Telegram Web Link
Perkongsian minggu ini.

Jumpa kawan-kawan lama. Sarapan pagi bersama Tuan Hakim Rosli Ahmad hujung minggu baru ini. Makan tengahari hari ini bersama Dato' Pengarah Jheains, Dato' Zaidi Ramli.

Yang seronoknya bila jumpa kawan-kawan lama ini adalah bila masing-masing berkongsi pengalaman di bidang masing-masing dalam menjaga agama dan negara. Kehidupan berjalan laju. Cabaran dan tarikan ada sepanjang perjalanan. Prinsip sahaja yang akan menyelamatkan manusia. Hidup kerana Allah itu jauh lebih menenangkan dari hidup kerana manusia.

Manusia ketika hidupnya akan jadi buah mulut orang ramai tetapi kenangan yang abadi hanya akan berlaku selepas kematian. Melayan buah mulut hanya memenatkan perasaan. Tetapi menyusun kenangan manusia terhadap kita selepas kematian adalah pelaburan yang berbaloi.

Moga Allah membalas usaha kedua-dua rakan saya ini dan moga semua pengorbanan yang keduanya lakukan diterima Allah dan dimudahkan laluan bagi keduanya.

Wallahu a'lam
Dari wahyu menjadi syariah. Dari syariah menjadi peraturan hidup. Dari peraturan hidup menjadi adat. Dari adat menjadi budaya. Dari budaya terbentuk jati diri.

Melayu berbudaya adalah Melayu ada jati diri. Melayu berbudaya adalah Melayu hidup teratur berlandas syariah.

Ulamak silam menyusun kehidupan Melayu agar berbudaya dalam segenap aspek kehidupan.

Pakaiannya indah, menjaga kesopanan dan praktikal untuk urusan harian.

Makanannya halal dan toyyib, disedia dan disaji dengan tertib.

Rumahnya menjaga adab pergaulan dan memelihara maruah keluarga.

Senjatanya indah melambangkan identiti menjadi pendamping siang dan malam.

Ibadahnya tertib, tersusun dan seragam di seluruh nusantara.

Begitulah juga tulisan dan bahasanya. Begitulah juga dibina kepercayaan dan dalaman jiwanya.

Mustahil Melayu berbudaya akan derhaka pada agama.

Jemput dengar perkongsian Sabtu ini.
Ikuti ceramah Tanah Melayu Selawat : "Jatidiri Muslim" yang disampaikan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

https://www.facebook.com/tvpertiwi/videos/1528678454640153/
Forwarded from Hanif Mohamad Salleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Hanif Mohamad Salleh
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

Kes Nik Elin: Membetulkan Cara Pandang dan Neraca

1. Isu ini terlalu teknikal dan memang perlukan kepakaran dan kejujuran dalam mengulasnya. Saya mengelak dari dipengaruhi oleh pengulas yang memang ada kecenderungan politik yang mempertahankan kedudukan kumpulannya di mata pengundi dan penyokong lebih dari melihat kesan isu ini kepada kedudukan Islam dan negara itu sendiri.

2. Saya perlu membaca lebih banyak dan mendengar ulasan pakar lebih ramai sebelum berani untuk mengulas lanjut. Tetapi apa yang mampu saya kongsikan di sini beberapa persoalan asas yang sepatutnya tidak dikelirukan oleh sesiapa pun.

i. Rujukan tertinggi dalam undang-undang bagi umat Islam adalah alQuran dan Sunnah. Penjajahan menjadikan undang-undang Islam yang diamalkan dahulu telah berubah kepada undang-undang peraekutuan dan undang-undang syariah. Kedua-duanya tidaklah sepenuhnya mengikut undang-undang Islam. Walau pun begitu mesti diakui bahawa undang-undang syariah telah digubal untuk menghampiri kehendak al-Quran dan Sunnah. Ini mesti dipertahankan.

Jika berlaku pertindanan antara undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri (syariah) adakah undang-undang persekutuan yang perlu dipertahankan?

Bagi umat Islam, apa yang ada dalam al-Quran dan Sunnah itulah yang mesti dipertahankan. Undang-undang persekutuan itu sendiri sepatutnya tunduk di bawah kehendak al-Quran dan Sunnah.

ii. Adakah undang-undang dalam al-Quran dan Sunnah diturunkan hanya untuk orang Islam?

Inilah hujah yang sentiasa diulang bahawa perlu ada undang-undang yang adil untuk semua dan ia dilakukan di peringkat persekutuan.

Hal ini pernah saya tulis di dalam satu artikel satu ketika dahulu. Boleh rujuk di sini:

https://www.facebook.com/share/PHrUsXt9jHNcJEsZ/?mibextid=I6gGtw

iii. Adakah undang-undang peraekutuan itu juga apa yang dipanggil takzir dalam undang-undang negeri (syariah)?

Nampak sama tapi tak sama. Bezanya besar iaitu kesalahan takzir adalah kesalahan yang ditentukan oleh al-Quran dan Sunnah. Kesalahan dalam undang-undang persekutuan yang dikatakan kononnya sama seperti takzir ditentukan oleh ahli parlimen yang Islam dan bukan Islam. Sebab itu ada istilah judi halal dan judi haram. Bila berlesen jadi halal sedangkan sepatutnya dengan lesen pun al-Quran kata perlu ditakzir.

Demikian sedikit coretan ringkas di petang Ahad ini. Moga membuka sedikit ruang untuk difikirkan.

Wallahu a'lam
Mendoakan rombongan GSPP ke The Hague, Netherland. Rombongan sembilan orang peguam diketuai oleh Dato' Zainul Rijal Abu Bakar menghadiri perdakwaan ke atas Israel di ICJ.

Moga Allah berkati usaha mereka dan selamat pergi dan balik.

Allahul Musta'an
https://www.tg-me.com/FauziAsmuni

النصر صبر الساعة

1. Saya ke mahkamah Shah Alam pagi tadi. Bertemu dengan ramai rakan dari Aman Palestin dan ahli keluarga mereka.

2. Sehingga sekarang masih lagi mencuri-curi masa membaca kertas pertuduhan terhadap pegawai-pegawai Aman Palestin yang dihadapkan dengan pelbagai tuduhan tadi.

3. Sebelum ini ketika isu Sprm - Aman Palestin baru-baru berlaku, saya membaca 16 peruntukan yang dibenarkan oleh undang-undang untuk dilakukan oleh Aman Palestin terhadap sumbangan orang ramai bagi isu Palestin. Termasuklah kebenaran yang diberikan oleh undang-undang untuk tujuan pelaburan. Saya rasa ramai tidak tahu tentang itu.

4. Saya juga mengikuti rapat perkembangan perang Taufan Aqsa dari dekat melalui Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin bersama puluhan ngo Islam yang lain.

5. Di masa yang sama saya juga mengikuti polisi-polisi badan-badan dunia khususnya yang berkaitan dengan sekatan-sekatan bantuan kepada Palestin.

6. Mengenali juga tokoh-tokoh dan institusi yang bersungguh memburukkan Aman Palestin di mata masyarakat. Tokoh tempatan juga tokoh luar negara.

7. Perkembangan hari ini menambah maklumat baru iaitu mengenali siapa yang gembira dengan pertuduhan itu dan siapa yang bersedih.

Jadi, saya faham pada kadarnya pertuduhan hari ini untuk apa dan ke manakah ia akan pergi.

8. Kelemahan institusi pro Palestin jika ada, kita boleh ambil salah satu dari dua sikap. Samada membetulkannya agar ia diurus lebih baik. Atau diambil peluang sebaiknya untuk mematikannya.

Nampaknya sebahagian pihak ada yang memilih pilihan kedua.

9. Masa depan Aman Palestin pada saya masih cerah. Masa sahaja yang akan menentukannya. Bersabar adalah senjata di fasa ini.

Tetapi yang pasti, dalam masa terdekat kesan yang buruk telah berlaku:

i. Sumbangan bantuan kemanusiaan ke Palestin tidak sampai dan Palestin terus keseorangan tanpa makan minum, ubatan dan talian penyambung hayat yang lain.

ii. Ngo dan aktivis pembebasan Palestin mula berasa takut untuk aktif dan lantang apatah lagi untuk mengumpulkan sumbangan.

iii. Isu Palestin mula suram dan masing-masing sibuk melayan masalah lain yang lebih kecil.

10. Mari kita bersama hadapi cabaran baru ini. Jika Israel ada US dan sekutunya dari kalangan segala bangsa dunia, kebenaran akan sentiasa ada Allah yang berjanji mempertahankannya.

ربنا موجود

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
Mendapat mesej dari luar negara sebelum Subuh hari ini. Saya kongsikan moga membekas di hati semua sebagaimana ianya meninggalkan kesan di hati saya.

المعروف يبقى ، والوفاء لا يضيع ،
وصنائع الخير ترجع لأصحابها وإن طال الزمن، وعند الله لا يضيع مثقال ذرة .
‏"اللهم إجعلنا من أهل المعروف وأهل الوفاء وأجعلنا من صناع الخير"

‏ جمعه مباركه
مقدما

"Kebaikan akan kekal. Kesetiaan tidak pernah disia-siakan. Yang mencipta kebaikan akan kembali kebaikan itu kepadanya walau pun waktunya panjang. Di sisi Allah tidak pernah disiakan kebaikan walau sebesar zarah.

Ya Allah, jadikanlah kami dari ahli kebaikan dan ahli kesetiaan dan masukkan kami ke dalam kumpulan pencipta kebaikan.

Jumaat mubarak.
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗥𝗔𝗞𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗜𝗡 𝗝𝗔𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗜𝗕𝗔𝗧𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Perang Ain Jalut merupakan pertempuran antara tentera Mamluk Mesir dan tentera Mongol di Ain Jalut, Palestin di bulan Ramadan yang berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

Apakah rahsia kemenangan umat Islam di bulan Ramadan ini? Tonton Webinar Perang Ain Jalut dan Ribath Ramadan.

- Rakaman penuh webinar beserta
sesi soal jawab selama 1½ jam
- E-nota dan e-sijil diberikan

𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴!
Klik di sini: bit.ly/duniapalestin004
Percaya dan Menyumbanglah

1. Beberapa peristiwa yang berlaku memberi kesan banyak kepada sumbangan masyarakat terhadap rakyat Palestin. Antaranya kes Aman Palestin dan cadangan penggubalan undang-undang kawalan lebih ketat terhadap kutipan awam oleh mana-mana badan berdaftar bawah ROS. Selain itu beberapa usaha pihak berwajib yang seolah-olah cuba me'monopoli' saluran sumbangan ke Palestin juga memberi kesan terhadap isu ini.

2. Seorang kenalan dari sebuah badan antarabangsa yang menguruskan sumbangan ke Palestin menyebut kepada saya ketika ziarahnya ke pejabat Isma bahawa tahun ini amat ketara pengurangan sumbangan dari Malaysia ke Palestin. Tidak seperti sebelum ini, sumbangan dari pelbagai ngo Malaysia ke Palestin agak besar dan banyak. Saya menjelaskan kepadanya perkembangan di dalam negara yang menyumbang ke arah itu.

3. Suasana di sana amat kritikal dari hari ke hari. Untuk lebih 2 juta penduduk Gaza, mereka memerlukan sekurang-kurangnya 500 kontena makanan setiap hari. Tetapi yang masuk mungkin hanya puluhan sahaja sehari. Serangan yang berlanjutan memburukkan lagi keadaan. Fasiliti perubatan yang rosak menjadikan keadaan lebih mendukacitakan. Ditambah dengan suhu yang tidak menentu di pertukaran musim sejuk ke musim panas sekarang ini. Ramadhan tidak lagi menjadi bulan yang menggembirakan buat penduduk di sana. Sambutan Syawal pula masih kelam.

4. Kami di GSPP sentiasa mencari mekanisme terbaik untuk penyaluran sumbangan ke Palestin. Ada beberapa pilihan yang ada sekarang dan ianya masih diperhalusi.

Untuk sementara GSPP menggunakan platform beberapa ngo di antaranya Kelab Perwira dengan kerjasama badan di dalam Gaza untuk saluran sumbangan ini. Setakat ini sudah banyak bantuan air dan makanan yang sampai ke sana dalam tempoh perang ini walau pun dengan seribu kesukaran yang terpaksa dihadapi.

5. Saya merayu kepada rakyat Malaysia untuk kembali menyumbang bagi memenuhi keperluan penduduk Gaza khasnya dan warga Palestin di merata tempat umumnya. Di dalam harta kita ada hak mereka sepertimana yang Allah sebutkan di dalam al-Quran:

وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ

"Di dalam harta mereka terdapat hak bagi orang yang meminta dan orang yang tiada sumber pendapatan." (Az-Zariyat: 19)

6. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada siapa sahaja melalui cara yang diyakini oleh masing-masing. Tetapi menyumbanglah dan jangan berhenti.

Jika ada secebis kepercayaan kepada GSPP, menyumbanglah melalui Kelab Perwira dan mana-mana ngo yang bekerjasama di dalam gabungan ini. GSPP akan usahakan sebaiknya agar sumbangan itu sampai kepada warga Palestin yang memerlukannya.

7. Kita yakin Israel akan jatuh. Tetapi yang akan ditanya oleh Allah kepada kita adalah sumbangan kita sebagai individu. Kejatuhan Israel tidak akan meringankan hisab ke atas kita jika tiada sumbangan yang kita berikan dalam hidup kita.

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَبَقُوا إِنَّهُمْ لَا يُعْجِزُونَ

Wallahul Musta'an

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
2024/06/15 21:02:28
Back to Top
HTML Embed Code: