Telegram Web Link
Seorang lagi wartawan Palestin dibunuh di Gaza, menjadikan jumlah kematian kini meningkat kepada 256 orang.

Mohammed al-Muneerawi, wartawan bagi akhbar tempatan Falasteen, dibunuh dalam serangan udara pengganas Israel di kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Anadolu Agency
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ217๐Ÿ˜ข32๐Ÿ˜ญ23๐Ÿ’”16โค7๐Ÿ˜ก6๐Ÿ•Š1
Kenapa Sudan terus berdarah?

Selain daripada konflik dalaman dan perang saudara yang berterusan, banyak pihak turut mempunyai kepentingan terhadap Sudan yang menyebabkan genosid menjadi semakin teruk:

1. UAE yang disebut sebagai pemangkin utama genosid di Sudan ketika ini dengan membekalkan senjata kepada RSF ingin terus menguasai sumber emas di Sudan, disamping meluaskan pengaruhnya di Afrika dan laluan Laut Merah dengan menguatkan sekutunya RSF. Penglibatan UAE tidak akan lari dari perkaitan dengan Israel.

2. Israel mendakwa Sudan sebagai penyokong Hamas sejak sekian lama, yang banyak membantu dari segi logistik dan kewangan. Menggugat kestabilan di Sudan adalah perlu untuk manfaat keselamatan Israel, antara kejayaan besar yang dicapai oleh Israel di Sudan adalah apabila Sudan menandatangani Perjanjian Abraham secara rasmi pada 2021 sekaligus mengiktiraf Israel secara diplomatik dan menutup jalan bantuan Hamas.

Dalam konflik terkini, Israel perlu menyokong pihak yang akan terus mengekalkan polisi normalisasi tersebut dan menjamin kepentingan Israel. Usaha ini akan dijalankan melalui campur tangan UAE.

3. Negara-negara kuasa besar lain yang turut terlibat dalam konflik Sudan juga mempunyai kepentingan ekonomi tertentu, namun perkara yang lebih jahat dari itu adalah selalunya negara konflik seperti ini menjadi medan percubaan senjata baharu masing-masing, supaya ia boleh dicuba secara langsung di medan dan menjadi testimoni keberkesanan apabila dijual di pasaran senjata global. Inilah sebab kenapa kita lihat pihak yang berperang ini selalu diberi senjata "percuma".

Sudan perlu mendapat perhatian antarabangsa seperti Palestin, genosid perlu dihentikan.

Doa untuk Sudan.

Ahmad Nu'man Mazlan
Pengurus Dunia Palestin Network
www.tg-me.com/numanmazlan
๐Ÿ˜ญ106โค87๐Ÿ˜ข32๐Ÿ˜ก22๐Ÿ’ฏ6๐Ÿ‘4๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ‘Ž3๐Ÿ’”1
Akhbar The Guardian menyiarkan sebuah kartun mengenai usaha Amerika Syarikat untuk meremehkan serangan udara dan pembunuhan beramai-ramai terbaru yang dilakukan oleh Israel di Gaza.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก161๐Ÿคฌ87๐Ÿ‘Ž9โค7๐Ÿ’ฏ4
Penularan wabak campak di Israel semakin tidak terkawal apabila lapan bayi dilaporkan meninggal dunia, kebanyakannya akibat tidak menerima vaksin.

Berita penuh:
https://tvpertiwi.com/2025/10/30/israel-bergelut-tangani-wabak-campak-lapan-bayi-maut-setakat-ini/

Sumber: TV Pertiwi
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘212๐Ÿ‘116๐Ÿฅฐ15โค12๐Ÿ˜10๐Ÿ†5๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ‘Ž1
โ€œKeadaan di Tebing Barat benar-benar mengerikan,โ€ kata ahli politik Palestin, Mustafa Barghouti.

Beliau menambah bahawa di Gaza, lebih daripada 211 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 600 cedera dalam tempoh yang sepatutnya menjadi gencatan senjata.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ข135๐Ÿ˜ก55๐Ÿ˜ญ19๐Ÿคฌ15๐Ÿ’”10โค5๐Ÿ”ฅ5๐Ÿ’ฏ4๐Ÿฅฐ1
Rakyat Palestin berhak berasa sangat kecewa kepada kita

Oleh: Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail
Pengerusi BDS Malaysia

Walaupun terdapat seruan berulang kali oleh NGO dan NGI kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak menjemput Trump ke Malaysia, beliau tetap meneruskan hasratnya. Malah, Trump diberi sambutan istimewa, termasuk persembahan oleh sebuah pasukan tarian zapin, yang mengecewakan ramai pihak, termasuk Mufti Perlis yang amat dihormati.

Ahli NGO Malaysia yang menentang kunjungan Trump menganjurkan perhimpunan โ€œTrump โ€“ You Are Not Welcomeโ€. Pada mulanya ia dirancang di Ampang Park. Namun pihak polis menutup kawasan itu dan mengugut untuk menahan sesiapa sahaja yang berani hadir di lokasi tersebut. Para penganjur terpaksa memindahkan perhimpunan ke Dataran Merdeka. Akibatnya, kehadiran hanya beberapa ratus orang, bukannya beribu-ribu yang dijangkakan.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/kolumnis/4781

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ’”152๐Ÿ˜ก43๐Ÿ’ฏ24โค8๐Ÿ”ฅ4๐Ÿคฌ3๐Ÿ‘Ž1๐Ÿ˜1
Dr. Ahmed Al-Farra, Ketua Jabatan Pediatrik dan Materniti di Kompleks Perubatan al-Nasser Gaza:

โ— Seramai 22,000 kanak-kanak telah terbunuh sepanjang serangan penjajah Israel ke atas Gaza.

โ— 5,500 kanak-kanak memerlukan rawatan segera di luar negara, manakala 44 telah meninggal dunia selepas dinafikan kebenaran untuk keluar bagi mendapatkan rawatan perubatan.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ159๐Ÿ’”22๐Ÿ˜ข14๐Ÿคฌ12โค1๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ•Š1
Rejim penjajah Israel telah meluluskan pembinaan 1,300 unit penempatan haram baharu di selatan Baitulmaqdis Timur, lapor media Israel pada Rabu.

Menurut Saluran 14 Israel, Jawatankuasa Khas Perancangan dan Pembinaan kerajaan di blok penempatan Gush Etzion sebulat suara meluluskan pelan tersebut awal minggu ini. Keputusan itu dibuat kurang daripada seminggu selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump "mengkritik" aktiviti penempatan haram Israel di Tebing Barat yang diduduki.

Sumber: Anadolu Agency
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ192๐Ÿ˜ก28๐Ÿ’”4โค3๐Ÿ‘Ž3๐Ÿ”ฅ2
Pengarah Persatuan Bantuan Perubatan di Gaza berkata bahawa 350,000 pesakit diabetes di Gaza tidak menerima sebarang rawatan susulan. Beliau menambah bahawa sistem kesihatan kini runtuh sepenuhnya dan sukar dipulihkan, sambil memberi amaran bahawa hampir separuh daripada pesakit buah pinggang di wilayah tersebut telah meninggal dunia.

Walaupun gencatan senjata sedang berlangsung, Israel terus menyekat kemasukan bekalan perubatan dan ubat-ubatan penting untuk penyakit kronik dan yang mengancam nyawa.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ข98๐Ÿ˜ญ66๐Ÿ˜ก18๐Ÿคฌ8๐Ÿ’”8โค4
โ€œDua tahun kebelakangan ini telah membawa kepada peningkatan sokongan terhadap Hamas, bukannya sebaliknya, dan kesimpulan ini adalah benar bagi kedua-dua Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, namun lebih ketara di Tebing Barat,โ€ kata laporan PCPSR itu.

Baca selanjutnya:
https://duniapalestin.net/palestin/4786/

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿซก236โค23๐Ÿ‘21๐Ÿ”ฅ6๐Ÿ‘5โคโ€๐Ÿ”ฅ3
Dalam satu kenyataan, Pejabat Media Kerajaan di Gaza berkata:

โ— 69% daripada mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Penjajah Israel terus menjalankan kempen maklumat palsu bagi menutup jenayahnya di Gaza.

โ— Penjajah Israel telah menyiarkan nama dan gambar palsu, termasuk individu yang masih hidup, sebagai sebahagian daripada manipulasi media yang disengajakan untuk menghalalkan serangannya.

โ— Dalam tempoh 12 jam terakhir, penjajah Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan membunuh 109 rakyat Palestin, termasuk 52 kanak-kanak, 23 wanita, 4 warga emas dan 7 orang kurang upaya.

โ— Kenyataan itu mengecam genosid dan maklumat palsu oleh Israel, menegaskan bahawa rejim itu serta negara-negara yang bersekongkol bertanggungjawab sepenuhnya, dan menyeru Amerika Syarikat, para pengantara serta Majlis Keselamatan PBB supaya menguatkuasakan gencatan senjata dan melindungi orang awam di Gaza.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ข99๐Ÿคฌ62๐Ÿ˜ก17โค2๐Ÿ’ฏ2๐Ÿ‘Ž1
๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—ฃ๐—”๐—ง ๐—š๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—จ๐—”๐—ก๐—š

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ุฌูŽู‡ู‘ูŽุฒ ุบูŽุงุฒููŠุงู‹ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‡ ููŽู‚ูŽุฏ ุบูŽุฒูŽุงุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฎูŽู„ู‘ูŽู ุบูŽุงุฒููŠุงู‹ ููŠ ุฃู‡ู„ูู‡ ุจุฎูŽูŠุฑ ูู‚ูŽุฏ ุบุฒูŽุง

"Barangsiapa yang mempersiapkan keperluan orang yang berperang pada jalan Allah, maka dia dianggap telah ikut berperang. Dan barangsiapa yang menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik maka dia dianggap telah ikut berperang." (HR Al-Bukhari)

โ„๏ธ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—๐—จ ๐—š๐—”๐—ญ๐—”
bit.ly/bantuanmisisalju2025
โค124๐Ÿ’ฏ31๐Ÿ‘10๐Ÿ‘Ž1
Juristes pour le Respect du Droit International (Hakim-Hakim untuk Penghormatan Undang-Undang Antarabangsa) telah menuntut Presiden Emmanuel Macron supaya menggantung kerjasama ketenteraan dengan Israel sebagai langkah menentang pelanggaran berterusan rejim Zionis terhadap undang-undang antarabangsa.

Sumber: Meem Magazine
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘186๐Ÿ’ฏ33โค18๐Ÿ‘4๐Ÿ˜ก3
Caroline Willeman, penyelaras projek Doctors Without Borders di Gaza, memberi amaran hari ini bahawa Israel terus menggunakan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang terhadap Gaza.

Menurut Willeman, situasi kemanusiaan di wilayah terkepung itu masih belum banyak berubah dengan kekurangan air bersih dan tempat perlindungan yang berterusan.

Sementara itu, Persatuan Bantuan Perubatan Gaza melaporkan bahawa sistem kesihatan di Gaza kini runtuh sepenuhnya dan tidak lagi mampu dipulihkan serta memberi amaran bahawa hampir separuh daripada pesakit buah pinggang di wilayah itu telah meninggal dunia akibat sekatan Israel.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก132๐Ÿคฌ57๐Ÿ’”13๐Ÿ˜ข4โค3๐Ÿ˜ญ3๐Ÿ‘Ž2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bekas Ketua Mossad, Yossi Cohen mengakui pernah memantau satu operasi antarabangsa besar-besaran yang melibatkan peralatan yang dipasang perangkap dan dimanipulasi, termasuk alat komunikasi โ€œpagerโ€ yang dipasang bahan letupan untuk digunakan terhadap sasaran di Lubnan.

Cohen berkata bahawa peranti-peranti ini telah digunakan โ€œdi semua negara yang boleh anda bayangkan,โ€ menunjukkan sejauh mana capaian global taktik pengintipan dan sabotaj rahsia rejim penjajah Israel.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก122๐Ÿ”ฅ36๐Ÿคฌ35๐Ÿ‘Ž11โค4๐Ÿ˜ด3๐Ÿ˜1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Briged al-Qassam: Kami akan menyerahkan mayat dua tawanan Israel pada pukul 4.00 petang waktu Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿซก215๐Ÿ‘22โค12๐Ÿ”ฅ4๐Ÿ‘3
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketika penderitaan di Gaza berterusan, kanak-kanak berdepan krisis kekurangan air yang teruk apabila mereka terpaksa bergantung kepada sumber air yang tidak selamat dan tidak sesuai untuk diminum.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ164๐Ÿ’”53๐Ÿ˜ข16๐Ÿ˜ก8โค3๐Ÿซก2
Tentera pengganas Israel:

โ— Palang Merah dalam perjalanan ke titik perhimpunan di tengah Gaza untuk menerima mayat tawanan Israel.

โ— Hamas diminta mematuhi perjanjian dan mengambil semua langkah yang diperlukan bagi tujuan pemulangan tawanan yang meninggal dunia.

โ— Palang Merah dalam perjalanan ke titik pertemuan di tengah Gaza untuk menerima mayat tawanan.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ”ฅ134๐Ÿ‘42๐Ÿฅฐ8๐Ÿ˜3
๐—ฆ๐—˜๐——๐—˜๐—ž๐—”๐—› ๐—๐—จ๐— ๐—”๐—”๐—ง ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—๐—จ ๐—š๐—”๐—ญ๐—”

Ayuh mengejar ganjaran Sedekah Jumaat hari ini dengan menyumbang untuk Bantuan Misi Salju di Gaza. Kempen ini bertujuan membantu ribuan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang dalam bencana akibat pencerobohan penjajah Israel.

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia

โ„๏ธ ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—๐—จ ๐—š๐—”๐—ญ๐—”
bit.ly/bantuanmisisalju2025
๐Ÿ‘90โค18๐Ÿฅฐ3
Sempena hari Jumaat yang diberkati, kami mengalu-alukan para pembaca yang budiman yang ingin menaja operasi dan pembangunan platform Dunia Palestin. Ribuan terima kasih diucapkan.

๐ŸŒ ๐—ง๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก
bit.ly/tajaanduniapalestin
๐Ÿ‘86โค13๐Ÿฅฐ5
2025/10/31 16:21:16
Back to Top
HTML Embed Code: