Telegram Web Link
Assalamualaikum, Ibu nak tanya ibu-ibu muda,

Apa cabaran terbesar sebagai ibu baru (anak umur 0–6 tahun)?

A) Anak tantrum & susah nak dengar cakap
B) Emosi ibu sendiri cepat meletup/‘triggered’
C) Orang sekeliling asyik tegur/nasihat ‘cara parenting’ kita

Reply A/B/C sekarang – ibu nak hantar link jemputan sesi coaching eksklusif (PERCUMA, bernilai RM699)

Tempat terhad – cepat ya

@iburoselove
1
Ramai ibu bapa hari ini yang risau mengenai anak-anak generasi digital ini.
.
Ramai yang risau akan daya tahan mereka juga daya tahan anak-anak yang terdedah kepada dunia yang semakin celaru.
.
InsyaAllah berada di sini hari ini. Nanti ada LIVE di FB. Boleh ikuti slot Ibu pada pukul 10.30 am - 12.30 pm.
.
Tajuk slot Ibu...
Cabaran Daya Tahan:
Mendidik Anak Era Digital

Jom bersama Ibu.

https://www.facebook.com/majlisagamaislamns
[Tinggal 7 Slot PERCUMA: Coaching Parenting Ibu Anak 0-6 Tahun Bersama Ibu Rose Bernilai RM699]

Terlepas sesi 12 Julai lepas?

Khas kepada ibu-ibu kali pertama (anak 0–6 tahun / sedang mengandung / bakal ibu),

Akademi Parenting sedang bangunkan program pentauliahan keibubapaan khas "Loving & Firm" khas untuk ibu (anak 0–6 tahun)!

Tapi sebelum dilancarkan…

Ibu Rose nak dengar sendiri cabaran dan soalan dari anda melalui sesi coaching 3-jam secara fizikal (bernilai RM699 — 100% PERCUMA!)

🧡 Untuk 20 ibu sahaja.
🗓 Ahad, 27 Julai | 9:30–12:30 tgh | 📍Kota Damansara

🎁 Join sesi ini & jadi pencetus perubahan parenting generasi baru!

👉 Klik sini cepat:
ezy.la/ibupertamakali
ezy.la/ibupertamakali
ezy.la/ibupertamakali

Ini kali terakhir sesi ini diadakan secara percuma.

Tempat sangat terhad. Sebarkan pada rakan/kenalan yang mungkin sangat perlukan ini.

@iburoselove
3
Assalamualaikum Semua,💖
Ibu just nak beritahu bahawa bermula 19/7/2025, Ibu mengikut sebuah program anjuran Yayasan Ummi Malaysia (YUM) ia itu TOTIQ - Training of Trainers - Interaktif Quran.

Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah memakbulkan doa Ibu untuk lebih mendekati Al-Quran.
Bila kita mengikuti program seperti ini, maka tentu ada praktikalnya untuk membantu kita menjadi lebih faham dan berkongsi ilmu dengan orang lain.

Oleh itu, bermula hari ini dan seterusnya Ibu akan berkongsi Ilmu TOTIQ yang perolehi dan aplikasi ilmu tersebut.
Ibu focus kepada 4 Kategori yang Ibu akan tulis, InsyaAllah
1- Parenting
2- Membangunkan Jiwa Wanita - Women Empowerment - Suri Ummah.
3- Bahagia Keluarga
4- Pembangunan Diri
Semua berdasarkan Quran dan Sunnah.

Semoga Allah membantu Ibu istiqamah.
Terima kasih semua. 💖💖💖
========💖==========

#TOTIQ4
#TOTIQ
#totiqgroup6
#yayasanummimalaysia
#iburoseshare
#startitrightwithparenting
#parentingkejannah
ANAK KU HADIAH ALLAH KEPADA KU.
HADIAH YANG DIAMANAHKAN.💝
Fasa Mengandung
1-Legacy Parenting
*****
“Abang… baby gerak…”
Ter-eksited seorang ibu, saat si kecil dalam kandungannya mula menendang dari dalam rahim.
Ketika itu hati tersentuh…
Ada nyawa yang Allah titipkan.
Bukan milik kita sepenuhnya, tetapi amanah suci yang akan kembali kepada-Nya.
Firman Allah – Surah Ash-Shura, Ayat 49
“Kepunyaan Allah jualah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
🕌 Islam mengajar kita…
Kehamilan bukan hanya perubahan fizikal.
Ia adalah fasa penyucian dan penyediaan diri secara menyeluruh:

Jom baca sambungannya.
Sambungan:

🌿 Fizikal – Menjaga makanan, rehat dan kesihatan agar rahim jadi tempat yang selamat.
🌿 Mental – Menyemai ilmu dan bacaan, agar minda bersedia mendidik.
🌿 Emosi – Menstabilkan perasaan, menjaga kebahagiaan agar anak rasa kasih.
🌿 Jiwa – Mendekatkan diri kepada Allah, mohon kekuatan dan petunjuk sebagai ibu.
🌷 Solusi Ibu Muslimah – Amalan Semasa Mengandung
Sayang boleh membaca Surah Maryam & Surah Luqman setiap hari . InsyaAllah kita dapat mendidik hati & mohon keberkatan.
Bisikkanlah kata-kata kasih ke perut:
“Anakku, kamu insan bertakwa yang membawa cahaya.”
Bayangkan anak ini sebagai penyambung amal soleh — doakan setiap hari.
Jangan tunggu anak lahir baru mendidik.
Didikan bermula dari dalam rahim.
Ya anda boleh mendidik bermula dari dalam RAHIM mu sayang!
Ibu doakan sayang melalui pregnancy yang indah.
Salam Kasih,💖
Ibu Rose
#TOTIQ4
#TOTIQ
#totiqgroup66
#yayasanummimalaysia
#parentingkejannah
2🥰1
Wanita Mukminah Penjaga Nur Perjuangan. 💖
(Senjata kelapan Ummah)
Hari ini, dunia sedang keliru – memandang remeh peranan wanita sebagai pembina kasih, pelindung generasi, dan penjaga rumah tangga. Ramai menyangka kemuliaan wanita hanya tercapai apabila mereka menjadi seperti lelaki. Padahal, bila wanita hilang dari peranannya yang fitrah, runtuhlah institusi keluarga, goyahlah akhlak anak-anak, dan retaklah kekuatan ummah.
هُ
“Maka wanita yang solehah ialah yang taat, lagi memelihara (maruah dan amanah suami) ketika ketiadaannya, dengan pemeliharaan dari Allah.”
(Surah An-Nisa’: 34 – petikan ayat, bukan keseluruhan)

Tadabbur ringkas:
Wanita solehah bukan sekadar taat — tetapi menjadi benteng rahmat dalam diam. Diamnya menyimpan sabar. Lembutnya menjadi pelindung. Dia menjaga maruah, menjaga jiwa, menjaga rumah tangga – kerana dia tahu Allah sedang menjaganya.

Kita sambung next posting, scroll ke bawah.💖👇
Sambungan:
Wanita Mukminah Penjaga Nur Perjuangan. 💖
(Senjata kelapan Ummah)

Tazakkur – Rahmat:
"Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang Engkau redhai. Peliharalah aku agar mampu memelihara mereka yang Kau amanahkan. Jadikanlah rahmat-Mu melimpah dalam setiap tugas kasih yang aku pikul." 🌸
Wahai Suri Ummah, bersyukurlah dengan kemuliaan yang Allah beri. Bangkitlah membina rumah tangga dengan iman, mengasuh anak dengan kasih, dan membangunkan ummah dengan sabar dan doa. Kaulah senjata kelapan – tak terlihat pada mata dunia, tapi paling ditakuti oleh syaitan kerana engkau membentuk generasi pejuang.
#TOTIQ4 #yayasanummimalaysia #SuriUmmah #IbuRoseShare #ParentingKeJannah
1-Legasi Suri Ummah
😇3
Sambungan:
Wanita Mukminah Penjaga Nur Perjuangan. 💖
(Senjata kelapan Ummah)

Tazakkur – Rahmat:
"Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang Engkau redhai. Peliharalah aku agar mampu memelihara mereka yang Kau amanahkan. Jadikanlah rahmat-Mu melimpah dalam setiap tugas kasih yang aku pikul." 🌸
Wahai Suri Ummah, bersyukurlah dengan kemuliaan yang Allah beri. Bangkitlah membina rumah tangga dengan iman, mengasuh anak dengan kasih, dan membangunkan ummah dengan sabar dan doa. Kaulah senjata kelapan – tak terlihat pada mata dunia, tapi paling ditakuti oleh syaitan kerana engkau membentuk generasi pejuang.
#TOTIQ4 #yayasanummimalaysia #SuriUmmah #IbuRoseShare #ParentingKeJannah
1-Legasi Suri Ummah
2
Sambungan:
Wanita Mukminah Penjaga Nur Perjuangan. 💖
(Senjata kelapan Ummah)

Tazakkur – Rahmat:
"Ya Allah, jadikanlah aku wanita yang Engkau redhai. Peliharalah aku agar mampu memelihara mereka yang Kau amanahkan. Jadikanlah rahmat-Mu melimpah dalam setiap tugas kasih yang aku pikul." 🌸
Wahai Suri Ummah, bersyukurlah dengan kemuliaan yang Allah beri. Bangkitlah membina rumah tangga dengan iman, mengasuh anak dengan kasih, dan membangunkan ummah dengan sabar dan doa. Kaulah senjata kelapan – tak terlihat pada mata dunia, tapi paling ditakuti oleh syaitan kerana engkau membentuk generasi pejuang.
#TOTIQ4 #yayasanummimalaysia #SuriUmmah #IbuRoseShare #ParentingKeJannah
1-Legasi Suri Ummah
1
"Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat 21:
‘Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan daripada jenismu sendiri, supaya kamu mendapat ketenangan (sakinah) daripadanya, dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.’

Ayat ini mengingatkan kita bahawa ketenangan, kasih, dan rahmat adalah hadiah Allah yang perlu dijaga dan dipelihara."

Ibu doakan agar setiap yang membaca ini diberi rumah tangga yang penuh rahmah dan kasih sayang.💖💖💖

Legasi Keluarga Bahagia

#iburoseshare
#TOTIQ4
#Yayasanummimalaysia
4
Buli meninggalkan luka yang tak nampak di mata, tapi parutnya kekal di hati.
Kita semua ada peranan.

Bayangkan sekolah, pejabat, dan komuniti kita bebas daripada buli.
Semua rasa selamat. Semua rasa dihormati.

Ia boleh berlaku… kalau kita semua berani bertindak.

Buli Bukan Budaya —
Ia adalah Tanggungjawab Kita Bersama.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sayang Ibu,

Esok Khamis 14hb Ogos 2025 jam 8.30pagi, jom tonton/dengar Ibu di IKIMFM Slot G-ALPHA membincangkan topik Buli ini. Jumpa esok ❤️
Jom Ibu dah Live bersama DJ IKIM dalam Segmen G-Alpha

Tajuk: 'Buli Bukan Budaya : Tanggungjawab Kita Bersama

Tekan link dibawah untuk sertai

https://www.facebook.com/100044608831563/videos/1462680988396828

https://www.youtube.com/watch?v=Cs4q2S-_5Qk&ab_channel=IKIMfm

Share juga kepada keluarga & rakan-rakan ❤️
Apa Nak Kata Kepada Anak Dalam Kandungan?💖
.
Ramai Mama dan Ayah tak sedar satu perkara yang sangat penting...
Anak dalam kandungan itu sedang dengar dan rasa apa yang kita cakap.
Dia mungkin belum boleh membalas,
tapi roh dan jiwanya sudah mula menerima kasih dan getaran kata yang kita lafazkan sejak awal dalam rahim.
💞 Oleh itu sayang…
Bercakaplah perkara baik-baik padanya.
Beritahulah yang Mama dan Ayah menanti dia penuh cinta.
Berbicaralah dengan tenang, walau hanya bisikan dalam hati.

Setiap kata yang keluar dari hati seorang Mama adalah doa yang terbang ke langit.
Dan setiap pelukan dari jiwa — walau belum bersentuh kulit — tetap membekas dalam roh anak.
Jom kita berusaha bersama melahir dan mendidik Generasi Penyelamat Dunia

#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia #firsttimeparents #iburoseShare #parentingtipss #parentingkejannahKeJannah #suriummahah
1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
LA TAHZAN (Jangan Bersedih) WAHAI IBU-IBU YANG GIGIH💞
(Legasi Suri Ummah)
Wahai para ibu, jangan bersedih walaupun ada suara sumbang yang menganggap kita kaum yang lemah.
Kita bukan mahu membuktikan bahawa kita lebih kuat daripada lelaki,
tetapi kita mahu menjadi hamba Allah yang sedar, bersyukur —
bahawa kekuatan itu memang telah Allah tiupkan dalam diri kita sejak awal.
Kekuatan untuk mengasuh, memaafkan, bangkit setiap kali jatuh, bersabar dan membina semula.
Itulah kekuatan Suri Ummah.
Kita kasih anak-anak kita sepenuh hati.
Jika ada antara mereka sudah remaja dan mula melangkah semakin jauh daripada pelukan kita —
jangan bersedih, wahai ibu.
Jangan rasa cinta kita tidak dihargai.
Belajarlah skil untuk mendekati semula, mohonlah kekuatan daripada Allah,
dan serahkan usaha itu kepada-Nya.
Ibu yang kembali kepada Allah akan mendapat jalan pulang ke hati anaknya.
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk."
📖 (Surah Al-Baqarah, 2:45)💖
#TOTIQ4
#SuriUmmah
#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#YayasanUmmiMalaysia
9
Hari ini, ketika mengikut kelas Ustaz Mohd Faiz di TOTIQ 4, beliau menyentuh mengenai ibadah haji dan doa di Arafah, fikiran Ibu terus melayang kembali ke tahun 1998 — saat Ibu dan suami menjadi tetamu Allah.

Ya Allah, semaasa pergi itu terasa sangat pelbagai ketakutan dan kerisauan di dalam hati...risaukan anak-anak, risaukan cukupkan apa kami dapat bekalkan, pelbagai kerisauan... namun terasa sanagt Allah memberi sebuah kekuatan dan azam.. "Ibu lepaskan semuanya kepada Allah - Allah akan jaga malah selama ini Dialah yang jaga semuanya. Ibu lah kata-kata Ibu kepada diri Ibu.....

Untuk penulisan sepenuhnya sila ke facebook.com/ 💞iburoselove

#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
#IbuRoseShare
3
WANG RM100 SIAPA YANG BERI?

Kadang-kadang manusia lupa lalu mengeluarkan komen ketidaksyukuran.
.
Lupa dan angkuh untuk memahami bahawa rezeki itu adalah dari yang Maha Pemberi. Mereka mengolok-olokkan rezeki yang dikata kecil sahaja.
.
Bila memperolok-olokkan pemberian Allah; ingatlah janji Allah dalam surah Ibrahim 14:7.

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Ingatlah ketidaksyukuran ini mengundang Azab Allah yang amat pedih!.
.
"Dan jika kamu bersyukur, AKU akan tambah nikmat ku pada mu..."

Beristigfarlah

Dan didiklah anak-anak kita generasi akan datang untuk bersyukur dan faham, jelas, tahu dan yakin siapakah sebenarnya yang memberi rezeki.
.
Semoga Allah melindungi Negara Malaysia negara yang dicintai
Selamat Ulang tahunHari keMerdeka yang ke 68

#parentingkejannah #iburoseshare #suriummah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
👏1😱1
2025/10/22 11:03:21
Back to Top
HTML Embed Code: