Ketupat palas
Ketupat Nasi
Burasak
KUIH RAYA TANPA OVEN
LEMPENG DAUN SUP
Cara penyediaannya yang ringkas dan hanya memerlukan beberapa bahan sahaja menjadikan ia menu makanan yang sering dibuat untuk minum petang.

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/4 cawan air
Garam
Maggi cukup rasa
Daun sup (dihirs halus)

CARA PENYEDIAAN:

Satukan kesemua bahan kecuali daun sup.

Tapiskan adunan dan masukkan daun sup.

Sapu dengan sedikit minyak pada kuali non-stick.

Tuang satu senduk sayur adunan dan masak sehingga kedua belah lempeng berubah warna.

Gulung ketika lempeng sehingga agak suam.
Siap untuk dihidang.

Kredit: Kuali Helena
Mudah sahaja resipinya dan anda boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Makan pula ramai-ramai, memang ralit. Sekejap je habis satu balang.

BAHAN-BAHAN:

Kacang tanah besar
Bawang putih – hiris
Halia – hiris
Serbuk nasi goreng
Air secukupnya
Garam dan serbuk cukup rasa secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Masukkan air, garam dan cukup rasa secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan kacang tanah, bawang putih dan halia. Biar sampai sejuk.

3. Toskan air dan goreng hingga garing termasuk sekali dengan bawang putih dan halia tadi. Kuantiti minyak seperti anda menggoreng kerepek.

4. Angkat dan toskan kacang goreng tadi. Tabur serbuk rencah nasi goreng secukupnya. Gaul rata.

Kredit resipi & foto: E-cah Katman
Donut Dark Chocolate ni mesti jadi perhatian kalau buat untuk menu rumah terbuka anda.

DARK CHOCOLATE CHARCHOAL DOUGHNUTS

BAHAN DOH:
1kg tepung high protein
12gm yis kering
1 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu besar shortening
1 sudu teh tepung k-fine
Susu uht (agak-agak je sukatannya)
Pewarna hitam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh serbuk arang @ charcoal powder
1 sudu teh cappuccino paste

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.
2. Bila dah jadi doh, keluarkan.
3. Gelek doh sehingga dapat ketebalan yang dikehendaki.
4. Kemudian, terap dan rehatkan. Biarkan jadi kembang.
5. Panaskan api. Goreng dengan api kecil sahaja.
6. Goreng sampai masak tapi goreng jangan lama sangat, nanti donut jadi pahit.
7. Angkat dan toskan. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kator + susu tepung.

Kredit: Che Azawimie Che Zahari
Inginkan kelainan, boleh buat donut pelangi ini untuk hidangan sarapan bersama keluarga.

DONUT PELANGI @ RAINBOW DOUGHNUTS

BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum @ tepung roti
1 peket kecil yis
1 sudu besar shortening
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh k-fine @ pelembut roti
Susu uht secukupnya
Perisa & pewarna

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan kering ke dalam mixer.
2. Mix dan uli sampai jadi doh.
3. Masukkan susu sikit-sikit je. Kalau rasa doh tak melekat di tangan, kiranya doh sudah okay.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian, warnakan dan perisakan setiap bahagian.
5. Kemudian, gelek satu per satu bahagian. Susun ikut warna pelangi.
6. Gelek lagi bagi nipis anggaran 2cm dan terap je. Lepas terap tu, baru rehatkan bagi ye kembang lagi.
7. Dalam anggaran 2 jam, doh donut sudah kembang dengan jayanya.
8. Kemudian, bolehlah digoreng. Pastikan minyak jangan panas sangat.
9. Bila digoreng, pastikan kena kacau selalu. Jangan biarkan, nanti hangit pula.
10. Bila dah masak, angkat dan toskan. Gaulkan dalam gula kastor ketika donut masih panas-panas.

Kredit: Che Azawimie Che Zahari
Mesti ramai peminat roti krim, tambah pula yang ada taburan gula. Rasa manis, lemak berkrim memang sedap.

BAHAN-BAHAN:

100gm gula halus (boleh kisar gula kasar )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau
Sedikit emulco pandan

CARA PENYEDIAAN:

1. Putar gula dan marjerin sampai gebu putih.

2. Selepas itu letak emulco dan perwarna, putar seketika lagi supaya sebati. Siap! boleh sapu pada roti atau kek.

Simpan krim ini dalam bekas, jika diletak pada suhu bilik boleh tahan antara 3-4 hari tapi jika diletakkan dalam peti ais boleh tahan 2-3 minggu.

Sekiranya tak gemar rasa krim yang ‘berpasir” boleh guna air gula yang pekat. Letak sedikit esen rose akan dapat rasa butter krim dulu-dulu.

Kredit: Eja Derol
Sambal Bilis Garing salted egg
Sambal bilis garing memang dah sedap, tapi kena rasa sambal bilis garing salted egg pula. Yang ini memang lagi sedap. Makan sambal ini saja dengan nasi putih pun dah enak.

BAHAN-BAHAN:

500 gram cili kering
500 gram ikan bilis dibela
Bawang goreng segera
Gula halus/gula pasir ( dikisar)
Garam bukit
Serbuk cheese (jika suka)
2 ketul kuib ayam
Serbuk perasa
Serbuk salted egg – Bestari.
Minyak masak untuk goreng cili kering/ikan bilis/kuib ayam

CARA PENYEDIAAN:

1. Gunting cili kering kecil-kecil. Tapis dalam bekas jaring untuk buang biji cili. Basuh cili kering sekejap dan tos bagi kering. Kemudian goreng dalam minyak panas seketika, jangan sampai hangus.

2. Kemudian guna pengirang kering, kisar cili kering tadi bersama sedikit garam. Biar sederhana halus sehingga menjadi cili flakes.

3. Ikan bilis digoreng sampai garing. Bahagi kepada dua bahagian. Kisar sederhana halus dan kasar.

4. Panaskan minyak, ambil 4 camca besar minyak goreng tadi masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak.

5. Kacau hingga sebati. Guna api paling kecil sekali.

6. Kemudian, masukkan cili kering dikisar, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula halus, serbuk perasa, serbuk salted egg, serbuk cheese.

7. Sentiasa gaul semua bahan tadi dalam 5-8 minit untuk sebatikan bahan-bahan supaya tidak hangus. Kemudian tutup api. Siap! Sejukkan terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas.

Sumber: Zainor Shima Ihsan
2024/05/08 01:51:46
Back to Top
HTML Embed Code: