Telegram Web Link
Kereta Kabel Langkawi

Cable car Langkawi ini menggunakan teknologi Swiss . Bukan cap ayam . Jadi jangan risau sangat bila anda duduk dalam gondola anda .

Jaraknya boleh tahan jauh . Dari stesen bawah ke Stesen Tengah, jaraknya 1.7 km . Tapi penantian ke platform satu lagi amatlah menyiksakan kalau anda takut tempat tinggi .

Satu lagi yang bakal buat anda mengucap banyak-banyak ialah kerana lantainya kaca , dan tali kabelnya panjang sehingga tidak nampak hujungnya . Gondola ini juga akan naik dengan curam .

Tingginya anda diangkut membuatkan pokok-pokok balak di bawah kaki anda nampak kerdil dan kapal laut yang sebesar bangunan sudah jadi sekecil semut .

Di stesen tengah , anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
Jambatan Gantung/Skybridge

Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan . Sebabnya , kerana ia duduk di atas gunung , dan digantung ditengahnya dengan hanya satu tiang besi .

Jambatan yang panjangnya 125m ini juga diletak sebagai antara jambatan paling menakutkan di dunia .

Tapi jangan berhenti sahaja kat sini . Teruskan naik sampai ke puncak .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
Kat sini boleh layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
Kalau tekak kering disebabkan banyak menelan air liur sewaktu kereta kabel naik ke sini , ada kafe untuk anda basahkan tekak .

Jika anda tunggu sehingga ke petang , anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini . Pemandangan masa ini, memang padu .

Gondola terakhir akan turun pada pukul 8 malam .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
Rentas Desa/Skytrail

Nak lebih ummph ? Dari stesen tengah, naik ke stesen teratas dengan merentas denai khas . Perjalanan naik ke atas mengambil masa 30 minit .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
▫️Air Terjun Berkelah , Maran
Air Terjun Berkelah ini terletak di Daerah Maran , Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan . Air Terjun Berkelah , Maran Air Terjun Berkelah , Maran .
Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat tetapi menurut data rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia , sebenarnya Hutan Lipur Berkelah ini terdapat lebih daripada tujuh peringkat air terjun . Air terjun di peringkat ke 7 mempunyai ketinggian yang beranggaran 50 meter .

www.tg-me.com/cutegilaa
▫️Air Terjun Pelangi , Sg Lembing
Bagi tujuan berlibur dan berekreasi pada hujung minggu , para pencinta alam semulajadi dan yang berjiwa adventure pasti memilih lokasi air terjun ini . Keindahan Air Terjun Pelangi sangat mengasyikkan umpama berada di satu dunia yang lain, atau pun boleh diandaikan seperti pemandangan dalam filem fantasi .
Di sini sungguh sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti berendam , berenang , sesi fotografi ataupun hanya merenung menghargai alam .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
▫️Air Terjun Sungai Pandan , Kuantan
Pahang mempunyai banyak lokasi alam semulajadi yang menarik untuk diteroka antaranya Air Terjun Sungai Pandan . Terletak di Kuantan , Air Terjun Sungai Pandan juga dikenali sebagai atau Air Terjun Panching oleh penduduk setempat merupakan destinasi beriadah popular .
Kawasan ini juga merupakan sebahagian daripada Hutan Lipur Pandan . Lokasi ini menjadi tumpuan ramai untuk berkelah , mandi manda atau bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan . Jika dilihat pada air terjun yang mengalir, pasti membuatkan ramai terpesona .

https://www.tg-me.com/cutegilaa
▫️Air Terjun Jerangkang , Maran
Destinasi reakreasi ini terletak kira-kira 55 kilometer dari Kuantan , Pahang cukup tersohor dalam kalangan pemburu air terjun apabila mendapat pelbagai jolokan antaranya β€˜Hilton , Infinity pool dan Shang Ri La’ kerana menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan .
Namun begitu , untuk sampai ke sini , pengunjung perlu melalui trek sejauh lebih tiga kilometer menelan masa dua jam perjalanan sebelum sampai ke tapak khemah tingkat 20 .
Pengunjung juga boleh camping dan bermalam disitu .. Dan perlu juga berhati hati dengan kepala air

https://www.tg-me.com/cutegilaa
Inilah hidden gems tempat hiking paling cantik di Semporna gais ❗️

Ramai lagi yang taktau tempat ni . Ini di Pulau Timbun Mata Semporna jak πŸ₯°

Lokasi
πŸ“: Semporna , Sabah

https://www.tg-me.com/cutegilaa
2025/07/04 10:36:45
Back to Top
HTML Embed Code: