Telegram Web Link
Ayat “its okay to not be okay” selalu ada pada orang yang sedang menanggung luka dihati.

@CintaLuka
Memaafkan itu mungkin payah kerana biarpun luka terubat namun parut yang ada belum tentu hilang.

@CintaLuka
Viral musibah, viral juga asbab musibah untuk kita sama-sama muhasabah.

Yang berzina satu hal.

Yang sebar aib satu hal.

Yang menjadikan bahan zina dan aib sebagai gurau senda pun satu hal!

Ini budaya masyarakat yang menuntut muhasabah dan perlu diubah.

Kereta dah tenggelam, rumah dah tenggelam. Dah ada nyawa yang terkorban. Penat cari rezeki, tapi duit banyak habis untuk baiki sana sini. Subhanallah! Banyak dah Allah tegur dan 'ajar kita ni. Takkan tak nampak lagi?

Ketika saya terperangkap dengan banjir, dan berehat di surau, seorang doktor wanita yang sedang kesejukan baru lepas melarung air separas pinggang meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Memanglah kita boleh kata ini bencana alam, faktor itu, faktor ini. Tapi sebenarnya ini juga bala."

Dan beliau kongsikan pada saya apa yang dilaluinya sebagai seorang doktor.

"Almost everyday, ada students yang datang ke klinik saya, nak gugurkan kandungan, yang dah ada sakit kelamin..."

Allahu Rabbi. Itu baru students, belum lagi kes zina orang yang sudah ada suami, ada isteri!

Tuan puan,

Berdepan musibah ini, kita sama-sama muhasabah diri.

Yang terjebak dosa, usahakan jalan keluar dan taubat segera.

Yang terpandang aib orang, jangan sibuk mengata atau menjadikannya gurau senda. Jangan sampai Allah uji kita pula dengan ujian yang sama!

Musibah untuk muhasabah.

"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)"
As-Syuara 30
- cc BondaNor

@CintaLuka
Yg meniaga tu takpelah. Kita faham.

@CintaLuka
Doa ketika hujan makin buruk

@CintaLuka
Lidah harus dijaga meskipun tiada tulang, tapi mampu melukakan hati seseorng ❤️.

@AyraAesthete

#CintaLuka
Kurangnya titipan adakah penyebabnya kurang kasih sayang?
@Chentabot
By *TheCreator @Timurwarrior*
Wahai perempuan, jangan mengejar cinta lelaki yang tidak mencintaimu. Kerana kamu kudratnya dikejar bukan mengejar‼️

@CintaLuka
Hubungan yang kekal

@CintaLuka
I don’t know how to describe the sadness in my heart. All I can say is that I really feel hurt.
HATI TENANG KARENA MENGUTAMAKAN AKHIRAT
.
👤 Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata :
.
تجد أهل الآخرة لا يهتمون بما يفوتهم من الدنيا، إن جاءهم من الدنيا شيء قبلوه، وإن فاتهم شيء لم يهتموا به.
.
"Engkau akan menjumpai orang-orang yang mengutamakan akhirat tidak akan bersedih karena dunia yang terluput dari mereka, jika sesuatu dari dunia datang kepada mereka maka menerimanya, namun jika ada sesuatu yang terluput maka mereka tidak bersedih karenanya."
.
Syarh Riyadhush Shalihin

@CintaLuka
Ada sesuatu itu diluar kemampuan kita dan kita tidak mampu untuk menggapainya. Walaupun sudah diusahakan tetapi tidak juga berhasil. Maka berserahlah kepada Allah 🤲🏻.

Jika hidup kita terlalu sulit, kembalilah kepadaNya. Mungkin itu cara Allah beritahu supaya kita tidak berlebihan dalam hidup. Kerana jika Dia tidak memberi apa yang kamu mahu, maka Dia akan memberi yang lebih baik dari apa yg kita perlu.

Alhamdulillah syukur

@CintaLuka
Sbb seseorang boleh berbaik sangka terhadap ujian hidup

@CintaLuka
Tips supaya Allah makbulkan doa

@CintaLuka
Doa murah rezeki

@CintaLuka
"Allah suruh."

"Allah dah kata. Allah tinggikan darjat lelaki (suami) kerana memberi nafkah kepada perempuan (isteri)."

"Minta."

"Minta macam kita minta duit dari mak ayah kita."

"Kita minta elok-elok."

"Kalau hari ini tak bagi. Minta lagi esoknya."

"Kita minta sebab kita sayang. Nak suami kita selamat."

"Takut di akhirat nanti suami kena siksa sebab tak bagi nafkah."

Sahabat. Kita jadi isteri. Minta sajalah belanja dapur, diri kita dan anak-anak dari poket suami. Minta macam kita minta duit dari mak dan ayah. Selagi tak dapat. Kita merengek. Buat-buat merajuk. Usahakan sampai berjaya.

Jangan kerana kita berniaga online. Kerja makan gaji. Dapat harta pusaka. Kita biarkan suami kita tidak keluarkan duit nafkah. Mungkin kita nak jadi insan mulia. Redho apa sahaja.

Niat yang baik itu kadang mengundang musibah. Allah tak suruh begitu. Allah suruh lelaki menafkahi wanita. Allah tinggikan darjat lelaki kerana menafkahi wanita.

Jatuh martabat lelaki yang mencuaikan tanggungjawabnya. Bermula dengan rasa tenang mendapat redho isteri yang tidak menuntut nafkah.

"Allah suruh"

Isteri. Minta duit belanja dari suami. Usah malu-malu. Usah kasihan dengan mata kasar. Kasihan dengan mata hati.

Kasihannya suamiku jika dihisab nanti. Malaikat memberitahu dihadapan Allah. Dia suami zalim.

Tidak membelikan untuk isteri pakaian baru untuk hari raya.

Tidak membelikan untuk isteri syampoo hingga isterinya bau hapak.

Tidak membelikan makanan hingga isterinya bekerja dan menafkahi dirinya.

Tidak menyediakan belanja anak-anak. Hingga isterinya menangis malu menolak permintaan anak-anak.

Nah. Buka luas-luas mata hati. Jangan kerana sempitnya rezeki kita rasa lemas dan ingin terjun ke tasik. Nanti betul-betul lemas dibuatnya.

Perlahan-lahan cuba minta nafkah dari suami. Dari seringgit dua kepada puluhan ringgit sehari. Minta dan terus minta setiap hari. In syaa Allah rezeki suami akan semakin lapang kerana diberkati Allah. 1 ringgit belanja untuk isteri adalah wang yang sangat baik nilainya di sisi Allah. Kerana si suami telah menunaikan hak isteri. Menunaikan tanggungjawab suami. Mendapat pahala sedekah kepada keluarga.

Pesannya cuma 1.

Isteri. Mintalah duit belanja dari suami.

@CintaLuka
Ramadhan hampir menjelang tiba .
Persiapkan diri kita sebaiknya menghadapi bulan yang mulia ini.

Disini saya kongsikan beberapa persediaan bagi menyambut Ramadhan.

1)Menyelesaikan qadha puasa ramadhan yang lepas.
Jika kita masih mempunyai hutang puasa yg belum dilaksanakan, segeralah tunaikan ye.

2) Bersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat.

3) Mengulangkaji kembali ilmu atau pengetahuan tentang puasa.
Antara contohnya:
-Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
-Perkara-perkara yang membatalkan puasa
-Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
-Dan segala yang berkaitan dengan ibadah puasa
Nampak mcm remeh kan, tapi besar maknanya tau.

4) Menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan amal ibadah dan menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.

5) Start pasang niat dan target.
Misalnya Ramadhan tahun ini kita berazam untuk puasa penuh, perbanyakkan khatam quran, solat terawih setiap hari dan melazimi sedekah.

@CintaLuka
Didiklah anak perempuan kita untuk 'mahalkan' diri

1. Didik anak perempuan untuk merasa malu dengan aurat sendiri dan aurat orang lain

2. Didik anak perempuan untuk merasa cantik daripada dalaman bukan cuma cantik luaran

3. Didik anak perempuan untuk mencari cinta Pencipta daripada berharap untuk mencari cinta manusia

4. Didik anak perempuan untuk jadikan Al Quran sebagai pegangan dan rujukan harian

5. Didik anak perempuan untuk mengenal siapa mahram dan siapa bukan mahram bagi dirinya

6. Didik anak perempuan untuk menghargai dirinya sendiri lebih daripada cuba mencari penghargaan daripada manusia lain

7. Didik anak perempuan untuk menjaga maruah diri lebih daripada untuk menjaga hati orang yang baru dikenali

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

Kredit : info menarik

Telegram @CintaLuka
Salam Nuzul Quran

كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به

“Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung.”

(Hadis Riwayat Bukhari dalam Shahihnya: 7/226 dari hadis Abu Hurairah R.A)

@CintaLuka
Dalam sebuah hadis:

أَفْضَلُ الدُّعَاءِ الحَمْدُ للهِ
"Sebaik-baik doa adalah (ucapan:) Alhamdulillah (segala puji bagi Allah)" [hadis riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah].

"Alhamdulillah" merupakan ucapan yang menggambarkan kesyukuran seseorang hamba kepada Allah ﷻ, dan kesyukuran pula merupakan pintu yang membuka limpahan kurniaan daripada Allah ﷻ, seolah-olah orang yang mengucapkannya berdoa supaya ditambahkan nikmat buatnya.

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahkan lagi (nikmat-Ku) kepadamu" [Ibrahim: 7].

Ucapkanlah "alhamdulillah" sentiasa dalam setiap ketika di kala senang atau susah, kerana ia merupakan zikir dan jua doa.

Rasulullah ﷺ apabila melihat sesuatu yang disenangi, baginda akan mengucapkan: “ُّالحَمْدُ لله الّذي بِنِعْمَتِهِ تَتِم الصَّالِحَات (Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna)” dan apabila melihat sesuatu yang kurang disenangi, Baginda akan mengucapkan: “الحَمْدُ لله عَلَى كُلِّ حَال (Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan)” [hadis riwayat Ibn Majah].

-Dr. Kamilin Jamilin-

Telegram @CintaLuka
2025/10/31 11:01:07
Back to Top
HTML Embed Code: