Telegram Web Link
Rasulullah Mendidik Peniaga dan Pembeli
=============
1. Dalam keghairahan mencari rezeki, para peniaga seharusnya menjadikan pesanan Rasulullah sebagai pedoman dalam urusan perniagaan mereka termasuklah peniaga bazar Ramadan.

2. Rasulullah ﷺ mendidik para peniaga Muslim agar bersikap jujur dan amanah. Baginda mengingatkan bahawa peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bertaqwa. Sabda Rasulullah:

إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

“Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “Fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertaqwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)

3. Para sahabat tertanya-tanya, kenapa para peniaga dibangkitkan dalam keadaan pelaku dosa? Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:

وَلِكِنَّهُم يُحَدِّثُونَ فَيَكذِبُونَ

“Tetapi (sebahagian) mereka ini apabila berkata-kata, mereka menipu.” (HR Ahmad)

4. Rasulullah ﷺ turut mengingatkan bahawa sekiranya mereka bersikap jujur, rezeki mereka akan dipermudahkan. Sabda Rasulullah:

الأمَانَةُ تَجْلِبُ الرِزْقَ وَ الخِيَانَةُ تَجْلِبُ الفَقْرَ

“Sifat amanah akan menjemput rezeki manakala sifat khianat (menipu) akan membawa kefakiran. (Musnad Firdaus al-Dailami)

5. Begitu juga dengan pembeli seharusnya menyemak dahulu harga, berbincang dengan peniaga sebelum melakukan transaksi dan menegur kepada mereka sekiranya tidak berpuas hati terhadap sesuatu. Sabda Rasulullah ﷺ:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إذا باعَ، وإذا اشْتَرَى

“Mudah-mudahan Allah merahmati seorang lelaki yang ketika dia berniaga dia bertimbang-rasa dan ketika dia membeli (sebagai seorang pembeli), dia juga bertimbang-rasa. (HR al-Bukhari)

6. Begitu juga sekiranya pembeli ingin menuntut hak mereka, maka hendaklah dilakukan mengikut prosedur dan dengan jalan yang baik. Sabda Rasulullah ﷺ :

من طلب حقا فليطلبه في عفاف واف أو غير واف

“Barang siapa yang ingin menuntut haknya, maka hendaknya dia mendapatkannya dengan cara yang terhormat, baik ia berhasil mendapatkannya atau tidak.” (HR al-Tirmizi)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Jom Sertai Webinar Hadis Pagi Ini!
=====
Jom sertai perbincangan dan kupasan mengenai konsep dan kepentingan hadis 40 anjuran Qur'an and Sunnah Studies Students' Association (QUSSA) UIA.

Perincian program seperti berikut:

🎙️ 𝐒𝐩𝐞𝐚𝐤𝐞𝐫: Assoc. Prof. Dr. Ahmad Sanusi Azmi
📅 𝐃𝐚𝐭𝐞/𝐃𝐚𝐲: 7/3/2025, Friday
🕙 𝐓𝐢𝐦𝐞: 10.00 am-12.30 pm
𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: Google Meet & Youtube Live
📎 Please kindly register through this link:
https://forms.gle/TRfkM9gJgaewqeHo8

Wassalam.

Sebarang pertanyaan hubuni:

🧕🏻Sr. Aida: https://wa.me/60174639667
🧕🏻Sr. Wani: https://wa.me/60124049060
👱🏻‍♂️Br. Arif: https://wa.me/601129617621

"𝘚𝘵𝘳𝘦𝘯𝘨𝘵𝘩𝘦𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘜𝘬𝘩𝘶𝘸𝘢𝘩, 𝘜𝘱𝘩𝘰𝘭𝘥 𝘵𝘩𝘦 𝘘𝘶𝘳'𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘥 𝘚𝘶𝘯𝘯𝘢𝘩"

Best Regards,
Education and Careers (EDEC),
Qur'an and Sunnah Studies Students' Association (QUSSA) 24/25
Jangan Normalisasikan Maksiat
=====
1. Bagi yang belum berkahwin, janganlah pula kita menormalisasikan perkara yang dilarang oleh Allah. Bertepuk tampar sesama pasangan yang belum mempunyai sebarang hubungan yang sah adalah dicegah dalam Islam.

2. Rasulullah memberikan amaran yang keras kepada pasangan yang bercinta namun mereka seronok berpegangan tangan. Sabda Rasulullah:

لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani)

3. Apatah lagi sekiranya yang melakukan itu merupakan seorang yang dikenali ramai, namun dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah. Sekiranya perbuatan melakukan maksiat ini diikuti oleh anak muda yang lain, maka dia akan menanggung dosa orang yang mengikuti perbuatannya itu. Sabda Rasulullah:

وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا ، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat dalam Islam, lalu diikuti oleh orang yang lain, maka akan ditulis baginya dosa bagi orang yang melakukan perbuatan tadi, tidak berkurang sedikit pun dari dosa tersebut.” (HR Muslim)

4. Bagi orang awam pula, janganlah menunjukkan sokongan terhadap perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Jangan pula kita berkongsi dan turut menyebarkan kerosakan ini. Malah kerosakan yang disenyapkan ini mengundang azab Allah. Sabda Rasulullah:

ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ

“Tidak ada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya namun mereka tidak mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
SEMINGGU SUDAH RAMADAN BERLALU, MASIH ADA YANG BELUM RASA KEENAKAN RAJA KURMA MEDJOUL NI? JOM DAPATKAN SEKARANG! ADA PROMOSI PENGHANTARAN PERCUMA LAGI.

Alhamdulillah sudah seminggu umat islam menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Ada yang dah kena topup stok kurma ke? Kalau ya, jomlah topup stok kurma dengan kami, kurma Medjoul. Dijamin sedap, berkhasiat dan harga berpatutan.

Beli kurma dengan kami, anda bukan sahaja dapat kurma kayangan yang sedap dan juicy, tapi sekaligus membantu saudara kita di Palestin sana. Setiap pembelian kurma medjoul ni anda telah pun menyumbang 10% kepada dana pembangunan Palestin.

🔥 Jom cepat grab kurma ni, ada hadiah percuma kalendar Malaysia (edisi khas Palestin) + sampul raya. Mana nak dapat kurma kayangan harga murah dengan kualiti premium tanpa kompromi & ada free gift eksklusif lagi. Jom beli disini, hadiahkan atau infaq pada yang memerlukan 👇

🇵🇸 Jom tempah sekarang di! ⤵️
https://bit.ly/MedjoulKurmaAsliPalestin
https://bit.ly/MedjoulKurmaAsliPalestin
https://bit.ly/MedjoulKurmaAsliPalestin

Edaran: Raihan Distribution
Bagaimana Puasa Kita?
=====
1. Dalam surah al-Baqarah, Allah mengingatkan kita bahawa tujuan difardukan berpuasa supaya manusia itu mencapai kedudukan taqwa. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

2. Setelah lebih seminggu berpuasa ini, bagaimana pencapaian puasa kita? Apakah kita telah mula menghampiri sifat taqwa? Dalam perkara ini Umar Abdul Aziz mengingatkan kita tentang definisi taqwa. Kata beliau:

ليس تقوى الله بصيام النهار، ولا بقيام الليل، والتخليطِ فيما بَيْنَ ذلك، ولكن تقوى اللهِ تركُ ما حرَّم الله، وأداءُ ما افترضَ الله

“Takwa itu bukan sekadar puasa disiang hari dan mendirikian qiamullail atau menggabungkan kedua amalan tersebut, tetapi taqwa itu adalah meninggalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan menunaikan perkara yang difardukan.”

3. Jelas disini bahawa asas kepada taqwa adalah meninggalkan perkara yang haram dan melakukan perkara yang diwajibkan. Bererti tidak guna kita berpuasa sekiranya kita masih tidak solat. Malah rugilah puasa kita sekiranya kita masih lagi merokok.

4. al-Imam Ibn al-Qayyim pula menjelaskan bahawa taqwa itu mempunyai tiga peringkat. Kata beliau:

التقوى ثلاثُ مَرَاتب: حِمْيَةُ القلب والجوارح عَنِ الآثام والمحرمات، ثم الحمية عن المكروهات، ثم الحمية عن الفُضُول وما لا يعني

“Taqwa itu ada tiga peringkat: (Pertama) memelihara hati dan anggota badan dari segala dosa dan perkara yang diharamkan. (Kedua) menjaga diri kita dari segala perkara yang makruh (perkara yang tidak mencapai haram tetapi tidak disukai Allah). (dan yang ketiga) meninggalkan perkara yang berlebihan dan apa-apa yang tidak bermanfaat buat diri kita.

5. Sehingga kini, dimanakah level taqwa yang telah kita hampiri. Apakah kita telah meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah? Atau apakah kita telah berjaya menjauhkan diri kita dari perkara yang sia-sia?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Drama Islamik Disulami Kelucahan
=====
1. Heboh baru-baru ini mengenai drama berunsur Islamik yang disulami dengan elemen kelucahan. Ketika ditanya mengenai isu ini, pengarahnya memberikan jawapan bahawa filem itu ingin sekadar membawa mesej agama.

2. Pada hakikatnya, dalam membawa mesej Islam, unsur kelucahan sama sekali tidak diperlukan malah ia jelas bercanggah dengan prinsip Islam itu sendiri. Mesej Islam akan tetap sampai tanpa elemen kelucahan. Begitu juga Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara.

3. Mungkin juga babak ini merupakan elemen kontroversi terancang bagi bertujuan menarik penonton melalui konsep “bad marketing.” Andai plot ini merupakan instrumen pemasarannya, maka ia lebih teruk di sisi Islam. Rasulullah mengecam pengusaha sebegini yang menggunakan elemen kejelekan dalam produksi mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّ التُجَّارَ يُبعَثُونَ يَومَ القِيَامَةِ فُجَّارًا ، إِلَّا مَن اتَّقَى اللَّهَ وَبَرَّ وَصَدَقَ

“Sesungguhnya para pengusaha (peniaga) akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan “fujjar” (pelaku dosa) melainkan mereka yang bertakwa, melakukan kebaikan dan bersikap benar.” (HR al-Tirmizi)

4. Malah Rasulullah turut mengecam pengusaha yang menggunakan elemen lagha (sia-sia) dalam produk mereka apatah lagi mereka yang menggunakan unsur-unsur kelucahan yang menjengkelkan. Sabda Rasulullah:

يَا مَعْشَرَ التُّجَّارِ، إِنَّ هَذَا الْبَيْعَ يَحْضُرُهُ اللَّغْوُ، وَالْحَلِفُ، فَشُوبُوهُ بِالصَّدَقَةِ

“Wahai para peniaga, sesungguhnya perusahaan ini akan disertai dengan unsur lagha (sia-sia dan dosa) dan sumpah (bagi tujuan melariskan). Maka hapuskanlah ia dengan sedekah.” (HR Ahmad)

5. Namun sekiranya elemen ini dimuatkan secara sengaja, adakah kita ingin mencari sumber pendapatan melalui jalan yang dicegah oleh Allah? Adakah makanan yang bakal menjadi darah daging kita ini, kita kaut hasilnya melalui elemen yang jelas dibenci oleh Rasulullah. Sumber yang haram akan pasti mengganggu ibadah dan doa kita. Sabda Rasulullah:

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ، يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ؟

“Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh dalam keadaan kusut dan berdebu. Dia mengangkatkan kedua tangannya ke langit dan berdoa: Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dipenuhi dengan sesuatu yang haram, maka (jika begitu keadaannya) bagaimana doanya akan diterima? (HR Muslim).

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Penyerahan buku 40 Hadis tentang Orang Kelainan Upaya (OKU) kepada pihak Ibnu Ummi Maktum Research Centre - Quran & Sunnah for Special Needs. Terima kasih kepada para penyumbang.
Rasulullah Membenci Kronisme
=====
1. Kecoh semalam penulisan yang dilihat seakan-akan merendahkan Rasulullah apabila pernyataan yang dibuat mendakwa Nabi mengamalkan kronisme. Kenyataan “Nabi amalkan nepotisme dan kronisme” ini membawa konotasi negatif dan membayangkan ketidakadilan.

2. Lebih dahsyat lagi, Nabi pula dibandingkan dengan sistem demokrasi barat seolah-olah kepimpinan Nabi itu lebih teruk dari mereka. Tidakkah penulis terjumpa bahawa Wikipedia menyenaraikan sebegitu banyak isu nepotisme di Barat termasuklah Anwar Ibrahim yang dikatakan melantik anaknya sendiri melalui sistem demokrasi barat ini? Adakah sistem barat ini lebih baik ketimbang kepimpinan Nabi?

Tentang contoh nepotisme barat dan senarai negara terpilih boleh rujuk Wikipedia ini: https://en.wikipedia.org/wiki/Nepotism

3. Pada hakikatnya Rasulullah sangat membenci kronisme dan nepotisme. Pelantikan bersifat kronisme ini pernah mendapat ancaman dari Baginda Nabi. Sabda Rasulullah:

مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا مِنْ عِصَابَةٍ وَفِي تِلْكَ الْعِصَابَةِ مَنْ هُوَ أَرْضَى لِلَّهِ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللَّهَ وخانَ رَسُولَهُ وخانَ الْمُؤْمِنِينَ

“Barangsiapa yang melantik lelaki dari kaumya sedangkan ada yang lebih diredhai Allah (yang lebih layak dari lelaki tadi), maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin. (HR al-Hakim)

4. Malah prinsip menolak nepotisme ini sangat difahami oleh para sahabat sehingga Saidina Umar menegaskan:

من استعمل رجلا لمودة او لقرابة لا يستعمله الا لذلك فقد خان الله ورسوله والمؤمنين

“Barangsiapa yang melantik seorang lelaki menjadi pemimpin disebabkan kerana dia suka kepada lelaki tersebut atau kerana lelaki tersebut adalah ahli kerabatnya, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, RasulNya dan orang-orang mukmin. (Musnad al-Faruq, 2/537)

5. Begitu juga ketika Saidina Muawiyyah yang berhasrat untuk melantik anaknya sebagai pemimpin, ramai sahabat membantah lantikan yang bersifat sebegini. Abd al-Rahman bin Abu Bakr dikatakan antara yang paling tegas mengecam lantikan ini. Beliau menyelar tindakan Muawiyah dengan berkata:

وَالله لَوَدِدْت أَنا وكلناك فِي أَمر ابْنك إِلَى اللَّه وَإِنَّا وَالله لانفعل وَالله لتردن هَذَا الْأَمر شُورَى فِي الْمُسلمين

“Demi Allah, aku lebih suka jika kami membiarkanmu sendirian dalam isu pelantikan anakmu ini di hadapan Allah, dan demi Allah kami tidak akan masuk campur! Demi Allah, engkau mesti kembalikan isu ini kepada syura kalangan muslimin.” (Tarikh Khalifah Ibn Khayyat)

6. Jelaslah di sini bahawa Rasulullah dan para sahabat menyedari kesalahan perkara ini. Bagaimana tergamak seorang Muslim menuduh Baginda mengamalkan sesuatu yang jelas bertentangan dengan prinsip Baginda? Adakah kenyataan sebegini boleh dilihat sebagai merendahkan (menghina) Rasulullah?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗥𝗜𝗕𝗔𝗧𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗

Ribath dan jihad merupakan sesuatu yang telah menjadi sebati dengan kehidupan rakyat Palestin. Apakah sebenarnya ribath dan jihad serta kelebihannya?

Ayuh kita menambah ilmu di bulan Ramadan ini bersama Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi dengan memahami syarahan hadis ribath dan jihad bagi lebih menghayati perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah air mereka dari penjajah Zionis.

Tarikh: 20 Mac 2025 | Khamis
Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi
Medium: Google Meet

Pembentang:

𝗣𝗿𝗼𝗳. 𝗠𝗮𝗱𝘆𝗮 𝗗𝗿. 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 𝗔𝘇𝗺𝗶
- Timbalan Pengerusi
Muafakat Ilmuan Islam
- Pensyarah Kanan
Fakulti Pengajian Quran Sunnah
Universiti Sains Islam Malaysia

Dijemput semua bersama sertai.
𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶: bit.ly/duniapalestin019

𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
www.tg-me.com/duniapalestin
Sedekah Yang Paling Baik
======
1. Rasulullah sangat pemurah dan Baginda paling pemurah dalam bulan Ramadan. Berdasarkan beberapa hadis Nabi, terdapat beberapa panduan yang pernah dinyatakan oleh Baginda Nabi yang akan menjadikan sedekah kita sebaik-baik sedekah iaitu:

(a) Sedekah secara sembunyi, iaitu sedekah yang tidak dipamerkan sehingga tidak diketahui oleh orang lain termasuk orang yang paling dekat dengan kita. Rasulullah memuji sedekah sebegini dan meletakkan mereka dalam kategori tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah. Sabda Rasulullah:

ورَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فأَخْفَاها، حتَّى لا تَعْلَمَ شِمالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينهُ

(Di antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah ialah) Dan seorang lelaki yang bersedekah dan dia merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya.” (HR al-Bukhari)

(b) Sedekah ketika kedekut dan sihat. Sebahagian kita kadang-kadang hanya bersedekah saat dia ditimpa sakit dengan harapan Allah memberikan kesembuhan buatnya. Sedangkan Rasulullah mengingatkan bahawa sebaik-baik sedekah adalah ketika kita sihat dan kedekut. Sabda Rasulullah:

أَنْ تَصَدَّقَ وأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الفَقْرَ، وتَأْمُلُ الغِنَى

(Sebaik-baik sedekah ialah) engkau bersedekah ketika engkau sihat dan kedekut, sedang engkau takut akan kemiskinan dan mengharapkan kekayaan.” (HR al-Bukhari)

(c) Sedekah kepada ahli keluarga yang terdekat. Ramai kita beranggapan sedekah kepada orang miskin lain adalah lebih baik. Sedangkan Nabi menggalakan memberi sumbangan kepada keluarga terdekat yang memerlukan. Sabda Rasulullah:

الصَّدَقَةُ عَلَى المِسْكِينِ صَدَقَةٌ، وَهِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ ثِنْتَانِ: صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ

Sedekah kepada orang miskin itu akan mendapat pahala sedekah, sedangkan sedekah kepada keluarga terdekat akan mendapat dua perkara iaitu pahala dan hubungan silaturrahim.” (HR al-Tirmiz)

(d) Sedekah Jariah.

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila meninggalnya manusia itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya.” (HR Muslim)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
2025/07/14 02:42:44
Back to Top
HTML Embed Code: