Telegram Web Link
Belanja Keluarga Pada Hari Asyura
=======
1. Esok merupakan Hari Asyura. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:

مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَى أَهْلِهِ طُولَ سَنَتِهِ

“Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan - menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani. Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)

2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:

قَالَ جَابِرٌ: جَرَّبْته أَرْبَعِينَ عَامًا فَلَمْ يَتَخَلَّفْ

“Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)

3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:

يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها

“Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)

4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan:

وَيُسَنُّ التَّوْسِعَةُ عَلَى الْعِيَالِ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ؛ لِيُوَسِّعَ اللهُ عَلَيْهِ السَّنَةَ كُلَّهَا كَمَا فِي الْحَدِيثِ الْحَسَنِ

“Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj)

5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan:

قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ: قَدْ جَرَّبْنَاهُ مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً أَوْ سِتِّينَ فَمَا رَأَيْنَا إلَّا خَيْرًا

“Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’)

6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.

7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Jangan Halang Laluan Awam
=====
1. Terdapat banyak hadis yang menunjukkan bagaimana Rasulullah memuji mereka yang menjaga hak jalan, tidak menghalang laluan awam dan menghilangkan sesuatu yang menghalang jalan orang ramai. Antaranya:

2. Rasulullah memuji mereka yang menjaga laluan awam dari perkara yang menghalang sehingga Baginda menjamin syurga. Sabda Rasulullah:

لقدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ في الجَنَّةِ، في شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِن ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Sesungguhnya aku melihat seorang lelaki sedang menikmati (kehidupan) di dalam syurga kerana sebatang pokok yang dia tebang dari tengah jalan, yang menghalang laluan orang ramai. (HR al-Bukhari)

3. Rasulullah mengeji mereka yang mengotorkan atau menyakiti tempat orang lain berehat. Sabda Rasulullah:

اتقوا اللَّعَّانَيْنِ." قالوا: وما اللَّعَّانانِ يا رسولَ الله؟ قال: الذي يَتَخَلَّى في طريقِ الناسِ أو في ظِلِّهم."

"Jauhilah dua perkara yang mendatangkan laknat." Para sahabat bertanya: "Apakah dua perkara yang mendatangkan laknat itu, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Iaitu orang yang membuang hajat di jalan orang ramai atau di tempat mereka berteduh." (HR Muslim)

4. Malah Rasulullah menasihatkaan kita agar menjaga hak-hak pengguna jalan raya yang lain. Salah satunya ialah tidak menyakiti atau mengganggu pengguna lain. Sabda Rasulullah:

فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجْلِسَ، فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهُ. قَالُوا: وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ؟ قَالَ: غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الْأَذَى، وَرَدُّ السَّلَامِ، وَالْأَمْرُ بِالْمَعْرُوفِ، وَالنَّهْيُ عَنِ الْمُنْكَرِ.

"Jika kamu tetap mahu duduk (di tepi jalan), maka berilah hak jalan itu. Mereka bertanya: Apakah hak jalan itu? Baginda menjawab: Menundukkan pandangan, menahan diri daripada menyakiti (orang lain), menjawab salam, menyuruh kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran." (HR Muslim)

5. Oleh yang demikian,walaupun atas tujuan yang baik, jagalah hak sesama manusia. Janganlah kerana perkara ini, kita dibenci awam malah mendapat dosa dari perbuatan kita sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Mengapa Mati Lemas Dianggap Syahid?

Baca artikel penuh di sini👇🏻

https://muis.org.my/2025/07/mengapa-mati-lemas-dianggap-syahid/
🌿 *PAKEJ UMRAH CINTA RASUL 1447H* 🌿
Penerbangan *1 – 12 Disember 2025*

🌙 "_Bila rindu pada Rasulullah ﷺ memanggil jiwa, itulah saatnya kita kembali menyusun langkah menuju Tanah Suci…_”

Bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi kembara rohani untuk mendekatkan diri kepada Rasulullah ﷺ. Bersama bimbingan ilmiah & penuh hikmah oleh *Prof Madya Dr Hj Ahmad Sanusi*, hayati setiap detik dengan ilmu, zikir & tangisan rindu yang tertumpah di Mekah & Madinah 🕋

_*Istimewa pakej ini :*_
12 Hari 10 Malam (1 Taif + 5 Makkah + 4 Madinah)
Direct flight Malaysia Airlines (KUL–JED–MED–KUL)
Percuma Ziarah Badar – tapak sejarah besar Islam
Bimbingan 3x oleh mutawwif Malaysia berpengalaman
Hotel depan Masjidilharam & Madinah – jarak 50m & 100m sahaja
Perlindungan Takaful | Pakej Lengkap | Set Bagasi Eksklusif

📌 Inilah masanya. Sertai kami dalam perjalanan Cinta Rasul & semoga kita menjadi tetamu yang dirindui oleh Rasulullah ﷺ.

📱Hubungi kami untuk tempahan & maklumat lanjut, klik link dibawah :
https://wasap.my/60133320215/UmrahCintaRasul
INFAQ DAURAH HADIS DI MAAHAD NURUDDIN , TAK BAI
=====

Tuan Puan yang dirahmati Allah,
Pihak Ulum Hadith Research Centre akan mengadakan Daurah 40 Hadis Pemuda Pemudi di Maahad Nuruddin, Tak Bai, Patani pada bulan Ogos 2025 ini. Program ini akan membekalkan bahan pengajian hadis kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Mari bersama menyumbang bahan pengajian hadis ini.

Semoga Allah SWT mengganjari tuan puan dengan pahala dan keberkatan.

Infak boleh disalurkan ke:

Ulum Hadith Research Centre
Bank Islam
05058010028832
Tentang Wanita Menari Bogel
=====
1. Heboh dalam media sosial baru-baru ini pendedahan mengenai ajaran aneh yang dilakukan oleh seorang wanita sehingga melakukan seolah-olah ritual menari bogel dan mengajak seluruh pengikut wanitanya menari bogel bersamanya. Perkara ini sudah dalam perhatian JAKIM dan memerlukan siasatan pengesahan.

2. Sementara siasatan dijalankan, fitnah dan kerosakan wanita akhir zaman ini telah pun diingatkan oleh Rasulullah. Dalam beberapa hadis, Baginda menyebutkan ciri-ciri wanita akhir zaman yang diuji dengan fitnah akhir zaman. Antaranya:

a. 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. Sabda Rasulullah:

"تُفْتَحُ أَبْوَابُ السَّمَاءِ نِصْفَ اللَّيْلِ، فَيُنَادِي مُنَادٍ: هَلْ مِنْ دَاعٍ فَيُسْتَجَابَ لَهُ، هَلْ مِنْ سَائِلٍ فَيُعْطَى، هَلْ مِنْ مَكْرُوبٍ فَيُفَرَّجَ عَنْهُ، فَلَا يَبْقَى مُسْلِمٌ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ -عَزَّ وَجَلَّ- لَهُ، إِلَّا زَانِيَةً تَسْعَى بِفَرْجِهَا، أَوْ عَشَّارًا"

"Pintu-pintu langit dibuka pada pertengahan malam, lalu seorang penyeru menyeru: Adakah orang yang berdoa supaya dikabulkan untuknya? Adakah orang yang meminta supaya diberi? Adakah orang yang ditimpa kesusahan supaya dilepaskan daripadanya? Maka tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengan suatu doa melainkan Allah -Azza wa Jalla- akan mengkabulkan untuknya, kecuali penzina wanita yang melacurkan kemaluannya atau pemungut cukai (yang zalim)." [al-Mu'jam al-Awsath: 3/154, no. 2769; al-Sahihah: 1073].

b. 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐳𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐡𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢:

"لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَتَسَافَدُوا فِي الطَّرِيقِ تَسَافُدَ الحَمِيرِ" -لا حياء ولا حشمة- قال ابن عَمرو: "إنَّ ذَاكَ لكائن؟!" قال: "نَعَمْ! لَيَكُونَنَّ"

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah kamu bersetubuh di jalanan seperti persetubuhan keldai” – tanpa rasa malu dan tanpa segan silu – Maka berkata Ibn ʿAmr: “Apakah perkara itu benar-benar akan terjadi?!” Baginda menjawab: “Ya! Bahkan pasti akan berlaku!” [al-Taʿlīqāt al-Ḥisān ʿalā Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān: 9/419, no. 6729; lihat juga: al-Ṣaḥīḥah: no. 481].

c. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐨𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚:

"لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَضْطَرِبَ أَلَيَاتُ نِسَاءِ دَوْسٍ عَلَى ذِي الخَلَصَةِ"، وَذُو الخَلَصَةِ؛ طَاغِيَةُ دَوْسٍ الَّتِي كَانُوا يَعْبُدُونَ فِي الجَاهِلِيَّةِ"

“Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah punggung-punggung wanita suku Daws bergoyang-goyang di sekitar Dzu al-Khalāṣah,” dan Dzu al-Khalāṣah adalah berhala kaum Daws yang mereka sembah pada zaman jahiliah dahulu.

3. Perhatikan bagaimana Rasulullah telah pun membayangkan kerosakan dan fitnah yang bakal menimpa umat manusia. Mereka tidak segan berbogel dikhayalak malah menjadikannya seakan-akan ritual seperti yang dilakukan pada zaman dahulu di hadapan berhala mereka.

4. Sama-sama kita berdoa agar Allah menjauhkan kita dari musibah yang menakutkan ini dari diri kita, ahli keluarga kita dan seluruh masyarakat. Bersama membanteras kemungkaran!

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
2025/07/12 01:11:59
Back to Top
HTML Embed Code: