Telegram Web Link
Forwarded from Azizee Hasan
🐂JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA, MINDANAO dan PATTANI Anjuran i-GURU 🐐

📌AKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2025 M/ 1446 H📌

🐂 1 bahagian lembu di :
Kemboja : RM 370
Mindanao : RM 500
Pattani : RM 550

🐐 1 ekor kambing di :
Kemboja : RM 700
Mindanao : RM 970

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
🗒Sedekah korban RM30
🗒Sedekah korban RM50
🗒Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 01 Jun 2025

MACAM MANA NAK MENYERTAI ⁉️⁉️

1️⃣ Untuk pendaftaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2025
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

ATAU

2⃣ Hubungi pegawai khidmat kami :
☎️ www.wasap.my/+60136467969
Puan Azimah
☎️ www.wasap.my/+60136616676
Mua'llim Fairul

‼️‼️ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI
Allah Gantikan Dengan Yang Lebih Baik
========
1. Setiap langkah yang kita lakukan kerana Allah, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal dengannya. Andai kita melakukan atau meninggalkan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah, maka Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik darinya. Sabda Rasulullah:

إِنَّكَ لَنْ تَدَعَ شَيْئًا لِلَّهِ إِلَّا بَدَّلَكَ اللهُ بِهِ مَا هُوَ خَيْرٌ لَكَ مِنْهُ

“Sesungguhnya tidaklah kamu meninggalkan sesuatu kerana Allah melainkan Allah akan menggantikan buatmu dengan sesuatu yang lebih baik darinya. (HR Ahmad)

2. Perhatikan bagaimana kaum Muhajirin yang meninggalkan aset, rumah serta harta-harta mereka semata-mata untuk berhijrah ke Madinah kerana Allah, maka Allah memberikan gantian yang lebih baik buat mereka. Mereka bukan sekadar mendiami Madinah bahkan setelah itu menjadi gabenor dan pemerintah ke atas sebahagian besar dari wilayah timur tengah termasuklah bekas jajahan Rom dan Parsi.

3. Begitu juga dengan Nabi Sulaiman yang dikatakan menyembelih kuda-kuda kesayangannya yang membuatkan dirinya terleka seketika dari mengingati solat. Lalu Baginda menyembelih kuda-kuda tersebut kerana Allah. Maka Allah gantikan dengan angin yang bergerak mengikut perintahnya. (Tafsir Ibn Kathir: Surah Sad: 33)

4. Begitulah Allah menggantikan kehilangan kita dengan sesuatu yang lebih baik atas kehendakNya andai kita bersabar dan mentaati perintahNya. Malah dalam Surah al-Kahfi yang kita sering baca pada Hari Jumaat, Allah menceritakan kisah kematian anak yang mana selepas dari itu Allah menggantikan dengan yang lebih baik buat ibubapanya. Firman Allah:

فَأَرَدْنَا أَن يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِّنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا

“Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.” (Surah al-Kahf: 81)

5. Oleh yang demikian, yakinlah dengan ketentuan Allah. Kehilangan sesuatu atau meninggalkan sesuatu semata-mata untuk mencapai keredaan Allah adalah tindakan terpuji. Malah Allah berupaya menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik buat kita.

Semoga Allah membimbing kita.

Klik link dibawah untuk menyumbang:
sedekahym.my
JOM BERKORBAN BERSAMA YAYASAN MAGHFIRAH !!!

Tim Korban Ummah terus komited nak membantu anda semua yang mahu melaksanakan ibadah korban dalam dan luar negara pada tahun ini.

Tim Korban Ummah juga telah menjalankan ibadah korban hampir 6 tahun. Segala pembuktian, mereka akan kongsikan dan agihan daging juga turut diberi kepada asnaf yang memerlukan.

Ada sebarang kemusykilan???
👉 Hubungi : http://www.wasap.my/+60196519663

Jika belum mampu, tapi mahu ambil aura korban,
Jom Kongsi Rezeki di Aidiladha ni dengan Sedekah Daging serendah RM 10
👉Klik : http://www.wasap.my/+60196519663

daftar sebagai affiliate di: http://www.wasap.my/+60196519663/NAKJADIAFFILIATE

Berkongsi Korban,
Berkongsi Kebahagiaan..

#KorbanUmmah2025 #SedekahDaging
Jangan Putus Asa Menentang Kezaliman
======
1. Allah memberikan ketenangan kepada Rasulullah yang sedih melihat kezaliman yang dilakukan oleh Quraisy terhadap umat Islam. Lalu Allah menurunkan ayat:

وَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلًا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الْأَبْصَارُ

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Surah Ibrahim: 42)

2. Perhatikan dalam sejarah bagaimana Allah membinasakan kaum-kaum yang zalim. Mereka dimusnahkan dengan elemen-elemen nampak kecil sahaja. Firaun tewas ditenggelami air, Namrud mati disebabkan nyamuk, Qarun ditimbus tanah dan pakatan tentera Ahzab bertempiaran lari disebabkan angin.

3. Begitulah kaum yang zalim. Allah berupaya memusnahkan mereka dengan sekecil-kecil makhluk. Namun Allah mendidik RasulNya agar bersabar dan terus berjuang mempertahankan hak orang yang dizalimi.

4. Hari ini kita melihat bagaimana api menakutkan mereka sehingga ramai yang telah keluar dan mereka mengiystiharkan keadaan darurat di sana. Belum cukup dengan itu, Allah datangkan ribut pasir yang menyebabkan sambutan mereka dihentikan.

5. Begitulah lumrah perjuangan melawan kezaliman. Yang paling utama adalah usaha yang kita laksanakan untuk membantu saudara kita yang dizalimi biar pun cuma sedikit. Setiap usaha kita akan dinilai oleh Allah inshAllah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Bukan Semua Nikmat Ditayangkan
=====
1. Dialog Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf sangat menarik untuk direnungi. Nabi Ya’qub berpesan kepada anaknya Nabi Yusuf agar jangan menceritakan mimpi beliau kepada abang-abangnya kerana bimbang ia akan disalah erti atau nikmat yang dikurniakan kepadanya akan menimbulkan perasaan dengki dan irihari. Firman Allah:

قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5)

2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa adakalanya nikmat yang dikurniakan kepada kita perlu untuk tidak ditayangkan, apatah lagi diceritakan kepada orang ramai kerana ia berupaya menimbulakn reaksi yang tidak dijangka. Kata al-Tantawi:

أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين

“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (Tafsir al-Wasit)

3. Perhatikan juga lafaz yang digunakan oleh Nabi Ya’qub ini adalah mengenai penyampaian secara verbal, iaitu jangan diceritakan perkara itu kepada orang lain. Apa yang berlaku pada hari ini terkadang bukan sahaja diceritakan malah ditayangkan dalam platform media sosial yang mungkin mengundang respon yang berbeza.

4. Pada hakikatnya tidak salah berkongsikan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Namun sekiranya kita bimbang akan reaksi yang negatif, maka sewajarnya kita pertimbangkan semula hasrat tersebut. Kata al-Imam al-Qurtubi:

وفيها أيضا ما يدل على جواز ترك إظهار النعمة عند من تخشى غائلته حسدا وكيدا

“Dan daripada ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa harus bagi kita untuk meninggalkan (menjauhkan) diri dari menzahirkan nikmat yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita bimbang dengan perkara tersebut akan menimbulkan hasad dengki dan tipu daya.” (Tafsir al-Qurtubi)

5. Dan ayat al-Quran ini ditutup dengan peringatan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, yang berperanan meniupkan api kebencian dan dengki dalam jiwa manusia sehingga mereka saling berbalah sekalipun dalam kalangan adik-beradik sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
Menyesal Tidak Melakukan Kebaikan
========
1. Dalam al-Quran, Allah memberikan bayangan kepada kita tentang golongan kafir yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka merayu kepada Allah agar diberikan peluang kedua untuk melakukan kebaikan.

2. Ayat ini memberikan kepada kita satu peringatan agar tidak bertanggguh dalam melakukan kebaikan. Kita bimbang andai sekiranya kita terlepas satu amal soleh yang sepatutnya boleh kita lakukan, namun disebabkan sifat bertangguh, kita terlepas dari melakukannya.

3. Ayat ini juga mengingatkan kita agar memanfaatkan usia yang dikurniakan kepada kita. Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ" قَالَ: "فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟" قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ"

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih)

Klik link dibawah untuk menyumbang:
sedekahym.my

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
USAHA YANG TAMPAK KECIL TAPI IMPAKNYA BESAR!
================

Alhamdulillah, sebanyak 40 naskah Al-Quran telah selamat diagihkan kepada para pelajar KAFA Integrasi Al-Falah Taman Bukit Kuchai.

Terima kasih kepada anda semua yang berhati mulia lagi budiman, kerana usaha yang dibuat sehingga kini semuanya adalah hasil sumbangan daripada anda semua. Semoga dengan setiap helaian yang dibaca oleh para pelajar, mendatangkan keberkatan kepada mereka yang menyumbang.

Dalam sedekah ni, tak perlu rasa rugi sebab apa? SEDEKAH AL-QURAN inilah yang akan menjadi pelaburan akhirat kita kelak. Yayasan Maghfirah ingin mengajak anda semua untuk menjadi sebahagian daripada misi INFAK QURAN Yayasan Maghfirah. Dalam kita tak sedar, masih ramai lagi orang luar sana yang memerlukan Al-Quran bagi mempelajari kalam Allah.

Jom kita sedekah satu penama RM30 untuk INFAK AL-QURAN
Klik: sedekahym.my

#bersamaYM #RaikanRamadan #InfakAlQuran
TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG
=========================

"Alhamdulillah... Terima kasih kepada yang menyumbang. Semoga setiap kebaikan yang diberikan, membawa keberkatan yang berterusan."

Mari bersama-sama Kongsi Rezeki Aidiladha bersama Yayasan Maghfirah. Setiap sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga merupakan langkah kita untuk meraih keberkatan hidup.

"Sesungguhnya darah dan daging korban yang disembelih itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai adalah ketaqwaan yang ada dalam hati kalian." – Surah Al-Hajj, 22:37

Dengan niat ikhlas, kita dapat meraih ganjaran dunia dan akhirat. Ayuh, jadikan Aidiladha ini lebih bermakna dengan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Jom jadi sebahagian daripada kebaikan ini!

Berkongsi korban,
Berkongsi Kebahagiaan
Klik : sedekahym.my

#KongsiRezeki #Sedekah #Korban #Aidiladha #YayasanMaghfirah
🐂JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA, MINDANAO dan PATTANI Anjuran i-GURU 🐐

📌AKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2025 M/ 1446 H📌

🐂 1 bahagian lembu di :
Kemboja : RM 370
Mindanao : RM 500
Pattani : RM 550

🐐 1 ekor kambing di :
Kemboja : RM 700
Mindanao : RM 970

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
🗒Sedekah korban RM30
🗒Sedekah korban RM50
🗒Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 01 Jun 2025

MACAM MANA NAK MENYERTAI ⁉️⁉️

1️⃣ Untuk pendaftaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2025
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

ATAU

2⃣ Hubungi pegawai khidmat kami :
☎️ www.wasap.my/+60136467969
Puan Azimah
☎️ www.wasap.my/+60136616676
Mua'llim Fairul

‼️‼️ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI
Amalkan Zikir Yang Nabi Ajarkan Kepada Fatimah Ini

Tonton di TikTok:
https://vt.tiktok.com/ZShApes4a/
Fake Account: Syaitan Melagakan Manusia
=====
1. Terdapat dikalangan kita yang mencipta akaun palsu facebook semata-mata untuk meninggalkan komen yang menyakitkan hati. Bahkan akaun tersebut digunakan untuk menimbulkan pergaduhan dikalangan manusia.

2. Mereka ini tidak ubah seperti syaitan yang berperanan melaga-lagakan manusia. Allah menjelaskan sifat ini di dalam al-Quran:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ

“Sesungguhnya Syaitan itu berkehendak untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan melalui arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.” (surah Al Maidah: 91)

3. Kalau dahulu punca yang membawa pergaduhan dikalangan manusia adalah arak dan judi. Hari ini akaun palsu facebook dan twitter telah menggantikan peranan tersebut.

4. Terdapat juga dikalangan manusia yang mencipta akaun palsu untuk memberikan komen cacian dan kutukan terhadap orang lain. Mereka rasa gembira melihat saudaranya sakit hati. Inilah penyakit hati yang menimpa kaum munafiq.

5. Allah menceritakan di dalam al-Quran bagaimana kaum munafiq ini bergembira melihat orang mukmin itu ditimpa kesusahan. Firman Allah:

إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَة تَسُؤْهُمْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَة يَفْرَحُوا بِهَا

“(orang munafiq itu) apabila kamu ditimpa kebaikan, mereka akan merasa susah hati, dan apabila kamu ditimpa kesusahan mereka akan bergembira dengan kesusahan (kamu itu).” (Surah Ali Imran: 120)

6. Terdapat juga dikalangan manusia yang mencipta akaun palsu kerana untuk mengintip kehidupan orang lain. Mereka bahkan bersifat dengki dengan nikmat yang diberikan kepada orang lain. Rasulullah mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam sabdanya:

دَبَّ إِلَيْكُمْ دَاءُ الأُمَمِ قَبْلَكُمْ : الْحَسَدُ وَالْبَغْضَاءُ

“Telah menyusup ke dalam hati-hati penyakit umat terdahulu iaitu penyakit hasad dan kebencian.” (HR al-Tirmizi)

7. Ingatlah jari-jemari yang kita gunakan untuk mencipta akaun palsu atas tujuan yang batil yang menjadi bebanan yang membinasakan kita di akhirat kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://www.tg-me.com/drahmadsanusiazmi
2025/07/09 21:56:53
Back to Top
HTML Embed Code: