Telegram Web Link
Maryam Yusuf Muhsein atau lebih dikenali sebagai Ummu Nidhal dilahirkan di Gaza pada 24 Dis 1949. Beliau adalah seorang pendakwah, pendidik, pejuang dan tokoh pimpinan wanita Palestin bersama Hamas.

Beliau juga dikenali sebagai Khansa’ Palestin, seorang ibu hebat yang telah menyerahkan 4 anak lelakinya untuk menentang penjajah zionis. Tiga daripada anaknya telah syahid, manakala seorang lagi ditahan dalam tempoh yang panjang di penjara Israel.

Keberanian Ummu Nidhal sangat luar biasa. Beliau mengambil risiko yang tinggi untuk melindungi Komander al Qassam yang paling ditakuti Israel, Emad Akel yang dipanggil sebagai “Tujuh Roh” di rumahnya sehingga rumahnya beberapa kali dikepung Israel sehinggalah dibunuh di rumahnya pada 12 Nov 1993 selepas telah bertindak pertempuran dengan Israel.

Pada 2002 beliau telah menghantar anaknya, Muhammad Fathi Farhat, 17 tahun untuk menjalankan operasi serangan istisyhad sehingga berjaya membunuh 9 orang tentera penjajah dan 25 yang lain cedera. Sebelum berpisah, beliau mengucup anaknya dan mengucapkan selamat tinggal sebelum anaknya pergi ke medan dan syahid dalam pertempuran.

Setahun kemudian, 2003, anak sulungnya Komander al Qassam, Nidal Farhat, 31 tahun yang merupakan seorang jurutera peluru berpandu yang telah dibunuh oleh penjajah Israel ketika cuba melengkapkan dron al Qassam (Ababil1), Ummu Nidhal terus bersyukur atas kesyahidan anaknya.

Pada 2005, anak lelakinya yang ke-2, Ruwad Farhat syahid selepas pesawat perang zionis mengebom keretanya di Gaza.

Manakala anak lelaki ke-4, banyak menghabiskan masanya berbelas tahun di penjara Israel.

Rumah Ummu Nidhal sendiri telah 4 kali dibom Israel dan beliau sentiasa menolak tawaran kerajaan Ismail Haneyya untuk membina rumahnya semula.

Ummu Nidhal adalah seorang pendakwah dan guru yang gigih mendidik masyarakat. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik wanita Palestin dan pernah diberikan posisi dalam Majlis Perundangan Palestin.

Beliau meninggal dunia pada 17 Mac 2013 ketika berumur 64 tahun, dan jenazahnya telah disembahyangkan oleh Ismail Haneyya, PM Palestin dan para mujahiddin al Qassam serta ribuan rakyat Palestin.

Sebuah sekolah telah dinamakan oleh Kementerian Pendidikan dengan nama Sekolah Maryam Farhat bagi mengingati sumbangannya yang besar dalam perjuangan menentang penjajahan zionis Israel terhadap Palestin.

Semoga semua para ibu bapa dan wanita di luar sana turut mengambil iktibar dan akan bersama berganding bahu untuk membina generasi pejuang yang akan memartabatkan kedudukan Islam dan umatnya di persada tertinggi. InshaAllah ☝🏼

#usrahsantai
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dah masuk minggu ke-3.

Kepenatan yang tak tertanggung
Serangan yang tak henti-henti
Kebahagiaan yang tak didapati di dunia
Tapi di syurga dijamin buat mereka
InshaAllah Allah Maha Baik..

Tapi bezanya dengan kita, kebahagiaan di dunia dapat rasa. Tapi nanti di sana?

Teruskan berdoa kerana ini saja senjata paling ampuh untuk lumpuhkan zionis #israel Lakanatullah.

Allah sebaik-baik penolong.

#usrahsantai
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
ٱللَّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلىٰ آلِ مُحَمَّدٍ

Kita ini walaupun lupa kepada Allah & kita masih panjang umur, bermakna Allah masih beri peluang kepada kita untuk memilih tempat duduk selepas mati iaitu syurga.

Tapi kalau tawaran Allah itu kita masih tidak mahu memilih tempat yang baik diakhirat, fikir²kanlah. Allah sudah beri kita peringatan demi peringatan, peluang demi peluang, tawaran demi tawaran. Tapi kita tidak respon dengan Allah Taala. Dan masa pun berjalan dengan pantasnya.

Jaga². Jangan sampai Allah tidak pedulikan kita.

Rumah dekat dengan Masjid, haram kalau tak pernah sampai ke Masjid. Masa hampir sampai sakaratulmaut kita akan nampak dimana tempat kita. Itulah hari penyesalan yang teramat menyesal oleh orang yang tidak mahu menerima tawaran Allah yang berkali² Allah tawarkan.

Allah benarkan datangnya covid. Ramai orang mati, kita masih hidup. Alhamdulillah Allah beri kesempatan. Itupun tak mahu juga. Datang pula bala, orang lain mati ditimpa pokok, kita selamat. Nanti datang pula penyakit lain, ada orang mati tapi kita masih selamat.

Rakyat di Palestin, Syria, Uyghur, Iraq, Africa yang dalam keadaan sengsara patut membuatkan kita lebih sedar bahawa rahmat Allah itu sangat luas. Rujuk di hujung ayat surah al-Khafi, "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah² Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah² Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi..."

Terkadang Allah tak jadikan kita mati dengan berbagai² musibah itu ada 2 hikmah :

1. Allah ingin kita belajar dari kesalahan yang kita buat untuk kita kembali kepadaNya. (Mudah²an inilah yang kita peroleh).

2. Allah nak tambahkan dosa dan azab diakhirat sehingga matinya didalam su'ul khatimah. Waliya'udzubillah.
Jangan rasa bangga kita sihat walaupun umur dah 100 tahun, harta banyak. Lihat pada umur cukup hebat tapi tiada pada amalan. Itulah namanya istidraj.

Latih diri sahabat.. Jalan Ghuroba itu tidak mudah. Sebab itu hanya yang ganjil dan segelintir sahaja di jalan Ghuroba. Majority tewas dengan arus yang di bawa oleh Dajjal.

Semoga kita tergolong dalam golongan 1/3 yang ganjil.

#usrahsantai
Qunut nazilah yang dibaca oleh Sayyidi al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ketika ini.

Yakinlah bahawa kita mampu mengalahkan musuh dengan senjata doa. 🤲🏼

#usrahsantai
🍉

Perjuangan kemerdekaan Palestin, Al Aqsa dan bumi Syam adalah perjuangan nafas panjang!

الله المستعان☝🏼

#فلسطين #عزالدينالقسام #غزة #gazaunderattack #palestine #freepalestine #freegaza #gazatoday #usrahsantai #islam #syria #iraq #lebanon #jordan
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
'The Promised Land' boleh menjadi milik Yahudi JIKA mereka ikut Nabi Musa A.S pada ketika dulu.

Yang mana ketika Allah selamatkan mereka (12 kabilah daripada suku kaum Israel) melalui Nabi Musa daripada cengkaman Firaun.

Mereka terselamat oleh Allah daripada 12 laluan yang laut merah terbelah.

Setelah itu, Nabi Musa menghimpunkan 70 ribu (12 kabilah/keturunan) ketika hendak ke Madyan, Nabi Musa ajak mereka menuju ke Palestin.

Tetapi mereka SOMBONG tidak mahu & akhirnya berpecah dan bertebaran ke seluruh dunia.

Lepastu boleh nak claim Palestin tanah mereka?

#usrahsantai #ShameOnIsrael #palestinelivesmatter #bumisyam
Semakin hari hati ini semakin sakit. Adakah dunia sekejam ini? Kekejaman zionis yang masih tak berpenghujung. Melihat anak-anak kecil yang syahid, buat diri ini rasa cemburu. Begitu sucinya mereka tanpa dosa terus ke taman syurga.

Atau kita yang kejam? Menzalimi diri sendiri. Masih menatap dinding ratapan/wall of phone melihat yang bukan-bukan, update status betapa gembiranya kehidupan kita. Tapi bagaimana hati kita? Adakah ada benih-benih 'Wahan' (penyakit cinta dunia)? Atau benih Iman sedang dibaja dengan utuh sebelum dijemput Tuhan.

Kita kasihankan rakyat di Palestin. Kita berkobar-kobar nak bantu rakyat Palestin, nak join hamas nak kibar panji hitam. Tetapi kita 'lupa' nak kasihan pada diri kita yang masih kurang ilmu, kurang akhlak, kurang adab, kurang ibadah. Kurang segala persediaan.

Ilmu Fardhu Ain masih lemah. Al-Quran kita masih bertatih-tatih. Solat Subuh berjemaah di surau, masjid (bagi lelaki) masih tak penuh. Belum termasuk rutin 'lagha' yang tak cuba dikekang. Masih nak claim kita ni tentera Bani Tamim.

Sahabat..

Jika Kamu Merasakan Berada Di kelompok @ Kumpulan Majoriti Di Akhir Zaman, Carilah Cepat Jalan Keluar Kepada Pengasingan.

Yakin dan semangat demi Islam sangat dicinta Allah. Tetapi yakinkan Allah dengan perjuangan yang sebenarnya.

Akhir Zaman ini nak lindungi ahli keluarga sendiri pun sangat sukar belum lagi nak keluar pergi berjihad Fi Sabilillah. Itu pon Allahu'alam Waliya'udzubillah daripada terikut kumpulan militan Dajjal. Sebab itu perlu ada ilmu bukan refer video pendek di tiktok terus sokong dan ikut tanpa tabayyun. Banyak info yang disangka fakta rupanya fitnah.

Mulkan jabariyyan (pemerintahan kuku besi) semakin mencengkam. Jaga diri jaga ahli keluarga.

Maka benarlah ayat dari firmanNya yang mulia. Buat yang paling kita mampu, iaitu pelihara diri kita & ahli keluarga terdekat yang utama dari terikut golongan yang ramai.

صَدَقَ اللهُ اْلعَظِيْمُ
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ☝🏼

#usrahsantai
Protokol zionis berserta ajaran-ajaran sesat dalam Talmud yang diselewengkan (dibaca sebagai kitab perjanjian syaitan) telah menyebabkan mereka semakin zalim, kejam serta tidak berperikemanusiaaan. Sampai Yahudi ortodox (ahli kitab) pun mereka bunuh. Mereka rushing ingin melihat tegaknya sebuah Israel Raya (Eretz Yisrael) yang memerintah dunia untuk menyambut kedatangan Dajjal.

Protokol zionis ini terdiri daripada 25 protokol. Secara ringkasnya isi kandungan protokol ini bagi mencapat matlamat berikut ;

- Yahudi adalah bangsa dan agama pilihan Tuhan di dunia. (Protokol 5)
- Menakluki negara-negara dunia menerusi propaganda, fitnah dan peperangan serta mewujudkan puak-puak pelampau (contoh ISIS) & hedonis dalam kalangan bukan Yahudi. (Protokol 7, 10, 11)
- Menghuru-harakan dunia. (Protokol 1,9)
- Menguasai ekonomi dunia dan mewujudkan krisis ekonomi bagi bangsa bukan Yahudi. (Protokol 3, 4)
- Menghukum agama-agama lain selain agama Yahudi. (Protokol 14, 17)

Protokol zionis ini telah 'hampir' berjaya membantu mereka merampas bumi Palestin dan menguasai dunia (kewangan, ekonomi, media, pendidikan, sosial & hiburan dan kesihatan).

Dan terpaling menyedihkan bilamana Mesir tak memberi kerjasama untuk buka pintu sempadan bagi bantuan masuk ke Gaza. Admin kasi recap sikit, dengan bantuan para jutawan yang sebelum ini melalui zaman mewah mereka ketika era pemerintahan Presiden Hoesni Mubarak (sebelum menggantikan presiden Muhammad Mursi), serta tokoh-tokoh liberal dan sosialis yang telah sekian lama didoktrin oleh Yahudi & U.S, rakyat Mesir telah dihasut untuk bangun menggulingkan kerajaan Islam di Mesir. Dengan sokongan para pemimpin angkatan tentera yang sebahagian besarnya memang memusuhi cara hidup Islam dan terbiasa disuap kemewahan mereka oleh zionis Israel & U.S, akhirnya Presiden Mursi dan kerajaan Islam pimpinannya digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera. Para pemuda-pemudi menggelarkan diri mereka Tamarod atau kumpulan penentang, yang sememangnya tidak mempunyai roh Islam, dengan mudah termasuk dalam jerat dan perangkap yang telah disediakan oleh zionis Israel dengan bantuan bapa angkat mereka - U.S.

Jadi segala plan dah mereka susun cantik. Ambil hati proxy bagi menuju ke matlamat mereka. Bukan kebetulan.

Itu semua Qudratullah Iradatullah menuju ke Al Malhamah Al Kubra yang dibenarkan Allah.

Cuma mereka lupa Pemilik sebenar yang bakal merentap segala apa yang diusahakan mereka. Soon!

Connecting the dots.. Connecting the hadith.

#usrahsantai
Beliau adalah contoh isteri yang sangat mulia, dari ibadatnya dan khidmatnya. Walaupun seorang suri rumah yang sibuk, beliau tak putus dengan solat dan puasa. Begitu juga sentiasa bersama dengan Al-Qur'an. Bagaimanakah kita dengan Al- quran?

Beliau Selalu taat dan sabar dalam mentaati suami dalam setiap kehidupannya. Adakah kita sabar dengan roda-roda kehidupan?

Hidup beliau penuh dengan kesusahan. Tanggungjawab beliau di lakukan dengan sebaik-baiknya di rumah, dari segi, pengurusan rumah & sebagainya, kerana itulah, bertambahnya cinta Sayyidina Ali kepadanya. Selalu muhasabah. Dan selalu minta maaf sebelum tidur. Proses kehidupan perkahwinan. Perlu ada yang mengalah. Pergaduhan itu biasa tapi jangan sampai membawa kebencian. Haruslah selalu memahami antara satu sama lain.

Kisah Sayyidina Ali cemburu kepada siwak Sayyidah Fatimah. Sayyidina Ali mengucapkan kata-kata cinta , iaitu, cemburu beliau kerana kedekatan siwak dengan Sayyidah Fatimah.

Pengurusan rumah Sayyidah Fatimah
-Beliau sapu rumah hingga bajunya kotor.
-Angkat air hingga dadanya sakit.
-Giling tepung hingga luka tangannya.
-Kumpul kayu, setiap hari nyalakan api untuk masak.
-Hingga warna kulitnya berubah.

Kita pula, semuanya sudah dimudahkan oleh Allah. Bagaimana kita pula sifat wanita zaman sekarang? Banyak dikuasai oleh sifat malas dan banyak tidur. Sayyidina Fatimah seorang yang sangat aktif, bersemangat dalam melakukan aktiviti sehariannya dengan menguruskan rumah tangganya & anak-anaknya seorang diri. Sampai satu tahap, Sayyidah Ali ingin mengganti Sayyidah Fatimah. Dan ingin meminta pembantu kepada ayahandanya. Walaupun itu haknya, beliau sangat sangat malu untuk meminta. Pada pertama kalinya, beliau sangat malu dan apabila ditanya beliau berkata hanya ingin bertanya khabar kepada ayahandanya. Pada kali kedua, Sayyidina Ali sendiri yang meminta Rasulullah ﷺ dengan ditemani Sayyidah Fatimah. Rasulullah ﷺ berkata, baginda tidak akan berikan kerana Rasulullah ﷺ nak berikan yang terbaik untuk mereka, (akhirat yang paling terbaik) kepada anaknya berbanding dunia. Yakni baginda ﷺ, menghadiahkan kebahagiaan Akhirat yang diajar oleh Jibril kepadanya:

Membaca selepas solat: Tasbih, Tahmid, Takbir sebanyak 10x setiap satu.
Membaca sebelum tidur: Tasbih 33×, Tahmid 33×, dan Takbir 34x.

Rasulullahﷺ berkata, inilah yang terbaik daripada seorang pembantu, iaitu, khadim yang kamu minta tadi.

Mereka yang mengamalkan Tasbih Fatimiyyah sebelum tidur, akan bangun pagi esok dengan penuh semangat walaupun dia berasa sangat penat dan letih sebelum tidur. Dengan syarat, semasa membaca itu, niatkan, bayangkan kepenatan Sayyidah Fatimah dan niat ingin mencontohi beliau.

الله اعلم
بارك الله فيكم

#usrahsantai
Nafsu lebih jahat daripada 70 ekor syaitan. Dan orang yang kuat adalah yang dapat melawan hawa nafsunya.

Ittaqullah..

#usrahsantai
Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secara beramai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka, beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing. Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja. Dia berkata:
Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah. Para hadirin merasa terhina dan tidak puas hati. Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai, Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.

Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.

Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.

~Ustaz Rahmat Rahman

#usrahsantai
2024/06/03 16:08:23
Back to Top
HTML Embed Code: