Telegram Web Link
Pernah tak kita rasa… mendidik anak remaja ni macam naik roller coaster?

Ada masa kita seronok tengok dia membesar dengan baik.
Ada masa pula, kita buntu, tak tahu nak buat macam mana bila dia mula melawan, senyap atau penuh emosi.

Mungkin mereka mula berani melawan cakap.
Mula ambil mudah apa yang pernah diajar.
Mula tidak bercakap benar.
Lebih mendengar kata
kawan-kawan dan banyak lagi.

Sungguh, ini semua amat menghiris dan meruntun hati.

Ada yang mengatakan ini adalah fasa dan remaja memang begitu.
Nanti mereka sudah matang, tidaklah lagi begitu.

Adakah jawapan itu tepat atau sebenar adalah yang lebih besar daripada itu?

Jom sama-sama kita luangkan masa dalam:

🎙 SIRI KEIBUBAPAAN
Topik: Mendepani Cabaran Mendidik Remaja
🗓 Jumaat | 26 September 2025
3.10 petang
👩🏻 Ibu Rose & Yasmin Sari
📍 Live di:
👉 FB Page: Ibu Rose - Mesejnya Kasih
👉 Instagram: iburoselove

Mari ambil peluang ini untuk dapatkan panduan, inspirasi dan semangat baru dalam mendidik anak remaja kita. Jangan tunggu sampai kita rasa “terlambat” baru nak mula. 💡

❤️ Save the date, set reminder, dan ajak pasangan serta kawan-kawan untuk join sama.
😰 *Anak makin besar, makin susah ditegur?*
Ramai yang menyangka anak remaja ini memang susah nak dididik. Hakikatnya ia tidak begitu. Jika ada ilmu yang betul, InsyaAllah fasa remaja ini akan dapat dilalui dengan jauh lebih baik dan tenang. Pentingnya ibu bapa menjadi pendidik yang proaktif. Bersedia lebih awal.

Dalam *Siri Keibubapaan Part 1*, kita sempat kupas dua soalan penting:
1️⃣ *Mengenal punca* – Adakah cabaran remaja berpunca daripada *fasa remaja itu sendiri* atau daripada asas keibubapaan yang tak kukuh sejak awal?
2️⃣ *Konsistensi & disiplin* – Apa kesannya bila didikan ibu bapa sekejap longgar, sekejap ketat… sampai anak mula berani ‘protes’?

🔥 Ramai ibu ayah kata, jawapan Ibu Rose ini sangat bermanfaat.

InsyaAllah, untuk *PART 2* ini kita akan sambung lagi perbincangan berkenaan anak remaja ini ;
📌 *Siri Keibubapaan: Mendepani Cabaran Mendidik Anak Remaja*
🗓 *Jumaat | 3 Oktober 2025*
*2.30 PTG*
👩🏻‍💼 Bersama: *Ibu Rose & Yasmin Sari*

📍 LIVE di:
🔹 FB Page – *IBU ROSE - Mesejnya Kasih*
🔹 Instagram – *iburoselove*

👉 Jangan lepaskan peluang ini. Tag pasangan & sahabat anda, ajak sama-sama belajar cara mendidik remaja dengan penuh *hikmah & kasih sayang*.
“Maka tetaplah engkau (wahai Muhammad) di atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan juga orang yang bertaubat bersamamu; dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(11:112�)

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata: ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka tetap istiqamah, akan turun malaikat kepada mereka (dengan berkata): ‘Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”(41:30)

Kepada Allah kita bergantung sepenuhnya.
Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak alpa.

#iburoseshare
#suriummah
#YayasanUmmiMalaysia
#TOTIQ4
Anak Kenal Allah : Marah atau Kasih?
Kadang-kadang kita terbiasa cakap pada anak:
👉 “Kalau tak solat, nanti Allah marah…”

Niat kita baik.
Tapi tanpa sedar, anak mungkin membesar dengan bayangan bahawa Allah itu hanya menghukum, bukan Tuhan yang penuh kasih.

Jom baca seterusnya di FB Ibu - www.facebook.com/iburoselove

#parentingkeJannah
#TOTIQ4
#yayasaummimalaysia
Hadith ini membimbing kita bahawa seorang mukmin tidak boleh berdiam diri apabila berdepan kemungkaran. Diam ertinya membiarkan. Namun, Islam penuh hikmah dan cara mencegah disusun mengikut kemampuan. Jika ada kuasa dan mampu ubahlah dengan tangan. Jika tiada, tegurlah dengan lisan. Dan sekurang-kurangnya, jangan redha dalam hati.

🌿 Sesungguhnya, setiap usaha walaupun kecil, menjadi bukti hidupnya iman dalam dada.

#iburoseshare
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
Bila kita sebut Sumud, maksudnya ketabahan dan jiwa yang kental. Untuk Gen Z hari ini, apa sebenarnya cabaran yang buat mereka mudah goyah atau cepat putus asa?

Media sosial banyak mempengaruhi cara anak muda berfikir hari ini. Bagaimana ia boleh jadi punca Gen Z hilang sumud, dan apa langkah untuk kawal perkara ini?

Jom ikuti perbincangan Ibu bersama DJ IKIM di IKIM, Khamis 9hb Oktober 2025 8.30AM. ❤️
1
💔 *“Masa tu anak baru 3 tahun… tapi marahnya macam anak dah besar.”*
Itu antara pengakuan jujur yang ramai ibu bapa boleh faham bila bercakap tentang *anak sulung.*

Kadang kita tak sedar,
Anak sulung ni selalu dipaksa cepat “dewasa” dan anak yang selalu kita letak harapan tinggi padanya.
Dan bila tersedar, semuanya dah berlaku dalam tempoh *Golden Ages (0–7 tahun)* — masa paling penting membentuk jiwa anak.

😔 *“Macam mana nak betulkan kesilapan parenting lepas?”*

Jangan risau, belum terlambat 💗
InsyaAllah, dalam *Siri Keibubapaan* kali ini,
*Ibu Rose* (Family & Love Guru)
bersama
*Yasmin Sari* (Home Engineer)
akan berkongsi jalan untuk kita mula semula dengan kasih.

🎧 Tajuk: Anak Sulung — *Bagaimana Membetulkan Kesilapan Parenting Lepas?*
📅 *10 Oktober 2025 (Jumaat)*
🕒 *2.30 petang*
📍 *FB Page: Ibu Rose - Mesejnya Kasih*

💬 *Hadirlah bersama dalam live ini untuk bertanya terus kepada pakarnya.*
Kalau selama ni hati masih rasa bersalah, masih teringat kesilapan dulu — inilah ruang untuk kita belajar dan mula semula dengan tenang.

Kerana kasih yang tulus sentiasa memberi peluang kedua 🌿
👉 Jom sama-sama kita hadir, dengar, dan sembuhkan diri — untuk anak-anak yang kita cintai. ❤️
Ibu dah Live di FB Page. Jom sertai

Topik: SIRI KEIBUBAPAAN - Anak Sulung: Bagaimana Membetulkan Kesilapan Parenting Lepas?

https://www.facebook.com/iburoselove/videos/1260903835746235
1
Perkembangan anak tak pernah sama.
Ada yang cepat cakap, tapi lambat membaca.
Ada yang lembut hati, tapi mudah menangis.
Ada yang diam, tapi tajam pemerhatian.

Dan di sebalik perbezaan itu,
ada hikmah yang Allah nak kita belajar sebagai ibu bapa.

Setiap anak sebenarnya lahir membawa sedikit sebanyak getaran jiwa ibu dan ayahnya.
Sebab itulah emosi ibu semasa mengandung sangat penting.
Apa yang ibu fikir, rasa, dan lalui… semuanya terakam di jiwa anak yang sedang terbentuk.

Tapi jangan salah faham.
Anak tetap lahir dalam keadaan fitrah, dia putih bersih, suci, dan ingin selalu dekat dengan Allah.
Setiap bayi datang dengan keinginan untuk berbuat baik dan menjadi hamba yang berbakti.

📜 Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah,
maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadith ini mengingatkan kita bahawa setiap anak bermula dengan jiwa yang bersih dan dekat dengan Allah.
Tinggal bagaimana kita membimbingnya agar terus kekal di jalan fitrah itu.

Kalau hari ini kita lihat ada sikap anak yang sukar dibentuk, sesungguhnya
bukan kerana anak itu jahat.
Tapi mungkin kerana Allah sedang mendidik kita untuk melihat diri sendiri.

Kadang, Allah tak uji kita untuk dihukum,
tetapi untuk meningkatkan kekuatan jiwa keibubapaan kita. 🌸

Jadi bila datang rasa kecewa dan merasa gagal mendidik anak-anak,
berhentilah menyalahkan diri.
Sebaliknya, berdoalah perlahan dalam hati:

“Ya Allah, aku mohon Kau perbaiki apa yang aku tak mampu ubah.
Bimbing aku memahami hikmah di sebalik setiap ujian ini.”

Kerana hanya Allah yang mampu memulihkan dan membimbing kita agar keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya.
Jemput share, like dan komen.

Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
4
Kadang bila tengok anak cepat marah,
Kita rasa hairan.
Kenapa anak kita keras sangat?
Padahal kita dah ajar baik-baik.

Tapi bila kita renung semula.
Rupa-rupanya Allah sedang tunjukkan cermin pada kita.

Cermin yang memantulkan semula wajah kita yang dulu pernah garang,
atau pernah tertekan tapi tak terluah.

Anak-anak belajar bukan daripada apa yang kita cakap.
Anak-anak belajar dari apa yang mereka rasa daripada kita.

Mungkin dulu kita sangka dengan memarahi anak, itu tanda sayang.
Bila masa berlalu, baru kita sedar bahawa cara itu mencipta luka yang mereka warisi dalam diam.
Dan kini, mereka ulang dalam tindakan mereka.
Yang sebenarnya bukanlah untuk menyakiti kita.
Tetapi satu permintaan untuk sembuhkan diri mereka.

📜 Sabda Rasulullah ﷺ:

“Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam setiap perkara.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadith ini mengingatkan kita, bahawa setiap kali kita memilih untuk lembut,
kita sebenarnya sedang mendekatkan diri dengan salah satu sifat Allah yang paling indah.

Kelembutan bukan kelemahan; ia kekuatan yang menyembuhkan.
Bukan sahaja hati anak yang sembuh, malah juga luka lama dalam diri kita sendiri.

Jadi bila anak bersikap keras, ingatlah.
Ia bukan masa untuk menghukum.
Tapi masa untuk berkata pada diri :

“Ya Allah, aku maafkan diriku.
Aku mohon Kau lembutkan hati anak-anakku sebagaimana Kau lembutkan hatiku hari ini.”

Memaafkan diri sendiri adalah langkah pertama untuk berubah.
Allah tak minta kita jadi sempurna.
Dia cuma minta kita sedar dan kembali kepada-Nya.

Semoga perkongsian pagi ini memberi semangat dan motivasi untuk terus mendidik anak dengan penuh kasih sayang.
Aminn..

Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
5
2025/10/25 16:09:26
Back to Top
HTML Embed Code: