Telegram Web Link
EDARAN IFTAR - DAY 4

Dalam kita sibuk membuat persiapan raya, pulang ke kampung halaman berjumpa dengan keluarga tercinta. Tetapi raya tahun ini mungkin tidak sama bagi saudara kita di Palestine. ๐Ÿฅน

Ramadan menuju penamat, usaha untuk mengirimkan senyuman dengan pek edaran iftar di kawasan Utara Gaza masih diteruskan. ๐Ÿ’ช

Alhamdulillah, hari ini sekali lagi 2000 pek iftar dimasak dan diedarkan bagi saudara kita. Usaha ini mungkin nampak kecil di mata kita tetapi besar di mata mereka.

Sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan jika tiada makanan iftar yang boleh mengisi kelelahan berpuasa.

Doa dan sokongan #jiwabaik semua diharapkan agar edaran iftar ini berjalan lancar sehingga ke akhir Ramdan.

Satu hari berbaki untuk habis Ramadan. Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi rezeki. Mungkin ini makanan terakhir mereka sebelum mereka syahid. ๐Ÿ˜ข

Jom kongsi rezeki berbaki 1 hari lagi
๐Ÿ‘‰http://bit.ly/40ZFi9v
โค5๐Ÿ‘2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dimakamkan Bersama Kasut Rayaโ€ฆ ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Saat kita bergembira menyambut Aidilfitri dengan gema takbir, dentuman mercun, dan hidangan istimewa, saudara kita di Palestin menyambutnya dengan derita, kehilangan, dan pemergian insan tersayang.

Di Khan Younis, seorang rakyat Palestin dengan penuh sayu meletakkan kasut baru yang sepatutnya dipakai untuk sambutan Aidilfitri ke dalam bungkusan kafan dua kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara Israel. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ’”

Anak-anak ini sepatutnya berlari riang di pagi Syawal, namun kini mereka pergi sebagai syuhada, dibaluti bungkusan putih bersama impian yang tidak kesampaian. Tiada lagi gelak tawa, tiada lagi pelukan hangat ibu bapa, hanya keheningan yang menyayat hatiโ€ฆ

Ya Allah, Engkau sebaik-baik tempat mereka kembali dan berikan ketabahan kepada keluarga dan saudara yang ditinggalkan. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’”

โ€”โ€”โ€”

Sebarkan berita ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin.

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก12๐Ÿ‘2๐Ÿ˜จ1
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Di sini, kita bertakbir dengan penuh syukur, berdiri teguh di saf solat Aidilfitri. Masjid-masjid dipenuhi wajah-wajah ceria, tangan berjabat mesra, hati berbunga bahagia.

Di Palestin, takbir raya tetap berkumandangโ€”bukan di masjid yang indah, tetapi di bawah runtuhan bangunan. Saf solat mereka bukan di permaidani empuk, tetapi di atas debu dan serpihan batu. Sujud mereka basah dengan air mata, memohon kekuatan di tengah derita. ๐Ÿ˜ข

Syawal bagi mereka bukan tentang kemeriahan, tetapi tentang ketabahan. Bukan tentang baju baru, tetapi tentang kehilangan orang tersayang.

Saat kita berhari raya dalam keamanan, ingatlah mereka yang menyambut Syawal dalam kesedihan. Doakan mereka, perjuangkan hak mereka, kerana Palestin tidak boleh dilupakan. ๐Ÿคฒ๐Ÿค

-------------------------------------------------------

Sebarkan berita ini dan terus ikuti @cybertrooperspalestin

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
โค11๐Ÿ‘1
Malam ini, kita bersorak melihat bunga api mekar di langit, mercun berdentum menghidupkan suasana. Anak-anak ketawa, bergembira dalam cahaya berwarna-warni.๐Ÿ’ฅ

Tapi di Gaza, dentuman membawa makna berbeza. Ia bukan mercun. Ia bukan bunga api. Ia adalah bom. Ia adalah ketakutan yang meragut nyawa. ๐Ÿฅน

Haya Mortaja, seorang ibu dan wartawan, menghembuskan nafas terakhir bukan kerana letupan, tetapi kerana jantungnya tidak mampu lagi menahan debar ketakutan. ๐Ÿ’”Anak-anaknya, Sham dan Mariam, kini sebatang kara, bukan kerana jenaka "April Fool", tetapi kerana dunia terus memejam mata. ๐Ÿฅฒ

Malam ini, kita lena dalam ketenangan. Mereka? Tidur dalam runtuhan, dalam tangisan, dalam kehilangan.

----------------------------------------------------------

Jangan biarkan mereka sendiri dalam derita ini. Suara kita, doa kita, bantuan kita, itulah harapan terakhir mereka.
@cybertrooperspalestin

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก14โค4๐Ÿ‘1
๐Ÿ”บApa yang sedang berlaku di Putra Heights?

Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, negara dikejutkan dengan berita duka mengenai kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang berlaku semalam.

Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa yang terjejas. ๐Ÿคฒ

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃู’ุฌูุฑู’ู†ููŠ ูููŠ ู…ูุตููŠุจูŽุชููŠุŒ ูˆูŽุฃูŽุฎู’ู„ููู’ ู„ููŠ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ู‘ูู†ู’ู‡ูŽุง

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nya jualah kami kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya."

Gambar di atas menunjukkan kronologi kejadian kebakaran yang mengakibatkan lebih 100 mangsa sedang menerima rawatan.

Kredit: Bernama
โค7๐Ÿ‘3
Beberapa Ulama Terkemuka Mengeluarkan Fatwa, Menyeru Semua Umat Islam dan Negara-Negara Majoriti Muslim untuk Melancarkan Jihad terhadap Israel selepas 17 Bulan Perang yang Menghancurkan terhadap Rakyat Palestin di Wilayah Terkepung.

ANTARA PERKARA UTAMA DALAM FATWA:

๐Ÿ”ด Kami mengisytiharkan kepada seluruh umat Islam dan negara-negara mereka tentang kewajipan jihad terhadap entiti Zionis dan sesiapa sahaja yang menyokongnya โ€” sama ada tentera upahan atau askar dari mana-mana negara โ€” dalam pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat kita di Gaza.

๐Ÿ”ด Haram memberikan apa-apa bentuk sokongan kepada musuh kafir dalam pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Gaza, termasuk memudahkan pengangkutan melalui pelabuhan atau laluan antarabangsa seperti Terusan Suez, Bab al-Mandab, Selat Hormuz, atau mana-mana laluan darat, laut, atau udara.

๐Ÿ”ด Haram membekalkan entiti Zionis dengan minyak, gas, atau apa-apa komoditi yang membantu mereka dalam peperangan terhadap rakyat kita. Juga dilarang menghantar makanan dan air kepada mereka sedangkan rakyat Gaza sedang mati kelaparan. Sesiapa yang melakukannya kerana kasih terhadap musuh Zionis kafir dan dengan niat untuk menghancurkan perjuangan Islam dianggap murtad.

๐Ÿ”ด Jawatankuasa mengeluarkan fatwa yang mewajibkan negara-negara Arab dan Islam untuk menubuhkan pakatan ketenteraan bersama. Politik global hari ini tidak memberi tempat kepada yang lemah dan berpecah. Sebuah pakatan ketenteraan Arab dan Islam yang bersatu akan mewujudkan keselamatan dan kestabilan bagi umat Islam dan berfungsi sebagai kuasa penyeimbang global.

๐Ÿ”ด Umat Islam yang berharta wajib menyokong para Mujahidin โ€” bukan hanya melalui zakat, tetapi juga daripada harta biasa mereka. Mereka mesti berusaha untuk menyampaikan bantuan kewangan kepada para Mujahidin dengan segala cara yang mungkin dan menjaga keluarga para pejuang dan pembela.

๐Ÿ”ด Negara-negara yang telah menjalinkan hubungan normalisasi dengan entiti Zionis wajib memutuskan hubungan tersebut sebagai sokongan kepada yang dizalimi, kerana haram membantu orang kafir menentang umat Islam.

๐Ÿ”ด Menjadi kewajipan Syariah bagi para ulama untuk menunaikan tanggungjawab mereka, tidak berdiam diri atau bersikap acuh tak acuh, untuk menyatakan kebenaran, mengisytiharkan kewajipan jihad terhadap musuh penjajah, dan memberi tekanan kepada kerajaan, tentera dan institusi-institusi di negara-negara Islam untuk menunaikan tanggungjawab agama, sejarah dan tamadun mereka.

๐Ÿ”ด Menjadi kewajipan agama ke atas umat Islam โ€” baik pemerintah mahupun rakyat โ€” untuk memboikot entiti Zionis dan sesiapa yang menyokongnya dalam pembunuhan beramai-ramai, sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun budaya.

๐Ÿ”ด Umat Islam mesti bersatu dan mengetepikan perpecahan.

๐Ÿ”ด Sentiasa menunaikan Qunลซt Nฤzilah dan memperbanyakkan doa untuk rakyat Gaza dalam semua keadaan.

Pautan fatwa dalam bahasa Arab:
https://iumsonline.org/ar/ContentDetails.aspx?ID=38808

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Jangan biarkan mereka sendiri dalam derita ini. Suara kita, doa kita, bantuan kita, itulah harapan terakhir mereka. @cybertrooperspalestin

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ”ฅ24โค15๐Ÿ‘6
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dalam sebuah rakaman yang menyayat hati, seorang kanak-kanak perempuan Palestin dilihat menggigil ketakutan dan kesakitan selepas cedera akibat serangan udara rejim Zionis di Gaza. Ini akan menjadi trauma yang bakal membekas sepanjang hayat mereka.

Ya Allah, hadirkan pertolongan-Mu untuk bumi Gaza.

#PrayForGaza #GazaUnderAttack #StopKillingChildren

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Jangan biarkan mereka sendiri dalam derita ini. Suara kita, doa kita, bantuan kita, itulah harapan terakhir mereka. @cybertrooperspalestin

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก24
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kekejaman Berterusan Setiap Hari di Gaza ๐Ÿ’”

Serangan kejam oleh rejim Zionis Israel bersama sokongan Amerika Syarikat terus menghancurkan bumi Gaza tanpa henti. Gencatan senjata yang lalu seolah hanya memberi ruang untuk mereka menyusun dendam dan serangan yang lebih kejam.

Hari ini, dunia sekali lagi menjadi saksi kekejaman luar batas kemanusiaan. Seorang kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh dalam keadaan mengerikan, tubuh kecilnya seolah telah dipenggal dalam serangan udara di Deir Al-Balah. Rakaman video dari lokasi menyayat hati, menggambarkan penderitaan rakyat Palestin yang terus dihimpit kezaliman yang dasyat.๐Ÿ˜ญ

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Jangan biarkan mereka sendiri dalam derita ini. Suara kita, doa kita, bantuan kita, itulah harapan terakhir mereka. @cybertrooperspalestin

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก25๐Ÿ‘2โค1๐Ÿ˜ฑ1๐Ÿ˜จ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Palestin Ahmad Mansour Cedera Parah Dibakar di Khan Younis

Gaza, 7 April 2025 โ€” Wartawan Palestin, Ahmad Mansour, mengalami kecederaan parah dengan luka bakar yang teruk selepas serangan udara Israel menyasarkan khemah wartawan di luar Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza selatan. Doktor kini berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawanya.

Dalam serangan yang sama, dua wartawan terbunuh, termasuk Yousef al-Faqawi, seorang wartawan untuk laman berita Palestine Today. Sekurang-kurangnya sembilan individu lain cedera, enam daripadanya adalah wartawan, dengan dua dalam keadaan kritikal.

Serangan ini menambah kepada jumlah lebih daripada 210 wartawan yang telah terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023.

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Jangan biarkan mereka sendiri dalam derita ini. Suara kita, doa kita, bantuan kita, itulah harapan terakhir mereka. @cybertrooperspalestin

Bersama kita berjuang untuk bumi Palestin. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก29๐Ÿ˜จ4๐Ÿ‘1
๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ Global Strike for Gaza: One Ummah, One Prayer

๐Ÿ“ Date: 7th April 2025, Monday
๐Ÿ“ Time: Hours 19:30 to Hours 21:00

Join hands with MyFundAction and stand in solidarity at these 3 mosques:

1. Masjid Bandar Bukit Raja, Klang
2. Surau Al Furqan, Precinct 11, Putrajaya
3. Masjid As-Salam, Puchong

Letโ€™s rise as one voice, one Ummahโ€”through Solat Hajat & Qunut Nazilah for our brothers and sisters in Gaza.

"While bombs fall, let our doa rise."

Let us fill the night with prayer, remembrance, and the spirit of resistance. Because when we canโ€™t be there physicallyโ€”our doa will always be with them.

#GlobalStrikeForGaza #PrayForPalestine #MyFundAction #KitaBersamaGaza
๐Ÿ‘14โค10
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Ramai yang bertanyaโ€ฆ
โ€œBila agaknya perang ini akan berakhir?โ€

Tapi mungkin persoalan yang lebih penting ialah:
โ€œApa peranan kita sementara ia masih berlaku?โ€

Jawapannyaโ€ฆ
Ada dalam video ni.

Bukan sekadar untuk tahu *bila*, tapi untuk faham kenapa ia terjadi โ€” dan bagaimana seharusnya kita bertindak sebagai Ummah.

Tonton dengan hati yang terbuka. Kerana perubahan itu bermula dengan kesedaran.

Dan kesedaran ituโ€ฆ bermula di sini.

Lanjutan episod Borak Fakta ๐Ÿ‘‡
https://youtube.com/playlist?list=PLsAO7qJgpc4WEcyPfLFINwEgcgYdJ2m7m&si=CM5DnNMoX8IFKln4

#KebangkitanUmmah #PalestineWillBeFree #BorakFakta #SirahUntukHariIni #KitaBersamaGaza #GlobalStrikeForGaza
โค29๐Ÿ”ฅ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang bayi Palestin kehilangan tangan selepas kediaman keluarganya di kejiranan Al-Shujaiya menjadi sasaran serangan udara rejim Zionis. Dalam sekelip mata, pelukan hangat ibu dan ayah bertukar menjadi jeritan pilu dan penderitaan yang menyayat hati.

Kezaliman yang dilakukan oleh sekutu Zionis ini pasti akan dibalasan. Allah SWT telah menjanjikan keadilan-Nya, seperti yang disebut dalam firman-Nya:

โ€œโ€ฆAku beri tangguh kepada orang-orang kafir, kemudian Aku seksa mereka, ketahuilah betapa dahsyatnya seksaan-Ku. Betapa banyak negeri yang telah Kami binasakan kerana penduduknya zalim, sehingga roboh bangunannya, dan telaga an istananya musnah. Tidakkah mereka berjalan di muka bumi agar mereka mempunyai hati yang dapat memahami, atau telinga yang dapat mendengar? Sesungguhnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.โ€

๐Ÿ“– Surah Al-Hajj: 44โ€“46

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Bersama kita berjuang untuk Palestin. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก29๐Ÿ‘5โค1๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ˜ฑ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Anak-anak Terus Menjadi Sasaran Utama Zionis Laknatullah!

Berita tentang anak-anak yang terpelanting di udara, dibakar hidup-hidup, dibom tanpa belas, dan dibunuh kejam terus menghantui bumi Gaza yang berdarah.

Semalam, sekali lagi dunia menyaksikan luluhnya hati seorang ibu Palestin, memeluk tubuh kecil satu-satunya anaknya, Kenan, buat kali terakhir. Syahid selepas kediaman mereka dibom rejim Zionis di Khan Yunis, #Gaza.

Kenan bukan sekadar anak biasa. Dia adalah cahaya yang lahir selepas 18 tahun usaha IVF, hasil dari lebih 700 suntikan, penuh kesakitan dan harapan, hanya demi bergelar seorang ibu. Namun, dalam sekelip mata. Usaha bertahun dan anugerah terindah itu diragut dengan kejam oleh rejim tanpa perikemanusiaan.

Maafkan kami, bumi Gaza dan seisinya. Kami lemah, kami hanya mampu menyaksikan dari jauh. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”

Bersama kita berjuang untuk Palestin. ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
https://myfundaction.org/campaign/t01-emergency-relief-palestine-2/
๐Ÿ˜ก16๐Ÿ”ฅ6โค1๐Ÿ‘1๐Ÿ˜จ1
2025/07/14 06:22:30
Back to Top
HTML Embed Code: