Peniaga makanan didakwa rogol budak dalam kereta

Muar: Peniaga makanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di bandar ini, di sini, Mac dan April lalu.

Tertuduh, Muhammad Aliff Sukiman, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun sembilan bulan dalam sebuah kereta yang diparkir tepi Jalan Tengku Bendahara, jam 8.30 malam, 13 Mac lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia sekali lagi melakukan perkara sama terhadap mangsa dalam kereta yang diparkir di halaman rumahnya, dalam daerah ini pada jam 9.30 malam dan 1.30 pagi, 27 Mac dan 1 April lalu.

Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini, dia dakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana dia boleh penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan esok untuk permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh.

Disiarkan pada: Mei 5, 2024 @ 2:03pm
Alias Abd Rani
[email protected]

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Tiga sekeluarga ditemukan lemas

Hulu Selangor: Tiga sekeluarga ditemukan lemas di sungai dekat Jalan Genting Lama-Batang Kali, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.09 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Turut memberi bantuan adalah Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

"Menurut laporan awal, terdapat tiga mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

"Semua mangsa ditemui pada jarak 30 meter dari lokasi mereka lemas," katanya menerusi satu kenyataan.

Wan Md Razali berkata, keluarga itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, kerja-kerja menaikkan mayat mangsa sedang dijalankan.

Disiarkan pada: Mei 5, 2024 @ 2:53pm
Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Pemetik kelapa pukul ibu, acu parang kepada kakak dipenjara 6 bulan

Muar: Pemetik buah kelapa dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul ibu kerana enggan memberi wang serta mengacu parang terhadap kakak kandungnya, Mac lalu.

Tertuduh, Navindran Subramanian, 36, yang berhadapan dua pertuduhan, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap ibunya berusia 66 tahun dengan menggunakan tangan menyebabkan warga emas itu cedera di kepala, dada dan juga tangan di sebuah rumah di Sungai Abong, di sini pada jam 2 petang, 17 Mac lalu.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengacu parang terhadap kakak kandung dengan semua kejadian, masa dan tarikh berlaku di tempat sama.

Bagi perbuatan ini, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 352 kanun sama, dan boleh dipenjara tidak melebihi tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pulang ke rumah dalam keadaan mabuk lalu meminta wang daripada ibunya.

Namun, wanita itu enggan memenuhi permintaan menyebabkan tertuduh naik hantu lalu memukul ibunya.

Kakaknya yang berada di rumah cuba membantu meleraikan pergaduhan itu, namun tertuduh masuk ke dalam bilik dan mengacu parang.

Laporan polis kemudian dibuat dan tertuduh berjaya ditahan di rumahnya pada jam 4.45 petang hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama dan tiga bulan, pertuduhan kedua.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula daripada tertuduh ditahan, 17 Mac lalu.

Disiarkan pada: Mei 5, 2024 @ 1:17pm
Alias Abd Rani
[email protected]

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
NAVIDRAN dipenjara sembilan bulan selepas mengaku pukul ibu dan acu parang terhadap adik kandung. FOTO Alias Abd Rani
Bekas banduan baru 6 bulan bebas, didakwa cabul anak saudara

Muar: Seorang lelaki yang baru enam bulan dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan dadah, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, Februari lalu.

Tertuduh berusia 47 tahun yang masih bujang bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Dia yang bekerja kebun sebelum ini menjalani hukuman penjara selama 23 tahun dan dibebaskan November tahun lalu, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak saudaranya berusia 13 tahun di sebuah rumah di Air Hitam, di sini, pada petang awal Februari lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun tahun dan sebatan.

Tertuduh sebelum ini didapati bersalah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan diperintah menjalani hukuman penjara sejak 2000.

Mengikut laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku ketika remaja itu sedang baring di rumah tamu rumah neneknya sambil bermain telefon.

Ketika itu, tertuduh tiba bersama adik mangsa berusia sembilan tahun sebelum bertindak melakukan perbuatan keji itu.

Kejadian itu terbongkar selepas mangsa mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Air Hitam namun diminta merujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

Semasa menerima rawatan, doktor mendapati terdapat kesan calar pada tangan mangsa. Doktor kemudian bertanyakan mangsa sebelum menceritakan dia dipukul bapa kandung.

Pada masa sama, mangsa juga mendedahkan perbuatan bapa saudaranya kepada doktor sebelum membuat laporan polis.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Susulan pengakuan tidak bersalah, mahkamah menetap esok untuk sebutan semula kes, permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh.
Alias Abd Rani
[email protected]

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
BEKAS banduan kes dadah dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Muar atas pertuduhan mencabul anak saudaranya. FOTO Alias Abd Rani
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
PS ADIDAS OUTLET MALAYSIA👟🛍️
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Check it out catalog PAYDAY SALE ADIDAS di channel pssue sekarang!
https://www.tg-me.com/pssueshoppers

Risau scammer? Sis dah 14tahun jadi PS wakk😉
https://www.instagram.com/reel/C1DkP7SyZAf/?igsh=ZDdkYmVpemJzMzE2


⚠️*Order now sebelum kehabisan stok size anda! Yang pasti ORIGINAL ADIDAS ya.😉*
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
kes x dikenal pasti lagi

sumber iG
#infosemasa
Isteriku sebenarnya lelaki

Jakarta: Menggemparkan apabila seorang suami di Cianjur, Jawa Barat, baru-baru ini, mendapati bahawa isterinya adalah lelaki.

Portal detik.Com melaporkan rahsia 'wanita' terbongkar selepas pasangan itu bernikah selama 12 hari.

Menurut laporan berkenaan, si suami yang berusia 26 tahun itu tidak pernah mengetahui bahawa pasangannya itu adalah lelaki, walaupun mereka sebelum ini menjalin hubungan selama setahun.

Bagaimanapun, selepas berkahwin, lelaki itu mula curiga selepas 'si isteri' tidak mahu melakukan hubungan intim, tidak mahu bergaul dengan ahli keluarga dan masyarakat.

Sementara itu, siasatan polis tempatan mendapati bahawa 'wanita' itu tidak kelihatan seperti lelaki, terutamanya kerana dia sentiasa berpakaian wanita dan bersolek.

Gambar perkahwinan juga menunjukkan si 'isteri' dengan rupanya seperti wanita. Suaranya juga dilaporkan lembut dan ia menyebabkan lelaki itu tidak pernah meragui identiti sebenar kekasihnya itu.

Selepas jantina sebenar 'wanita' itu terbongkar, keluarga sebelah lelaki membuat laporan sebelum isterinya itu ditahan polis.

Ketika ditahan, 'wanita' itu berdolak-dalik, namun soal siasat terhadap bapa individu terbabit mengesahkan jantina sebenarnya.

Situasi itu amat mengejutkan keluarga si lelaki memandangkan dia dan 'isteri' dinikahkan dengan persetujuan wali hakim.

Wanita itu sebelum ini melaporkan bahawa ayahnya tidak dapat dikesan menyebabkan mereka bernikah dengan wali hakim.

Polis kini menahan 'wanita' itu untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: Mei 5, 2024 @ 3:57pm

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial
2024/05/05 08:27:30
Back to Top
HTML Embed Code: