Telegram Web Link
Kadang ayah kata,
“Saya tak sempat nak luang masa dengan anak.”
Padahal, masa itu tidak perlu lama. Cukup 2 minit yang bermakna.

Ketika menghantar anak ke sekolah,
ucapan kecil seperti:

“Ayah bangga abang solat Subuh tadi tanpa disuruh. Ayah doakan abang jadi anak soleh.”

Kalimat itu mungkin hanya 2 MINIT.
Namun ia mampu menjadi bekas di hati anak seumur hidupnya.

Ayah,
Sebenarnya bukanlah kita tiada masa, usah kejar masa..
Tapi, kejarlah MAKNA dalam masa yang ada.
Manfaatkan sepenuhnya setiap detik bersama anak.

💖 Sesungguhnya, doa dan kata-kata seorang ayah,
itulah yang menjadi kekuatan dalam hidup anak-anak.

🌸 Allah mengingatkan kita tentang amanah ini dalam firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.”
(Surah At-Tahrim, 66:6)

Setiap kalimah baik yang keluar dari mulut seorang ayah,
sebenarnya adalah DIDIKAN HATI.
Kerana apabila seorang ayah mendidik dengan kasih,
anak akan belajar makna cinta yang membawa ke syurga.

🌿 Rasulullah ﷺ juga bersabda:

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang yang dipimpinnya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ayah bukan hanya pemimpin keluarga,
tetapi juga PEMBENTUK JIWA.
Walau cuma dua minit, bila ia disertai dengan doa dan kasih,
maka Allah akan memberkati dan memanjangkan kesannya ke dalam hati anak-anak.
InsyaAllah.

اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا آبَاءً وَأُمَّهَاتٍ يَهْدُونَ أَبْنَاءَهُمْ بِحُبٍّ وَإِيمَانٍ، وَبَارِكْ فِي أَلْسِنَتِنَا لِتَكُونَ كَلِمَاتُنَا نُورًا فِي قُلُوبِهِمْ

“Ya Allah, jadikanlah kami ayah dan ibu yang membimbing anak-anak kami dengan kasih dan iman.
Berkatilah setiap tutur kata kami agar menjadi cahaya dalam hati mereka.” 🤲🏼

Aminn Ya Rabb..

Jemput share, like dan komen.
Semoga bermanfaat.

Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
Setiap kali buka mulut, rasa macam ulang benda yang sama.
Mandi pun nak kena suruh.
Tak suruh solat, tak bergerak.
Kadang bila suruh mengemas, buat muka.
Bila suruh belajar..banyak pula alasan.

Hati kita pun mula rasa penat
“Ya Allah, kenapalah anak aku susah sangat nak ikut cakap?”
Padahal bukan benda susah pun… tapi entah kenapa, susah sangat mereka nak buat.

Min faham rasa tu.
Letih sangat bila setiap arahan seolah-olah macam angin lalu.
Kadang kita terpaksa tinggikan suara dan ugut baru jalan.
Kalau boleh tak nak buat macam tu.
Tapi kalau tak buat, tak jalan.

Ada masanya bila terlebih marah, datang pula rasa bersalah lepas tu. 😢

Sampai satu masa, min duduk tenang dan tanya diri sendiri:
“Selama ni aku benar-benar MENDIDIK ke,
atau aku cuma MENYURUH?”

Waktu tu baru tersedar.
Selama ni min nak anak patuh cepat.
Tapi lupa nak jelaskan KENAPA sesuatu tu penting.
Min BELUM LATIH anak untuk berdisiplin dengan hati.

Allahu… bila Allah bagi kesedaran tu, rasa sebak sangat.
Anak bukan mesin yang ikut arahan.
Mereka perlukan contoh, perhatian dan kelembutan untuk FAHAM. 🌸

Bila anak belajar berdisiplin, dia sedang belajar menjadi orang yang bertanggungjawab.
Dia tahu apa nak buat tanpa perlu disuruh.
Dan bila waktu tu, dia sebenarnya sedang membesar menjadi insan matang.

Sungguh, MENDIDIK ini bukan tugas yang mudah.
KESABARAN sangatlah diperlukan.
MUJAHADAH itu jawapannya.

🌿 Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka.”
(Surah At-Tahrim, ayat 6)

Tujuan kita mendidik anak berdisiplin bukanlah supaya kita senang.
Tapi paling utama adalah supaya mereka selamat, dunia dan akhirat.
Kerana setiap kali kita SABAR MENDIDIK,
kita sedang menunaikan amanah besar dari Allah. 💞

Ya Allah, lembutkan hati kami untuk sabar mendidik.
Bantu kami menjadi ibu yang tenang,
yang mampu membimbing anak-anak menjadi hamba-Mu yang taat,
bukan sekadar anak yang patuh pada suara kami. 🌿

Kalau anda rasa penat hari ni, cuba berhenti sekejap.
Tarik nafas. Fikir kembali.
Selama ini, adakah kita sedang mengarah,
atau benar-benar membimbing? 💗

Jemput share, like dan komen.

Semoga bermanfaat.
Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
“Bagaimana Mendidik Anak Menjadi Berdisiplin?”

Kadang bila anak tak ikut arahan, hati ibu ayah cepat kecewa.
Kita pun mula tertanya-tanya…
“Di mana silapnya cara aku mendidik?” 😔

Hakikatnya, anak bukan degil. Mereka sedang belajar jadi manusia kecil yang berdisiplin.
Dan ibu ayah pula sedang belajar jadi pendidik yang sabar dan bijaksana. 💞

Dalam perkongsian kali ini, jom kita sama-sama belajar
bagaimana Al-Quran dan sunnah Rasulullah ﷺ
memandu kita mendidik dengan kasih, tapi tetap tegas.

🎙️ SIRI KEIBAPAAN LIVE
Tajuk: Bagaimana Mendidik Anak Menjadi Berdisiplin?
👩‍🏫 Ibu Rose – Family & Love Guru
👩‍👧 Yasmin Sari – Home Engineer
🗓️ Jumaat | 31 Oktober 2025
🕒 3.00 petang
📍 FB Page: Ibu Rose – Mesejnya Kasih

Jom, kita belajar menyusun sistem dan menyentuh hati anak,
dengan kesabaran yang lembut dan cinta yang mendidik.

🔔 Set reminder sekarang supaya tak terlepas siaran!
#IbuRose #MesejnyaKasih #SiriKeibapaan #AnakBerdisiplin #ParentingIslamicStyle
#ParentingAkademiLoveworldPAL
Ada masa… bila kita duduk seorang diri, tiba-tiba rasa sebak datang.
Teringat cara kita marah anak semalam.
Teringat muka anak yang diam bila kita meninggi suara.
Teringat bagaimana kita tolak-tolak dia ke tepi sebab kita penat,
sedangkan hatinya cuma nakkan perhatian dari kita. 😔

Waktu tu baru rasa,
“Ya Allah… banyaknya silap aku selama ni.”

Kita ingat mendidik anak tu hanya tentang suruh, larang, betulkan dan atur jadual mereka.
Tapi rupanya, mendidik juga tentang melatih diri sendiri.
Melatih diri untuk sabar, lembut dan sedar bahawa setiap kata kita meninggalkan bekas di jiwa mereka. 💔

Dan di situlah bermulanya perubahan.
Bukan pada anak.
Tapi pada diri kita.
Langkah pertama .... TAUBAT!

Taubat kerana kelalaian kita.
Taubat kerana banyak kali mendahulukan emosi daripada hikmah.
Taubat kerana lupa bahawa mendidik itu ibadah.

🌿 Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
InnaAllāha yuḥibbut-tawwābīna wa yuḥibbul-mutaṭahhirīn

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 222)

SubhanAllah… dalam ayat ini Allah sebut dua golongan yang Dia cintai.
Bukan sekadar diterima, tapi dicintai.
Yang pertama, orang yang bertaubat (at-tawwabin).
Iaitu mereka yang sedar, kembali, dan tak jemu memperbaiki diri.
Yang kedua, orang yang menyucikan diri (al-mutathahhirin).
Iaitu bukan hanya bersih dari najis zahir, tapi juga dari kotoran hati: marah, kecewa, sombong, dan kelalaian.

Maksudnya, bila seorang ibu menangis memohon ampun dan mahu memperbaiki cara didikan anaknya, dia sedang melangkah ke dalam cinta Allah.
Dan dari cinta itulah datang kekuatan baru untuk mendidik dengan tenang dan kasih. 🤍

Bila kita mula bertaubat, hati perlahan-lahan jadi lembut.
Marah yang dulu mudah menyala, mula reda.
Nada suara jadi lebih tenang.
Dan ajaibnya, MasyaAllah anak pun mula berubah perlahan-lahan. 🌷

Kerana hati yang bersih akan memancar pada setiap perbuatan.
Dan anak-anak akan belajar bukan hanya dari kata-kata kita.
Tetapi dari aura tenang yang terpancar dari jiwa yang sudah dimaafkan Allah.

Taubat ini bukan tanda kita lemah.
Taubat tanda kita mahu kembali kepada fitrah.
Fitrah seorang ibu yang hatinya penuh kasih dan lembut,
seperti yang Allah ciptakan asalnya. 🌿

"Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari marah dan kecewa.
Jernihkanlah jiwa kami dari rasa bersalah yang menekan.
Bantu kami mendidik anak-anak dengan sabar, kasih dan hikmah.
Dan jadikan setiap istighfar kami sebagai penyembuh untuk hati dan keluarga kami."

Mari kita mulakan dengan istighfar.
Sebelum mengajar anak, ajarilah dulu hati kita untuk tenang.
Kerana dari hati yang tenang dan bersih,
akan datangnya tindakan yang penuh berkat. 💗

🌸 Salam kasih,
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare #parentingkejannah #iburosemesejnyakasih #totiq4 #YayasanUmmiMalaysia #taubatseorangibu #ibumendidikdiri
4
“Sayang...Kalau nak didik anak berdisiplin, langkah pertama bukan buat jadual… tapi TAUBAT.”

Kata-kata Ibu Rose membuatkan kita mampu terdiam. Lama. 😢
Sebab kita sedar…
banyak silap yang kita buat.

Kadang cepat marah.
Kadang nak semuanya sempurna.
Kadang menekan tanpa sedar.
Kadang suara kita kuat.

Tanpa kita sedar sebenarnya hati anak itu mula retak perlahan-lahan.
Dan bila tersedar, hati terus rasa nak menangis.
“Ya Allah… aku dah banyak silap, banyak terlepas pandang.” 💔

Namun, firman Allah ni sangat lembut. Seolah-olah sedang memujuk :

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan menyucikan diri.”
(Al-Baqarah: 222)

Ayat ini bukan sekadar tentang kebersihan zahir,
tetapi juga KESUCIAN HATI.

Bila Allah sebut “menyucikan diri”,
itu tanda Dia mahu kita cuci luka lama.
Luka terhasil dari marah, dari kecewa dan dari rasa gagal sebagai ibu.

Sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan kita walau kita pernah tersilap.
Bahkan Dia MENCINTAI mana-mana hamba-Nya yang ingin kembali.

MasyaAllah, Allah bukan sekadar menerima, tapi mencintai.
Betapa lembut kasih Allah pada hati yang mahu berubah. 🤍

TAUBAT itu ubat.
Ia menenangkan jiwa yang letih.
Ia mencuci hati yang penuh penyesalan.
Dan bila hati kita kembali bersih,
barulah Allah mudahkan langkah kita dalam mendidik anak. 🌷
InsyaAllah.

Kalau anda juga pernah rasa begitu.
Mungkin cepat marah, pernah kecewa, tapi tetap mahu berubah.
Jom tulis di komen,
“Ya Allah, aku ingin kembali.” 🤍

Jemput share, like dan komen.
Semoga bermanfaat.

Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
1
Ibu dah Live di FB Page. Jom sertai

Topik: SIRI KEIBUBAPAAN - Bagaimana Mendidik Anak Menjadi Berdisiplin?

Tekan link di bawah untuk tonton.

https://www.facebook.com/100044368691749/videos/1465490114513895

Love & Share kepada family dan rakan-rakan ❤️
Ada masanya terdetik dalam hati
Bilalah anak ni nak pandai mengemas, rajin, pandai urus diri?
“Kenapa anak aku belum macam tu lagi?” 😔

Tulahkan, kita nak anak berubah cepat.
Nak anak mudah bangun pagi setiap hari.
Bangun pagi terus kemas katil.
Terus mandi tanpa disuruh.
Terus belajar sendiri tanpa perlu diingatkan.

Tapi realitinya…
semua benda besar bermula dengan langkah kecil. 🌼

Nak anak berdisiplin,
bukan tentang bila dia berubah,
tapi bagaimana dia DIBIMBING untuk berubah.

Minta dia lipat baju sendiri.
Basuh pinggan selepas makan.
Kemas meja belajar.
Sapu ruang tamu.
Sedikit-sedikit. Hari demi hari.

Waktu dia buat silap, sabar.
Jangan cepat marah.
Kerana di situ Allah sedang mendidik hati kita juga untuk
belajar redha, belajar menahan diri.

Sebab anak takkan terus pandai.
Itu adalah hakikat.
Kita juga begitu.

InsyaAllah anak ini akan belajar perlahan-lahan.
Dan setiap langkah kecil yang dia ambil,
setiap usaha walau nampak remeh,
semuanya sedang membina peribadi besar dalam dirinya. 🌱

🌿 Firman Allah SWT:

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya.”
(Surah Az-Zalzalah: 7)

Dari ayat ni, kita boleh faham yang Allah sedang mengajar kita untuk melihat yang kecil dengan pandangan besar.
Kerana di sisi Allah, tiada usaha yang sia-sia.
Bahkan kebaikan sekecil zarrah pun Allah janji akan tunjukkan hasilnya. 🌷

Jadi bila anak baru belajar lipat baju walau masih senget,
bila dia cuba sapu lantai walau tak bersih sepenuhnya,
bila dia angkat pinggan sendiri walau tertumpah sedikit,
jangan pandang kecil.
Sebab Allah pun pandang usaha kecil itu dengan penuh kasih. 💞

Mendidik anak bukan soal cepat atau lambat.
Ia tentang sabar dan istiqamah.
Kerana setiap proses kecil itulah sebenarnya jalan menuju pembentukan akhlaknya.

Jom, kita sama-sama saling mendoakan,
moga Allah pandang setiap usaha kecil kita mendidik anak sebagai amal besar di sisi-Nya. 🤍

Salam kasih,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
6
Anak lambat buat kerja, lupa ulangkaji atau tak ikut jadual.
Hati mudah naik angin, suara pun mula meninggi.

Tapi bila renung balik…
Mereka masih belajar.

Sama seperti kita juga yang masih belajar jadi ibu ayah.
Dulu pun kita bukan terus pandai.
Ada masa malas, ada masa lupa, ada masa tak faham.
Bezanya cuma… sekarang kita di tempat mereka.

💞 Maka sabarlah duhai ibu.
Kerana setiap anak bukan dibentuk dalam sehari.
Ia perjalanan panjang.
Perjalanan yang penuh ujian, jatuh bangun dan air mata cinta.

Pesan Allah dalam kalam-Nya :

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.”
(Surah Ali ‘Imran: 146)

Ayat ini bukan sekadar peringatan…
Tapi pelukan dari Allah untuk setiap hati yang sedang menahan diri.

Sabar itu bukan kelemahan.
Ia tanda iman masih hidup.
Ia bukti cinta yang dalam terhadap amanah Allah.

Sebab ketika kita bersabar, sebenarnya Allah sedang mendidik kita
supaya menjadi ibu yang lebih lembut,
lebih tenang,
dan lebih bergantung kepada-Nya daripada hasil semata. 🌸
Setuju?

Jemput share, like dan komen.
Semoga bermanfaat.

Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
2025/11/05 09:29:09
Back to Top
HTML Embed Code: