Telegram Web Link
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/iburoselove
Rutin membentuk disiplin.
Kadang-kadang kenapa anak-anak tidak berdisplin adalah hanya kerana mereka tiada rutin.

Bila ada rutin, anak itu sendiri rasa selamat.
Dia tahu apa yang perlu dilakukannya untuk hari itu.

Sama juga seperti kita yang dewasa ni.
Kalau hari yang dilalui hanya go with the flow tanpa sebarang perancangan, lihat bagaimana keadaan hari itu.

Setuju tak?

Orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai jadual hidupnya.

Kalau belum ada rutin untuk anak, masih belum terlambat.
Mari cipta satu rutin untuknya hari ini😊
👍4
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/iburoselove
Sentiasalah membangunkan anak-anak dengan kalimah kasih sayang.

Sabar..sabar dan sabar.

Mulakan dengan Hadith Nabi Saw :

"Sayang ibu, bangun sayang. Ada orang dah lama doakan sayang. Orang yang lebih menyintaimu lebih dari ibu menyintaimu sayang. Itulah Rasulullah saw."

"Ingat doa nabi, sayang. Kata nabi, Ya Allah, berkatilah umatku pada paginya. Sayang nak dapat doa nabi kan? Jom bangun sayang."

Ulang dan ulanglah kalimah ini dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

❤️Nabi sayangkan dia lebih dari ibu ayah sayangkan dia.
❤️Nabi dah lama doakan dia. "Ya Allah berkatilah umatku pada paginya."

Inilah juga saat terbaik untuk kita menanamkan rasa cinta dan kasih anak kita kepada Rasulullah saw.

Kita programkan ia ke dalam minda separa sedarnya. Mudah-mudahan rasa ini akan terus kekal di dalam dirinya selamanya.
Aminn Ya Rabb

Salam kasih,
Team Ibu Rose
Yasmin Sari
👍2
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/iburoselove
Damai Diri

Yelah kan, kadang-kadang kita sendiri pun tak kenal siapa kita.

Kadang-kadang kita pun tak percaya pada apa yang mampu kita lakukan.

Jadi kalau sekarang ni kita lalui keadaan yang sukar, bertabahlah.

Jaga respon dan tindakan kita.

Laluilah dengan SABAR dan SYUKUR.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.
Hidup di dalam sebuah keluarga yang tenang dan aman adalah kerinduan dan keinginan setiap anak. Bahagia hati mereka bila mereka melihat ayah dan emak saling kasih mengasihi, bertutur dengan penuh hormat dan penuh dengan rasa hormat terhadap satu sama lain.
.
Anak-anak kecil belajar mengenai hidup dari kita orang dewasa, sayang Ibu semua. Mereka absorb semua apa yang mereka tengok, dengar dan rasa, hidup dan taste, -VAKOG.
.
Keajaiban hidup ini Allah beri adalah segala yang perlu dan penting untuk seorang manusia itu dijadikan olehNYa berlimpah ruah, in abundance.
.
Kita memerlukan oksigen, ketahuilah betapa banyaknya oksigen. Kita tidak perlu bayar sesen pun untuk menghirup oksigen. Kita perlukan air, lihatlah betapa banyaknya air. Malah wujud teknologi yang boleh menukar air laut ke air yang boleh diminum.
.
Dan untuk happy dan bahagia di dalam keluarga itu juga suatu yang tidak perlu pakai wang. Kerana kunci bahagia adalah BERSYUKUR.
.
Dan bahagia kita pula terletak pada BAHAGIA nya orang lain. Maksudnya, bila kita membahagiakan seseorang, maka bahagia yang lebih besar datang kepada kita.
.
Lihat mata anak-anak mu sayang Ibu. Tunjukkan how grateful you are having them with you. Anak-anak mu akan bahagia sangat. Bila mereka bahagia; bunga-bunga bahagia itu juga mengembang di dalam diri mu.

Aura parenting mu akan penuh dengan love. Dan sayang akan melihat miracle...iaitu anak-anak mu akan sangat well behave, tenang dan sayang-menyayangi satu sama lain.
.
Ibu menadah tangan berdoa, agar KETENANGAN dan KESABARAN yang membawa kepada KESEJAHTERAAN Allah tiupkan ke qalbu mu.
.
Aminn Ya Rabb

Ibu Rose
Be Loving & Kind
👍21
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/iburoselove
2025/10/27 06:43:13
Back to Top
HTML Embed Code: