Telegram Web Link
Saluran 12 Ibrani memetik pegawai dalam tentera penjajah Israel:

Terdapat pejuang-pejuang bersenjata di bawah tanah di kawasan yang berada di bawah kawalan tentera di Semenanjung Gaza dan operasi sedang dijalankan untuk membersihkannya secara menyeluruh dan sistematik.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž123๐Ÿคฌ56๐Ÿ˜ก43โค4๐Ÿ˜3๐Ÿ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rakaman video memperlihatkan kanak-kanak Palestin memanjat sebuah kenderaan tentera yang digunakan oleh tentera penjajah Israel dalam operasi ketenteraannya di Jabalia.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ”ฅ138๐Ÿซก41โค29๐Ÿ˜ข9๐Ÿ˜ฑ4๐Ÿ‘3๐Ÿ‘Ž1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sebagai respons kepada Canselor Jerman Friedrich Merz, Erdogan berkata: Hamas tidak memiliki bom atau senjata nuklear, sedangkan Israel cuba menundukkan Gaza melalui genosid dan kebuluran.

Sumber: Al-Jazeera
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘153๐Ÿ’ฏ92๐Ÿ˜ด24โค11๐Ÿ˜3๐Ÿคจ2๐Ÿ”ฅ1
Seorang rakyat Palestin cedera parah akibat tembakan artileri dan senjata api oleh tentera pengganas Israel di kawasan kejiranan al-Shujaiya, timur Bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ143๐Ÿ˜ก56๐Ÿคฌ33๐Ÿ’”10๐Ÿ˜ข6
Jenazah 30 tahanan Palestin baru sahaja tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas dibebaskan oleh rejim pengganas Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan. Menurut sumber perubatan, kebanyakan jenazah menunjukkan tanda-tanda penyeksaan.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ญ138๐Ÿคฌ46๐Ÿ’”16โค3๐Ÿ˜ข3๐Ÿ˜ก2
Israel dilapor sedang merancang satu โ€œperang propagandaโ€ bagi mengawal naratif sebelum membenarkan wartawan antarabangsa memasuki Gaza.

https://themerdekatimes.com/news/2025/10/israel-cuba-hapus-bukti-genosid-sebelum-wartawan-asing-masuk-gaza/

Sumber: The Merdeka Times
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ170๐Ÿ‘Ž22๐Ÿ˜ก11๐Ÿ’ฏ4โค3๐Ÿ’”1
Walaupun terdapat sekatan dan halangan oleh Israel, puluhan ribu jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa yang diberkati.

Sumber: Al-Qastal
www.tg-me.com/duniapalestin
โค263๐Ÿ”ฅ33๐Ÿซก13๐Ÿ˜ข10๐Ÿฅฐ5โคโ€๐Ÿ”ฅ3๐Ÿ‘2๐Ÿ†2
๐—จ๐— ๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—›๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—š ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—” ๐—–๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—”

Daripada Thawban RA, Rasulullah SAW bersabda:

ูŠููˆุดููƒู ุงู„ุฃูู…ูŽู…ู ุฃูŽู†ู’ ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูƒูŽู…ูŽุง ุชูŽุฏูŽุงุนูŽู‰ ุงู„ุฃูŽูƒูŽู„ูŽุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ู‚ูŽุตู’ุนูŽุชูู‡ูŽุงโ€Œ‏"‏ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู„ูŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ ู‚ูู„ู‘ูŽุฉู ู†ูŽุญู’ู†ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ู‚ูŽุงู„ูŽ ‏"ุจูŽู„ู’ ุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽุฆูุฐู ูƒูŽุซููŠุฑูŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุบูุซูŽุงุกูŒ ูƒูŽุบูุซูŽุงุกู ุงู„ุณู‘ูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽู„ูŽูŠูŽู†ู’ุฒูุนูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ุตูุฏููˆุฑู ุนูŽุฏููˆู‘ููƒูู…ู ุงู„ู’ู…ูŽู‡ูŽุงุจูŽุฉูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽูŠูŽู‚ู’ุฐูููŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠ ู‚ูู„ููˆุจููƒูู…ู ุงู„ู’ูˆูŽู‡ูŽู†ูŽ‏"โ€Œ‏ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงุฆูู„ูŒ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุงู„ู’ูˆูŽู‡ูŽู†ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ‏"‏ุญูุจู‘ู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฑูŽุงู‡ููŠูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽูˆู’ุชู‏

โ€œUmat-umat lain akan mengelilingi kamu (iaitu musuh-musuh Islam akan menyerbu untuk membinasakan kamu) sepertimana mereka yang pelahap mengelilingi hidangan yang lazat.โ€

Maka seseorang bertanya, adakah jumlah kita pada masa itu sedikit?

Jawab Rasulullah SAW: โ€œTidak, bahkan jumlah kamu ramai, tetapi kamu seperti buih air bah yang banyak. Dan sesungguhnya Allah mencabut kehebatan kamu yang ada di dalam hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahan.

Lalu seseorang bertanya, apakah al-wahan itu, wahai Rasulullah?

Jawab Rasulullah: โ€œCintakan dunia dan bencikan mati.โ€ (HR Abu Daud)

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
www.tg-me.com/duniapalestin
โค107๐Ÿ’ฏ48๐Ÿ˜ข25๐Ÿ‘5๐Ÿ’”2
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐Ÿชง โ€œKamu dipecat!โ€

Sekumpulan aktivis berkumpul di pantai berhadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Israel bagi membantah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sumber: Anadolu Agency
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ”ฅ113๐Ÿ˜37๐Ÿ‘35๐Ÿ‘8
Menteri Perang Israel berkata, semua yang terlibat menyebarkan tuduhan kejam terhadap askar dalam kes Sde Teiman akan didakwa di mahkamah.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ136๐Ÿ‘Ž36๐Ÿ˜7๐Ÿ˜ก5โค1
Tentera pengganas Israel meletupkan rumah-rumah di selatan Khan Younis, melanggar perjanjian gencatan senjata.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ167๐Ÿ˜ก31โค3๐Ÿ’”1
"Semua orang tahu rekod buruk Israel berkaitan dengan menunaikan janjinya."

Presiden Turki berkata Israel terus melakukan genosid di Gaza walaupun gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

โ€œSementara Hamas mematuhi perjanjian gencatan senjata dengan penuh tanggungjawab, Israel pula mencari jalan untuk melanggarnya,โ€ kata Erdogan.

Sumber: Anadolu Agency
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ’ฏ213โค12๐Ÿ”ฅ11๐Ÿ˜ด6๐Ÿคจ5
Dokumen bocor mendedahkan bahawa Google dan Amazon bersetuju dengan permintaan luar biasa Israel untuk satu โ€œmekanisme berkelipโ€ dalam perjanjian awan Projek Nimbus bernilai AS$1.2 bilion pada 2021. Mekanisme itu membolehkan Israel menerima isyarat rahsia setiap kali datanya dikongsi dengan pihak asing, sekali gus mengelak notifikasi undang-undang.

Kontrak tersebut turut menghalang kedua-dua syarikat daripada mengehadkan akses Israel kepada perkhidmatan awan walaupun wujudnya isu hak asasi manusia.

Pendedahan itu menunjukkan Israel memiliki kawalan besar terhadap penggunaan teknologi awan bagi kegunaan tentera dan kerajaan.

Sumber: TRT World
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ169๐Ÿ‘Ž22๐Ÿ˜ก11โค8
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pemerhati Hak Asasi Manusia Euro-Med: Pasukan pengganas Israel menahan seorang pekerja UNICEF berhampiran lintasan Kerem Shalom semalam, sebagai sebahagian daripada kempen sistematik yang menyasarkan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa di Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก89๐Ÿคฌ50๐Ÿ”ฅ10โค3
Universiti Al-Azhar di Gaza menjadi universiti pertama yang membuka semula kampusnya kepada para pelajar di wilayah yang dilanda peperangan itu, dengan mengembalikan pelajar yang pengajian mereka tertangguh untuk pembelajaran bersemuka secara langsung serta menyambut kemasukan pelajar lepasan sekolah menengah baharu ke dalam program akademiknya.

Sumber: Roya News
www.tg-me.com/duniapalestin
โค138๐Ÿฅฐ18๐Ÿ”ฅ7๐Ÿ‘6๐Ÿ‘5๐Ÿ˜ข2
Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan bahawa musim menuai zaitun di Tebing Barat tahun ini mencatat tahap kerosakan tertinggi. Serangan yang dilakukan oleh penjajah Israel (pelampau Yahudi) terhadap para petani Palestin mengakibatkan 17 orang cedera.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก83๐Ÿคฌ41โค1๐Ÿ˜ข1
Pentadbiran wilayah al-Quds mengumumkan bahawa pihak penjajah Israel telah mengeluarkan perintah tentera untuk merampas seluas 5,856 dunam tanah di bandar โ€˜Anata, berhampiran Baitulmaqdis, bagi tujuan kegunaan ketenteraan tentera penjajah.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ˜ก91๐Ÿคฌ37๐Ÿ”ฅ3โค1
Media Hebrew melaporkan bahawa Tel Aviv telah menerima tiga mayat tahanan Israel daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dan membawanya ke Institut Perubatan Forensik untuk tujuan pemeriksaan dan pengesahan identiti.

Sumber: Rassd
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž64๐Ÿ‘7โค3๐Ÿ‘2๐Ÿ”ฅ1๐Ÿ˜1
Tebing Barat yang Dijajah

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich mengumumkan bahawa sejak Januari lalu, rejim Israel telah meluluskan hampir 30,000 unit penempatan haram baharu di Tebing Barat termasuk projek E1 yang sangat kontroversi.

Projek E1 ini terletak di antara Baitulmaqdis Timur dan Maโ€™ale Adumim. Jika diteruskan, ia akan membahagikan Tebing Barat kepada dua bahagian sekali gus memusnahkan kesinambungan wilayah Palestin dan menggagalkan kemungkinan pembentukan sebuah negara Palestin merdeka di masa hadapan.

Sumber: Warfare Analysis
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿ‘Ž59๐Ÿ˜ก38๐Ÿคฌ15โค3๐Ÿ”ฅ1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penjenayah perang Itamar Ben-Gvir muncul dalam sebuah video yang menunjukkan tahanan Palestin diikat dengan gari dan duduk di atas lantai, sambil mengeluarkan kenyataan mengejutkan: โ€œBeginilah cara kami melayan mereka, dan yang apa yang tinggal hanyalah melaksanakan hukuman mati ke atas mereka.โ€

Pejabat Media Tahanan Palestin mengecam tindakan tersebut, menyifatkannya sebagai hasutan awam yang mendedahkan mentaliti jenayah penjara-penjara Israel.

Pejabat itu turut menyatakan bahawa Saluran Kan mendedahkan terdapat perjanjian antara Kementerian Kehakiman dan pihak politik untuk mendakwa ratusan tahanan di bawah keadaan penahanan yang keras dan penyeksaan sistematik, yang dianggap sebagai jenayah perang sepenuhnya.

Sumber: Quds News Network
www.tg-me.com/duniapalestin
๐Ÿคฌ67๐Ÿ˜ก8๐Ÿ‘Ž5โค4๐Ÿ”ฅ1
2025/11/01 03:16:16
Back to Top
HTML Embed Code: