Telegram Web Link
Foto daripada ainafatimahcantikkaya ❤️ ❤️
Forwarded from Aina Fatimah
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*

*_Berjabat Tangan Mengerat Ukhuwah_*

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Daripada Atha bin Abu Muslim Abdullah Al-Khurasani berkata,  Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian saling berjabat tangan, dengan begitu akan menghilangkan kebencian, dan hendaklah kalian saling memberi hadiah nescaya kalian akan saling mencintai dan menghilangkan perasaan dendam.” (Muwatta No: 1685)  Dar Ihya Ulum Arabiyyah. Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Berjabat tangan akan melahirkan perasaan kasih, “mengeratkan” ukhuwah Islamiyah diantara sesama muslim.

2.  Berjabat tangan akan menghilangkan permusuhan dan kedengkian di dalam hati, menghilangkan rasa “al-ghil” (perasaan tidak suka).

3.  *Berusaha untuk memulai berjabat tangan terlebih dahulu ketika bertemu.* Rasulullah SAW merupakan orang yang terlebih dahulu memulai berjabat tangan apabila bertemu sahabat.

4.  Bersalaman merupakan bentuk penghormatan, kita dianjurkan untuk membalas penghormatan dengan cara yang lebih baik daripada penghormatan yang dilakukan oleh saudara kita. Apabila saudara kita mengucapkan salam, maka hendaknya kita balas dengan salam serupa atau yang lebih baik (lebih sempurna) daripada salamnya, dan jika ia menjabat tangan, maka hendaklah kita membalasnya dengan jabatan tangan yang lebih erat dan lebih mesra kepadanya. Dalam sebuah riwayat disebutkan :

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ تَمَامِ التَّحِيَّةِ الْأَخْذُ بِالْيَدِ

Daripada Abdullah bin Masud RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Diantara bentuk penghormatan yang paling sempurna adalah berjabat tangan." (Sunan Tirmizi No: 2730) Dar Kutub Ilmiyyah.

5.  Saling memberi hadiah akan melahirkan perasaan kasih dan sayang sesama kita. Memberi duit raya kepada kanak-kanak akan melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang.

6.  Saling memberi hadiah menghilangkan perasaan dendam dan marah. Alangkah elok bagi yang muda menziarahi orang tua di musim perayaan dengan memberi hadiah kepada mereka sama ada berbentuk wang ringgit mahupun kuih muih.



16hb April 2024
07hb Syawal 1445H

*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_


Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:

#1H1H (7)
https://chat.whatsapp.com/BLa6n7fRPGvAJOKTHZwk8W


Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:

ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃

🔖 *Tazkirah Rabu- 17/04/2024* 🔖

🗓 *08 Syawal 1445 Hijrah*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*

📌 Al-Hasan Al-Basri رحمه الله stated:

"O son of Adam, you are only days. Everytime a day goes by, a piece of you goes."

[Siyar A'lam An-Nubala 4/585]

@IslamicQuotess

📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿

#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
Forwarded from Aina Fatimah
Jika seorang perempuan itu memilih untuk diam saat hatinya disakiti, itu tandanya kau dah buat hati dia kecewa.Diamnya seorang perempuan adalah bahasa untuk menyuarakan kekecewaannya terhadap orang yang dia sayang.
Forwarded from Aina Fatimah
*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*

*_Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua_*

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ

Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang munkar." (Sunan Tirmizi No: 1921) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti sunah Rasulullah SAW dan Adab seorang Muslim.

2.  *Menghormati orang tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk salah satu daripada tuntutan Islam.* Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي أَنْ أُكَبِّرَ

"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua." (Musnad Ahmad  No:1555)

3.  *Keutamaan menghormati orang yang lebih tua termasuk dalam mengagungkan Allah.* Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ مِنْ إِجْلَالِ اللَّهِ إِكْرَامَ ذِي الشَّيْبَةِ الْمُسْلِمِ

"Sesungguhnya termasuk mengagungkan Allah adalah menghormati orang muslim yang sudah tua." (Sunan Abu Daud No: 4203) Dihasankan oleh Imam Nawawi dalam Riyadhus Solihin dan juga Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir

Dahulukan orang yang lebih tua daripada kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:

كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ ، فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ

"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu." (Diriwayatkan oleh Al-Khathiib Al-Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As Saami', No: 249)

_Berusahalah kita memiliki sifat rahmah dengan menghormati,   mendahulukan dan mengutamakan orang yang lebih tua. Orang yang lebih muda sewajarnya terlebih dahulu menegur, memberi salam, juga menziarahi orang yang lebih tua daripada kita. Bagi orang yang tua, sayangilah yang lebih muda daripada kita._



17hb April 2024
08hb Syawal 1445H

*#1H1H*
_"Moga الله redha, Nabi cinta."_


Untuk dapatkan Gambar Hadis #1H1H dan Huraian Hadis melalui medium Whatsapp, sila klik dan join link group Whatsapp di bawah:

#1H1H (7)
https://chat.whatsapp.com/BLa6n7fRPGvAJOKTHZwk8W


Untuk memudahkan penyebaran dan menghebahkan penyertaan komuniti hadis dengan lebih meluas lagi, boleh berkongsi link di bawah:

ONE-ACCESS LINK #1H1H
http://beacons.ai/1hari1hadis
🍃 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗜 𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 🍃

🔖 *Tazkirah Khamis- 18/04/2024* 🔖

🗓 *09 Syawal 1445 Hijrah*

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
*ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ*

📌 Uthmān ibn ‘Affān said: “Do not forget the Angel of Death, for he does not forget you…”

الـمـجـالـسـة و جـواهـر الـعـلـم

@IslamicQuotess

📿 ۞ *اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ* ۞ 📿

#Muslimah_Kecil
#JadiIslamYangSebenar
Forwarded from Aina Fatimah
Kekadang kita tidak suka sesuatu perkata yang berlaku di hadapan kita, tetapi Allah tetap mengizinkan ia berlaku. Lalu kita marah, menjerit, merajuk, membawa hati dan merungut, sama ada dengan hati mahupun lidah dan juga perbuatan. Kita terus bertindak mengikut nafsu melebihi akal dan iman.
.
Di saat itu, kita sebenarnya sudah tewas dengan perasaan sendiri. Perbuatan merengus, mendengus, merungut dan menyalahkan takdir sudah menguasai diri kita, sehingga akal kita yang sihat juga menjadi sakit. Iman yang segar juga sudah mulai layu, hanya kerana kita terlalu melihat dan menghukum dengan nafsu.
.
Kenapa Allah hadirkan ujian sebegini dalam hidup kita? Adakah salah orang itu dan orang ini? Adilkah kita mengatakan sesuatu yang buruk terjadi pada kita adalah sebab orang lain semata-mata? Pernahkah kita muhasabah? Kita sebenarnya malu untuk menyemak kesalahan kita dengan Allah. Kita juga lupa melihat dosa-dosa silam kita sehingga Allah menghantar ujian untuk menjentik iman kita.
.
Ujian itu bukanlah kerana dosa semata-mata. Ujian juga bukan kerana Allah benci atau marah semata-mata. Ingatlah, ujian itu tanda panggilan Allah pada hati manusia. Andai kita merasakan ujian itu sakit dan perit, belajarlah syukur atas nikmat Allah yang lain pada kita, sehingga hati kita belajar redha atas semua pemberian-Nya.
.
Kita selalu menginginkan itu dan ini, tetapi Allah tidak mengizinkan. Bukan kerana kita tidak layak, tetapi Allah lebih tahu untuk memberikan yang paling baik dalam hidup kita. Bagaimana untuk mendapat yang baik-baik daripada Allah, kita dahulu perlu jadi baik dan perkasakan doa. Tingkatkan amal dan lebihkan yakin pada Allah. Di saat hati kita berpaut pada tali Allah, apa jua mendatang di dalam hidup, kita akan hadapi dengan tenang, sabar dan bahagia.
.
Usahlah meneruskan rungutan dan kekesalan sepanjang hidup. Kita belum tahu kejadian hari esok. Mungkin hari ini, teman kita airmata. Siapa tahu esok sudah ada mentari. Bukan ilmu kita untuk menentukan kejadian Akhirat. Allah sudah berpesan, kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat, kalau kita kufur, sesungguhnya azab Allah sangat pedih.
2024/06/10 08:25:15
Back to Top
HTML Embed Code: