Perkembangan anak tak pernah sama.
Ada yang cepat cakap, tapi lambat membaca.
Ada yang lembut hati, tapi mudah menangis.
Ada yang diam, tapi tajam pemerhatian.
Dan di sebalik perbezaan itu,
ada hikmah yang Allah nak kita belajar sebagai ibu bapa.
Setiap anak sebenarnya lahir membawa sedikit sebanyak getaran jiwa ibu dan ayahnya.
Sebab itulah emosi ibu semasa mengandung sangat penting.
Apa yang ibu fikir, rasa, dan lalui… semuanya terakam di jiwa anak yang sedang terbentuk.
Tapi jangan salah faham.
Anak tetap lahir dalam keadaan fitrah, dia putih bersih, suci, dan ingin selalu dekat dengan Allah.
Setiap bayi datang dengan keinginan untuk berbuat baik dan menjadi hamba yang berbakti.
📜 Sabda Rasulullah SAW:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,
maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Hadith ini mengingatkan kita bahawa setiap anak bermula dengan jiwa yang bersih dan dekat dengan Allah.
Tinggal bagaimana kita membimbingnya agar terus kekal di jalan fitrah itu.
Kalau hari ini kita lihat ada sikap anak yang sukar dibentuk, sesungguhnya
bukan kerana anak itu jahat.
Tapi mungkin kerana Allah sedang mendidik kita untuk melihat diri sendiri.
Kadang, Allah tak uji kita untuk dihukum,
tetapi untuk meningkatkan kekuatan jiwa keibubapaan kita. 🌸
Jadi bila datang rasa kecewa dan merasa gagal mendidik anak-anak,
berhentilah menyalahkan diri.
Sebaliknya, berdoalah perlahan dalam hati:
“Ya Allah, aku mohon Kau perbaiki apa yang aku tak mampu ubah.
Bimbing aku memahami hikmah di sebalik setiap ujian ini.”
Kerana hanya Allah yang mampu memulihkan dan membimbing kita agar keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.
Jemput share, like dan komen.
Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)
#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia

❤3
Kadang bila tengok anak cepat marah,
Kita rasa hairan.
Kenapa anak kita keras sangat?
Padahal kita dah ajar baik-baik.
Tapi bila kita renung semula.
Rupa-rupanya Allah sedang tunjukkan cermin pada kita.
Cermin yang memantulkan semula wajah kita yang dulu pernah garang,
atau pernah tertekan tapi tak terluah.
Anak-anak belajar bukan daripada apa yang kita cakap.
Anak-anak belajar dari apa yang mereka rasa daripada kita.
Mungkin dulu kita sangka dengan memarahi anak, itu tanda sayang.
Bila masa berlalu, baru kita sedar bahawa cara itu mencipta luka yang mereka warisi dalam diam.
Dan kini, mereka ulang dalam tindakan mereka.
Yang sebenarnya bukanlah untuk menyakiti kita.
Tetapi satu permintaan untuk sembuhkan diri mereka.
📜 Sabda Rasulullah ﷺ:
“Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam setiap perkara.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Hadith ini mengingatkan kita, bahawa setiap kali kita memilih untuk lembut,
kita sebenarnya sedang mendekatkan diri dengan salah satu sifat Allah yang paling indah.
Kelembutan bukan kelemahan; ia kekuatan yang menyembuhkan.
Bukan sahaja hati anak yang sembuh, malah juga luka lama dalam diri kita sendiri.
Jadi bila anak bersikap keras, ingatlah.
Ia bukan masa untuk menghukum.
Tapi masa untuk berkata pada diri :
“Ya Allah, aku maafkan diriku.
Aku mohon Kau lembutkan hati anak-anakku sebagaimana Kau lembutkan hatiku hari ini.”
Memaafkan diri sendiri adalah langkah pertama untuk berubah.
Allah tak minta kita jadi sempurna.
Dia cuma minta kita sedar dan kembali kepada-Nya.
Semoga perkongsian pagi ini memberi semangat dan motivasi untuk terus mendidik anak dengan penuh kasih sayang.
Aminn..

❤5
Jemput like, komen dan share ❤️❤️
https://www.facebook.com/share/p/19oTosHmEj/

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Anak sulung ni…
Nampak matang, tapi mungkin sebenarnya dia terpaksa menjadi dewasa terlalu awal.
Dia merasa tanggungjawab yang dipikul berat sangat.
Dia marah adik-adik mungkin bukan sebab benci.
Tetapi mungkin sebab dia takut adik-adik akan dimarahi orang lain.
Jadi dia ambil tugas “melindungi” itu, walau caranya agak kasar.
Sebenarnya, anak sulung sedang dan sentiasa meniru kita.
Mungkin dahulu kita garang.
Dia mungkin belajar bahawa untuk jadi baik, kena tegas.
Mungkin dulu kita cepat marah.
Jadi dia mungkin fikir marah itu tanda sayang.
Cuba perhatikan bagaimana cara dia melayan adik-adik.
Itulah cerminan cara kita melayan dia dahulu.
Kalau sekarang kita nampak kesan itu.
Jangan tutup mata.
Tapi akui.
Pegang tangannya,
pandang matanya,
dan ucaplah dengan lembut :
“Mama dulu silap. Mama minta maaf sebab tak tahu cara yang lebih baik waktu itu. Mama mahu ubah cara yang lebih baik. Bantu mama ya dan kita lakukan sama-sama.”
Minta maaf pada anak bukan tanda kelemahan.
Itu kekuatan seorang ibu yang berani mencontohi Nabi Adam.
Seseorang yang mengaku, menyesal, dan kembali kepada Allah.
Seperti mana yang telah Allah firmankan dalam Al-Quran :
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِن رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Kemudian Nabi Adam menerima beberapa kalimah (doa) dari Tuhannya, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Baqarah, 2:37)
✨ Bila seorang ibu berani mengakui kesilapannya, dia sebenarnya sedang meniru jalan Nabi Adam.
Rendah hati, menginsafi, dan mencari reda Allah.
InsyaAllah, dari taubat seorang ibu, Allah mampu lembutkan hati anak.
Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa mendahului kemurkaan-Nya. 🌿

❤4
Jemput like, komen dan share ❤️❤️
https://www.facebook.com/share/p/1DUXWnd5wx/
https://www.facebook.com/share/p/1DUXWnd5wx/
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Ada seorang ibu yang bertanya,
“Anak saya dah remaja. Dah keras kepala. Masih boleh ubah lagi ke?”
Jawapan Ibu Rose lembut tapi tegas:
“Selagi kita hidup, jangan pernah putus asa. Jangan berhenti berusaha.
InsyaAllah, Allah Yang Maha Pengasih Penyayang akan beri kesan atas setiap doa dan tindakan kita.”
Kadang kesilapan kita kerana kita nak lihat hasil tu cepat.
Namun, kita semua tak pernah tahu rahsia Allah.
Mungkin hasil yang tertangguh itu kerana Allah mahu lebih sejauh mana kita berusaha dengan SABAR.
Pahala SABAR itu sangat mahal harganya.
Bersabarlah untuk terus-menerus menyampaikan pesan iman kepada anak-anak.
Bersabarlah untuk terus-menerus memanjatkan doa.
Sesungguhnya kesan doa ibu itu tidak selalu nampak segera.
Mungkin ia sedang menumbuh di dalam hati anak perlahan-lahan.
Seumpama akar yang kuat sedang menjalar jauh ke dalam bumi.
Menjadi ibu bapa bukan kerja sambil-sambil.
Bukan juga hanya pakai akal logik semata.
Kita perlu tanam pesan iman pada anak.
Supaya yang menjadi “polis” dalam diri mereka bukan mata manusia,
tetapi ingatan kepada Allah, Rasulullah dan para malaikat.
Bila ayat ini dibacakan, terus teringat tentang perlunya usaha.
Firman Allah yang sering kita dengar :
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d, 13:11)
Dari ayat ni kita faham bahawa satu perubahan itu perlu pada usaha dan permulaannya.
Mulakan dengan usahakan sesuatu.
Usaha paling utama adalah memperbaiki diri kita sendiri.
Bertaubat.
TAUBAT KEPADA ALLAH.
Moga TAUBAT itu mampu menjernihkan lagi hati kita dan kita tahu apa yang harus dilakukan seterusnya.
Selagi seorang ibu terus berdoa dan memperbaiki diri ikhlas kerana Allah, InsyaAllah Allah akan bantu membuka jalan perubahan pada anak-anaknya.
Sungguh, kita takkan mampu menjaga anak kita sepanjang masa.
Tapi Allah mampu.
Jadi kuatkan hubungan kita dengan Allah.
Semoga Allah menjaga anak kita walau di mana jua mereka berada. 🌸

❤1
Jemput like, komen dan share ❤️❤️
https://www.facebook.com/share/1CYgfmsu9E/
https://www.facebook.com/share/1CYgfmsu9E/
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Isu Buli: Ramai Ibu Bapa Khuatir Nak Beri Ke Sekolah
Sekarang ini, kes buli semakin berleluasa sehingga ramai ibu bapa berasa sangat risau.
Ada yang sampai takut menghantar anak ke sekolah kerana terlalu banyak kes yang berlaku
ada yang menyebabkan rogol, ada juga yang berakhir dengan kecederaan fizikal dan trauma emosi, dan yang paling tragis, ada yang membawa kepada kematian.
Keadaan ini amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mencerminkan krisis akhlak dalam kalangan remaja kita,
tetapi juga menunjukkan kegagalan sistem pendidikan di rumah, dan sistem sokongan di sekolah dan dalam masyarakat.
Justeru, hari ini Ibu ingin mengajak semua ibu bapa untuk melihat dua sisi penting dalam isu buli ini:
Tujuan Ibu adalah untuk mendapatkan Solusi segera tetapi kekal yang kitab oleh mulakan sendiri di rumah secara konsisten.
Bagaimana kita boleh mendidik anak agar tidak menjadi mangsa buli, dan dalam masa yang sama, tidak menjadi pembuli.
Segala Punca Bermula di Rumah?
Pertama jangan terus menunding jari. Dan ingat lain kes lain sebab utamnya. Namun, dari pengalaman Ibu, tempat titik bertolaknya jalan penyelesaian ini adalah bermula di rumah.
Ibu sudah lama berada dalam bidang pembangunan modal insan. Perjalanan Ibu bermula sebagai seorang trainer, menjalankan pelbagai program pelajar, motivasi, dan kemahiran belajar (study skills).
Sepanjang bertahun-tahun itu, Ibu telah berjumpa dengan ratusan malah ribuan pelajar daripada pelbagai latar belakang: ada daripada keluarga T20, ada M40, dan ada juga daripada B40. Melalui pengalaman lebih 35 tahun ini, Ibu dapat melihat dengan jelas perbezaan masalah dan kesakitan yang mereka tanggung sebagai anak, bergantung kepada tahap sosial dan cara hidup dan tahap ekonomi keluarga masing-masing.
Namun, daripada semua perbezaan itu, satu kesimpulan besar yang Ibu pelajari ialah:
Akhlak dan sahsiah anak berpunca daripada bagaimana dia dididik di rumah. Kerana di tahap awal Pendidikan, yakni semasa baru lahir hingga ke 4 tahun yang tahun-tahun magikal 0-6 tahun, ibu bapalah sekolah atau madrasah mereka. Dan mereka serap semua yang ibu bapa lakukan dan cakapkan …
Inilah sebabnya setelah berpuluh tahun dalam bidang ini, Ibu mengambil satu pendirian teguh bahawa setiap masalah anak-anak di sekolah sebenarnya bermula dari rumah.
Dari pengalaman Ibu menjadi saksi, perubahan ketara dalam akhlak naka-anak yang problematic itu terjadi bila ibu bapa mengambil ownership untuk berubah. Dan bekerjasama dengan sekolah.
Namun, pembetulan keadaan itu masih boleh disokong di sekolah, kerana di situlah anak-anak boleh dibentuk secara konsisten melalui sistem pendidikan dan peranan guru-guru yang prihatin.
Bukanlah untuk menambah beban kepada para guru, tetapi untuk mengajak mereka menjadi rakan pembimbing bersama ibu bapa.
Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh lepas tangan. Kerana akar sesuatu perilaku baik atau buruk bermula daripada cara anak itu dibesarkan oleh ibu bapa atau penjaganya.
Itulah sebabnya bila berlaku keadaan begini, JANGAN KITA MENUNDING JARI ! Yang terbaik ambilah pendekatan APA AKU BOLEH BUAT? Jangan menyalahkan atau memaksa orang lain memulakan usaha melindung anak-anak kita. kita perlu lakukan sendiri dan kemudiannya bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam perihal anak-anak kita.
Mungkin boleh berjumpa pihak sekolah untuk menawarkan khidmat untuk berbincang apa yang anda boleh bantu dan sumbangkan. Fokusnya untuk membantu anak-anak di sekolah itu.
Pembuli ini sakit sebenarnya. Sakit jiwa. Dan kita tidak boleh buta, pekak dan bisu akan jeritan batin mereka walaupun mereka bukan anak-anak kita. Walaupun perangai mereka ini ada yang sangat teruk. Namun, kita perlu lindung anak-anak kita, betul?
Banyak yang Ibu nak kongsikan sebagai seorang yang telah berada 65 tahun di dunia ini dan 35 tahun dalam Pembangunan Modal Insan ini. Namun untuk kali ini, kita fokus satu perkara yang mudah dilakukan terus ya.

Walaupun Ibu kata ia banyak berpunca di rumah, namun ada juga yang tidak bermula di rumah tetapi di tempat lain. Namun, apa pun puncanya, kita perlu mendepani masalah ini.
Dan untuk mendepani perkara itu, tetap tugas utamanya untuk membendungnya bagi anak-anak dan cucu-cucu kita adalah kita sendiri. Sebab kebanyakan ibu bapalah yang paling sayang anak-anak mereka dan akan dipersoalkan di akhirat nanti, setuju?
Oleh itu, Ibu ingatkan sekali lagi, penulisan Ibu ni bukan menyalahkan rumah atau sekolah tetapi sebagai ibu bapa, apakah langkah yang kita boleh mulai untuk melindung anak-anak daripada dibuli dan yang juga paling kita tidak mahu, anak kita yang membuli.
Langkah Pertama
Ibu Bapa, Kenali Anak-Anakmu
Untuk perkongsian kali ini, Ibu ingin memberi fokus kepada apa yang boleh ibu bapa lakukan untuk mengelakkan anak-anak daripada menjadi mangsa buli ataupun menjadi pembuli.
Ramai ibu bapa sebenarnya tidak benar-benar mengenali perangai anak-anak mereka di sekolah.
Mereka menyangka anak di rumah itulah diri sebenar anak mereka. Namun, ramai terkejut apabila diberitahu bahawa tingkah laku anak di sekolah amat berbeza.
Ada yang berkata, “Anak saya di rumah pendiam saja, tapi di sekolah dialah yang paling bising.”
Ada pula yang sebaliknya, “Di sekolah anak saya senyap dan murung, tapi di rumah dia suka menjerit dan melawan.”
Apabila situasi ini berlaku, ada ibu bapa yang cepat menyimpulkan bahawa anak mereka mempunyai ‘split personality’.
Di rumah mungkin dia rasa selamat atau sebaliknya, di sekolah pula mungkin dia tertekan, ingin diterima, atau sedang mencari identiti diri.
Justeru, kesimpulan penting yang Ibu ingin tekankan ialah — kebanyakan ibu bapa tidak benar-benar mengenali anak-anak mereka.
Mereka tahu anak itu suka makan apa, minat warna apa, tetapi tidak benar-benar tahu bagaimana anak mereka berfikir, berasa dan bertindak bila tidak diperhati.
Inilah antara punca utama mengapa berlakunya situasi-situasi yang kita tidak mahu — anak menjadi mangsa buli tanpa disedari,
atau menjadi pembuli tanpa diketahui.
Tetapi sebenarnya itu bukanlah split personality. Perbezaan tingkah laku ini berpunca daripada persekitaran dan keadaan emosi anak di dua tempat yang berbeza di rumah dan di sekolah. Nanti Ibu tulis mengenai perkara ini ya. Sekarang kita fokus kepada Langkah segera yang ibu bapa boleh ambil untuk membendung isu buli ini.
Langkah Penuh Kasih dan Tegas untuk Mendidik Anak – Agar Tidak Menjadi Mangsa atau Menjadi Pembuli
💖
Untuk perkongsian kali ini, Ibu ingin menutup dengan memberi lima langkah penuh kasih dan tegas yang boleh kita semua lakukan sebagai ibu bapa.
Langkah-langkah ini bukan sahaja membantu anak agar tidak menjadi mangsa buli, tetapi juga membentuk hati mereka supaya tidak menjadi pembuli.
Langkah 1: Lakukan Solat Taubat
Langkah pertama adalah melakukan solat taubat. Solat ini membuka pintu rahmat dan menghapuskan kesilapan-kesilapan yang mungkin pernah kita lakukan dalam mendidik anak-anak — sama ada secara sedar atau tidak.
Kadang-kadang, tanpa niat, kita terkasar bahasa, terlepas marah, atau menyindir hati anak. Semua ini boleh meninggalkan kesan dalam jiwa mereka.
Namun, dengan solat taubat nasuha, insya-Allah kesan-kesan negatif itu tidak akan menjalar, dan Allah akan bantu kita memulihkan hubungan kasih antara ibu bapa dan anak.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beroleh kejayaan.” (Surah An-Nur, 24:31)
Langkah 2: Lakukan Solat Sunat Hajat
Selepas bertaubat, lakukan pula solat sunat hajat. Doakan supaya Allah lembutkan hati kita dan hati anak-anak, supaya kita mampu bercakap dengan mereka dengan penuh hikmah dan kelembutan.
Doa agar Allah beri konsistensi dalam kasih, dan hubungan yang dulu mungkin renggang boleh disambung semula dengan penuh kasih sayang.
Walaupun hubungan sudah mesra, teruskan juga amalan ini, kerana ia akan meningkatkan lagi tahap kemesraan dan keberkatan dalam keluarga.

Dan berdoa sesungguh hati agar Allah lindung anak-anak kita dan izinkan kita dapat mendidik anak-anak agar mereka menjadi INSAN MULIA yang Berjaya dan berjasa.
Langkah 3: Berbincang Bersama Anak Tentang Isu Buli
Kemudian, ajak anak-anak berkumpul dan berbincang tentang isu buli yang sedang berlaku di sekolah dan sedang viral ini. Mereka juga mungkin risau dan gementar. Dengan bertanya mereka, mereka akan rasa sedikit lega kerana mereka tahu ibu bapa mereka cakna dan ambil berat. Berbuallah dengan nada mesra, bukan mengajar atau menyoal.
Tanya dengan lembut:
- “Macam mana perasaan kamu bila dengar kes buli yang berlaku di sekolah-solah sekarang?” DENGAR! Jangan sibuk terus memberi nasihat. Banyak rahsia yang anda boleh dapat dari situ.
- “Ada tak kawan di sekolah yang menunjukkan perangai suka menindas atau mengejek orang lain?”
- “Kalau kamu nampak benda tu berlaku, apa kamu rasa?”
Daripada perbualan ini, anak-anak belajar bahawa rumah adalah tempat selamat untuk berkongsi.
( ini adalah diantara skil COACHING CONVERSATION.)
Langkah 4: Beri Peringatan Tanpa Menuduh
Langkah seterusnya, beri peringatan kepada anak dengan kasih, bukan dengan tuduhan. Bimbing mereka supaya mengawal perasaan marah, dendam, atau rasa ingin membalas.
Katakan pada anak dengan lembut:
“Kalau dalam hati kamu ada rasa marah atau benci, cepat-cepat padamkan dengan doa dan maafkan. Kalau tak boleh, datanglah pada mama atau ayah — supaya syaitan tak sempat masuk.”
Bantu anak cari jalan menyalurkan emosi secara sihat — bercakap, menulis, berdoa, atau berjumpa dengan guru yang dipercayai.
( ini Langkah yang membantu anak-anak untuk kenalpasti ciri-ciri pembuli dan InsyaAllah akan menjauhkan diri daripada menjadi Pembuli atau berhenti jika dia sudah bermula membuli)
Langkah 5: Beri Perhatian Secara Individu
Akhir sekali, selepas berbincang secara berkumpulan, luangkan masa berbual dengan anak seorang demi seorang.
Kerana setiap anak berbeza — ada yang sudah remaja, ada yang masih kecil, dan setiap peringkat ada cabaran tersendiri.
Dengan berbicara secara peribadi, kita dapat tahu apa yang mereka simpan di hati dan bantu mereka dengan lebih tepat.
Inilah cara kita menyembuh sebelum parah, membimbing sebelum tersilap.
Penutup
Untuk hari ini, Ibu tulis setakat ini dahulu. Tulisan ini sekadar untuk kita hadam dan renung bersama.
Insya-Allah, Ibu akan sambung dalam sesi live di Facebook nanti — untuk mereka yang benar-benar ingin memahami lebih dalam bagaimana menangani isu buli dalam kalangan anak-anak dengan penuh kasih dan tegas.
Kerana anak yang dibesarkan dalam kasih yang tegas, akan membesar menjadi insan yang selamat, kuat, dan berakhlak.
Semoga bermanafaat.
Salam Kasih,
Ibu Rose 💖
#iburoseshare
#parentingkejannah
#TOTIQ4

https://www.facebook.com/share/p/1JRspbajuQ/
https://www.facebook.com/share/p/1JRspbajuQ/
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
🥲Anak Membuli di Sekolah: Bila Hati Sudah Jauh Dari Fitrah
Ramai ibu bapa hari ini resah.
Bila dengar berita ada kes buli di sekolah, hati terus berdebar.
Kadang anak jadi mangsa.
Kadang anak sendiri terlibat.
Dan lebih menyedihkan, ada sesetengah sekolah bukan hanya ada 1 kes tetapi beberapa kes buli di sekolah.
Tapi sebelum kita menuding jari pada sistem, pada sesiapa saja marilah kita bertanya dengan jujur pada diri :
Dari mana datangnya benih membuli ini?
🌿 Punca di Sebalik Perbuatan Buli
Kajian terkini dalam bidang psikologi pendidikan mendapati,
buli di sekolah rendah sering berpunca daripada lima faktor utama:
1. Persekitaran keluarga yang kasar atau tidak stabil.
Anak yang sering dimarahi, dihina atau dipukul,
akan menyimpan tenaga dalam bentuk dendam dan marah dalam diri.
Bukankah tenaga itu tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh bertukar bentuk.
Bila anak dididik dengan kasar, kekasaran ini boleh berubah menjadi tenaga marah dalam bentuk dendam. Akhirnya tenaga ini dilepaskan kepada orang lain.
2. Kurangnya sentuhan spiritual dan kasih sayang.
Anak yang tidak diajar mengenal Allah, tidak dibimbing untuk tenang dan berfikir sebelum bertindak.
Anak begini mudah untuk bertindak mengikut emosi semata.
3. Pengaruh sosial dan budaya popular.
Media, permainan digital, dan tontonan ganas memberi contoh yang salah.
Banyak sekali content di alam maya yang menunjukkan bahawa kuasa dan ketawa atas kesakitan orang lain itu “menyeronokkan”.
4. Sistem sekolah yang lebih fokus pada pencapaian akademik, bukan pembangunan akhlak.
Ini tak dapat dinafikan.
Malah lihat saja apakah yang paling dikhuatiri ibu bapa.
Keputusan peperiksaan anak ataupun akhlak anak itu?
5. Ketiadaan model akhlak di sekeliling.
Anak belajar dari orang sekeliling.
Salah si dewasa juga kerana mencontohkan sikap yang tidak baik.
Akhirnya anak menyangka adalah normal bergaduh, menghina, dan memburukkan orang lain kerana itulah yang dewasa disekelilingya lakukan.
Lihat saja, apakah perkataan yang kita taip di sosial media.
Kita ibu bapa mereka..mencerminkan bagaimana sikap anak-anak.
Tiada kalam yang lebih mulia melainkan kalam Allah.
Al-Quran Sudah Pun Menjelaskan Asasnya :
Allah mengajar kita bahawa masalah sosial bermula dari hati yang sakit.
Iaitu hati yang jauh dari Allah dan tidak dibersihkan.
🔹 Surah Asy-Syams (91:7–10)
وَنَفْسٍۢ وَمَا سَوَّىٰهَا
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَىٰهَا
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّىٰهَا
وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا
“Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaan-Nya),
lalu Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan.
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya,
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
Dari ayat ni kita dapat fahami bahawa masalah buli bukan sekadar masalah disiplin, tetapi masalah jiwa yang tidak disucikan.
Anak yang tidak dibimbing menyucikan jiwanya akan mencari cara lain untuk lepaskan tekanan dan rasa kosong.
💔 Bila Fitrah Tersumbat
Bila kasih sayang, kelembutan, dan keimanan tidak lagi menjadi tunjang,
fitrah anak-anak akan menjadi kucar-kacir.
Itulah yang terjadi sekarang.
Mereka mencari kawalan, ingin berkuasa, ingin diiktiraf.
Maka muncullah tingkah membuli bermula dengan kata, sindiran, ejekan dan akhirnya menyakiti fizikal.
Firman Allah lagi:
🔹 Surah Al-Hujurat (49:11–12)
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌۭ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًۭا مِّنْهُمْ
وَلَا نِسَآءٌۭ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًۭا مِّنْهُنَّ
وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَـٰبِ
“Wahai orang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan kaum yang lain,
boleh jadi mereka lebih baik daripada mereka (yang merendahkan).”
➡️ Lihatlah betapa indahnya Islam mendidik akhlak.
Ayat ini melarang semua bentuk ejekan dan penghinaan.
Penghinaan itu sangat berbahaya kerana ia mampu menjadi pintu kepada budaya buli.
🌱 Kembali Membersihkan Hati dan Hubungan
Masalah buli tidak akan selesai hanya dengan hukuman.
Ia hanya akan sembuh dengan pendidikan hati dan pembinaan hubungan.
1. Di rumah:

* Ibu bapa perlu kembali lembut dalam komunikasi.
* Kurangkan jeritan, tambah pelukan.
* Didik anak untuk kenal Allah, bukan hanya takut manusia.
* Bentuk displin anak-anak sebagaimana Rasulullah tunjukkan. Baginda tidak pernah berkeras pada anak-anak. Contoh dan tauladan yang baik itu yang menjadi ikutan generasi baginda.
2. Di sekolah:
* Mulakan hari dengan sesi bacaan al-Quran, tadabbur ringkas dan doa bersama.
* Adakan program Character Building berasaskan nilai kasih sayang, ihsan dan empati.
* Wujudkan peer support group agar pelajar yang terlibat dapat dibimbing semula.
3. Bagi pelajar bukan Islam:
* Wujudkan kelas “Tenang Diri & Empati Insani”
Moga usaha ini dapat mendidik nilai kemanusiaan sejagat seperti sabar, hormat, dan belas kasihan.
Yang pastinya semua agama menolak penindasan.
❤Kembali Kepada Sumber Ketenangan❤
Masalah buli tidak akan pernah selesai jika hati manusia tetap kotor.
Sesungguhnya semua bentuk kezaliman, sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan atau sistem semuanya
bermula dari hati yang tidak lagi kenal Allah, tidak kenal penciptanya.
Firman Allah:
🔹 Surah Ar-Ra’d (13:28)
أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
Inilah terapi sebenar.
bukan hanya untuk murid, tapi juga untuk ibu bapa, guru, dan pentadbir sekolah.
Kerana hanya hati yang tenang yang boleh menenangkan yang lain.
✨ Realiti hari ini, keadaan masyarakat kita dah sangat tenat. Ibaratnya sudah hampir masuk ICU.
Kita memang tidak mampu mengubah semua murid sekaligus.
Tapi kita boleh mula menyucikan satu hati.
Mulakan membersihkan hati kita sendiri.
InsyaAllah, dari situ, gelombang kasih itu akan menyebar.
Allah tidak lihat hasil, Allah pandang pada usaha.
Pandang anak-anak dengan pandangan kasih sayang.
Mungkin jiwa mereka sedang sakit..bantulah mereka dengan cinta.

❤2
Jemput like, komen dan share ❤️❤️
https://www.facebook.com/share/p/16SRoS1Tyf/