti menarik.

Kami menanti kehadiran anda di sana!

Untuk maklumat lanjut layari: www.jiwasme.com.my

#JiwaSME #JiwaSME2025
Undang-Undang khusus untuk kecerdasan buatan (AI) perlu disegerakan susulan impak negatif teknologi itu yang dilihat semakin menular terutama membabitkan jenayah penipuan, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Ugak berkata beliau difahamkan bagi tempoh 2020 hingga 2024, jenayah itu telah mengakibatkan kerugian sebanyak kira-kira RM5 bilion di seluruh dunia.

"Saya juga menjangkakan undang-undang AI ini mungkin dapat diangkat pada tahun ini supaya kita dapat mengetatkan kawalan dan menggariskan hukuman bersesuaian terhadap mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan teknologi ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Gawai Kitai Ngiling Bidai 2025 di Shah Alam pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mahkamah di Jerman memutuskan bahawa rangkaian pasar raya diskaun Aldi Sud tidak lagi boleh menjual coklat popular berlabel "coklat Dubai" kerana ia sebenarnya dihasilkan di Turkiye, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Keputusan Mahkamah Tinggi Wilayah di Cologne pada Jumaat itu membatalkan keputusan mahkamah rendah sebelum ini dan adalah muktamad, namun ia dikeluarkan dalam prosiding ringkas. Jurucakap mahkamah berkata masih belum jelas sama ada mana-mana pihak akan memulakan prosiding penuh selepas ini.

Aldi Sud telah menjual coklat Alyan Dubai Handmade Chocolate sejak Disember lalu. Bagaimanapun, seorang pengimport konfeksi telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menghentikan penjualan tersebut atas alasan bahawa coklat berkenaan dihasilkan di Turkiye seperti yang tertera pada bahagian belakang bungkusan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini perlu bersedia mengadaptasi amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) atau berisiko terpinggir dalam rantaian bekalan global, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata syarikat besar termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC) kini menjadikan pematuhan ESG sebagai antara kriteria utama dalam keputusan perolehan dan pelaburan.

Sehubungan itu, beliau berkata ESG semakin menjadi keperluan penting bagi PMKS untuk kekal relevan serta menembusi pasaran antarabangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Puluhan ribu penunjuk perasaan memenuhi Dataran Tebusan (Hostages Square) di Tel Aviv pada Sabtu, bagi mendesak penamatan perang di Gaza dan menuntut pembebasan baki tebusan yang masih ditahan.

Forum Hostages and Missing Families menganggarkan seramai 30,000 orang hadir dalam perhimpunan mingguan itu, yang kini menjadi antara simbol utama desakan rakyat terhadap kerajaan Israel.

Ramai peserta membawa sepanduk bergambar tebusan dengan mesej “Bawa mereka pulang sekarang”, manakala sebahagian lagi menyeru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump campur tangan bagi menamatkan perang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Tiga pelancong maut selepas bot yang dinaiki mereka terbalik dalam kejadian Pulau Perhentian, Besut.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di hadapan sebuah resort kira-kira jam 10.30 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, dalam ketika kejadian bot yang dinaiki 16 individu termasuk seorang pemandu bot dalam perjalanan pulang ke resort.

Katanya, semasa kejadian hujan lebat, laut bergelora dan ribut menyebabkan bot yang dinaiki tiga keluarga dari Pulang Pinang itu karam.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kubur Allahyarham Nurly Shahirah Azman yang terkorban dalam nahas bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak, dipasang penghadang oleh keluarganya bagi mengelakkan sebarang perbuatan khurafat yang dikhuatiri mencemarkan kesucian pusara.

Dua abang serta seorang waris Allahyarham bergotong-royong memasang tali penghadang itu kira-kira jam 6.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang pada Sabtu.

“Kami berterima kasih kepada semua yang mendoakan arwah, tetapi janganlah sampai berlaku perkara khurafat atau mengambil kesempatan atas nama arwah," kata abang arwah, Mohd Najmuddin Azman, 28, pihak keluarga terpaksa mengambil tindakan memasang tali tersebut bagi mengelakkan perkara tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mengunjungi kawasan berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hari ini 67 tahun yang lalu, Brazil menjulang Piala Dunia buat kali pertama.

Brazil tampil sebagai antara pilihan utama juara pada penganjurannya buat kali ke-6. Tidak mengecewakan, Brazil mempamer permainan cantik (joga bonito) yang menjadi identiti mereka.

Bintang paling terang kejohanan itu adalah seorang pemain bertubuh kecil bernama Edson Arantes do Nascimento, atau dikenali dunia sebagai Pelé. Bapanya adalah bekas pemain bola sepak profesional bernama Dondinho.

Ibunya, yang menyaksikan suaminya bergelut menyara hidup dengan bola sepak, menegah Pelé daripada mengikut jejak langkah bapanya. Namun keazaman Pelé lebih besar. Pada usia 14 tahun, bakat luar biasanya dikesan Waldemar de Brito, bekas ahli pasukan utama Brazil, yang membimbingnya secara dekat.

Pelé meraih 'cap' pertamanya bersama pasukan utama Brazil di usia 16 tahun & melakukan 'debut' di pentas antarabangsa pada temasya Piala Dunia 1958 di Sweden ketika berusia 17 tahun.

Dalam kejohanan itu, Pelé memanaskan bangku simpanan hinggalah perlawanan ke-3 Brazil di peringkat kumpulan menentang Kesatuan Soviet, pada mana beliau melorongkan bola untuk gol jaringan Vava. Jaringan pertamanya hadir di suku akhir, satu-satunya gol untuk Brazil menang ke atas Wales 1-0.

Perlawanan separuh akhir menentang Perancis yang menyerlahkan keunggulan Pelé. Ketika khalayak di Stadium Rasunda mendengar laporan perlawanan Sweden-Jerman Barat di radio, Pelé mempersembahkan permainan mempersona menentang pasukan ke-2 terbaik dunia, menjaringkan 3 gol dari sisi kirinya.

Pelé & Vava masing-masing menjaringkan 2 gol di pentas final menentang tuan rumah, untuk keputusan berakhir 5-2 & mengesahkan memahat nama Brazil sebagai juara dunia yang baharu. Tatkala mereka menjulang Piala Jules Rimet, seluruh ahli pasukan menitiskan air mata.

Brazil menang lagi pada 1962 & 1970, yang memberikan mereka hak untuk menyimpan Piala Jules Rimet secara kekal sebagai negara pertama yang menjuarainya 3 kali. Ketiga-tiganya bersama Pelé, yang menjadi pemain pertama & satu-satunya yang memenangi 3 Piala Dunia hingga hari ini.

Sumber: History

#PeristiwaHariIni
Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, menjangkakan Iran mampu memulakan semula pengeluaran uranium diperkaya dalam tempoh beberapa bulan, meskipun beberapa kemudahan nuklear negara itu mengalami kerosakan akibat serangan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Menurut laporan CBS News, Grossi berkata, sebahagian daripada infrastruktur nuklear Iran masih berfungsi, sekali gus membolehkan beberapa siri sentrifug beroperasi semula bagi menghasilkan uranium diperkaya.

“Dalam beberapa bulan… atau mungkin lebih singkat mereka (Iran) boleh kembali memutarkan beberapa rangkaian sentrifug untuk menghasilkan uranium diperkaya,” katanya dalam temu bual yang disiarkan pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, mendedahkan beliau memilih untuk berehat berbanding menyertai kejohanan Piala Dunia Kelab yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini, meskipun menerima beberapa tawaran untuk beraksi.

Pendedahan itu dibuat selepas penyerang berusia 40 tahun itu memperbaharui kontraknya bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, untuk tempoh dua tahun lagi - sekali gus mengekalkannya di kelab itu melepasi usia 42 tahun.

"Saya ada terima beberapa tawaran untuk bermain di Piala Dunia Kelab, tetapi bagi saya, ia tidak masuk akal. Saya lebih memilih untuk berehat dan membuat persiapan rapi kerana musim ini akan menjadi sangat panjang," katanya menerusi satu video yang dimuat naik oleh Al-Nassr di platform X, pada Sabtu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Al-Hilal, kelab terbesar dan paling terkenal di Arab Saudi, merancang untuk bertemu bapa dan ejen Lionel Messi untuk membincangkan kemungkinan membawanya ke Liga Pro Saudi.

Ketika Messi terus menyerlah bakatnya dengan mengetuai Inter Miami melalui peringkat kumpulan Piala Dunia Kelab FIFA 2025, masa depan bintang Argentina itu kekal menjadi topik hangat, dengan langkah berpotensi untuk menggegarkan dunia bola sepak.

Menurut akhbar Saudi Al-Midan Sports, Fahd bin Nafel, Presiden Al-Hilal, kini berada di Amerika Syarikat (AS) dan dijangka bertemu secara tertutup dengan Jorge, bapa dan ejen Messi dalam beberapa hari akan datang.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas digilis sebuah treler di Kilometer 254.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu berlaku selepas mangsa terjatuh ketika cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang membrek secara mengejut di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu di lorong kecemasan telah membrek secara mengejut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pengasas Amazon, Jeff Bezos, 61, dan penyampai televisyen, Lauren Sanchez, 55, melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis mewah di pulau San Giorgio Maggiore, Venice, Itali, pada Jumaat.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada sambutan selama tiga hari yang menelan belanja sekitar AS$50 juta.

Namun, di sebalik kemeriahan, majlis ini mencetuskan bantahan daripada penduduk tempatan dan aktivis yang mengecam penggunaan Venice sebagai “taman permainan golongan kaya.”

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menegaskan, Washington tidak akan berdiam diri terhadap pendakwaan berterusan ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung tuduhan rasuah.

“Amerika Syarikat membelanjakan berbilion dolar setiap tahun – jauh lebih banyak berbanding mana-mana negara lain – bagi melindungi dan menyokong Israel. Kami tidak akan berdiam diri,” kata Trump menerusi hantaran di platform Truth Social pada Sabtu.

Kenyataan itu dibuat beliau sehari selepas mahkamah Israel menolak permintaan Netanyahu untuk menangguhkan sesi keterangannya dalam perbicaraan, dengan alasan permohonan yang dikemukakan tidak mempunyai justifikasi yang kukuh.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh dua lagi kenderaan termasuk sebuah van yang diparkir di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat mengenai kemalangan itu diterima daripada orang awam kira-kira jam 10.25 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan dan melanggar dua kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah rumah iaitu sebuah Proton Wira dan sebuah van Toyota Hiace," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui negara berdepan kekurangan jururawat yang kritikal.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM sedang mengambil langkah menanganinya termasuk meningkatkan jumlah pelatih.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman di ibu kota.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku pertengahan tahun lalu kira-kira jam 4 petang ketika mangsa berusia 14 tahun sedang tidur di bilik tidur ibunya.

"Mangsa terjaga selepas berasa disentuh dan mendapati ibunya, 36, serta teman lelaki wanita itu berusia 61 tahun berada di sebelahnya. Suspek kemudiannya bertindak merogol mangsa di hadapan ibunya," katanya pada Ahad.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas ibu pejabat Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) di utara wilayah Alborz, menurut pengumuman kumpulan itu pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.

Pejabat perhubungan awam IRGC memaklumkan bahawa serangan itu mengakibatkan kematian orang awam dan anggota tentera kerahan.

Tentera Israel pada Isnin berkata pihaknya telah menyasarkan ibu pejabat pasukan separa tentera Basij serta pasukan keselamatan dalam negeri di Alborz.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
2025/06/29 08:41:35
Back to Top
HTML Embed Code: