Maafkan aku yang lupa buat seketika bahawa aku hanyalah pemuisi cinta yang tidak melihat, hanya berkata-kata.
Adakah aku ubat, adakah aku pesakit?
Adakah ia rindu, atau pun penyakit?

jika rindu, merindui siapa?
jika sakit, ubatnya apa?

Atau ia hanya halusinasi hormon emosi semata-mata.

*Hey siri, play Chemical by Post Malone.


—Akifamrann.
Hubungan kita cukup untuk menghujankan air mata jantan, namun aku tidak berair mata. Kalian?


—Akifamrann.


__________________

Terinspirasi oleh The Bluebird(Charles Bukowski)
*Aku Sudah Tua.*

Aku sudah tua
kedut kulitku
hanyalah kering disidai
tidak diangkat walau guyuran kasih
tidak lagi menghujani tubuhku

Aku sudah tua
mataku kabur, putih dan kelabu
seakan awan dan guruh bersatu
namun tidak luruh walau setitis air mata kalbu
hanya lusuh, memudar jiwaku

Aku sudah tua
fikiranku tidak lagi jelas
tidak lagi membalas
termendap emosi hampir
ke dasar lautan cinta
tersampir isi hati dari
siraman kasihmu

Maka andai aku tidak lagi bisa disirami
tanamlah aku tanpa batu nisan
namun gantilah dengan tiang ampaian

agar suatu hari nanti kamu mengingati
untuk mengangkat jemuran tubuhku
yang terampai tak tersiram kasihmu.


—Akifamrann.
Kamu layak bebas daripada penjara yang kamu sendiri cipta lantas memasukinya secara rela.


—Akifamrann.
Seputar tarian yang tidak pernah tamat, kita hanyalah sepasang boneka merentak kaki berhati-hati sebebasnya mengikut tali. Selangkah kananku ke hadapan, selangkah kirimu ke belakang, berirama jasad kita berdansa mentaati takdir, menyempurnakan jalan cerita yang telah siap, hanya menanti ditayangkan kepada para penonton yang terpegun lantas bertepuk tangan mengagumi cinta yang dipersembahkan.


—Akifamrann.
2024/05/19 01:24:37
Back to Top
HTML Embed Code: