Telegram Web Link
Saya akan terus mara & tidak akan berundur…

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.”
(Al-Anfaal 8:15)

Sokong dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

https://support.my-mrm.org

Sanggupkah sahabat semua menyokong kami untuk terus memperkasakan dakwah?
"Bro, saya nak berdakwah kepada rakan sekerja saya, tapi saya tak pandai. Macam mana nak berdakwah kepada kawan saya ni ye?"

Adakah anda juga mempunyai niat mahu berdakwah tetapi tidak tahu, takut atau malu?

Jom sertai Kursus Metodologi Dakwah (KMD) Fasa 1 kami dengan mengimbas kod QR atau tekan pautan dibawah untuk mendaftar.

https://bit.ly/KMD_2024
Sebuah Toyota Innova 2.0 G 2017 kesayangan ingin dijual. Kondisi sangat baik. Hanya servis di Pusat Servis Toyota & semua barangan ganti adalah tulen dari Toyota. Dijaga dengan sangat baik.

Perbatuan (Mileages) kurang dari 100k km. Harga dipinta hanyalah RM75k sahaja.

Antara sebab nak jual ialah kerana ingin kumpul dana untuk bina studio rakaman bagi menyebarluaskan lagi dakwah saya.

Boleh hubungi wa.me/60162429978 untuk temujanji melihat & pandu uji kenderaan.

Boleh juga bantu kongsi dengan kenalan anda. Kereta dapat, In Sha Allah boleh juga bantu saya bina studio rakaman. 😉
Terus mara ke hadapan walaupun terasa kesepian selagi mana keredhaan Allah yang kita cari. Ingat, bayang-bayang kita juga meninggalkan kita apabila datangnya kegelapan.
Selamat malam Arun Dorasamy

Hari Sabtu saya ada hadiah ‘istimewa’ untuk Arun setelah ‘menyalak’ lebih dari seminggu. 😉

Relaks bro. Tak perlu padam apa-apa. Semua material sudah sedia KHAS untuk Arun Dorasamy. 😜
Adakah Penganut Hindu & Belum Muslim Menyokong Pembohong & Penipu Seperti Arun Dorasamy?

https://www.facebook.com/100045689798899/posts/pfbid0f3ratsbnrTTavvU3uDabrAxkUGa4TDWbv837qjmMF2XnKdaBQpLXDPEZR724Fx7Vl/?

Dalam satu sidang media pada 11 Jun 2024, seorang individu bernama Arun Dorasamy dikatakan memegang jawatan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia. (1)

Saya merasa pelik kerana setahu saya dia adalah seorang bankrap & setelah diberikan Perintah Kebankrapan, bankrap hilang kelayakan daripada:

(a) memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri;
(b) memegang jawatan sebagai penjawat awam (tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan);
(c) memegang sebarang jawatan dalam mana-mana badan berkanun, koperasi berdaftar atau organisasi;
(d) mengamalkan profesion tertentu;
(e) menjalankan perniagaan secara persendirian atau perkongsian atau menubuhkan syarikat;
(f) bekerja dalam perniagaan saudara;
(g) memulakan atau mengekalkan apa-apa tindakan mahkamah tanpa sanksi KPI selain daripada tindakan untuk ganti rugi dalam kecederaan kepada orang lain;
(h) meninggalkan Malaysia tanpa kebenaran KPI atau mahkamah;
(i) apa-apa wang atau ganjaran yang diterima oleh bankrap hendaklah terletak hak kepada KPI untuk dibahagikan kepada pemiutang (tertakluk kepada budi bicara KPI); dan
(j) Menguatkuasakan haknya di bawah undang-undang tertentu.
(Sumber Jabatan Insolvensi Malaysia) (2)

Saya sangka baik barangkali Arun sudah keluar dari status bankrapnya lalu kami membuat bayaran di laman sesawang Jabatan Insolvensi kelmarin (13/6/2024) bagi mendapatkan status terbarunya dan mendapati status ARUMUGAM A/L DORASAMY aka Arun Dorasamany masih BANKRAP!!! (3)

Jadi timbul persoalan, bagaimana seorang yang bankrap boleh menjadi Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia?

Tapi sebenarnya persoalan paling besar adalah, adakah dia benar-benar Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia atau sekadar ‘KAKI CLAIM’?

Kami periksa di laman sesawang JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA dengan dan mendapati hanya ada satu NGO bernama AGAMAM ANI namun bukannya Persatuan TETAPI Pertubuhan!

Takkan persatuan & pertubuhan pun boleh salah tulis dan eja 🤦🏽

Kami juga mendapati Pengerusi Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia adalah RAVI A/L DORASAMY bukan ARUMUGAM A/L DORASAMY aka Arun Dorasamany! (4)

SAH ARUN DORASAMY BUKAN PENGERUSI PERTUBUHAN HINDU AGAMAM ANI MALAYSIA!

Kaki ‘claim’ atau ‘impostor’? Adakah ini ajaran Hindu & beretika, wahai Arun Dorasamy? Saya percaya agama Hindu tak ajar penganutnya berbohong kan, betul tak sahabat Hindu yang lain atau anda setuju dengan tindakan Arun? Diam tanda setuju ya..

Belum habis. Sabar. Baca lagi.

Dalam satu surat beliau kepada peguam bernama Dr. Shamsheer Singh pada 15hb Mei 2023 yang menggunakan surat rasmi dari Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy menulis jawatannya sebagai ‘Advisor/Exec Secretary’! (5)

Arun, awak ni gila kuasa ke? Sekejap advisor/exec secretary sekejap pengerusi. Awak ni jawatan apa sebenarnya atau sebenarnya TIADA jawatan (TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN) tetapi ‘CLAIM’ awak tu ada jawatan supaya orang Hindu & Belum Muslim mudah percaya dengan awak?

Mengikut perkongsian Dr. Shamsheer pada 12 Jan 2024, Arun bukanlah pemegang jawatan di Hindu Agamam Agani dan malahan Hindu Service Centre adalah pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS tetapi Arun meminta sumbangan dan setiap sumbangan bukan dimasukkan ke Hindu Service Centre atau Hindu Agamam Ani tetapi ke akaun sebuah syarikat bernama E Sun Hospitality yang dimiliki oleh Arun atau/dan kepada Hindu Agamam Ani? (6)

Apakah benar dakwaan Dr. Shamsheer ini wahai Arun? Siti Kasim minta sumbangan masuk ke akaun peribadi juga kan? (7)

Sekejap, akaun NGO Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia & Siti Kasim diaudit ke tidak apabila meminta sumbangan sebagaimana akaun MRM diaudit oleh syarikat audit tempatan terbesar iaitu Salihin?

Menurut laporan The Rakyat Post pada 22 Jun 2023, meminta sumbangan & memasukkan ke akaun peribadi adalah suatu kesalahan jenayah! (8)
Penyumbang kepada Agamam Ani, E Sun Consultancy & Siti Kasim boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa kalaulah mereka benar-benar kononnya memperjuangan keadilan, ketelusan & kejujuran tetapi…

Arun Dorasamy juga memfitnah orang lain sebagai perogol, mengahwini mangsa rogolnya & pecah amanah tetapi apabila ditanya apakah dia ada bukti terhadap semua tuduhannya itu dia dengan selamba menjawab;

“saya tiada bukti tetapi this is what I believe’”

Wah, tiada bukti tapi sembang boleh tahan juga ya Arun. Kalau saya percaya rumah kamu adalah milik Parpukari walaupun Parpukari tiada bukti, adakah Arun akan berikan rumah itu kepada Parpukari juga ke? Kecacatan cara berfikir la Arun.

Semua ini tidaklah mengejutkan saya kerana pada 2 Jun 2021, Arun juga didakwa di mahkamah kerana menyebarkan berita palsu! Ya, didakwa sebar berita palsu. Ada rekod menyebar berita palsu & didakwa ya tuan tuan puan puan yang mulia! (9)

Dan memandangkan Arun Dorasamy ingin bercakap soal etika, saya ada dua cabaran buat Arun kalau dia berani tapi saya percaya kemungkinan besar dia tak akan sahut cabaran ini.

Boleh kongsikan siapakan individu yang cuba menjadi hero dia pejuang Hindu tetapi dia menjual daging lembu? Umpama seorang aktivis vegetarian tetapi menjual daging. Arun berani kongsikan nama orang itu?

Kedua, silakan saman saya di atas tulisan saya ini kalau ianya tidak benar. Arun pernah mengatakan ingin ambil tindakan undang-undang pada saya sejak 2021 tetapi surat samannya tak sampai-sampai sehingga sekarang. Salah alamat ke? (10)

Atau tak berani ambil tindakan undang-undang kerana peguam kamu sendiri pun tahu kamu hanya gebang tetapi tiada kesalahanan dilakukan pun. Macam biasa, cuba menangguk di air yang keruh & nampak seperti hero Hindu?

Dan memandangkan dakwaan Dr. Shamsheer mengatakan kamu meminta sumbangan & memasukkan ke akaun syarikat sendiri ditambah pula Siti Kasim masuk ke akaun peribadi, nampaknya NGO kami jauh lebih beretika kerana sumbangan masuk ke akaun NGO kami yang diaudit oleh Salihin di;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Boleh klik link untuk sumbangan ‘one off’ atau secara bulanan.

https://support.my-mrm.org

Peliknya, individu bankrap & mempunyai sejarah didakwa menyebarkan berita palsu seperti Arun Dorasamy kerap dijadikan rujukan oleh media-media. (11)

Malaysiakini, FMT, Focus Malaysia, The Vibes & MalayMail dan seumpamanya ada berani tak untuk cabar Arun Dorasamy nafikan dan siarkan individu bankrap ini?

Saya juga tergelak bila membaca wawancaranya dengan The Vibes bagaimana ramai rakyat Malaysia tidak mengambil inisiatif membelajari Bahasa Malaysia tetapi ketika di mahkamah, dia sendiri bagi kenyataan dalam Bahasa Inggeris. (12)

Silalah ‘tag’ kawan-kawan anda yang pernah kongsi berita tentang Arun Dorasamy atau menyokong perjuangannya serta media-media yang menjadikan dia ‘darling’.

Saya mahu percaya bahawa agama Hindu tidak mengajar penganutnya menipu atau berbohong selain jujur & adil.

Maka saya ingin lihat adakah penganut Hindu & agama lain akan membuat laporan & kecaman terhadap Arun Dorasamy atau sebenarnya mereka hanyalah hipokrit anti Islam yang berselindung di sebalik perkataan harmoni, perpaduan & undang-undang!

Saya akan tunggu & lihat.

Kalau tiada laporan di atas pembohongan tidak beretika Arun Dorasamy yang jelas & tiada kecaman ke atasnya, maka anda membuktikan kepada dunia apakah ajaran & prinsip agama anda..

Buktikan kepada dunia bahawa mereka salah & tunjukkan kepada dunia bahawa agama anda mengajar anda keadilan, kejujuran & ketelusan!
Cacing kepanasan.. Fakta pun tak boleh diterima? Laju mereka nak hadkan capaian posting saya ini https://tinyurl.com/Arundorasamypembohong ?

Kenapa? Takut orang tahu kebenaran dan terus hidup dalam penipuan?
2024/06/15 12:03:41
Back to Top
HTML Embed Code: