Telegram Web Link
Antara gambar lama yang telah diwarnakan semasa peristiwa Hari Nakbah 1948.

Teruskan berdoa dan jangan berhenti berjuang untuk Palestin ya sahabat-sahabat!

Kalau penat, rehat sebentar dan bangkit semula!

#HariNakbah
‘Nakbah: Malapetaka Besar Umat Islam.’

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan pada 14 Mei 1948.

Hakikatnya peristiwa ini merupakan suatu perancangan dan gerak kerja yang teliti oleh Yahudi Zionis sejak 50 tahun sebelum berlakunya Nakbah itu sendiri.

Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin. Rakyat Palestin masih terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini. Sejak Disember 2009, kita menyaksikan 3 pembunuhan beramai-ramai ke atas Gaza.

Tebing Barat dikuasai tentera Zionis yang melaksanakan sistem pemerintahan apartheid versi Israel. Masjid al-Aqsa dicemari dan diceroboh hampir setiap hari. Gaza terus dikepung. Pelarian Palestin pula masih dinafikan hak untuk pulang ke kampung halaman.

Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin.

Penubuhan sebuah negara haram untuk Yahudi di Palestin disokong penuh oleh kerajaan British dan PBB. Pada 29 November 1947 sidang pleno PBB telah mengeluarkan ‘ketetapan 181’ yang mengakibatkan 2/3 tanah negara Palestin telah dibahagikan kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Kesan peristiwa ini menyebabkan penduduk Palestin terus dinafikan hak untuk bersuara. Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4,500 tahun lamanya.

Akhirnya pada 14 Mei 1948 yahudi Zionis dengan angkuhnya telah membuat pengumuman penubuhan negara Israel. British telah mengundurkan tenteranya dari Palestin selepas pengisytiharan itu berlaku.

Kesan dari penubuhan ini ialah pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak kejam mengusir lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu lebih kurang 800,000 ke luar negara manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

#CGMKongsi
Dari dalam Kem Solidariti Palestin di Universiti Newcastle di Britain, yang menolak perang rejim Israel berterusan ke atas semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penderitaan kanak-kanak di Gaza yang tidak berhenti.

Sumber: Shehab Agency
[DAURAH NASTIA UMMAH SIRI 11]

Daurah akan datang, kita teruskan perbincangan dengan memfokuskan kepada ibrah kisah Nabi Sulaiman dalam Surah an-Naml (Bahagian 2).

Kita juga buka ruang kepada mereka yang berada di sekitar Bangi untuk turut serta di dalam daurah secara berdepan dengan Ustaz di kutub khanah CGM!

Promosi 12 kelas hanya RM100.
1 kelas = RM20 SAHAJA.

"Kalau daftar 12 siri, macam mana dengan kelas yang dah lepas?"
Jangan risau, kami akan berikan link video siri-siri yang lepas!

Klik pada pautan berikut untuk mengesahkan kehadiran kalian https://tinyurl.com/DaurahNastia

Ayuh! Semarakkan semangat kita terhadap Palestina tercinta dengan ilmu.

#DaurahCGM
Dua menteri Israel menggesa agar Gaza dijajah semula dan menggesa untuk pengusiran dan pemindahan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

“Pertama, kita mesti kembali ke Gaza sekarang! Kami akan pulang! Ke tanah suci!” Menteri Keselamatan Negara Haram Israel, Itamar Ben-Gvir berkata semasa perarakan di Sderot.

“Dan kedua, kita mesti menggalakkan pengusiran. Menggalakkan penghijrahan secara sukarela untuk penduduk Gaza. Ia adalah tindakan yang bermoral!”

Karhi, ahli Parti Likud Israel juga menggesa penubuhan semula penempatan Israel di Gaza.

"Kita mesti menempatkan semula Gaza dengan pasukan keselamatan dan penduduk haram Israel yang akan berpindah ke tanah itu," katanya.

"Ini adalah satu-satunya cara yang benar untuk membalas dendam terhadap Hamas."

Ini bukan kali pertama Ben-Gvir menyeru untuk pemindahan secara paksa dan pembersihan etnik rakyat Palestin, bahkan sebelum permulaan perang genosid Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023.

Dia juga berulang kali menyeru agar rakyat Palestin yang disabitkan dengan 'keganasan' untuk menghadapi hukuman mati.

Sumber: The Palestine Chronicles
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Briged Al-Qassam memuat naik video lagu "Gunung Gaza". Persembahan koir Tentera - Briged Al-Qassam.

MasyaAllah hebat! 🔥

Sumber: Telegram Briged Al Qassam
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perbezaan Nakbah 1948 dan Nakbah 2023-2024, kita tak boleh dengar dan lihat jeritan penduduk Gaza dibom dan dibunuh pada waktu itu. Hanya gambar sahaja yang tinggal untuk kita hayati sejarah dahulu kala.

Sekarang, kejadian pembunuhan beramai-ramai atau genosid ini terjadi depan mata kita sendiri. Sudah hampir 8 bulan berlalu, setiap hari kita bangun daripada tidur akan ada berita kematian para syuhada Gaza dibunuh.

Setiap hari dan setiap hari tanpa henti kita akan terima berita dari Gaza oleh para jurnalis Gaza yang sehingga ke hari ini tetap kuat menyampaikan berita.

Apa lagi alasan kita untuk tidak mendoakan dan menyokong mereka? Bukti pembunuhan beramai-ramai sudah ada di depan mata! Bangunlah daripada tidur wahai rakyat dunia yang bebas!

#CGMKongsi

Reels Nakbah 2023-2024
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
🛑 TERKINI | Briged Al Qassam memuat naik video dron milik Zionis yang dikawal di barat kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Sumber: Telegram Briged Al Qassam
🛑 TERKINI | Briged Al-Qassam:
Briged Al-Qassam mengebom dari selatan Lubnan berek tentera "Liman" di Galilee Barat, utara Palestin dengan serangan peluru berpandu tertumpu.

Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal Zionis "Merkvah 4" di timur bandar Jabalia dengan peluru berpandu "Al-Yassin 105".

Sumber: Telegram Briged Al Qassam
🛑 TERKINI | Terdapat penduduk Gaza yang syahid dan cedera akibat pengeboman rejim Zionis pada ambulans dan kawasan orang ramai di tengah-tengah kem Jabalia.

Sumber: Shehab Agency
🛑 TERKINI | Briged Al-Qassam menyasarkan kereta kebal Mirkvah dengan peluru "Al-Yassin 105" di kawasan Al-Aradat di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: Telegram Briged Al Qassam
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
MasyaAllah 🔥

🛑 TERKINI | Serangan peluru berpandu mujahidin ke arah bandar Ashkelon.

Sumber: Telegram Briged Al Qassam
🛑 TERKINI | Briged Al-Quds: Kami mengebom dengan peluru mortar "berat" ke atas pasukan musuh yang berada di sekitar persimpangan Rafah.

Sumber: Shehab Agency
2024/05/15 19:25:48
Back to Top
HTML Embed Code: