Telegram Web Link
Ibu dah Live bersama Yasmin Sari.

Topik: Siri Saya Berharga - Jatuh Setelah Bangkit (3 Langkah Untuk Bangkit Semula)

Jom sertai

Tekan Link di bawah untuk tonton:

https://www.facebook.com/100044368691749/videos/638518945332291
Jom bersama Ibu esok Khamis 6 Mac 2025 di Bernama TV

Topik: Suami Isteri - Kerjasama Dalam RumahTangga.

Jumpa anda esok!
Assalamualaikum sayang Ibu,
Jom ikut Ibu Live esok di IKIMfm

www.facebook.com/ikimfm

Topik: "Kuasa Komunikasi Positif Dalam Keibubapaan"

Jemput Share kepada family & sahabat.

Jumpa esok!
👍2
Anak anda baru lepas dapat keputusan SPM? Apa perancangan anak anda? Ibu akan lIve di IKIMfm dalam segmen G-Alpha untuk membincangkan tentang topik ini. Jom!

Tarikh: 8hb Mei 2025 Khamis
Masa: 8.30AM
Topik: Pasca SPM - Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan.
👍3
G ALPHA (KHAMIS, 8/5/2025, 8.30 PAGI)

TETAMU | IBU ROSE

JAWATAN : PAKAR KELUARGA DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

TAJUK : “Pasca SPM: Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan”

Minggu ini, kita membawakan satu topik – “Pasca SPM: Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan”.
Ya, keputusan SPM baru sahaja diumumkan. Ada yang tersenyum lebar dengan kejayaan yang diraih, dan tidak kurang juga yang mungkin masih termenung, kecewa, atau tertanya-tanya — “Apa langkah aku selepas ini?”
Bagi ibu bapa pula, perasaan bercampur baur. Bangga, risau, teruja – semua ini adalah reaksi yang normal. Namun yang penting sekarang ialah bagaimana kita, sebagai pelajar dan ibu bapa, mengurus emosi ini dan memikirkan hala tuju masa depan secara rasional dan bijak.
Jadi dalam rancangan ini, kita akan bincangkan:
1. Apa emosi yang biasa berlaku pasca keputusan,
2. Bagaimana untuk menghadapinya dengan tenang,
3. Dan yang paling penting, bagaimana merancang masa depan tanpa terikat sepenuhnya kepada angka di atas slip keputusan itu.

*SOALAN :*
1. Selepas keputusan SPM diumumkan, apakah reaksi emosi yang lazim dialami oleh pelajar – sama ada yang cemerlang mahupun yang tidak mencapai sasaran?
(Tujuan: Menyentuh realiti emosi pelajar dari semua lapisan.)

2. Bagaimana ibu bapa boleh memainkan peranan positif dalam membantu anak-anak mengurus tekanan emosi selepas menerima keputusan SPM?
(Tujuan: Fokus kepada peranan sokongan ibu bapa.)

3. Adakah normal bagi pelajar merasa keliru, takut atau hilang arah selepas SPM, dan bagaimana mereka boleh mengatasi perasaan ini?
(Tujuan: Memberi panduan pengurusan emosi dan motivasi.)

4. Bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan, apakah yang boleh mereka lakukan untuk terus maju ke hadapan?
(Tujuan: Menyampaikan mesej harapan dan pilihan lain.)

5. Apakah antara kesilapan biasa yang dilakukan oleh ibu bapa dalam memberi reaksi terhadap keputusan anak, dan bagaimana ia boleh dielakkan?
(Tujuan: Menyedarkan peranan komunikasi dan empati dalam keluarga.)

6. Bagaimana pelajar boleh merancang masa depan mereka secara realistik berdasarkan keputusan SPM yang diperoleh?
(Tujuan: Bimbingan praktikal berkaitan perancangan pasca-SPM.)

7. Apakah jenis sokongan yang wajar dicari oleh pelajar – sama ada bimbingan kaunselor, rakan sebaya, atau mentor – dalam membuat keputusan masa depan?
(Tujuan: Memberi idea sokongan luaran dan saluran yang wujud.)

8. Akhir sekali, apakah pesanan utama kepada pelajar dan ibu bapa dalam menghadapi fasa penting pasca SPM ini dengan tenang dan bijaksana?
(Tujuan: Menutup dengan mesej penyatuan dan semangat membina.)
https://www.facebook.com/100044608831563/videos/1713572416215521

Jom Ibu dah live di IKIM dalam segmen G-Alpha
Topik: Pasca SPM - Mengurus Emosi, Merancang Masa Depan.
Like & Share ya
Ibu Rose ada mesej untuk First Time Parents. Jemput klik link ini dan selamat menonton

https://vt.tiktok.com/ZShUCDMNL/
Sayang Ibu, ❤️❤️❤️

Kata-kata kita kepada anak-anak, boleh menjadi madu manis atau racun.

Hindari kata-kata negatif yang boleh menjadi doa – Anak-anak yang masih kecil percaya apa yang kita ucapkan.

Jauhi berkata, “kamu ini pemalas!” atau “Degil betul!”

Sebaliknya, tukar kepada, “sayang kena lebih rajin,” dan “Jom jadi anak yang soleh.”

Firman Allah dalam Al-Quran:

“مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ”
“Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).” (Surah Qaf: 18)

Sayang, jika belum mampu mengawal perkataan, banyaklah berdoa agar Allah bantu. Kerana disiplin kata itu sangat PERLU dalam mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang soleh. ❤️
8👍1🔥1
Kata-Kata Kita, Ibu Bapa: Doa atau Sumpah Racun?

Sayang, pernah tak kita terduduk sendiri... terkenang semula kata-kata yang pernah terluah kepada anak waktu marah? “Degil betul kamu ni!”, “Penat ibu dengan perangai kamu!”, “Tak jadi manusia!”, dan paling menyakitkan, “Anak derhaka!”

Sedihkan? Kita tak pernah berniat menyumpah anak yang kita kasihi. Tapi kata-kata itu tetap meloncat keluar, lahir dari emosi yang tak terkawal. Bila reda, baru kita tersedar — betapa beratnya kesan kata-kata itu. Dan ya, ia tetap tinggal dalam hati kecil mereka. Seperti goresan di kaca — mungkin tak nampak, tapi peritnya mereka rasa. Hingga akhirnya, kita juga menangis... di bucu katil yang sunyi.

Bersambung...
3
Sambungan...

Sayang Ibu, kata-kata kita bukan sekadar bunyi. Ia boleh menjadi doa yang menyembuh — atau sumpah beracun yang meluka. Anak-anak kecil masih mencari siapa diri mereka. Dan mereka membina identiti daripada apa yang selalu mereka dengar — terutama daripada kita. Kata-kata ibu bapa adalah dunia pertama yang mereka percaya.

Tiada jalan lain kecuali kita mula mendisiplinkan lidah — bukan kerana kita sempurna, tetapi kerana kita sedar, setiap lafaz adalah amanah dan akan ditanya kelak.

Bila ditanya, "Bagaimana nak padamkan semua luka itu?"
Ibu jawab dengan penuh harapan:

-Ganti kata-kata buruk dengan kata-kata baik.

-Peluk anak hari ini, bisikkan kata-kata indah ke telinga mereka.

-Bersolat taubat – agar mematikan kesan buruk yang sedang menjalar.

-Ikhlaskan diri – kerana satu kata yang lahir dari hati, boleh menjadi penawar seumur hidup.

Ibu doakan sayang mampu lakukan dan membetulkan cara.
Kerana anak-anak kita berhak untuk dibesarkan dengan kasih, bukan racun yang meresap dalam diam.

Jom, kita lebih peka menjaga kata-kata.
Disiplin Kata. Disiplin Jiwa.
3
Apa khabar hati mu hari ini, sayang?
Ibu doakan sayang tenang, dan jika ada yang sedang tak nyaman di dalam, ketahuilah Ibu ada di sini… menemanimu dengan doa dan harapan.

Hari ini Ibu ingin berkongsi satu kesedaran yang amat dalam…
Ramai antara kita sedang membesarkan anak dari ruang luka. Ya, wounded parenting — apabila kita membimbing anak-anak bukan dari tempat sembuh, tetapi dari tempat yang masih belum pulih. Luka lama, trauma zaman kecil, jeritan yang tak sempat diredakan, semuanya tersimpan… dan tanpa sedar, tumpah kepada anak-anak kita.

Sayang, ini bukan tentang menyalahkan diri. Ini tentang menyedari… dan berusaha untuk sembuh.
Kerana anak-anak kita berhak mendapat ibu dan bapa yang membesarkan mereka bukan dari kemarahan, bukan dari keletihan emosi… tetapi dari kasih yang tenang dan jiwa yang sembuh.

Ibu doakan sayang kuat mencari jalan pulang.
Ke dalam. Ke hati yang mahu pulih. Demi mereka yang Allah titipkan dalam hidupmu.

Jom kita berusaha untuk sembuh,
kerana kita bukan hanya mahu jadi ibu bapa…
kita mahu jadi ibu bapa yang tenang dan bahagia dan membahagiakan. ❤️
4
Sayang Ibu,

Setuju tak jika Ibu kata, anak itu bukan milik mutlak kita?

Mereka adalah hadiah Allah kepada kita yang menjadi amanah.

Kita dipilih Allah untuk menjaga, membimbing, dan mencintai mereka —tapi bukan untuk mengawal atau menentukan segalanya dalam hidup mereka.

Apatah lagi, jika mereka sudah dewasa.

Peluklah mereka dengan redha.
Didik dengan kasih yang sedar: "Aku telah diberi hadiah untuk menjaga amanah Ilahi ini.

Jika panjang usia mereka dan kita, role itu akan bertukar. Mereka pulalah yang akan menjaga kita.

Dan secara lazimnya, mereka akan mengikut contoh dari kita.

“Ya Rabb, bimbinglah aku agar tetap bijak dan lembut dalam mendidik titipan-Mu ini.”

Ibu Rose
17
2025/10/27 14:57:43
Back to Top
HTML Embed Code: