Telegram Web Link
Selepas 192 hari, siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia telah membawa kepada pendakwaan kedua ibu bapa kanak-kanak malang itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, kedua-duanya berumur 29 tahun, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada Disember lepas.

Mahkamah membenarkan mereka masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 meningkat kepada 37,232 orang, sumber perubatan mengesahkannya pada Khamis.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan Selangor menyumbang 700 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bagi menjayakan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi menampung rakyat tidak berkemampuan melaksanakan ibadah berkenaan.

“Semua sumbangan ini akan diagih ke masjid dan surau di seluruh negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Perang berterusan di Gaza dan pendudukan Israel di laluan Rafah, yang menghubungkan Gaza ke Mesir, telah menghalang 2,500 rakyat Palestin daripada menunaikan ibadah haji tahun ini, menurut Kementerian Wakaf di Semenanjung Gaza.

Ini adalah "pelanggaran kebebasan beragama yang jelas," kata jurucakap kementerian Ikrami Al-Mudallal, bercakap kepada Agensi Anadolu (AA).

Konflik itu telah mengganggu persiapan haji biasa kementerian, termasuk menandatangani kontrak pengangkutan di Mesir dan Arab Saudi serta menempah penginapan di Makkah dan Madinah, tambah Al-Mudallal.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seramai 31,600 jemaah Malaysia, dalam kalangan dua juta umat Islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji tahun ini, mula bergerak ke Arafah secara berperingkat sejak pukul tujuh pagi tadi untuk menunaikan ibadah wukuf esok yang merupakan kemuncak rukun Islam kelima itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata selain di Hotel Abraj Al-Janadriyah, sebanyak 20 buah bas turut disediakan untuk setiap maktab bagi membawa semua jemaah di 12 hotel penginapan secara tiga peringkat ke Arafah, yang terletak 22 kilometer dari Masjidil Haram.

“Kita harapkan agar jemaah haji sampai awal agar boleh menyelesaikan isu tempat duduk dan selepas itu boleh memulakan persediaan mereka untuk beribadah dengan melakukan zikir dan berdoa untuk mendapat pahala yang besar.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis masih belum dapat mengenal pasti motif kejadian simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC dan Harimau Malaya Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan kes berkenaan giat dijalankan dan tidak akan berhenti sehingga pelaku dapat diberkas.

Beliau berkata polis kini sedang memperluaskan skop siasatan dan telah memasuki fasa kedua.

“Cap jari dan foto-fit suspek tidak banyak membantu siasatan. Polis juga menghadapi kekangan berikutan tiada saksi awam menyaksikan kejadian berkenaan.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/ismaweb
KELEBIHAN 10 AWAL ZULHIJJAH

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-. "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)
PM AKAN UMUM BERITA GEMBIRA ISU BARANGAN MAKANAN ESOK: FAHMI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pengumuman itu, hasil kerjasama baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

"Kita tunggu daripada Perdana Menteri esok. Intro nya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada Perdana Menteri.

"Tetapi ia menunjukkan bahawa bila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan Perdana Menteri esok,” katanya.
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir
yang aku ucapkan dan juga diucapkan oleh para nabi sebelumku”

“LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIR”

“Tidak ada yang berhak disembah melainkan Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya jua kekuasaan dan milik-Nya jualah segala pujian, dan Dia maha kuasa atas segala sesuatu”

-Riwayat Al-Tirmizi-
Solat sunat Aidiladha di kawasan terbuka di kem Jabalia, utara Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hebat kanak-kanak Palestin ini!

Mereka bertakbir atas runtuhan di hadapan salah satu masjid yang dirobohkan di Gaza.

Sumber: TV Al-Aqsa

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Takbir raya di Bab al-Silsilah, Kota Lama Baitulmaqdis.

Ini kerana rejim Israel menghalang jemaah daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan melibatkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini dan diikuti dengan kategori anak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara tetapi bapanya bukan warganegara.

"Apabila saya melihat data permohonan, didapati anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan adalah tinggi. Jadi, saya fikir anak-anak ini tidak boleh dilupakan atas kesalahan ibu bapa.

"Jadi, kita proses segera, kerana itu kita letakkan tahun lepas petunjuk prestasi utama (KPI) (selesai) 14,000 kes dan kita capai tepat pada Disember 2023. Sekarang angka itu sudah mencecah lebih 15,000," katanya.
Agensi berita Wafa:

Hanya 40,000 orang dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa untuk solat sunat Aidiladha - kurang separuh daripada 2023 iaitu 100,000.

Rejim Israel menyerang jemaah dalam perjalanan ke masjid dan ketika mereka keluar - semata-mata mahu memprovokasi rakyat Palestin di tengah-tengah perang di Gaza.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H.
Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kanak-kanak Palestin ini syahid dalam pengeboman Israel di kem Bureij di tengah Semenanjung Gaza ketika sedang menyambut Hari Raya.

Ikuti berita terkini di
//www.tg-me.com/ismaweb
2024/06/17 01:28:54
Back to Top
HTML Embed Code: