Telegram Web Link
๐“๐€๐‡๐”๐Š๐€๐‡ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐…๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐?
Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. ๐Ÿ‘๏ธ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

โš ๏ธ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes ๐ŸฆŸ yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam denggi๐ŸŒก๏ธboleh mengakibatkan kematian.
โš ๏ธ Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif ๐Ÿ‘๐Ÿผ bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
๐˜ผ๐™ข๐™—๐™ž๐™ก ๐™ฅ๐™š๐™™๐™ช๐™ก๐™ž, ๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ข๐™ช๐™  ๐˜ผ๐™š๐™™๐™š๐™จ ๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™  ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ก ๐™ข๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–
Tarikh 1 Mei amat sinonim dan bermakna bagi semua warga pekerja di Malaysia kerana ia merupakan tarikh sambutan Hari Pekerja. Sambutan ini adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan semua pekerja di Malaysia yang menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga KKM. Semoga anda terus komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi ๐Ÿ’ง yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal ๐Ÿƒ๐Ÿผโ€โ™‚๏ธ lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas โ˜€๏ธ sekarang.

โ€ผ๏ธOrang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
Malaysia sedang mengalami cuaca panas โ˜€๏ธ di beberapa kawasan termasuk Sabah dan Sarawak. Keadaan cuaca panas memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.

โš ๏ธ Orang ramai disarankan untuk mengikuti langkah-langkah melindungi diri dari kesan cuaca panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Penyakit Tuberkulosis (TB) adalah disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria ๐Ÿฆ  yang bernama โ€˜Mycobacterium tuberculosisโ€™. Ia juga dikenali sebagai batuk kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk ๐Ÿ˜ท.

โš ๏ธ Di Malaysia seramai 26,781 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2023 dan mencatatkan 2,623 kematian pada tahun yang sama. Penyakit TB ini merbahaya jika tidak dirawat. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh sembuh dengan mendapatkan rawatan dengan segera.

Adakah anda berisiko untuk mendapat penyakit TBโ“ Dapatkan pemeriksaan dan pengesahan penyakit ini di mana-mana fasiliti kesihatan.
๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”: ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—”๐—ก ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐€๐˜๐€

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.

#MonsunBaratDaya
#caknacuaca
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
Penyakit Kusta adalah penyakit berjangkit kronik disebabkan oleh bakteria Mycobacterium leprae ๐Ÿฆ  yang menyerang bahagian kulit, saraf kaki ๐Ÿฆถ๐Ÿป dan tangan ๐Ÿ–๐Ÿป serta lain-lain organ seperti mata ๐Ÿ‘๏ธ dan hidung ๐Ÿ‘ƒ๐Ÿป. Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen.

๐Ÿฉบ Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mencegah penularan Penyakit Kusta. โš ๏ธ Peranan individu dan masyarakat adalah penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit ini dan mewujudkan persekitaran yang positif dan menyokong kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta.
Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat.๐Ÿ‘๐Ÿป

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah ๐Ÿฅ•๐Ÿฅš๐Ÿ— sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

โ€ผ๏ธJom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat.
๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€: ๐€๐†๐„๐๐’๐ˆ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐ ๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐‡๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐Œ๐Ž๐๐’๐”๐ ๐๐€๐‘๐€๐“ ๐ƒ๐€๐˜๐€

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA
Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.
Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut.
Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
2024/06/01 15:24:28
Back to Top
HTML Embed Code: