Telegram Web Link
Kalian dah ada buku catatan yang boleh mengingatkan kalian pada Palestin? Kalau belum ada lagi boleh grab satu! Cantik sangat cover buku notebook ni kan?

100% keuntungan akan kami salurkan kepada Palestin!

Ada yang berkenan? Boleh tekan sini je https://ezy.la/jualanamal
Menteri Kabinet Perang Israel, Benny Gantz, dimasukkan ke hospital pada hari Isnin selepas dia patah kaki semasa menunggang basikal, menurut media tempatan, lapor Agensi Anadolu.

Kemalangan itu berlaku berhampiran penempatan Yad Mordechai di selatan Israel, lapor penyiar awam KAN.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas Menteri Keselamatan Negara sayap kanan, Itamar Ben-Gvir, mengalami kemalangan jalan raya pada hari Jumaat.

Sumber: Middle East Monitor
Seorang doktor yang dipindahkan dari utara Gaza ke Rafah membangunkan sebuah pusat perubatan di Taman al-Nakhil untuk pelarian di Tal al-Sultan bagi menyediakan perkhidmatan dan rawatan perubatan kepada mereka.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Bot perang milik rejim Israel menyasarkan serangan ke arah pantai kem Nuseirat di tengah-tengah semenanjung Gaza dan Rafah di selatan.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Sumber tempatan: Pasukan tentera rejim Israel bertindak menceroboh masuk ke dalam rumah keluarga seorang tahanan, Samir Koussa, di timur Nablus, sebelum mula melakukan penggeledahan pencarian di sana.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
'Freedom Flotilla' yang sepatutnya berlepas dari Turkiye untuk menyampaikan bantuan segera kepada penduduk Semenanjung Gaza telah ditangguhkan lagi kerana penarikan dua kapal di bawah bendera Guinea-Bissau, akibat tekanan daripada rejim Zionis.

Menurut Freedom Flotilla Coalition – terdiri daripada NGO dan persatuan – konvoi kapal tidak dapat berlayar sejak beberapa hari lalu selepas negara Afrika Barat Guinea-Bissau menarik keluar benderanya daripada dua kapal Flotilla.

Sumber: Middle East Monitor
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ribuan kanak-kanak dicatatkan telah dibunuh kejam oleh tentera rejim Zionis Israel dalam perang genosid yang dilancarkan di Semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Seorang guru perempuan, Doaa Qadeeh dilihat sedang mengajar kumpulan kanak-kanak pelarian Bahasa Inggeris di bawah sebuah khemah.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Selepas Perang Dunia Pertama, Dunia Islam telah runtuh dan kuasa penjajah mula menguasai mereka satu persatu. Dunia Islam ketika itu kekurangan sumber dan kemampuan untuk menyerap tekanan politik dan pengaruh kuasa kolonial, di mana mereka turut menyokong idea Zionis untuk menubuhkan sebuah negara untuk Yahudi.

Sebuah deklarasi telah termeterai antara Lord Balfour dan Theodore Herzl pada tahun 1917. Ketika ini, deklarasi tersebut hanyalah sebuah tulisan yang dijanjikan kepada Zionis tetapi ia bukanlah sebuah dokumen rasmi yang mengabsahkan penubuhan negara Yahudi di atas tanah Palestin. Kemudian, pada tahun 1918, Perang Dunia Pertama telah berlaku yang terbahagi kepada dua blok iaitu pihak Bersekutu atau disebut sebagai Kuasa Entente dan Kuasa Tengah.

Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/kemunculan-gerakan-kebangsaan-palestin

#CGMKongsi
🛑 TERKINI | Warga haram Yahudi difahamkan bertindak menyerang tanah milik rakyat di kawasan Baqa'a, utara bandar al-Khalil (Hebron), di bawah perlindungan tentera rejim Israel.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Gambar | Pesawat tempur rejim Israel mengebom khemah rakyat awam yang kehilangan tempat tinggal di bandar Rafah, selatan Gaza.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Gambar | Seorang kanak-kanak perempuan, Jana Ayyad dari semenanjung Gaza mengalami kekurangan zat makanan yang teruk akibat pengepungan berterusan yang dikenakan oleh tentera rejim Israel.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Jenazah dua orang syuhada', seorang wartawan Salem Abu Tayur, bersama anaknya, yang telah syahid dalam serangan bom rejim Zionis Israel di kem Nuseirat.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Video | "Saya nak balik ke rumah.."

Seorang kanak-kanak pelarian dari kejiranan Shujaiya di Rafah yang terselamat daripada serangan pengeboman ke atas sebuah rumah di sebelah.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
“Semuanya sudah musnah dan.. saya sangat rindu sekolah saya.”

Sudah lebih 7 bulan anak-anak Gaza tidak belajar di sekolah. Bilakah perang ini akan berakhir? 😢

Video: Gaza Translating

Reels video: https://www.instagram.com/reel/C6X4oJUxiVG/?igsh=ZHdhMzExbnZzMDNo
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bukan setakat pelajar sahaja yang berani, barisan profesor pun berani!

Mereka sanggup melindungi antara satu sama lain untuk menyampaikan mesej kemanusiaan. Rakyat Malaysia sangat bangga dengan kalian!

Stand and be bold! 👊🏻

Video: X Resist05
2024/05/15 20:20:18
Back to Top
HTML Embed Code: