Warning: mkdir(): Permission denied in /var/www/bootg/function.php on line 101

Warning: file_put_contents(aCache/detail/b/e/r/i/beritaharianonline.txt): Failed to open stream: Permission denied in /var/www/bootg/function.php on line 103
Berita Harian Online - Telegram Web
Majoriti waris setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242290/majoriti-waris-setuju-pindah-kubur-untuk-ecrl-mb-selangor

SHAH ALAM: Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bersetuju membenarkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilakukan di kawasan itu.
Arsenal mahu Wolves kalahkan City
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/05/1242291/arsenal-mahu-wolves-kalahkan-city

LONDON: Arsenal meneruskan usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Bournemouth hujung minggu ini menyedari mereka tidak boleh melakukan kesilapan ketika Manchester City mengejar tidak jauh di belakang.
F&N belanja RM1.7 bilion Fasa 1 ladang tenusu di Gemas
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/05/1242294/fn-belanja-rm17-bilion-fasa-1-ladang-tenusu-di-gemas

KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) memperuntukkan sebanyak RM1.7 bilion perbelanjaan modal Fasa 1 ladang tenusunya di Ladang Permai Damai Gemas, Negeri Sembilan.
Operasi MBCA di ICQS Bukit Kayu Hitam sudah bermula Rabu lalu
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242296/operasi-mbca-di-icqs-bukit-kayu-hitam-sudah-bermula-rabu-lalu

BUKIT KAYU HITAM: Penugasan operasi Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam sudah bermula sejak Rabu lalu.
Perdana Menteri solat Jumaat di Sungai Merab
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242298/perdana-menteri-solat-jumaat-di-sungai-merab

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Sungai Merab, di sini.
Pembangkang rampas kerusi parti Konservatif
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2024/05/1242303/pembangkang-rampas-kerusi-parti-konservatif

LONDON: Parti Konservatif yang memerintah Britain kehilangan kerusi parlimen kepada parti Buruh hari ini ketika negara itu menunggu keputusan pilihan raya tempatan yang berkemungkinan menambah tekanan kepada pemimpin Rishi Sunak.
Mercedes-Benz CLE 300 4Matic Coupé diperkenal bermula RM518,888
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2024/05/1242314/mercedes-benz-cle-300-4matic-coup%C3%A9-diperkenal-bermula-rm518888

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan Mercedes-Benz CLE 300 4Matic Coupé yang ditawarkan pada harga bermula RM518,888.
Kerongsang Tok lambang tradisi, budaya Melayu
https://www.bharian.com.my/wanita/fesyen/2024/05/1242318/kerongsang-tok-lambang-tradisi-budaya-melayu

KUALA LUMPUR: Mempertahankan warisan Melayu menjadi tanggung jawab bersama untuk memastikan kekayaan budaya dan sejarah Melayu tetap hidup dan berkembang pada era modenisasi.
Sindiket tayang 'jongkong emas', mata wang asing 'goda' orang ramai buat pelaburan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/05/1242331/sindiket-tayang-jongkong-emas-mata-wang-asing-goda-orang-ramai-buat

KUALA LUMPUR: Polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan pelaburan yang mempromosi pelaburan tidak wujud menerusi ‘live’ TikTok’ dan menayang jongkong emas tiruan dan mata wang Amerika Syarikat (AS) palsu untuk memperdaya orang ramai.
PDRM pasukan penjawat awam terbesar menerima kenaikan gaji - Saifuddin
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242345/pdrm-pasukan-penjawat-awam-terbesar-menerima-kenaikan-gaji-saifuddin

KUALA KUBU BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi ketumbukan penjawat awam paling besar menerima kenaikan gaji, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.
'Saham' Liga M tetap bernilai tinggi
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/05/1242348/saham-liga-m-tetap-bernilai-tinggi

KUALA LUMPUR: Meskipun kerap dikritik dan terpalit dengan beberapa kontroversi terutama isu tunggakan gaji membabitkan pasukan bertanding, namun 'saham' Liga Malaysia (Liga M) tetap bernilai tinggi.
Domino's Pizza tembusi Sarawak, buka tiga cawangan di Kuching
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/05/1242350/dominos-pizza-tembusi-sarawak-buka-tiga-cawangan-di-kuching

KUCHING: Domino’s Pizza menembusi pasaran Sarawak dengan membuka tiga cawangan baharu di Kuching masing-masing terletak di Metro City (cawangan ke-270), Tabuan (cawangan ke-271) dan Jalan Green (cawangan ke-272).
Skuad pecut wanita masih ada peluang ke Paris
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/05/1242353/skuad-pecut-wanita-masih-ada-peluang-ke-paris

PUTRAJAYA: Skuad pecut berbasikal trek wanita negara berpeluang untuk menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berada di kedudukan pertama dalam senarai menunggu untuk beraksi di temasya terbesar dunia itu.
HAWANA: Teknologi AI dibincangkan dalam Persidangan Media Sarawak 2024
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242355/hawana-teknologi-ai-dibincangkan-dalam-persidangan-media-sarawak

KUCHING: Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) adalah antara tajuk yang akan dibincangkan pada Persidangan Media Sarawak (SMEC) 2024 yang diadakan buat julung kalinya sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) dari 25 hingga 27 Mei ini.
Serah kepada polis, harap tiada spekulasi liar - Mohd Sabri
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/05/1242357/serah-kepada-polis-harap-tiada-spekulasi-liar-mohd-sabri

KUALA TERENGGANU: Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd memandang serius kejadian samun yang berlaku kepada pemain tonggaknya, Akhyar Rashid malam tadi.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2024/05/1242369/agensi-risikan-seoul-beri-amaran-korea-utara-rancang-serangan-ke-atas

SEOUL: Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
F&N rangka strategi minimumkan kesan kenaikan kos bahan mentah
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/05/1242372/fn-rangka-strategi-minimumkan-kesan-kenaikan-kos-bahan-mentah

KUALA LUMPUR: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menjangkakan kenaikan kos bahan-bahan mentah seperti gula, beras, gelatin dan serbuk koko akan memberi cabaran kepada syarikat dan sehubungan itu ia telah merangka strategi untuk meminimumkan kesannya.
Semakan gaji pekerja sektor swasta secara berkala, setiap tahun - MEF
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242373/semakan-gaji-pekerja-sektor-swasta-secara-berkala-setiap-tahun-mef

KUALA LUMPUR: Semakan gaji pekerja bagi sektor swasta dilakukan secara berkala dengan sesetengah majikan berbuat demikian pada setiap tahun, kata Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman.
Autonomi kepada guru diharap kurangkan `gangguan' JPN, PPD
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242375/autonomi-kepada-guru-diharap-kurangkan-gangguan-jpn-ppd

KUALA LUMPUR: Pemberian autonomi kepada guru melalui Kurikulum Persekolahan 2027 diharap dapat mengurangkan ‘gangguan’ daripada pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kepada tenaga pengajar.
Siri Grand American Touring mantapkan barisan pengembaraan Harley-Davidson
https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2024/05/1242377/siri-grand-american-touring-mantapkan-barisan-pengembaraan-harley

KUALA LUMPUR: Harley-Davidson memantapkan lagi barisan motosikal pengembaraan dengan pengenalan tiga model motosikal baharu iaitu Street Glide, Road Glide serta model edisi khas CVO Road Glide ST.
2024/05/03 10:32:12
Back to Top
HTML Embed Code: