Telegram Web Link
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Seorang perempuan yang bercerai dengan suami tapi dia sudah tidak ada haid jadi nak kira macam mana edahhnya?

Adakah dengan anggaran haidnya yang lepas?

JAWAPAN: Perempuan-perempuan yang bercerai hidup yang tidak mempunyai darah haid itu iddahnya ialah selama tiga bulan.

Allah SWT berfirman:

وَالَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَالَّائِي لَمْ يَحِضْنَ

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan yang sudah tidak mempunyai haid dari isteri-isteri kamu itu jika kamu merasa ragu maka iddahnya ialah selama tiga bulan dan begitu jugalah sekelian perempuan yang tidak mempunyai haid.” [Surah At-Talaq: 4]

Berkata Imam Nawawi:

من لم تر دما ليأس ، وصغر ، أو بلغت سن الحيض أو جاوزته ولم تحض ، فعدتها ثلاثة أشهر بنص القرآن

Maksudnya: “Siapa yang tidak datang darah haid kerana sudah tua atau masih kecil atau telah sampai usia haid atau melebihi usia haid sedangkan tidak keluar darah haid maka iddahnya ialah selama tiga bulan dengan nas Al-Quran.” [Kitab Ar-Raudhah At-Tolibin]

Maka iddah bagi perempuan yang dicerai ini ialah selama tiga bulan iaitu sembilan puluh hari.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya tidur dengan meniarap iaitu perut kita ke bawah?

JAWAPAN: Tidur meniarap hukumnya adalah makruh tanpa sebarang darurah atau uzur.

Ada pun jika kerana uzur seperti ada penyakit pada belakangnya maka harus ia tidur meniarap dan tidak makruh.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللهُ

Maksudnya: “Tidur meniarap seperti ini adalah tidak disukai Allah.” [Hadis Riwayat Abu Daud]

Berkata Syeikh Khatib tentang disunatkan membangunkan orang yang tidur meniarap:

الرجل إذا نام منبطحًا فإنها ضجعة يُبغضها الله

Maksudnya: “Seorang itu apabila dia tidur meniarap nescaya Allah tidak menyukainya.” [Mughni Al-Muhtaj]

Berkata Syeikh Abdul Karim Khasawneh:

وتُشير بعض البحوث الطبية إلى أن النوم على البطن له أضرار صحية على الكلى والجهاز التنفسي. هذا في حق من يتعمَّد هذه النومة لغير سبب، أما النائم فهو غير مؤاخذ؛ لأن التكليف مرفوع عن النائم حتى يستيقظ، كما أن المريض إذا احتاج إلى هذه النومة فلا حرج عليه في ذلك؛ إذا الضرورات تُبيح المحظورات.

Maksudnya: “Dan setengah orang-orang yang membahaskan tentang kesihatan menyatakan bahawa tidur meniarap di atas perut ini tidak bagus untuk kesihatan dan pernafasan.

Makruh ini ialah bagi orang yang sengaja tidur meniarap tanpa sebab. Ada pun yang telah tidur maka tidak diambil kira kerana hukum syarak tidak dikira dari orang yang sedang tidur sampailah ia jaga sebagaimana orang yang sedang sakit maka harus ia tidur meniarap tiada salah atasnya kerana apabila darurah maka diharuskan yang dilarang.” Sebaiknya kita tidur dengan mengikuti sunnah yaitu Nabi SAW tidur dengan lambung yang kanan.

Dari Bara’ bin ‘Azib r.a. Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ ، فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur maka berwuduklah seperti wuduk untuk solat kemudian berbaringlah atas lambung yang kanan.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukum orang perempuan mencukur rambutnya sampai botak kerana sudah ada sekarang fesyen perempuan berkepala botak?

JAWAPAN: Diharamkan kaum perempuan mencukur rambutnya sehingga botak melainkan jika ada uzur.

Diriwayatkan daripada Ali r.a. katanya:

نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melarang kaum wanita mencukur kepalanya.” [Hadis Riwayat Tirmizi]

Dan pada riwayat Abu Daud daripada Ibnu Abbas r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ليس على النساء حلق إنما على النساء التقصير

Maksudnya: “Tiada harus atas kaum wanita itu mencukur kepala hanya yang harus atas kaum wanita itu ialah gunting rambut.”

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar:

"تنبيه": كما يحرم على المرأة الزيادة في شعر رأسها يحرم عليها حلق شعر رأسها بغير ضرورة، وقد أخرج الطبري من طريق أم عثمان بنت سفيان عن ابن عباس قال: "نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن تحلق المرأة رأسها

Maksudnya: "Awas olehmu sebagaimana haram atas wanita menambah rambut kepalanya maka diharamkan atasnya mencukur rambut kepalanya tanpa darurah. Dan sungguhnya Imam At-Tabari telah mengeluarkan satu hadith dari jalan Ummu Uthman binti Sufyan dari Ibnu Abbas r.a. berkata : Rasulullah SAW telah melarang kaum wanita mencukur kepalanya.” Dan pendapat sebahagian ulamak makruh perempuan mencukur kepalanya dengan syarat tiada ia mendedahkan kepalanya diluar rumah. Ada pun jika keluar ia dengan tidak menutup kepala maka hukumnya haram dengan sepakat ulamak.

Dan sebahagian ulamak mengharamkan perempuan cukur kepala itu dengan sebab larangan menyamai kaum lelaki.

Dan harus perempuan mencukur kepalanya dengan sebab darurah seperti ada penyakit di atas kepalanya yang tidak ada pilihan melainkan dengan mencukur kepalanya.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya nak tahu ustaz kalau kita dengar bunyi azan dalam radio atau televisyen atau dalam media sosial adakah kena jawab?

JAWAPAN: Telah menyebut oleh Syeikh Ismail Uthman Zain:

الجواب : نعم يسن إجابة المؤذن المذكور, والمكبر غاية ما فيه أنه يقوي الصوت ويبلغه إلى مدى بعيدة. هذا إذا كان الأذان منقولا بواسطة المكبر عن مؤذن يؤذن بالفعل, أما إذا كان الأذان في الشريط المسجل فلا تسن إجابته لأنه حاك والحاكي لا يحاكى. والله أعلم

Maksudnya: Ya. Disunatkan menjawab azan yang dilaungkan menerusi pembesar suara kerana pembesar suara berfungsi menguatkan lagi suara muazzin dan menyampaikan suaranya sampai ke tempat yang jauh.

Hukum ini ialah apabila suara azan itu dipindahkan dengan perantaraan pembesar suara dari muazzin yang azan ia dengan perbuatan.

Ada pun apabila azan tersebut hanyalah suara yang ada di dalam kaset rakaman maka tidak disunatkan menjawabnya kerana rakaman seumpama meniru maka tidaklah ditiru pula atasnya.” [Kitab Qurratul Aini]

Kesimpulan

Jika azan yang didengar dalam radio atau televisyen itu memang sedang dilaungkan oleh muazzin kerana masuk waktu solat maka sunat menjawabnya.

Jika azan yang didengar itu hanya rakaman yang diulang-ulang dan tidak ada muazzin sedang melaungkannya pada ketika itu maka tidak sunat dijawab.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ustaz selalu menyebut pada hari kiamat nabi Muhamad orang yang pertama masuk syurga tapi ada saya dengar orang yang kata yang akan masuk syurga dulu ialah Nabi Idris.

JAWAPAN: Sekalian nas yang sahih menyatakan yang pertama akan masuk ke dalam syurga ialah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Tsabit dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah SAW telah bersabda:

آتِي بَابَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَسْتفْتِحُ ، فَيَقُولُ الْخَازِنُ : مَنْ أَنْتَ؟ فَأَقُولُ : مُحَمَّدٌ ، فَيَقُولُ: بِكَ أُمِرْتُ لَا أَفْتَحُ لِأَحَدٍ قَبْلَكَ

Maksudnya: “Aku datang pada pintu syurga pada hari kiamat dan meminta dibukakan. Maka berkata malaikat penjaga pintu syurga: Siapakah kamu? Aku menjawab: Muhammad. Maka berkata malaikat: Denganmu aku diperintahkan bahawa aku tidak akan membukanya bagi seorang jua pun sebelum kamu.” [Hadis Riwayat Muslim]

Dan diriwayatkan dari Anas bin malik r.a. Rasulullah SAW bersabda:

أنا أكثر الناس تبعاً يوم القيامة، وأنا أول من
يقرع باب الجنة

Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling ramai pengikut pada hari kiamat dan aku orang yang pertama mengetuk pintu syurga.” [Hadis Riwayat Muslim]

Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. Rasulullah SAW bersabda:

وَأَنَا أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Dan akulah orang yang paling awal akan masuk ke dalam syurga pada hari kiamat.” [Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW baginda bersabda:

أنا أول من يفتح له باب الجنة

Maksudnya: “Aku adalah orang yang paling awal dibukakan pintu syurga. [Hadis Abu Ya’la]

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya kalau solat dengan memakai baju ada gambar orang dan apakah hukumnya makmum yang dibelakangnya tengok pada gambar orang pada baju itu?

JAWAPAN: Solat dengan memakai pakaian yang ada sesuatu yang boleh melalaikan orang melihatnya dalam solat seperti gambar orang atau haiwan adalah makruh.

Dan orang yang sedang solat juga makruh memandang kepada gambar tersebut.

Berkata Imam Nawawi:

يكره أن يصلي وبين يديه رجل أو امرأة يستقبله ويراه , وقد كرهه عمر بن الخطاب وعثمان بن عفان رضي الله عنهما ; ولأنه يشغل القلب غالبا , فكره كما كره النظر إلى ما يلهيه كثوب
له أعلام

Maksudnya: “Dimakruhkan mengerjakan solat dihadapan manusia samada lelaki atau perempuan yang jadi berhadap memandangnya. Umar bin Al-Khttab r.a. dan Uthman bin ‘Affan r.a. tidak meyukainya dari kerana sungguhnya ia biasanya akan mejadikan gangguan bagi hati maka dimakruhkannya sebagaimana dimakruhkan juga memandang kepada suatu yang melalaikan seperti baju yang ada gambar-gambar.” [Kitab Al-Majmu’]

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

ويُكره نظَرُ ما يلهي عن الصَّلاة، كثوب له أعلام

Maksudnya: “Dimakruhkan memandang kepada suatu yang melalaikan daripada solat seperti memandang kepada baju yang ada gambar.” [Kitab Mughni Muhtaj]

Dan sebahagian fuqahak berkata jika gambar yang tidak melalaikan orang memandangnya seperti gambar yang kecil maka hukumnya tidak makruh.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ‘ala Mazahib Al-Arb’ah:

و منها ان يكون بين يديه ما يشغله من صورة حيوان او غيرها فاذا لن يشغله لا تكره الصلاة اليها و هذا عند المالكية و الشافعية

Maksudnya: “Dan setengah daripadanya yang dimakruhkan dalam solat ialah bertentang dihadapannya suatu yang melalaikannya seperti hambar haiwan atau lainnya. Maka jika tidak melalaikan solat nescaya tidaklah makruh. Inilah pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie.”

Kesimpulan
Makruh memakai baju yang ada gambar yang boleh melalaikan orang yang melihatnya.

Seorang yang sedang solat hendaklah jangan melihat ke sana sini didalam solatnya kerana tujuan mendirikan solat adalah supaya hati ingat kepada Allah.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah orang yang hendak taubat wajib menunaikan solat taubat?

Adakah hadis yang menjadi dalil solat sunat taubat?

Apakah sebab disuruh menunaikan solat taubat?

JAWAPAN: Hukum Solat Taubat

Ketika seorang itu melakukan satu perbuatan membawa kepada dosa maka wajib atasnya bertaubat dan disunatkan pula menunaikan solat sunat taubat.

Berkata Syeikh Muhammad bin Umar:

صلاة التوبة ينبغي للمسلم أن يحرص على تقوى الله تعالى، ومراقبته، وعدم الوقوع في المعصية، فإن أذنب؛ بادر إلى التوبة والإنابة. وقد شرع الرسول صلى الله عليه وسلم هذه الصلاة عند التوبة : بغية المتطوع في صلاة التطوع

Maksudnya: “Solat Taubat. Sayugia bagi orang Islam bahawa gemar ia atas taqwa akan Allah Taala dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat akan dirinya dan tiada membiarkan dirinya jatuh kepada perlakuan maksiat. Maka jika dia melakukan satu dosa hendaklah dia segera kepada bertaubat dan kembali kepada Allah. Dan sungguhnya telah disyariatkan oleh Rasulullah SAW akan solat sunat ini ketika bertaubat.” [Kitab Bughyah Al-Mutahowwi’ fi Solah At-Tathowwu’]

Dan berkata Imam Ibnu Taimiyah:

وَكَذَلِكَ صَلَاة التَّوْبَة، فَإِذا أذْنب فالتوبة وَاجِبَة على الْفَوْر، وَهُوَ مَنْدُوب إِلَى أَن يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثمَّ يَتُوب، كَمَا فِي حَدِيث أبي بكر الصّديق

Maksudnya: “Dan seperti demikian itu solat taubat. Maka apabila seorang itu melakukan dosa maka taubat itu wajib dengan segera dan dia disunatkan kepada menunaikan solat dua rakaat kemudian bertaubat sepertimana sabit di dalam hadis Abu Bakar As-Siddiq r.a.”[Kitab Majmu’ Fatawa]

Hadis Solat Sunat Taubat
Telah diriwayatkan daripada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata:

سَمِعت رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم يَقُول: " مَا من عبد يُذنب ذَنبا فيُحسِنُ الطّهُور ثمَّ يقوم فَيصَلي رَكْعَتَيْنِ ثمَّ يسْتَغْفر الله إِلَّا غفر الله لَهُ

Maksudnya: “Aku telah mendengar akan Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada dari seorang hamba yang melakukan satu dosa kemudian dia bersuci dengan seeloknya kemudian berdiri tunaikan solat dua rakaat kemudian dia bertaubat kepada Allah dari dosanya itu melainkan Allah menerima akan taubatnya.”

SAMBUNGAN ESOK

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah hadis yang menjadi dalil solat sunat taubat?

Apakah sebab disuruh menunaikan solat taubat?

• Sambungan Post Kelmarin •

JAWAPAN:

Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya r.a. berkata:

أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَدَعَا بِلَالًا، فَقَالَ: "يَا بِلَالُ بِمَ سَبَقْتَنِي إِلَى الْجَنَّةِ، إِنِّي دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِي"، فَقَالَ بِلَالٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا أَذْنَبْتُ قَطُّ إِلَّا صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ، وَمَا أَصَابَنِي حَدَثٌ قَطُّ إِلَّا تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا

Maksudnya: “Pada waktu pagi Rasulullah SAW telah memanggil akan Bilal r.a. dan berkata: Wahai Bilal. Kerana amalan apakah kamu mendahului aku di dalam syurga? Sungguhnya aku melihat di dalam syurga semalam dan aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku. Maka jawab Bilal: Wahai Rasulullah. Tiadalah aku kerjakan satu dosa sama sekali melainkan aku pasti menunaikan solat dua rakaat dan tiadalah menimpa aku oleh hadas melainkan aku segera berwuduk kerananya.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmizi]

Dan telah diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. katanya: Aku telah mendengar akan Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أَوْ أَرْبَعًا (شك أحد الرواة) يُحْسِنُ فِيهِمَا الذِّكْرَ وَالْخُشُوعَ ، ثُمَّ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ، غَفَرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa berwuduk dengan wuduk yang sangat elok kemudian berdiri ia mengerjakan dua rakaat solat atau empat rakaat yang dia elokkan kelakuan solatnya itu dengan zikir dan khusyuk kemudian dia beristighfar akan Allah Taala nescaya Allah akan mengampunkan baginya.” [Hadis Riwayat Ahmad]

Sebab Disuruh Solat Sunat Taubat
Dan sebab diperintahkan mengerjakan solat sunat taubat ialah menuntut kesempurnaan dan kesungguhannya kembali kepada Allah.

Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim:

وَفِيه اسْتِيفَاء وُجُوه الطَّاعَة فِي التَّوْبَة، لِأَنَّهُ نَدم، فَتطهر، ثمَّ صلى، تمّ اسْتغْفر، وَإِذا أَتَى بذلك على أكمل الْوُجُوه غفر الله لَهُ بوعده الصَّادِق"

Maksudnya: “Dan pada menunaikan solat ini ialah menuntut kesempurnaan segala wajah ketaatan pada ketika bertaubat kerana sungguhnya taubat itu ialah penyesalan lalu dia bersuci dan menunaikan solat kemudian meminta keampunan. Dan apabila dia datangkan dengan yang demikian itu atas segala rupa yang sempurna nescaya Allah akan mengampunkan baginya dengan sebab janji-Nya yang benar.” [Kitab Al-Ihkam]

Wallahua'lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Berkenaan sunnah makan dengan tiga jari saya ingin tahu jari manakah yang tiga itu dan adakah ia satu kewajipan bagi kita mengikutnya dan apakah hukumnya jikalau kita makan seperti biasa menggunakan lima jari?

JAWAPAN: Jari yang dimaksukdan ialah ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Diriwayatkan daripada Ka’ab bin ‘Ujrah r.a. katanya:

رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث : بالإبهام والتي تليها والوسطى

Maksudnya: “Aku telah melihat Rasulullah SAW makan ia dengan menggunakan tiga jarinya iaitu dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. [Hadis Riwayat Imam At-Tabarani dalam kitab Al-Awsath]

Hendaklah diketahui bahawa hukum makan dengan menggunakan tiga jari ini ialah sunat dan bukannya wajib.

Siapa yang memakan dengan lima jari seperti biasa masyarakat kita amalkan maka tidaklah menjadi kesalahan hanya menggunakan tiga jari itu sunnah iaitu lebih afdhal kerana tidak banyak makanan yang diambil masuk ke dalam mulut kerana memasukkan makan yang banyak sekali suap ke dalam mulut itu adalah adab yang kurang elok.

Dan bukan semua keadaan kita disunatkan makan dengan tiga jari adakalanya terpaksa makan dengan lebih dari tiga jari mengikut keadaan semasa dan jenis makanan yang kita makan.

Kalau sukar mengangkat atau mengambil suatu makanan dengan menggunakan tiga jari maka harus menggunakan dua jari lagi ketika itu.

Berkata Imam Muslim:

وَاسْتِحْبَابُ الْأَكْلِ بثلاث أصابع ولايضم اليها الرابعة والخامسة إلالعذر بأن يكون مرقا وغيره مما لايمكن بِثَلَاثٍ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِنَ الْأَعْذَارِ

Maksudnya: “Dan disunatkan makan dengan tiga jari dengan tidak ditambah dua lagi jari melainkan kerana uzur seperti mengambil lauk atau kuah daripada yang tidak mungkin mengambilnya dengan tiga jari dan lain dari yang demikian itu daripada segala uzur.” [Kitab Syarah Muslim]

Kesimpulan

Makan dengan menggunakan tiga jari adalah afdhal kerana ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. Jika memerlukan lebih dari tiga jari ketika makan maka hukumnya adalah harus.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
2 AMALAN YG DPT KURANGKAN DAHAGA KETIKA BERPUASA

1) TIME SAHUR
- minum seteguk air kosong dan baca surah al kautsar
- teguk balik 3x teguk
- bhenti makn or minum

2) BILA2 JE
- baca surah al kautsar dan gosok leher awak

Selamat mencuba 🍃❤️

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah sah solat seorang itu jika dia tidak berniat?

JAWAPAN: Sekalian ulamak mazhab yang empat mewajibkan berniat ketika solat. Ulamak mazhab Maliki dan Syafie berkata bahawa berniat adalah rukun solat manakala ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali berkata bahawa berniat adalah syarat sah solat.

Solat dengan meninggalkan satu rukun adalah tidak sah manakala orang yang meninggalkan satu syarat dari syarat-syarat sah solat maka solatnya tidak sah.

Oleh kerana itu maka siapa yang mengerjakan solat tanpa berniat atau dia berniat tetapi dengan niat yang salah maka solatnya tidak sah dengan sepakat ulamak.

Tersebut dalam ktab Al-Fiqhu ‘ala Mazahib Al-Arba’ah:

أن المالكية والشافعية اتفقوا على أن النية ركن من أركان الصلاة، فلو لم ينو الصلاة فإنه لا يقال له: قد صلى أصلاً، والحنفية والحنابلة اتفقوا على أنها شرط؛ بمعنى أنه إن لم يأت بها فإنه يكون قد صلى صلاة باطلة

Maksudnya: “Sungguhnya ulamak mazhab Maliki dan Syafie sepakat atas bahawa sungguhnya niat itu satu rukun dari segala rukun solat maka jika dia tidak berniat maka sungguhnya tidak dikatakan baginya telah mengerjakan solat.

Dan ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali pula sepakat atas bahawasanya niat itu adalah syarat sah solat dengan makna jika dia tidak berniat maka sungguhnya solatnya itu batal.”

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Kalau kita masuk dalam masjid kemudian kita nampak najis seperti tahi burung atau air kencing adakah wajib kita kena buang atau beritahu penjaga masjid atau boleh kita diamkan sahaja?

JAWAPAN: Siapa yang melihat atau mengetahui ada najis di dalam masjid maka wajib atasnya memberitahu penjaga masjid supaya dibersihkan dan jika tiada penjaganya maka wajib dia bersihkan najis itu dengan segera dan jika dia biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan sahaja maka dia telah berdosa.

Tersebut pada kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubra:

مَنْ عَلِمَ بِنَجَاسَةٍ فِي الْمَسْجِدِ لَزِمَهُ إزَالَتُهَا فَوْرًا وَمَتَى قَصَّرَ فِي ذَلِكَ أَوْ تَرَاخَى فِيهِ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ أَثِمَ

Maksudnya: “Barangsiapa tahu tentang suatu yang najis yang ada pada masjid maka wajib atasnya menghilangkan najis itu iaitu membersihkannya dengan segera. Dan apabila dia cuai dengan tidak menghilangkannya atau dia tangguhkannya dengan tanpa uzur maka dia telah berdosa.” Jika dia lambat membasuhnya atau lambat memberitahu penjaganya kerana hendak mengerjakan solat dahulu umpamanya maka tidaklah mengapa.

Kesimpulan

Siapa yang nampak ada najis di dalam masjid maka hendaklah dia hilangkan najis tersebut jika mampu dan jika tidak mampu hendaklah dia beritahu penjaga masjid tersebut atau orang lain supaya dihilangkannya.

Tidak mengapa dia biarkan dulu jika tidak takut dipijak orang lain kerana hendak menunaikan solat atau perkara hajat yang lain.

Siapa yang mengetahui atau nampak najis dalam masjid tetapi dia diamkan dan tidak dia bersihkan atau memberitahu penjaganya atau orang lain maka dia telah berdosa.

Jika tiada alat untuk membersihkannya dan tiada penjaga masjid disitu maka hendaklah dia letakkan umpama hadangan supaya orang sedar disitu ada najis.

Kebersihan masjid bukan hanya tanggung jawab penjaga masjid tetapi adalah tanggungjawab semua umat Islam.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah hadis yang menyebut orang yang minum arak sekali tidak akan diterima solatnya 40 hari itu hadis sahih?

Apakah maknanya kalau dia sudah bertaubat tidak perlu kerjakan solat 40 hari kemudian baru mula solat?

JAWAPAN: Hadis berkenaan orang yang minum arak itu tidak diterima solatnya selama 40 hari adalah hadis sahih.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘As r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda:

لَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ رَجُلٌ مِنْ أُمَّتِي فَيَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُ صَلَاةً أَرْبَعِينَ يَوْمًا

Maksudnya: “Tiada dari umatku orang yang meminum akan arak maka Allah tidak akan menerima solatnya 40 hari.'' [Hadis Riwayat An-Nasaai]

Dan pada riwayat Imam Tirmizi:

من شرب الخمرَ لم تُقبلْ له صلاةٌ أربعين صباحًا

Maksudnya: “Siapa yang minum akan arak tidak akan diterima baginya solat selama 40 pagi.”

Bukan maksud tidak akan diterima solat itu tidak perlu solat tetapi solatnya tidak berpahala selama 40 hari. Ada pun mendirikan solat tetap wajib atasnya samada dia sudah bertaubat atau tidak.

Berkata Imam Nawawi:

وأما عدم قبول صلاته فمعناه أنه لا ثواب له فيها، وإن كانت مجزئة في سقوط الفرض عنه، ولا يحتاج معها إلى إعادة

Maksudnya: “Dan ada pun ketiadaan menerima solatnya itu bermakna sungguhnya tiada pahala bagi solatnya sekalipun solatnya itu sah dan gugur kewajipan daripada orang itu dan tidak perlu lagi dia mengulangi solatnya.'' [Kitab Syarah Sahih Muslim]

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Bagaimana kedudukan lengan dan siku ketika kita sedang sujud sembahyang?

Kena angkat dari lantai atau kena rendahkan?

JAWAPAN: Ketika sujud disunatkan merenggangkan dua lengan dari perut dan siku terangkat dari lantai yaitu jangan diletakkan siku di atas lantai. Jika seorang itu sujud dan lengannya serta siku tidak diangkat dari lantai maka solatnya adalah sah.

Berkata Imaam Syairazi:

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُجَافِيَ مِرْفَقَيْهِ عَنْ جَنْبَيْهِ لِمَا رَوَى أَبُو قَتَادَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا سَجَدَ جَافَى عَضُدَيْهِ عَنْ جَنْبَيْهِ
وَيَرْفَعَ مِرْفَقَيْهِ وَيَعْتَمِدَ عَلَى رَاحَتَيْهِ لِمَا رَوَى الْبَرَاءُ اِبْنُ عَازِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا سَجَدْتَ فَضَعْ كَفَّيْكَ وَارْفَعْ مِرْفَقَيْكَ

Maksudnya: “Dan disunatkan renggangkan dua sikunya dari rusuknya kerana hadith Abu Qatadah r.a. sungguhnya Nabi SAW adalah ia ketika sujud merenggangkan kedua lengan dari dua rusuknya. Dan disunatkan mengangkat dua sikunya dan bertekan atas dua tapak tangannya kerana hadith Al-Barra’ bin ‘Azib r.a. bahawasanya Nabi saw bersabda: Apabila kamu sujud maka letakkan dua tapak tanganmu dan angkatlah dua sikumu.” [Kitab Al-Muhazzab]

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Sah atau tidak sembahyang kita kalau selepas salam baru sedar ada darah nyamuk pada baju kita?

JAWAPAN: Jika dimaksudkan dengan darah nyamuk disini ialah darah yang ada pada seekor nyamuk yang terpenyet lalu mengeluarkan darah kena pada pakaian kita maka ada perselisihan ulamak padanya iaitu setengah ulamak memberi pandangan dengan dimaafkannya kerana sedikit sangat dan bukan disengaja manakala setangah ulamak mengatakan tidak boleh dibawa kedalam sembahyang melainkan dengan disucikan dulu pakaian tersebut.

Berkata Syeikh Muhammad Syatha Ad-Dimyati:

وَاخْتَلَفَ فِيْمَا لَوْ لَبِسَ ثَوْبًا فِيْهِ دَمُ بَرَاغِيْثَ وَبَدَنُهُ رَطْبٌ فَقَالَ الْمُتَوَالِيُّ يَجُوْزُ وَقَالَ الشَّيْخُ أَبُوْ عَلِيٍّ لاَ يَجُوْزُ

Maksudnya: “Dan telah berkhilaf oleh fuqahak pada masalah jikalau kena atas pakaian darah nyamuk dan badannya basah maka berkata Syeikh Mutawali dengan harusnya dan berkata Syeikh Abu Ali tidak harus ia.” [Kitab Ianat At-Talibin]

Kesimpulan

Jika sedikit darah nyamuk itu pada pakaiannya dan badan kita tidak basah yang menyebabkan darah itu merebak dan bukan disengajakan maka hukumnya dimaaf sebagaimana dimaafkan najis yang lain jika sedikit.

Jika banyak yakni nampak jelas darah itu kemerahan pada pakaiannya maka tidak dimaaf hendaklah dibersihkan dulu pakaian tersebut sebelum dipakai di dalam sembahyang kerana itu dikira banyak.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya menggunakan kontek lense kerana masalah penglihatan. Soalan saya kalau hendak berwuduk adakah saya kena tanggalkan dulu atau tidak perlu tanggalkan?

Dan adakah sah kalau ada tahi mata yang tidak dibuang terlebih dulu pada tepi mata?

JAWAPAN: Hendaklah diketahui bahawa biji mata tidak termasuk dalam anggota yang wajib dibasuh ketika membasuh muka pada berwuduk.

Oleh itu tidak wajib ditanggalkan kanta pelekap mata apabila mahu mengambil wuduk.

Ada pun kotoran yang ada pada tepi mata maka wajib dibuang dahulu kerana jika tidak sampai air kepada tepi mata kerana terhalang oleh kotoran tersebut maka wuduk itu tidak sah.

Berkata Imam Nawawi:

أما حكم المسألة فلا يجب غسل داخل العين بالاتفاق وفي استحبابه الوجهان اللذان ذكرهما المصنف أصحهما عند الجمهور لا يستحب
هذا الذى ذكرناه انما هو في غسل داخل العين أما مآقى العينين فيغسلان بلا خلاف فان كان عليهما قذى يمنع وصول الماء إلى المحل الواجب من الوجه وجب مسحه وغسل ما تحته

Maksudnya: “Ada pun hukum pada masalah iaitu membasuh muka pada wuduk maka tidak wajib membasuh bahagian dalam mata dengan sepakat ulamak dan adakah ia sunat maka pendapat yang paling sahih tidak disunatkan membasuh biji mata.

Yang telah disebut ini ialah bahagian dalam mata iaitu biji mata.

Adapun tepi dua mata maka wajib dibasuh tanpa khilaf. Maka jika ada tepi mata itu kotoran yang menghalang sampai air pada tempat yang wajib dibasuh pada muka nescaya wajib disapu dan dibasuh dibawahnya.” [Kitab Al-Majmu’]

Kesimpulan

Kanta lekap tidak perlu ditanggalkan ketika berwuduk kerana biji mata tidak wajib dibasuh ketika berwuduk.

Tahi mata dan segala kotoran yang ada pada tepi mata wajib dibersihkan supaya tidak menghalang dari sampai air basuhan wuduk.

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Siapakah yang wajib membayar zakat fitrah isteri?

Adakah wajib atas suami atau isteri itu sendiri?

JAWAPAN: Zakat fitrah isteri wajib dikeluarkan oleh suami kerana mengikut bagi nafaqah iaitu apabila nafaqah isteri wajib dikeluarkan oleh pihak suami maka suami wajib pula mengeluarkan zakat fitrah isterinya. Inilah pendapat jumhur ulamak fiqah.

Berkata Syeikh Alawi Al-Maliki:

قال الجمهور تجب الزكاة على الزوج لزوجته إلحاقا بالنفقة

Maksudnya: “Telah berkata majoriti ulamak wajib zakat fitrah isteri itu atas suami kerana dihubungkan dengan kewajipan nafaqah." [Kitab Ibanatul Ahkam Syarah Bulughul Maram]

Berkata Syeikh Athiyyah Saqr:

إن الزوج يجب عليه أن يخرج زكاة الفطر عن نفسه وعمن تجب عليه نفقتهم، ومنهم الزوجة

Maksudnya: “Sungguhnya suami itu wajiblah atasnya mengeluarkan zakat fitrah atas dirinya dan orang yang wajib atasnya nafaqah mereka itu. Dan setengah dari mereka yang wajib atas suami memberi nafaqah itu ialah isterinya.” [Lajnah Fatwa Al-Azhar]

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya ada satu soalan berkaitan orang yang was-was ketika mengambil wuduk iaitu digunakan air terlampau banyak pada hal air itu diwakafkan atau dibayar oleh seseorang.

Adakah perbuatan membazir air ketika berwuduk oleh orang was-was itu berdosa?

JAWAPAN: Rasululah SAW menyuruh umatnya meniru contoh amalan baginda sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Termasuklah dalam urusan mengambil wuduk maka Rasulullah SAW mengajar kita supaya mengambil wuduk dengan tiga-tiga kali dan bercermat dan melarang dari membazir.

Orang yang was-was mengambil wuduk adalah orang yang tidak mengikuti perintah dan tunjuk ajar Rasulullah SAW bahkan yang diikut oleh orang was-was hanyalah nafsu dan hasutan syaitan.

Rasulullah SAW bersabda:

من توضَّأَ كما أمر وصلَّى كما أمر غُفِرَ له ما تقدمَ من ذنبه

Maksudnya: “Barang siapa mengambil wuduk sebagaimana diperintahkan dan solat ia sebagaimana diperintahkan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” [Sahih Ibnu Hibban]

Ulamak telah menyebut bahawa was-was yang membawa kepada membazirkan air yang diwakafkan seperti air yang disediakan di masjid dan tempat awam adalah haram dan berdosa dan perbuatannya itu adalah maksiat.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Tunis:

الوسوَسَةُ التي تؤدّي بصاحبها إلى الإسرافِ في الماءِ، كثيرٌ من الناس يُسرِفُون في الماء بسببِ الوسوسة هؤلاءِ وقعوا في المعصية

Maksudnya: "Pernyakit was-was yang mengheret pelakunya kepada membuang-buang air. Ramai dari kalangan manusia telah melakukan perbuatan membazir pada air sebab was-was dan mereka itu sebenarnya telah jatuh pada melakukan perbuatan maksiat.”

Wallahua’lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
TAZKIRAH RAMADHAN

Pengampunan Daripada Allah

Allah SWT berfirman:

وَلِلَّهِ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَمَا فِی ٱلۡأَرۡضِۚ یَغۡفِرُ لِمَن یَشَاۤءُ وَیُعَذِّبُ مَن یَشَاۤءُۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ

Maksudnya: ''Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran: 129]

Rebutlah peluang keemasan Ramadhan ini untuk menggandakan amal ibadah dan bertaubat atas dosa-dosa yang telah dilakukan, semoga Allah mengampuni dosa kita yang lepas.

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
2025/06/30 04:51:46
Back to Top
HTML Embed Code: