Telegram Web Link
Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa hanya 986 trak membawa bantuan kemanusiaan berjaya memasuki Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa, jauh lebih rendah daripada jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sumber: Berita Alhijrah
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก114๐Ÿคฌ58๐Ÿ‘Ž9โค7
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemimpin Hamas, Khaled Mashal:

Maafkan kami atas pujian berlebihan terhadap Qassem Soleimani. Ia adalah satu kesilapan dan keterlaluan.

Sumber: DOAM
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿค”72๐Ÿ‘33๐Ÿ’ฏ15๐Ÿ”ฅ9๐Ÿ˜2๐Ÿซก1
Hamas berkata ia akan menyerahkan dua lagi mayat tawanan Israel pada malam Selasa di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza. Penyerahan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9.00 malam waktu tempatan (1800GMT).

Sumber: Anadolu Agency
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘127๐Ÿ†16โค5๐Ÿ‘2
Kementerian Kesihatan di Gaza:

โ— Seramai 13 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu, tujuh akibat serangan langsung penjajah Israel dan enam lagi selepas jenazah mereka dikeluarkan dari bawah runtuhan.

โ— Sejak Oktober 2023, pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza telah meragut nyawa 68,229 rakyat Palestin dan mencederakan 170,369 yang lain.

โ— Sejak gencatan senjata pada 11 Oktober 2025, seramai 87 rakyat Palestin dibunuh dan 311 cedera, manakala 432 jenazah rakyat Palestin telah ditemui di kawasan yang musnah.

โ— Kementerian itu turut mengesahkan menerima 15 jenazah tidak dikenali daripada Israel, menjadikan jumlah keseluruhan jenazah yang dipulangkan oleh Israel sebanyak 165.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ143๐Ÿ˜ข21๐Ÿ˜ก20๐Ÿคฌ12๐Ÿ’”6โค5
๐——๐—ข๐—” ๐—ค๐—จ๐—ก๐—จ๐—ง ๐—ก๐—”๐—ญ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—›

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู…ูู†ู’ุฒูู„ูŽ ุงู„ู’ูƒูุชูŽุงุจู ูˆูŽู…ูุฌู’ุฑููŠูŽ ุงู„ุณูŽู‘ุญูŽุงุจู ูˆูŽู‡ูŽุงุฒูู…ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุญู’ุฒูŽุงุจู ุงู‡ู’ุฒูู…ู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุงู†ู’ุตูุฑู’ู†ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’

โ€œWahai Tuhan kami yang menurunkan Kitab, menggerakkan awan dan menghancurkan pasukan bersekutu, hancurkanlah mereka dan bantulah kami mengalahkan mereka.โ€ (HR Muslim)

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
www.tg-me.com/duniapalestin
โค127๐Ÿ‘25
Trump berkata: โ€œSekutu-sekutu kami di rantau ini telah memaklumkan bahawa mereka akan menyambut baik kemasukan ketenteraan besar-besaran ke Gaza untuk menghukum Hamas sekiranya gerakan itu melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama kami. Namun, saya telah memberitahu sekutu-sekutu dan Israel bahawa masa belum tiba untuk campur tangan ketenteraan terhadap pergerakan tersebut.โ€

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž125๐Ÿคฌ88๐Ÿ˜ก16โค3๐Ÿ˜2
Naib Presiden Amerika: โ€œSedikit keganasan di Gaza tidak bermakna pengakhiran perdamaian. Pelaksanaan pelan Trump mengenai sektor itu berjalan lebih baik daripada yang kami jangkakan dan jika Hamas tidak bekerjasama, mereka akan dihapuskan.โ€

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ140๐Ÿ‘Ž52๐Ÿ˜4
Saluran 14 Ibrani melaporkan bahawa para menteri parti Likud telah menandatangani permohonan kepada Presiden Israel untuk memberikan pengampunan kepada Netanyahu.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž105๐Ÿคฌ45โค3๐Ÿ˜3๐Ÿ˜ก3
Akhbar The Times melaporkan bahawa pasukan tentera Britain telah dikerahkan ke Israel bagi menyertai pasukan pelbagai negara yang akan memantau pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž81๐Ÿคฌ43๐Ÿ˜ก3โค2๐Ÿ˜2
Akhbar harian Israel Haaretz melaporkan pada Selasa bahawa penilaian terkini tentera mengakui kegagalan strategi Israel untuk menyokong kumpulan bersenjata yang menentang Hamas di Gaza.

Menurut laporan itu, kebanyakan kumpulan tersebut telah โ€œbersuraiโ€ dan tidak lagi menjadi cabaran sebenar terhadap kekuasaan Hamas.

Pengakuan itu dibuat ketika aparat keselamatan Hamas meneruskan kempen besar-besaran di seluruh Gaza, termasuk pelaksanaan hukuman mati terhadap individu yang dituduh bersekongkol atau khianat, bagi mengukuhkan semula kawalan penuh ke atas wilayah tersebut.

Sumber: Roya News
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘107๐Ÿ‘14โค11
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin melaporkan bahawa lebih daripada 9,100 tahanan Palestin sedang menghadapi keadaan tahanan yang sukar di dalam penjara-penjara Israel.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ69๐Ÿคฌ32๐Ÿ˜ข9๐Ÿ’”4โค1
Pelapor Khas PBB bagi Hak kepada Makanan menyatakan bahawa 50% daripada penduduk Semenanjung Gaza masih menderita kelaparan dan menegaskan bahawa struktur sistem makanan di Gaza perlu dibina semula.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ61๐Ÿ˜ข26๐Ÿ’”8
Wartawan Gaza, Dr Ali Abo Rezeg:

Aku tidak suka dengan ucapan berulang tentang kemunafikan antarabangsa, dwistandard, dan hak asasi manusia, segala omongan kosong yang sudah banyak ditulis dan diterbitkan dalam buku-buku tentang perkara ini.

Namun, tahap keburukan, kesombongan, keangkuhan, dan sikap tidak berperikemanusiaan dalam menguruskan isu jenazah mangsa hilang di Gaza, serta pemandangan ribuan kanak-kanak yang berbulan-bulan terperangkap di bawah runtuhan, semuanya pasti akan berpatah balik kepada pelakunya.

Ya, ia akan berpatah balik kepada pelakunya. Tidak masuk akal, tidak logik, tidak selaras dengan fitrah kemanusiaan, bahkan dengan naluri haiwan sekalipun, untuk berdamai dengan segala kekotoran ini. Dada anak-anak menyimpan imej-imej itu, dan hati orang dewasa hampir meledak melihatnya.

Tiada siapa tahu bila, di mana, dan bagaimana ia akan berlaku, tetapi yang pasti: tiada perdamaian selamanya dengan pemandangan seperti ini. Dan yang lebih pasti lagi: ia akan berpatah balik kepada pelakunya suatu hari nanti. Seperti kata pepatah, roda kehidupan berputar, dan yang lemah tidak akan kekal lemah selama-lamanya.

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ”ฅ70๐Ÿ’ฏ33โค7
Pemerhati Euro-Med untuk Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa hasil siasatan mereka menunjukkan jenazah-jenazah yang diserahkan oleh tentera penjajah kepada Gaza berasal dari penjara Sde Teiman menandakan bahawa mangsa-mangsa tersebut kemungkinan masih hidup sebelum dibunuh ketika berada dalam tahanan.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก71๐Ÿคฌ14๐Ÿ’”10โค1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jurucakap Pertahanan Awam, Dr. Mahmoud Bassal, menyatakan bahawa lebih daripada 10,000 jenazah syuhada masih tertimbus di bawah runtuhan di Gaza, dan pasukan Pertahanan Awam tidak mampu mengeluarkan mereka disebabkan kekurangan peralatan.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ข66๐Ÿ’”8๐Ÿ˜ก6โค1
Dikecam Kerana Membekukan Sekatan Terhadap Israel di Tengah Rancangan Damai Trump

Kesatuan Eropah (EU) berdepan kecaman hebat selepas memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan sekatan terhadap kerajaan Israel, dengan alasan berlaku perubahan konteks susulan inisiatif damai baharu yang dikemukakan oleh Donald Trump meskipun gencatan senjata yang rapuh ketika ini berada di ambang kegagalan.

Ketua dasar luar EU, Kaja Kallas, mengumumkan bahawa rancangan untuk menggantung keistimewaan perdagangan serta menyenarai hitam pegawai-pegawai Israel akan ditangguhkan buat sementara, tetapi tidak dibatalkan.

Namun, langkah itu menerima kecaman daripada bekas diplomat EU dan pakar hak asasi manusia yang menuduh Brussels melindungi Israel daripada tindakan akauntabiliti, walaupun terdapat dapatan jelas bahawa rejim tersebut telah melanggar obligasi hak asasi manusia antarabangsa.

Antara pengkritik termasuk bekas utusan EU Sven Kรผhn von Burgsdorff dan Human Rights Watch, yang menegaskan bahawa tindakan EU ini melemahkan undang-undang antarabangsa dan meninggalkan tekanan diplomatik pada saat yang paling genting.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ59โค5
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan sedang berusaha untuk menandatangani perjanjian normalisasi diplomatik dengan Arab Saudi dan Indonesia sebagai strategi politik menjelang pilihan raya awal yang dijangka berlangsung pada Jun 2026.

Laporan penyiar awam Israel, KAN, pada Sabtu menyebut Netanyahu mahu memuktamadkan sekurang-kurangnya satu perjanjian dengan dua negara utama dunia Islam itu bagi mengukuhkan kedudukannya sebelum rakyat Israel kembali ke peti undi.

https://www.sinarharian.com.my/article/753480/global/netanyahu-mahu-normalisasi-hubungan-dengan-indonesia

Sumber: Sinar Harian
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž63๐Ÿคฌ28๐Ÿ˜ก6โค1๐Ÿ˜1
Ketua Bidang Hubungan Luar dan Kerjasama Antarabangsa Majelis Ulama Indonesia (MUI), Sudarnoto Abdul Hakim, menggesa rakyat Indonesia dan umat Islam agar menolak sebarang bentuk normalisasi hubungan dengan Israel.

Sumber: Kompas.com
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘70๐Ÿ‘9โค5
Sumber media Palestin Pihak Berkuasa Palestin (PA) menahan bekas tahanan, Thamer Subaโ€™neh, dari bandar Jenin di Tebing Barat.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ43๐Ÿ˜ก6
Tentera penjajah Israel: Kami telah memaklumkan kepada keluarga tawanan Aryeh Zalmanovich dan keluarga seorang lagi tawanan mengenai pengebumian mayat mereka setelah proses pengenalpastian selesai.

Sumber: Meem Magazine
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž13๐Ÿ˜6
2025/10/22 02:54:04
Back to Top
HTML Embed Code: