Telegram Web Link
Ringgit ditutup rendah setelah kenaikan ketara sejak awal Mei
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2024/05/1248277/ringgit-ditutup-rendah-setelah-kenaikan-ketara-sejak-awal-mei

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat disebabkan aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan baru-baru ini, kata penganalisis.
5 tentera Israel maut dibedil kereta kebal pasukan sendiri
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/05/1248279/5-tentera-israel-maut-dibedil-kereta-kebal-pasukan-sendiri

GAZA: Tentera Israel mendedahkan lima anggotanya berusia antara 20 hingga 22 tahun terbunuh selepas terkena bedilan kereta kebal rejim Zionis itu dalam kejadian yang berlaku dekat utara Gaza petang Rabu lalu.
FIFA, AFC akan bantu Palestin - Hamidin
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/05/1248281/fifa-afc-akan-bantu-palestin-hamidin

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan memberi bantuan yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) susulan konflik Palestin dan Israel, menurut Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC Datuk Hamidin Mohd Amin.
Mayat bayi dibuang bawah kereta ada kesan kecederaan di pipi
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1248283/mayat-bayi-dibuang-bawah-kereta-ada-kesan-kecederaan-di-pipi

KUALA LUMPUR: Mayat bayi perempuan yang ditemui bawah sebuah kereta di kawasan parkir Apartmen Putra Ria, di sini, hari ini didapati mempunyai kesan kecederaan di bahagian pipi kiri.
Kerajaan Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga Muhamad Syafiq
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248285/kerajaan-pahang-sumbang-rm8000-kepada-keluarga-muhamad-syafiq

KUANTAN: Kerajaan Pahang menyumbang RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, hari ini.
Anwar tiba di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248288/anwar-tiba-di-uzbekistan-untuk-lawatan-rasmi-tiga-hari

TASHKENT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan, yang bertujuan meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Anwar diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248294/anwar-diberikan-sambutan-rasmi-sempena-lawatan-ke-uzbekistan

TASHKENT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy di sini pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Nepal haram produk rempah dari India selepas Hong Kong, Singapura
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/05/1248296/nepal-haram-produk-rempah-dari-india-selepas-hong-kong-singapura

KATHMANDU: Nepal menjadi negara terbaharu mengharamkan pengimportan dan penjualan dua jenama rempah terkenal India, selepas timbul laporan mendakwa produk itu mengandungi racun perosak penyebab kanser, kata seorang pegawai hari ini.
Dua beregu lelaki negara kandas di suku akhir
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2024/05/1248299/dua-beregu-lelaki-negara-kandas-di-suku-akhir

KUALA LUMPUR: Perjuangan dua beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King di Terbuka Thailand berakhir selepas terkandas di suku akhir, hari ini.
Polis Iran tahan lebih 250 orang promosi rangkaian 'syaitan'
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/05/1248301/polis-iran-tahan-lebih-250-orang-promosi-rangkaian-syaitan

TEHRAN: Polis Iran menahan lebih 250 orang, termasuk tiga warga asing kerana mempromosi rangkaian 'syaitan' di barat Tehran, lapor media kerajaan.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenal projek 'ASEAN Drive Tourism'
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/05/1248303/thailand-akan-bekerjasama-dengan-malaysia-perkenal-projek-asean-drive

BANGKOK: Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan ‘Projek ASEAN Drive Tourism’.
Bapa sangka anak terbabit dalam kemalangan jalan raya
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248305/bapa-sangka-anak-terbabit-dalam-kemalangan-jalan-raya

JOHOR BAHRU: “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini, namun saya reda dan hanya berserah kepada Allah,” kata bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, Azhar Khaiden, 54.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/05/1248307/mokhzani-letak-jawatan-pengerusi-maxis

KUALA LUMPUR: Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/05/1248309/pemain-golf-nombor-satu-dunia-ditahan-polis

LOUISVILLE: Pemain golf nombor satu dunia, Scottie Scheffler digari dan ditahan polis awal Jumaat selepas didakwa cuba melanggar kawalan lalu lintas di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Korea Utara lancar beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat - Seoul
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/05/1248311/korea-utara-lancar-beberapa-peluru-berpandu-balistik-jarak-dekat-seoul

SEOUL: Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah laut di luar pantai timurnya pada Jumaat, kata tentera Korea Selatan.
Pemasangan Jambatan Bailey Jalan Semenyih- Sungai Lalang selesai dalam tempoh 36 jam
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248323/pemasangan-jambatan-bailey-jalan-semenyih-sungai-lalang-selesai

HULU LANGAT: Pemasangan Jambatan Bailey di Jalan Semenyih-Sungai Lalang yang runtuh akibat banjir Isnin lalu berjaya disiapkan dalam tempoh 36 jam oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248327/polis-siasat-ancaman-jemaah-islamiyah-dalam-negara

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Sultan Kedah nasihat jemaah haji patuh saranan Tabung Haji
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248329/sultan-kedah-nasihat-jemaah-haji-patuh-saranan-tabung-haji

ALOR SETAR: Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menasihatkan jemaah haji negeri itu untuk sentiasa mematuhi saranan serta garis panduan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
Penduduk Kampung Sungai Tiram terkejut, bimbang keselamatan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1248331/penduduk-kampung-sungai-tiram-terkejut-bimbang-keselamatan

JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Sungai Tiram di sini terkilan dengan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi hari ini yang mengorbankan dua anggota polis.
Mayat pendaki Mongolia yang hilang ditemui di Everest
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/05/1248333/mayat-pendaki-mongolia-yang-hilang-ditemui-di-everest

KATHMANDU: Pasukan penyelamat menemui mayat seorang daripada dua pendaki Mongolia yang dilaporkan hilang di Gunung Everest hari ini, kata penganjur ekspedisi, kematian pertama disahkan di puncak tertinggi dunia pada musim pendakian gunung itu.
2024/05/17 23:47:55
Back to Top
HTML Embed Code: