Kesejukan Azab Neraka Yang Membunuh
==========
1. Selain kepanasan neraka Jahanam, Allah juga menjelaskan dalam al-Quran bahawa terdapat azab neraka yang sejuk, yang apabila diminum, bergugran terlerai kulit-kulit manusia kerana terlalu sejuknya azab air yang disediakan buat mereka. Firman Allah:
جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ هَٰذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ
Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam; [57] Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (Surah Sad: 56-57)
2. Menurut al-Imam al-Baghawi, yang dimaksudkan dengan perkataan Ghassaq adalah kesejukan yang melampau sehingga terbakar keringnya kulit manusia. Kata Ibn Abbas:
هو الزمهرير يحرقهم ببرده ، كما تحرقهم النار بحرها
Ia adalah zamharir yang membakar dengan kesejukan yang amat dahsyat seperti mana api yang membakar dengan kepanasannya. Pandangan yang sama diutarakan oleh al-Imam Mujahid dan Muqatil.
3. Dahsyatnya azab kedinginan dalam neraka Jahannam ini memberikan seksaan kepada para penghuni neraka sehingga kulit-kulit mereka tertanggal. Dari Ka’ab, beliau berkata:
“Sesungguhnya di neraka adanya dingin iaitu Zamharir (dingin yang amat beku), yang membuat kulit-kulit tertanggal sehingga mereka(yang berada di neraka) meminta pertolongan pada panasnya neraka.”
4. Kesejukan azab yang menyeksa manusia ini juga disebutkan dalam hadis. Sabda Rasulullah:
اشْتَكَتْ النَّارُ إِلَى رَبِّهَا فَقَالَتْ يَا رَبِّ أَكَلَ بَعْضِي بَعْضًا فَأَذِنَ لَهَا بِنَفَسَيْنِ نَفَسٍ فِي الشِّتَاءِ وَنَفَسٍ فِي الصَّيْفِ فَهْوَ أَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الْحَرِّ وَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الزَّمْهَرِيرِ
"Neraka menyampaikan keluh kesahnya kepada Tuhannya dan nerkata; "Wahai Tuhan, mengapa kami saling memakan satu sama lain?. Allah pun mengizinkan neraka untuk bernafas dua kali, bernafas ketika musim dingin dan bernapas ketika musim panas, kedua nafas itulah yang kalian dapatkan ketika panas menyengat dan dingin membeku."
5. Menurut al-Imam Ibn Hajar, yang dimaksudkan dengan zamharir dalam hadis ini adalah kesejukan yang amat sangat sehingga menyeksa penghuni neraka, menanggalkan kulit-kulit mereka.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi

Telegram
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Episod Istimewa My #HadithTime 2.0!
Dalam episod kali ini, kita menyelusuri erti sebenar cinta kepada Rasulullah SAW, cinta yang mengatasi cinta kepada sesiapa pun.
Antara persoalan menarik dalam episod ini:
1. Benarkah seseorang itu dianggap tidak beriman jika cinta kepada ibu bapa melebihi Rasulullah?
2. Bolehkah mentaati arahan ibu ayah yang bercanggah dengan Rasulullah?
3. Apakah langkah-langkah untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah?
4. Bagaimana para sahabat mencintai Rasulullah?
5. Apakah perbuatan yang berlebih-lebihan dalam mencintai Rasulullah?
Ikuti kupasan kepada persoalan-persoalan ini bersama tokoh ilmuan kita, Prof. Madya Dato’ Dr. Sukki Mohd Othman.
Saksikan di YouTube pada 20 Jun ini!
#RasulullahSuriTeladan

Salam Jumaat di bulan Zulhijjah yang penuh berkat yang padanya ada ibadah Haji yang mulia 🤲🏼
Tuan puan,
Mari berinfaq untuk kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.
Tekan link OnPay di bawah untuk infaq :
https://ezy.la/tajakelasngajianjunghikmah

Haji Adalah Kemuncak Penghambaan
=====
1. al-Imam Ibn Kathir merekodkan kisah seorang Raja Ghassan bernama Jabalah bin Ayham yang memeluk Islam di zaman Saidina Umar. Ketika perang Yarmuk berlangsung beliau menyebelahi pihak Rom, namun setelah itu memeluk Islam.
2. Disebabkan seorang Raja yang berpengaruh memeluk Islam maka Umar memuliakannya dan menjemputnya menunaikan Haji. Kata Ibn Kathir:
فلما سلم على عمر رحب به عمر وأدنى مجلسه، وشهد الحج مع عمر
Setelah dia meneluk Islam, Umar mengalukan beliau, mengajak ke majlisnya dan menunaikan haji bersama Umar.
3. Ketika menunaikan tawaf, seorang jurupandu unta terpijak kain Jabalah. Raja itu menjadi berang lalu menampar muka jurupandu tersebut sehingga pecah hidungnya. Kata Ibn Kathir:
فبينما هو يطوف بالكعبة إذ وطء إزاره رجل من بني فزارة فانحل، فرفع جبلة يده فهشم أنف ذلك الرجل
Ketika Jabalah sedang tawaf di Kaabah, seorang lelaki dari Bani Fazarah terpijak kain Jabalah sehingga terbuka maka Jabalah mengangkat tangannya dan memukul lelaki tersebut sehingga pecah hidungnya.
4. Bani Fazarah mengadukan hal ini kepada Umar lalu Umar meminta agar dikenakan qisas (hukuman balas). Tetapi Jabalah enggan malah mempersoal tindakan Umar. Kata beliau:
كيف، وأنا ملك وهو سوقة؟.
Bagaimana aku dihukum sedangkan aku adalah Raja dan dia hanyalah jurupandu?
5.Nah, disinilah perbezaan nilai yang diterapkan dalam Islam. Ketika melaksanakan haji, kedudukan manusia sama sahaja tidak kiralah Dato, Tan Sri, Menteri dan sebagainya. Ia adalah kemuncak penghambaan kepada Allah.
6. Malah hukuman yang dikenakan dalam Islam adalah berteraskan keadilan. Janganlah kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin atau anak orang yang berpengaruh didiamkan sedangkan kesilapan rakyat dihukum serta merta.

Mengapa Sisters Tidak Sesat?
=====
1. Minggu lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa fatwa Selangor yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat tidak boleh dikenakan terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum Malaysia.
2. Sudah tentu kita tertanya-tanya mengapa Sisters difatwakan sesat sedangkan mereka menafikannya. Berikut adalah di antara kerancuan yang pernah dipertikaikan terhadap mereka:
(a) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)
Baca: https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2021/10/KHITAN-KERANCUAN-FAHAMAN-SISTER-IN-ISLAM-SIS-BERKAITAN-AMALAN-BERKHATAN-PEREMPUAN_FINAL.pdf
(b) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)
Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835
(c) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)
Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8
Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)
http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121
(d) Sisters mempertikai Fatwa (4 Ogos 2018)
Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa
(e) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT (14 Mac 2019)
Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin
(f) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)
Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10
3. Ini hanyalah sebahagian contoh kekeliruan pemikiran yang pernah dikaitkan berkaitan sisters in Islam yang menyebabkan masyarakat muslim tertanya-tanya: Mengapa Sisters tidak sesat?

Tidak Mendedahkan Aib Pasangan
========
1. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:
هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)
2. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:
جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء
“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”
3. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari.
4. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:
إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا
“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)
5. Begitu juga menurut Rasulullah, sebaik-baik wanita itu adalah yang menjaga hak suaminya. Sabda Rasulullah:
خيرُ النِّساءِ امرأةٌ إذا نظرتَ إليها سرَّتك، وإذا أمرتَها أطاعتك، وإذا غبتَ عنها حفظتَك في نفسِها ومالِك
"Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang tenang hatimu saat memandangnya, dia taat kepadamu saat disuruh, dan ketika engkau tiada, dia menjaga kehormatannya dan memelihara hartamu." (HR Abu Daud al-Tayyalisi)
6. Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti.

Episod 6 My #HadithTime 2.0!
Jangan lupa saksikan esok!!
Antara yang menarik dalam episod ini:
1. Kepentingan dan galakan berdoa
2. Huraian hadis "Doa itu ibadah"
3. Isu berdoa memohon jodoh di Jabal Rahmah
4. Definisi "matan" dalam ulum hadis
5. Pengajaran kisah al-Nu'man bin Basyir tentang "favouritism" oleh ibu bapa
6. Tadabbur ayat 61-62 surah Ghafir berkaitan doa
Saksikan di YouTube pada 27 Jun ini!

Sumbangan diperlukan untuk Pembinaan Masjid Abdul Rahman Auf di Kelantan.
Saksikan progress pembinaannya di sini:
https://www.facebook.com/share/v/1CWkogr8QS/
Layari laman web masjid sebagaimana berikut: www.masjid-arba-tdr.com

[SEDANG BERSIARAN] Episod 6 My #HadithTime 2.0!
Tonton di YouTube: https://youtu.be/6KVl_2nZgMM
Antara yang menarik dalam episod ini:
1. Kepentingan dan galakan berdoa
2. Huraian hadis "Doa itu ibadah"
3. Isu berdoa memohon jodoh di Jabal Rahmah
4. Definisi "matan" dalam ulum hadis
5. Pengajaran kisah al-Nu'man bin Basyir tentang "favouritism" oleh ibu bapa
6. Tadabbur ayat 61-62 surah Ghafir berkaitan doa
Jangan lupa tulis di ruangan komen, apa ilmu baru yang anda belajar dari episod ini.

YouTube
Hebatnya Doa, Galakan Berdoa, Isu Mohon Jodoh Di Jabal Rahmah, Maksud Matan | EP6 My #HadithTime 2.0
Episod 6 My #HadithTime 2.0!
Antara yang menarik dalam episod ini:
1. Kepentingan dan galakan berdoa
2. Huraian hadis "Doa itu ibadah"
3. Isu berdoa memohon jodoh di Jabal Rahmah
4. Definisi "matan" dalam ulum hadis
5. Pengajaran kisah al-Nu'man bin Basyir…

Forwarded from Ahmad Nu'man Mazlan
𝗘-𝗠𝗔𝗝𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗟𝗪𝗔𝗛𝗬𝗨 𝗭𝗜𝗢𝗡𝗜𝗦𝗠𝗘 (𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥 𝘅 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻)
Edisi khas E-Majalah AkalWahyu kali ini membongkar sisi gelap gerakan Zionisme. Dari akar falsafahnya hingga kepada peranannya dalam mencemari akidah dan merancang penjajahan.
Tulisan ini lahir dari kesedaran yang mendalam bagaimana ummah perlu celik terhadap bahaya Zionisme. Bukan sekadar pada tindakan tetapi juga pada pemikirannya yang menyesatkan.
Dapatkan segera di sini:
bit.ly/akalwahyuzionisme

Salam Jumaat di awal tahun Hijrah, 1 Muharram yang penuh berkat yang mulia 🤲🏼
Tuan puan,
Mari berinfaq untuk kelas mengaji Al Quran Anjung Hikmah. Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang berganda dan mengkabulkan setiap hajat kita.
Tekan link OnPay di bawah untuk infaq :
https://ezy.la/tajakelasngajianjunghikmah
Ikuti Kelas Ngaji kami di facebook : https://www.facebook.com/share/v/15aUjXo5XC/

Nabi Hijrah Pada Bulan Safar?
=====
1. Ya, menurut Sheikh al-Mubarakfuri, Baginda Nabi pada hakikatnya bergerak keluar dari rumah Baginda untuk berhijrah ke Madinah adalah pada bulan Safar dan bukannya bulan Muharram. Timbul persoalan di sini, jadi mengapa dikatakan 1 Muharram itu detik permulaan, perkiraan tahun Islam hijrah?
2. Perkara ini telah pun dijelaskan oleh al-Imam Ibn Hajar bahawa keazaman Baginda Nabi untuk berhijrah telah bermula sejak bulan Muharram lagi. Ini kerana, setelah berlakunya Bai’ah Aqabah pada bulan haji (Zulhijjah), keazaman untuk berhijrah menuju ke penempatan kaum Ansar bertambah kuat.
3. Oleh yang demikian, tidak salah juga untuk menyatakan perkiraan hijrah bermula dari bulan Muharram lagi. al-Hafiz Ibn Hajar yang menjelaskan:
وَإِنَّمَا أَخَّرُوهُ -أي التأريخ بالهجرة- مِنْ رَبِيعٍ الْأَوَّلِ إِلَى الْمُحَرَّمِ لِأَنَّ ابْتِدَاءَ الْعَزْمِ عَلَى الْهِجْرَةِ كَانَ فِي الْمُحَرَّمِ؛ إِذِ الْبَيْعَةُ وَقَعَتْ فِي أَثْنَاءِ ذِي الْحِجَّةِ وَهِيَ مُقَدِّمَةُ الْهِجْرَةِ،
“Sesungguhnya mereka (ahli sejarah) menetapkan (permulaan hijrah) dari bulan Rabi‘ al-Awwal ke bulan Muharram adalah kerana permulaan tekad untuk berhijrah itu berlaku pada bulan Muharram lagi. Ini kerana bai‘ah (dengan kaum Ansar) berlaku pada pertengahan bulan Zulhijjah, dan ia merupakan mukadimah kepada hijrah.
4. Setelah keluar dari rumah pada penghujung bulan Safar, Nabi bersembunyi seketika di Gua Thur selama beberapa hari sehinggalah memulakan perjalanan Baginda pada bulan Rabiul Awwal.
5. Atas riwayat inilah, kita dapati bahawa ada sebahagian salafusoleh yang berpandangan bahawa bulan pertama dalam Islam itu sebenarnya bermula pada Rabiul Awal. Kata Ibn Kathir:
وحكى السهيلي وغيره عن الإمام مالك أنه قال: أول السنة الإسلامية ربيع الأول؛ لأنه الشهر الذي هاجر فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم
“Al-Suhaylī dan sarjana yang lain telah meriwayatkan bahawa Imam Malik pernah berkata: "Permulaan tahun Islam adalah bulan Rabi‘ al-Awwal, kerana itulah bulan di mana Rasulullah ﷺ berhijrah."
6. Secara umumnya dapat disimpulkan:
a. Nabi melaksanakan Baiah Aqabah dengan kaum Ansar pada bulan Zulhijjah 13 Kenabian
b. Nabi berazam untuk berhijrah pada Muharram 14 Kenabian
c. Nabi keluar dari rumah untuk berhijrah pada Safar 14 Kenabian.
d. Nabi keluar dari Gua Thur ke Quba pada Rabiul Awwal 14 Kenabian.
e. Nabi sampai di Madinah pada 8 Rabiul Awwal 14 Kenabian.
Semoga Allah menjadikan bulan Muharram ini, bulan kita memuliakan dan memartabatkan Islam.