Telegram Web Link
Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam penyasaran semula subsidi diesel kerana penggunaannya yang meluas oleh rakyat.
Tambang bas tak naik jika diesel kekal RM1.88 seliter

Syor salur subsidi kepada pengusaha sektor pengangkutan kategori SKDS


BANGI, 22 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat berkata, kadar tambang bas bergantung kepada kadar subsidi diesel yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya kadar subsidi kekal tidak berubah iaitu pada harga RM1.88 seliter, maka tambang bas juga tidak akan mengalami peningkatan.

Namun, beliau tidak menolak kenaikan tambang mungkin berlaku jika harga diesel meningkat kepada RM2.50 seliter kerana mereka perlu menanggung peningkatan kos.

"Jadi diharapkan kerajaan kekalkan harga diesel kepada kita pada harga RM1.88 seliter. Setakat ini kerajaan maklumkan pemberian subsidi kepada pengusaha bas dikekalkan tetapi belum diketahui dari segi harganya," katanya.

Berikutan itu, Amali Munif seperti dilapor Sinar Harian berkata, pihaknya mencadangkan penyaluran subsidi diesel kepada semua pengusaha sektor pengangkutan kategori SKDS dilakukan menerusi bayaran tunai seperti Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani).

Menurutnya, ia kerana terdapat beberapa kelemahan seandainya pemberian subsidi itu dilaksanakan menerusi kaedah sedia ada iaitu menggunakan kad fleet.

"Antara kelemahan itu adalah tak banyak stesen minyak yang terima kad fleet ini.

"Kalau di kawasan Lembah Klang, saya dimaklumkan tak sampai 10 stesen minyak pun yang terima penggunaan kad subsidi ini," katanya.

Selain itu, Amali Munif berkata, kuota jumlah minyak subsidi yang layak diterima pengusaha juga boleh dibatalkan pada bulan seterusnya jika cukai jalan bas tamat tempoh dan tidak diperbaharui lebih awal.

"Jadi mekanisme pelaksanaan kad fleet ini secara keseluruhannya perlu juga mendapatkan maklum balas daripada operator," katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Beberapa jenazah para syuhada ditemui telah reput di jalan-jalan kejiranan Zalata, timur Rafah.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
China setuju lanjut tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia

BEIJING, 22 Zulkaedah 1445H, Jumaat - China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa untuk pelancong dari Malaysia daripada 15 ke 30 hari, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan perkara itu semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China, di sini hari ini.

“Semasa pertemuan saya dengan Perdana Menteri Li Qiang semalam, salah satu perkara yang dibangkitkan ialah melanjutkan tempoh pelancong masuk Malaysia kita ke China (pengecualian visa) daripada 15 kepada 30 hari, yang Malaysia telah lakukan dengan memberikan pelancong China visa percuma selama 30 hari.

“Saya ingin umumkan bahawa kedua-dua negara telah bersetuju dan pelaksanaannya ialah selepas perjanjiannya ditandatangani,” katanya.
Kawasan tengah Gaza menghadapi ancaman kebuluran yang serius sepertimana yang berlaku terhadap wilayah utara dan selatan Semenanjung Gaza.


Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Israel bebas mengganas selagi tiada tindakan signifikan dari kuasa dunia

Rejim pengganas tak rasa terancam, bebas lakukan pembantaian semahunya


Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Disiplin dan Strategi Antarabangsa (IRIS Institute), Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim berpendapat, kuasa dunia perlu melihat Israel dengan perspektif yang sebetulnya, iaitu sebuah entiti pengganas.

Ini kerana, katanya, dengan apa yang berlaku ketika ini di Palestin, jelas Israel memenuhi begitu banyak kriteria, ciri-ciri atau segala indikator sebagai pengganas.

Berikutan itu, setiap negara sepatutnya mengambil tindakan keras dalam berurusan dengan Israel sebagai tanda penolakan kepada kezalimannya terhadap penduduk Palestin.

"Seperti yang kita lihat dalam sejarah juga, untuk berinteraksi atau untuk mengurus terrorist (pengganas) tidak cukup dengan perkara yang menggentarkan dan menguji kekebalan mereka. Ini hanya menjadi punca mereka kekal menyerang dan mengabaikan (perintah mahkamah antarabangsa).

"Mereka rasa mereka kebal, seolah-olah boleh buat apa sahaja. Kerana tidak pernah ada tindakan signifikan daripada institiusi antarabangsa atau kuasa-kuasa besar dunia, apatah lagi negara yang berada di sekeliling Palestin seperti negara Arab sendiri,” katanya dalam rancangan Pantau Agenda Reformasi: All Eyes on Rafah yang disiarkan di Astro Awani.

Mengulas lanjut, Syed Ahmad Israa' berkata, tidak dinafikan terdapat pelbagai mekanisme lebih tegas dilakukan beberapa negara untuk mengekang Israel daripada melakukan pembantaian yang tidak berperikemanusiaan ini.

Bagaimanapun, tegasnya, sehingga kini masih belum ada tindakan yang cukup signifikan dan sesuai untuk mengendalikan pengganas seperti rejim haram Israel ini.

Beliau berkata, situasi tekanan yang diberikan terhadap pengganas Israel berbeza dengan reaksi kuasa dunia terhadap Perang Teluk, Perang Iraq dan sebagainya.

Ketika itu, katanya, boleh dikatakan bahawa manusia sangat didedahkan bahawa ia bahaya besar, namun kini kekejaman Israel terhadap Palestin tidak mendapat kutukan yang serupa.

"Kalau dulu kita lihat bagaimana dunia mengendalikan terrorism oleh ISIS misalnya, bagaimana dulu tekanan diberikan ke atas Taliban di Afghanistan.

"Lihat bagaimana kuasa besar dan institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) begitu cepat bertindak, menggunakan measurement atau mekanisme yang keras, sesuai.

"Mengapa dalam kes kita sekarang ni, Israel tidak pernah terancam. Tidak dikenakan sebarang mekanisme yang selayaknya untuk mengendalikan pengganas seperti Israel.

"Dan itu sebabnya (serangan kekal berlaku). Apa saja yang mereka lakukan, mereka boleh kekal melakukannya tanpa sebarang ancaman. Apa yang dilakukan kuasa besar ketika ini belum mencukupi,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/ismaweb
Negara Islam hanya meraung dari jauh konon marah Israel

Hanya mampu mengutuk sekeras-kerasnya dari awal peperangan

BANGI, 22 Zulkaedah 1445H, Isnin - Biarpun 36,171 nyawa sudah terkorban, dunia masih belum mampu menghentikan kejahatan dan kekejaman Israel.

Seluruh pelusuk dunia negara-negara Islam hanya mampu mengutuk sekeras-kerasnya dari awal peperangan sehinggalah hari ini.

Hakikatnya, Israel makin berani kerana yakin tiada siapa dapat menghalang keganasan tanpa henti di Semenanjung Gaza, malah berikrar tetap mahu menghapuskan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Penasihat Hubungan Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Sharipuddin Ab Kadir meluahkan kekecewaan kerana dunia seolah membiarkan mereka dibunuh oleh Israel.

"Amerika Syarikat (AS), Britain dan beberapa buah negara antara pendukung Israel membekalkan senjata yang canggih untuk membunuh mereka.

"Malangnya, negara Islam hanya meraung dari jauh kononnya marah kepada Israel," katanya.

Penduduk di bandar Gaza dan wilayah utara terus mengalami kebuluran lebih daripada tiga minggu.

Para penduduk telah menghabiskan baki bekalan makanan mereka berikutan kekurangan bantuan yang diterima.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memberi amaran bahawa bantuan "tidak sampai kepada penduduk" di Gaza dan akibatnya "kanak-kanak kebuluran."

"Mereka jelas tidak mendapat jumlah yang mereka sangat perlukan untuk mengelakkan kebuluran," kata Jurucakap OCHA PBB, Jens Laerke, dalam taklimat PBB di Geneva, lapor Agensi Anadolu.

Menjawab soalan Anadolu mengenai rampasan Koridor Philadelphi oleh Israel, Laerke berkata: "Lebih banyak tindakan ketenteraan biasanya tidak membantu usaha-usaha kemanusiaan."

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan notis kepada Ketua Rombongan Haji (KRH) semua negara pada Khamis lepas tentang langkah mengadakan kawalan keselamatan ketat bagi membendung penyalahgunaan visa semasa musim haji.

KRH Malaysia 1445H/2024 Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata notis yang pertama kali seumpamanya dikeluarkan itu, antara lain mengandungi peringatan kepada KRH agar tidak membantu pergerakan atau penginapan mereka yang tiada visa haji sah.

Malah KRH turut diminta melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang melanggar peraturan haji.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis menahan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Difahamkan pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Puncak Alam, Selangor, pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan itu dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri.

Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baharu berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

"Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti, justeru siasatan lanjut sedang dijalankan untuk melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baru tersebut.

"Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin direman tujuh hari bermula hari ini hingga 7 Jun bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan terhadap dua individu terbabit berpandukan risikan sejak hari kejadian sehingga sekarang...ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Sabtu mengesahkan kesemua enam anggota Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia telah berjaya dibawa keluar dengan selamat dari Rafah, Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan enam anggota EMT dibawa keluar dari zon konflik secara berperingkat bersama-sama dengan petugas antarabangsa yang lain.

“Sebahagian ahli-ahli EMT ini telah dibawa keluar masing-masing pada 23, 24 dan 28 Mei manakala kumpulan terakhir yang terdiri daripada dua orang ahli EMT telah dibawa keluar pada 31 Mei,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar ingin merakamkan penghargaan kepada semua rakan antarabangsa yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan keselamatan petugas warganegara Malaysia tersebut sehingga mereka berjaya dipindahkan keluar dari zon konflik.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, sejak Selasa lepas ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu, dilaporkan meninggal dunia.

Kelab Alpine Malaysia dalam satu hantaran di Facebook hari ini memaklumkan mangsa Zulkifli Yusuf, 37, dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di ‘snow cave’ yang dikenali sebagai ‘Football field’.

“Punca kematian disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia dan akan disahkan melalui post mortem.

“Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik,” menurut hantaran itu.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Lebih 22,800 jemaah haji Malaysia sudah berada di Makkah dan Madinah setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada 31,600 orang jemaah haji dari Malaysia yang akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

"Sebanyak 100 penerbangan sewa khas haji terus membawa jemaah ke Tanah Suci yang telah bermula pada 9 Mei lalu," katanya ketika berucap pada majlis meraikan keberangkatan jemaah haji negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta, dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, Rabu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dua lelaki tempatan, enam lelaki warga asing dan enam perempuan warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun itu, ditahan antara pukul 3.40 petang dan 8.30 malam.

“Dalam operasi ini, JSJN Kontinjen Johor berjaya membongkar tempat memproses dan pembungkusan dadah serta merampas pelbagai dadah iaitu serbuk dan pil ekstasi, syabu, ketamin, pil erimin 5, MDMA (methylenedioxymethamphetamine) serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah itu.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, apabila permintaan tinggi terutama menjelang Aidiladha ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata lebih 2,200 penguat kuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga KPDN, akan digerakkan setiap hari di premis termasuk kedai runcit dan pasar raya seluruh negara bagi memastikan tiada peniaga menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Kita ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan tindakan tegas boleh diambil tindakan sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah. Musim perayaan permintaan untuk barangan adalah tinggi, jadi kita harap peniaga tidak menaikkan harga.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemandu e-panggilan orang kurang upaya (OKU) didakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan, dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.

“Ini (spekulasi) tidak akan membantu siasatan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Sekiranya didapati di penghujung siasatan itu perlu diambil beberapa tindakan termasuk membawa sesiapa ke mahkamah, itu kita serah kepada AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
Angka korban serangan Israel meningkat kepada 36,284 syuhada dan 82,057 mangsa cedera sejak 7 Oktober lalu.

#ismaweb
#alleyesonrafah
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
33 hospital tidak dapat berfungsi akibat pengeboman penjajah Israel.

- Pejabat Media Kerajaan di Gaza

#ismaweb
#alleyesonrafah
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/ismaweb
2024/06/01 19:00:23
Back to Top
HTML Embed Code: