Telegram Web Link
Ibu dah Live di IKIMfm. Jom kita sertai

Topik: Pendidikan Anak : Amanah, Cabaran Dan Harapan

Jemput share kepada keluarga & rakan-rakan yang memerlukan.

https://www.facebook.com/100044608831563/videos/981114143397036
JATUH SETELAH BANGKIT

Eh, Ibu silap taip ke ni? Patutnya Bangkit setelah Jatuh kan?

Ada yang pening-pening lalat bila Ibu cakap Ibu nak buat tajuk ni.

Sebenarnya, ramai yang menyentuh topik Bangkit Setelah Jatuh, betul tak?
Tapi, di dalam perjalanan nak bangkit ni, kekadang kita bukan sahaja jatuh, tetapi *TERSUNGKUR* yang teruk sampai tidak percaya lagi akan kebolehan untuk Bangkit.

Dan merasakan kepedihan Jatuh itu - Dengan kata lain; Idea daripada Protege Ibu, Puan Yasmin Sari - Bagaimana hadapi Saat pedihnya Jatuh setelah bangkit tu Ibu?

Ada Rahsia dan Keajaiban ‘Jatuh’ ini especially setelah bangkit; Dan itulah yang kita kena faham dan belajar untuk menjadi lebih ISTIQAMAH. Kenapa payah hendak Istiqamah? Kerana belum faham Rahsia Jatuh.

Ingat tak Ibu pernah bercerita bagaimana Ibu ‘lost myself for 10 years’? Masa tu berkali-kali Ibu berusaha Bangkit tapi tak istiqomah sehingga merasakan memang aku ni forever lah a failure!

Wow! bayangkan Ibu yang sekarang pernah begitu.

Allah itu Maha Baik, dia ‘hantar’ kepada Ibu sebuah buku bernama ‘Psycho-cybernetics’

MasyaAllah baru Ibu faham Rahsia dan Keajaiban JATUH itu.

Baru-baru ini, Ibu bersemangat kental, berapi-rapi buat PhD on ‘Building A Compassionate World’. Ibu jauh ke hadapan daripada dateline topik yang perlu disudahkan.

Tup-tup, kesihatan Ibu terganggu. Rasa macam Jatuh semula setelah bangkit. Berminggu, jugalah Ibu tak buat Thesis Ibu. Rasa macam sedih sangat. Apatah lagi, i’n the pipe-line’ Ibu nak menulis sebuah buku mengenai itu juga.

Namun, sebab Ibu sudah belajar skil ‘handling setback’, yakni skil mendepani kejatuhan, maka jatuh itu menjadikan Ibu lebih bersungguh-sungguh dan tahu apa nak fokus dahulu dan tidaklah berserabut kepala dengan kerisauan , rasa bersalah dan rasa gagal! Malah Ibu belajar daripada kejatuhan itu dan menjadi diri Ibu lebih bersemangat untuk berjaya!

Itulah skil yang Ibu nak share dengan sayang semua.

Sebab kita semua LAYAK BERJAYA! Tapi tak boleh lah sekadar ada kemahuan. Kita perlu lengkapkan dengan MINDSET, SKIL dan ILMU untuk mengatasi kejatuhan itu dan Bangkit semula. Inilah yang dinamakan ‘Resillient’ - Semangat Jitu.

Jom bersama Ibu esok pukul 3.00 pm. Ibu pun dah lama tak LIVE kan?
Rinduuu pada sayang semua.

Jom ajak kawan-kawan join jugak. Manalah tahu, mungkin dalam 10 orang yang sayang ajak, ada seorang yan benar-benar memerlukan ilmu dan skil ini, dan ia mendatangkan manafaat yang besar kepadanya.

Kita sebarkan kebaikan bersama-sama dan Membina Dunia penuh Kasih Sayang berama.

Dengan izin Allah, kita boleh.

Jumpa esok ya.
Ibu dah Live bersama Shaimaa' & Yasmin Sari.

Topik: Jatuh Setelah Bangkit - Apa Patut Daku Lakukan?

Jom kita

https://www.facebook.com/100044368691749/videos/1273007167138120
👍1
🔥 BANGKIT, JATUH… DAN? 🔥

Pernah rasa macam hidup ni roller coaster? Dah bangkit penuh semangat, tiba-tiba jatuh lagi?

Insya-Allah ada cara untuk bangkit semula dan KEMBALI KUAT!💪

Kami bawakan LIVE yang bakal ubah cara anda melihat kegagalan – JATUH SETELAH BANGKIT - 3 Langkah Untuk Bangkit Semula 💡

📅 Jumaat | 21 Februari 2025
3 Petang
📍 FB Page: Ibu Rose - Mesejnya Kasih
👉 [www.facebook.com/iburoselove](www.facebook.com/iburoselove)

💡 3 SOALAN PENTING yang akan dibincangkan dalam live ini :
Apakah kesilapan mindset yang sering dilakukan oleh mereka yang ingin bangkit tetapi tetap gagal?
Bagaimana membina istiqamah supaya tidak mudah jatuh setelah bangkit?
Apakah tindakan praktikal yang boleh diambil apabila seseorang sedang berada dalam fasa jatuh?

💖 Dibawakan khas oleh Ibu Rose sebagai penyampai dan Yasmin Sari sebagai hos. InsyaAllah, perkongsian ini akan beri semangat baru untuk bangkit semula!

🚨 Set alarm sekarang! 🚨
🔄 Jangan lupa SHARE dan ajak kawan-kawan! Semoga lebih ramai yang dapat manfaat. 🌸

#IbuRoseLive #BangkitSemula #JatuhSetelahBangkit #Motivasi #KasihSayang
👍1
Ibu dah Live bersama Yasmin Sari.

Topik: Siri Saya Berharga - Jatuh Setelah Bangkit (3 Langkah Untuk Bangkit Semula)

Jom sertai

Tekan Link di bawah untuk tonton:

https://www.facebook.com/100044368691749/videos/638518945332291
Jom bersama Ibu esok Khamis 6 Mac 2025 di Bernama TV

Topik: Suami Isteri - Kerjasama Dalam RumahTangga.

Jumpa anda esok!
Assalamualaikum sayang Ibu,
Jom ikut Ibu Live esok di IKIMfm

www.facebook.com/ikimfm

Topik: "Kuasa Komunikasi Positif Dalam Keibubapaan"

Jemput Share kepada family & sahabat.

Jumpa esok!
👍2
Anak anda baru lepas dapat keputusan SPM? Apa perancangan anak anda? Ibu akan lIve di IKIMfm dalam segmen G-Alpha untuk membincangkan tentang topik ini. Jom!

Tarikh: 8hb Mei 2025 Khamis
Masa: 8.30AM
Topik: Pasca SPM - Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan.
👍3
G ALPHA (KHAMIS, 8/5/2025, 8.30 PAGI)

TETAMU | IBU ROSE

JAWATAN : PAKAR KELUARGA DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

TAJUK : “Pasca SPM: Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan”

Minggu ini, kita membawakan satu topik – “Pasca SPM: Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan”.
Ya, keputusan SPM baru sahaja diumumkan. Ada yang tersenyum lebar dengan kejayaan yang diraih, dan tidak kurang juga yang mungkin masih termenung, kecewa, atau tertanya-tanya — “Apa langkah aku selepas ini?”
Bagi ibu bapa pula, perasaan bercampur baur. Bangga, risau, teruja – semua ini adalah reaksi yang normal. Namun yang penting sekarang ialah bagaimana kita, sebagai pelajar dan ibu bapa, mengurus emosi ini dan memikirkan hala tuju masa depan secara rasional dan bijak.
Jadi dalam rancangan ini, kita akan bincangkan:
1. Apa emosi yang biasa berlaku pasca keputusan,
2. Bagaimana untuk menghadapinya dengan tenang,
3. Dan yang paling penting, bagaimana merancang masa depan tanpa terikat sepenuhnya kepada angka di atas slip keputusan itu.

*SOALAN :*
1. Selepas keputusan SPM diumumkan, apakah reaksi emosi yang lazim dialami oleh pelajar – sama ada yang cemerlang mahupun yang tidak mencapai sasaran?
(Tujuan: Menyentuh realiti emosi pelajar dari semua lapisan.)

2. Bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan positif dalam membantu anak-anak mengurus tekanan emosi selepas menerima keputusan SPM?
(Tujuan: Fokus kepada peranan sokongan ibu bapa.)

3. Adakah normal bagi pelajar merasa keliru, takut atau hilang arah selepas SPM, dan bagaimana mereka boleh mengatasi perasaan ini?
(Tujuan: Memberi panduan pengurusan emosi dan motivasi.)

4. Bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan, apakah yang boleh mereka lakukan untuk terus maju ke hadapan?
(Tujuan: Menyampaikan mesej harapan dan pilihan lain.)

5. Apakah antara kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam memberi reaksi terhadap keputusan anak, dan bagaimana ia boleh dielakkan?
(Tujuan: Menyedarkan peranan komunikasi dan empati dalam keluarga.)

6. Bagaimana pelajar boleh merancang masa depan mereka secara realistik berdasarkan keputusan SPM yang diperoleh?
(Tujuan: Bimbingan praktikal berkaitan perancangan pasca-SPM.)

7. Apakah jenis sokongan yang wajar dicari oleh pelajar – sama ada bimbingan kaunselor, rakan sebaya, atau mentor – dalam membuat keputusan masa depan?
(Tujuan: Memberi idea sokongan luaran dan saluran yang wujud.)

8. Akhir sekali, apakah pesanan utama kepada pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi fasa penting pasca SPM ini dengan tenang dan bijaksana?
(Tujuan: Menutup dengan mesej penyatuan dan semangat membina.)
https://www.facebook.com/100044608831563/videos/1713572416215521

Jom Ibu dah live di IKIM dalam segmen G-Alpha
Topik: Pasca SPM - Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan.
Like & Share ya
Ibu Rose ada mesej untuk First Time Parents. Jemput klik link ini dan selamat menonton

https://vt.tiktok.com/ZShUCDMNL/
Sayang Ibu, ❤️❤️❤️

Kata-kata kita kepada anak-anak, boleh menjadi madu manis atau racun.

Hindari kata-kata negatif yang boleh menjadi doa – Anak-anak yang masih kecil percaya apa yang kita ucapkan.

Jauhi berkata, “kamu ini pemalas!” atau “Degil betul!”

Sebaliknya, tukar kepada, “sayang kena lebih rajin,” dan “Jom jadi anak yang soleh.”

Firman Allah dalam Al-Quran:

“مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ”
“Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).” (Surah Qaf: 18)

Sayang, jika belum mampu mengawal perkataan, banyaklah berdoa agar Allah bantu. Kerana disiplin kata itu sangat PERLU dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh. ❤️
8👍1🔥1
2025/10/25 19:07:41
Back to Top
HTML Embed Code: