Telegram Web Link
Anak lambat buat kerja, lupa ulangkaji atau tak ikut jadual.
Hati mudah naik angin, suara pun mula meninggi.

Tapi bila renung balik…
Mereka masih belajar.

Sama seperti kita juga yang masih belajar jadi ibu ayah.
Dulu pun kita bukan terus pandai.
Ada masa malas, ada masa lupa, ada masa tak faham.
Bezanya cuma… sekarang kita di tempat mereka.

💞 Maka sabarlah duhai ibu.
Kerana setiap anak bukan dibentuk dalam sehari.
Ia perjalanan panjang.
Perjalanan yang penuh ujian, jatuh bangun dan air mata cinta.

Pesan Allah dalam kalam-Nya :

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
“Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.”
(Surah Ali ‘Imran: 146)

Ayat ini bukan sekadar peringatan…
Tapi pelukan dari Allah untuk setiap hati yang sedang menahan diri.

Sabar itu bukan kelemahan.
Ia tanda iman masih hidup.
Ia bukti cinta yang dalam terhadap amanah Allah.

Sebab ketika kita bersabar, sebenarnya Allah sedang mendidik kita
supaya menjadi ibu yang lebih lembut,
lebih tenang,
dan lebih bergantung kepada-Nya daripada hasil semata. 🌸
Setuju?

Jemput share, like dan komen.
Semoga bermanfaat.

Salam kasih ❤️
Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
1
Pernah tak kita tertanya :
“Apakah agaknya hadiah terbaik yang aku boleh beri pada anak-anak?”

Rupa-rupanya hadiah yangterbaik itu bukanlah mainan, bukan pakaian, bukan juga keputusan cemerlang.
Tapi ADAB. 🌷

Adab bila bercakap dengan ibu ayah.
Adab bila bergaul dengan adik-beradik dan guru.
Adab bila melayan orang sekeliling.

Kecil nampak pada mata manusia,
tapi besar nilainya di sisi Allah.

🌿 Sabda Rasulullah ﷺ:

مَا نَحَلَ وَالِدٌ وَلَدًا مِنْ نَحْلٍ أَفْضَلَ مِنْ أَدَبٍ حَسَنٍ
“Tidak ada hadiah yang lebih baik diberikan seorang ayah kepada anaknya selain adab yang baik.”
(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Hadis ini begitu lembut, kan?
Seolah-olah Rasulullah ﷺ sedang menunjukkan kita bahawa mendidik adab itu bukan perkara kecil.

Adab itu akar kepada iman.
Bila anak belajar adab, sebenarnya dia sedang belajar untuk tunduk kepada kebenaran.
Dia belajar sabar, hormat dan kasih.
Dan setiap kali kita membimbing anak untuk beradab,
kita sebenarnya sedang memperbaiki diri sendiri juga.

Kadang, bila anak meninggi suara kita belajar menahan diri.
Membetulkan kesilapan anak dengan kasih sayang.
Bila dia tersilap kita belajar memaafkan.
Bila dia keras hati kita belajar menjadi lembut.

MasyaAllah, betapa indahnya bila Allah mendidik kita melalui anak-anak yang kita didik. 🌿

Hari ini, mari kita perhatikan satu adab kecil yang anak tunjukkan.
Mungkin dia ucap “terima kasih”, mungkin dia senyum pada adik.
Jangan lupa puji dan katakan, "Ibu bangga dengan sikap ini. Pasti Allah dan Rasulullah juga bangga dengannya."

Dapat belajar sesuatu?

Semoga bermanfaat.
Jemput like, komen dan share.

Sekarang Ibu Rose buka penyertaan para ibu ke Support Group Mendidik Anak Berdisplin dan akan dapat 1 Ebook Percuma - Kit 7 Hari Membina Displin Keluarga Rabbani.
Penyertaan ADALAH TERHAD.
Wasap laju-laju Pn Yasmin Sari untuk bantuan www.wasap.my/60169731080/nakjoinsupportgroup

Salam kasih,
Yasmin Sari
(dengan bimbingan Ibu Rose)

#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
Kadang hati ni terasa lemah.
Kita dah ajar, dah nasihat, dah doakan…
tapi anak masih liat.
Suruh belajar, tangguh.
Suruh solat, banyak alasan.
Suruh tolong, buat muka.

Sampai satu tahap, kita rasa seolah-olah semua usaha tak berhasil.
Tapi wahai ibu budiman, percayalah Allah nampak segalanya. 🌿

Setiap kali kita menahan marah,
setiap kali kita menasihat dengan sabar,
setiap kali kita sujud dan menyebut nama anak dalam doa,
semuanya sedang naik ke langit sebagai bukti cinta seorang ibu.

🌿 Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
“Sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah At-Taubah: 120)

Ayat ini seakan pelukan dari Allah.
Dia sentiasa menghargai setiap usaha yang ikhlas.
Bila Allah sebut “أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ”,
itu bermaksud pahala bagi mereka yang tetap berbuat baik walau diuji,
yang terus mendidik walau terasa penat,
yang masih tersenyum walau hatinya kadang menangis. 💔

Allah tahu, mendidik anak bukan mudah.
Tapi setiap kesabaran itu sedang membentuk dua jiwa.
Iaitu jiwa anak yang sedang belajar taat,
dan jiwa ibu yang sedang belajar reda. 🌷

Jadi jangan berhenti, duhai ibu.
Teruslah perbaiki, terus nilai diri dengan lembut.
Kalau perlu, buatlah post-mortem hati setiap bulan.
Ia bukan untuk menghukum diri, tapi untuk muhasabah dengan kasih.

Sesungguhnya perjalanan mendidik ini panjang,
dan Allah sedang menulis setiap langkah sabar itu dalam kitab amalmu. 🌸

Kalau dirimu kini merasa letih tapi tetap mahu terus berusaha,
tulislah di ruangan komen:
💖 “Saya tak akan berhenti, kerana Allah sedang melihat.”

Sekarang Ibu Rose buka penyertaan para ibu ke Support Group Mendidik Anak Berdisplin dan akan dapat 1 Ebook Percuma - Kit 7 Hari Membina Displin Keluarga Rabbani.
Penyertaan ADALAH TERHAD.
Wasap laju-laju Pn Yasmin Sari untuk bantuan www.wasap.my/60169731080/nakjoinsupportgroup

Salam kasih,
Yasmin Sari
(dengan bimbingan Ibu Rose)

#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
2
🌷 FB LIVE SIRI KEIBUBAPAAN BERSAMA IBU ROSE

Topik: Bergaduh Sesama Adik-Beradik
🗓️ Jumaat | 7 November 2025
🕒 3.00 petang
📍 FB Page: Ibu Rose

💬
Kadang-kadang baru lima minit aman,
lepas tu… ada yang menangis, ada yang menjerit,
“Bu! Dia ambil mainan saya!” 😩

Pernah rasa macam ni?
Rasa penat mendamaikan anak-anak yang asyik bergaduh?
Atau tertanya-tanya, macam mana nak ajar mereka saling sayang, bukan saling berlawan? 💔

Jom kita kupas isu ini dalam FB Live Siri Keibubapaan bersama:
👩🏻‍🏫 Ibu Rose – Pakar Parenting
🎙️ Yasmin Sari – Home Engineer
Dalam sesi ini, Ibu Rose akan kongsi:
Kenapa adik-beradik sebenarnya mudah bergaduh.
Bagaimana ibu bapa boleh jadi pendamai, bukan pengadil marah.
Langkah praktikal & doa untuk suburkan kasih dalam rumah.

💖 Jangan lepaskan peluang ni, ya ibu ayah!
Kerana setiap pertengkaran kecil itu, kalau diurus dengan hikmah,
boleh jadi madrasah kasih yang menumbuhkan jiwa penyayang. 🌿

📅 Jumaat | 7 Nov 2025 | 3.00 petang
📍 FB Page: Ibu Rose

➡️ Jom..set alarm sesiap dan sertai kami LIVE!
Mari sama-sama belajar mendidik anak-anak agar berdamai kerana Allah, bukan kerana dipaksa. 🤍
Ada tak masa-masa kita rasa macam ni:
“Aku ni terlalu lembut ke sampai anak tak dengar kata?”

Kita kesian bila anak menangis, jadi kita longgarkan peraturan.
Tapi lama-lama, rumah jadi tak teratur,kita jadi stres, anak pun makin manja. 😢

Di sinilah hikmah dari Surah Luqman (31:13) memberi cahaya.

“Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu kezaliman yang besar.”

Ayat ni mengajar kita bahawa disiplin anak bermula dengan iman yang lurus.
"Janganlah engkau mempersekutukan Allah."

Bila hati anak kenal Allah, dia akan tahu beza antara tanggungjawab dan kemahuan.
Dan bila kita mula menegakkan sesuatu kerana Allah, bukan kerana marah,
anak akan mula menghormati, bukannya takut.

Berikut perkara yang mungkin kita boleh lakukan sebagai parennts :
Mulakan dengan “Doa Taubat Parenting” setiap kali kita terasa lemah.

“Ya Allah, ampunkanlah kelalaianku dalam mendidik anak-anakku. Bimbinglah hatiku agar lembut, tegas dan terus mengasihinya tanpa syarat dengan berpaksikan iman.
Aminn Ya Rabb.”

Setiap kali kita rasa bersalah atau penat, ambillah wuduk, solat dua rakaat.
Taubat itu bukan kerana kita gagal, tapi kerana kita mahu perbaik diri agar semakin dekat dengan Allah. 🌸

Ibu Rose sedang buka penyertaan para ibu ke Support Group Mendidik Anak Berdisplin dan akan dapat 1 Ebook Percuma - Kit 7 Hari Membina Displin Keluarga Rabbani.
Penyertaan ADALAH TERHAD dan MASIH PERCUMA!
Wasap laju-laju Pn Yasmin Sari untuk bantuan www.wasap.my/60169731080/nakjoinsupportgroup

Salam kasih,
Yasmin Sari
(dengan bimbingan Ibu Rose)

#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
2
Memang penat mendidik anak.
Bangun pagi, kejut anak solat.
Petang, minta tolong sikit pun kena ulang banyak kali.
Sesungguhnya kita sedang beribadah setiap kali melatih anak dengan sabar.

Allah berfirman dalam Surah Taha (20:132):

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ
“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat, dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”

Perkataan ٱصْطَبِرْ bermaksud “bersabar dengan bersungguh-sungguh”.
Bukan sabar sekali dua, tapi sabar yang berulang.
Ulang banyak kali sampai anak benar-benar faham kenapa solat itu penting. 🌸

Lihat Nabi Nuh as.
Baginda berdakwah 950 tahun, tapi tetap lembut bila berdakwah.
Baginda tidak putus asa kerana tahu hidayah itu milik Allah, bukan hasil usaha manusia.

Begitulah juga kita, ibu-ibu.
Kita cuma menyampaikan, Allah yang membentuk hati anak kita.

Apa kata mulai hari ini kita sama-sama jadikan solat berjemaah keluarga sebagai pusat disiplin rumah.
Boleh mula dengan satu waktu (contohnya Maghrib).

Selepas solat, beri ruang anak baca doa sendiri walau sepatah dua.
Puji mereka di hadapan Allah, bukan di depan manusia.
Contohnya: “Ya Allah, terima kasih kerana anakku solat bersama hari ini.”

Kata yang baik itu doa.
Percayalah, anak akan mula meniru. 🌿

Penyertaan ke Support Group Mendidik Anak Berdisplin secara exclusive bersama Ibu Rose MASIH DIBUKA KHUSUS BUAT PARA IBU.
Penyertaan ADALAH TERHAD & MASIH PERCUMA!.
Wasap laju-laju Pn Yasmin Sari untuk bantuan www.wasap.my/60169731080/nakjoinsupportgroup

Salam kasih,
Yasmin Sari
(dengan bimbingan Ibu Rose)

#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
1👍1
Tadi terbaca satu tulisan tentang membenarkan anak-anak membuat keputusan sendiri.
Dan terus rasa, ya Allah… betapa hal ini sangat benar berlaku hari ini.

Dalam banyak keluarga,
anak nak masuk sekolah mana,
ambil jurusan apa,
nak kerja bidang apa,
semua ibu ayah yang tentukan.

Kadang, niat kita baik.
Kita nak yang terbaik untuk mereka.
Tapi tanpa sedar,
kita sedang menafikan ruang mereka belajar menjadi manusia dewasa yang bertanggungjawab atas pilihannya sendiri.

Ada anak yang minat seni, tapi dipaksa masuk sains.
Ada yang ingin jadi pendidik, tapi disuruh ambil jurusan perakaunan.
Ada yang ingin kerja dekat rumah, tapi disuruh merantau jauh.
Dan bila mereka rasa hilang arah atau tekanan datang,
kita pula hairan kenapa anak kita tak bahagia dengan pilihannya.

Padahal hakikatnya...
itu bukan pilihannya,
itu keputusan kita yang dia terpaksa telan demi “reda” ibu ayah.

😔 Lebih parah lagi bila anak sudah berkeluarga.
Masih ada ibu bapa yang mahu tentukan semuanya..
Dari cara urus rumah tangga, cara asuh cucu,
sampai hal kewangan pun masih dikawal.

Akhirnya, rumahtangga anak jadi tegang,
kerana tidak pernah dilatih membuat keputusan dan berdiri atas kaki sendiri.

Di sinilah Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya:

قُلُّ نَفْسٍۢ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌۭ
“Setiap jiwa bertanggungjawab atas apa yang diusahakannya.”
[Surah Al-Muddaththir, 74:38]

Subhanallah.
Ayat ini begitu mendalam maknanya.
Bahawa setiap manusia, termasuk anak-anak kita, akhirnya akan menanggung hasil keputusannya sendiri.

Maka tugas kita sebagai ibu ayah bukanlah membuat semua keputusan untuk mereka,
tetapi membimbing mereka agar mampu berfikir, memilih, dan menanggung akibat pilihannya dengan iman dan tawakkal.

Anak yang tak pernah diberi peluang memilih,
akan jadi dewasa yang tak yakin membuat keputusan.
Suami yang ragu-ragu, isteri yang takut bersuara,
semuanya bermula daripada didikan yang terlalu mengawal.

Rasulullah ﷺ bersabda:
«كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ»
“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinannya.”
[Hadith Sahih al-Bukhari & Muslim]

Jadi, kalau kita mahu anak-anak yang berani, yakin, dan bertanggungjawab,
latih mereka dari sekarang.
Biar mereka fikir, buat keputusan, dan belajar daripada kesilapan dengan bimbingan kasih sayang.

Allah tidak menilai betul atau salahnya keputusan semata-mata,
tetapi bagaimana proses hati dan usaha kita dalam memilih.
Kerana di situlah nilai taqwa dan hikmah terbina.

Mungkin ini antara perkara yang ibu bapa boleh lakukan :
1️⃣ Beri ruang anak buat keputusan kecil : pakaian, menu, atau aktiviti hujung minggu.
2️⃣ Bila mereka silap, jangan marah : ajak refleksi: “Apa yang kamu belajar dari keputusan ni?”
3️⃣ Tunjukkan bahawa ibu ayah sedia jadi teman berbincang, bukan hakim menjatuhkan.

MasyaAllah…
Indah bila kita belajar melepaskan kawalan, dan menyerahkan urusan kepada Allah selepas memberi bimbingan.

Hari ini, apa kata kita cuba satu perkara kecil.
Kita biarkan anak buat pilihannya sendiri, dengan doa kita di belakangnya.
Kerana akhirnya, setiap jiwa akan berdiri di hadapan Allah atas keputusannya sendiri.
Dan tugas kita hanyalah menjadi guru kehidupan yang menunjukkan jalan,
bukan menentukan setiap langkah.

Ohh sebelum terlupa nak bagitau..
Penyertaan ke Support Group Mendidik Anak Berdisplin secara exclusive bersama Ibu Rose MASIH DIBUKA KHUSUS BUAT PARA IBU.
Penyertaan ADALAH TERHAD & MASIH PERCUMA!.
Wasap laju-laju Pn Yasmin Sari untuk bantuan www.wasap.my/60169731080/nakjoinsupportgroup

Salam kasih,
Yasmin Sari
(dengan bimbingan Ibu Rose - Mesejnya Kasih)

#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
Cuba kita fikir dalam-dalam.
Agaknya apakah sebab anak kita tak dengar kata?
Adakah mungkin Allah sedang panggil kita untuk tunduk semula pada-Nya? 😢

Kita sibuk betulkan anak, tapi lupa nak betulkan hati.
Sibuk marah bila anak tak solat, tapi kita sendiri solatnya tergesa-gesa.
Sibuk suruh anak hormat, tapi kita lupa berlembut waktu menegur.

Hakikatnya, perjalanan mendisiplinkan anak bermula dengan taubat seorang ibu. 🌷

Allah berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222)

Kisah Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik, sangat indah.
Sebelum menegur anaknya, dia selalu mengadu pada Allah dulu.

MasyaAllah..
Itulah sebab Anas jadi sahabat muda yang sangat beradab dengan Rasulullah SAW.
Siapa anaknya..lihat bagaimana ibunya..
Satu pengajaran sangat besar buat kita yang sedang mendidik anak.

Apa kata kita mula langkah pertama dalam membina disiplin keluarga ini dengan solat taubat dua rakaat.
Dalam sujud, sebutlah nama anak-anak kita satu persatu.
Kita mohon ampun atas setiap kekhilafan yang mungkin pernah melukakan hati mereka, atau saat-saat kita terlupa berdoa untuk mereka. 🌿
Kerana sungguh, bila seorang ibu kembali kepada Allah dengan hati yang jujur, pintu hidayah akan terbuka luas.

Penyertaan ke Support Group Mendidik Anak Berdisplin secara exclusive bersama Ibu Rose MASIH DIBUKA KHUSUS BUAT PARA IBU.
Penyertaan ADALAH TERHAD & MASIH PERCUMA!.
Wasap laju-laju Pn Yasmin Sari untuk bantuan www.wasap.my/60169731080/nakjoinsupportgroup

Salam kasih,
Yasmin Sari
(dengan bimbingan Ibu Rose)

#IbuRoseShare
#ParentingKeJannah
#TOTIQ4
#YayasanUmmiMalaysia
1
Pernah tak jadi begini?
Anak sulung tiba-tiba berkata, “Mama sayang adik lebih.”
Dan adik pula membalas, “Abang selalu kena puji.”

MAsa tu hati kita terasa sangat.
Bukan apa, sebab selama ini kita dah berusaha membahagi kasih dengan adil.
Tapi pada mata anak-anak… belum tentu mereka rasa begitu. 😔

Kisah ini bukan baru. Ia pernah berlaku dalam sejarah manusia.
Allah merakamkan dalam kisah Nabi Yusuf:

إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا وَنَحْنُ عُصْبَةٌ
“(Ingatlah) ketika mereka berkata: Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih disayangi oleh ayah kita daripada kami sendiri.”
(Surah Yusuf: 8)

Subhanallah… walaupun ayah mereka seorang Nabi,
anak-anak tetap boleh merasa tidak adil bila kasih tidak dirasai.

💡 Kajian oleh Journal of Family Psychology (2020) menunjukkan:

“Persepsi tidak adil dalam kasih ibu bapa, walaupun tidak benar, boleh menjejaskan hubungan adik-beradik hingga ke usia dewasa.”
Allahuakbar.

Sebagai parents, apa kata kita cuba seminggu ini .
Kita berusaha beri setiap anak masa 5 minit seorang.
Tanpa gangguan, tanpa telefon.
Lihat matanya dan ucap,

“Mama sayang kamu sebab kamu amanah dari Allah. You are my precious.”
Kerana anak tak selalu perlukan jawapan panjang.
Kadang hanya perlukan pelukan yang ikhlas dan menghangatkan 🤍.

Jemput share, like dan komen.
Semoga bermanfaat.

Salam kasih ❤️

Team Ibu Rose,
Yasmin Sari
(Dengan Bimbingan Ibu Rose)

#iburoseshare
#parentingkejannah
#totiq4
#YayasanUmmiMalaysia
2025/11/10 02:24:53
Back to Top
HTML Embed Code: