Telegram Web Link
โค16๐Ÿ‘5
Di bawah cahaya bulan yang redup, di sebalik bintang-bintang yang bertaburan, ada satu kekuasaan yang tiada tandingannyaโ€”kerajaan Allah SWT. Tiada kerajaan sehebat kerajaan Allah, dan tiada mahkamah seadil mahkamah agung-Nya di padang Mahsyar nanti.

Di dunia ini, kita sering melihat keadilan diadili oleh manusia. Hakim di mahkamah dunia mungkin terkhilaf, namun di mahkamah Allah, setiap amalan akan diperhitungkan dengan teliti dan adil. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Anbiyaโ€™, ayat 47:

"Dan Kami akan meletakkan timbangan yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya). Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan."

Ketahuilah, tiada sesuatu pun yang terlepas dari penglihatan dan pengetahuan Allah. Segala perbuatan baik dan buruk kita dicatat oleh malaikat. Di padang Mahsyar nanti, setiap amal akan diperlihatkan, setiap dosa akan diadili dengan seadil-adilnya. Dalam keheningan malam ini, renungilah bahawa tiada kuasa yang lebih agung daripada kuasa Allah, dan tiada keadilan yang lebih tulus daripada keadilan-Nya.

Ingatlah, kita hanya hamba yang diciptakan dengan penuh kasih sayang, tetapi jangan pernah kita lupa akan tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Di dunia ini, kita diberi peluang untuk berbuat baik, untuk menggapai redha-Nya. Jangan sia-siakan peluang ini, kerana di hadapan mahkamah Allah, tiada siapa yang mampu memberi pertolongan selain amalan kita sendiri.

Sebagai renungan malam ini, marilah kita berusaha memperbaiki diri, memperbanyak amal soleh, dan menjauhi segala dosa. Semoga kita semua diberi kekuatan dan hidayah oleh Allah untuk sentiasa berada di jalan-Nya. Firman Allah dalam Surah Al-Mulk, ayat 14:

"Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahasiakan); dan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui?"

Marilah kita tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah, memohon keampunan dan rahmat-Nya. Sesungguhnya, hanya dengan mengutamakan Allah dalam setiap langkah hidup kita, kita akan mendapat ketenangan dan keberkatan yang abadi.

Jangan pernah meragui keadilan Allah, kerana Dia adalah Hakim yang Maha Adil, dan kerajaan-Nya adalah yang paling agung dan abadi.
โค16๐Ÿฅฐ3
โค38๐Ÿ‘8
[ INDAHNYA PAGI ]

Kecantikan pada akal adalah dengan merenung dan insafi diri.

Kecantikan pada lidah adalah dengan diam.

Kecantikan pada wajah adalah dengan ibadah.

Kecantikan pada hati adalah dengan meninggalkan hasad dengki.

Kecantikan pada perbuatan dengan istiqamah.

Kecantikan pada tutur kata adalah dengan perbuatan.
๐Ÿฅฐ10โค6
๐Ÿ‘12โค5
๐Ÿ‘16โค9๐Ÿฅฐ3๐Ÿ˜1
APA NAK BUAT BILA DIRI SEDANG DIUJI..????

Tenang
banyakkan mengingati Allah, banyakkan zikir, stabilkan diri

Sabar
Allah bersama orang-orang yang sabar

Solat
Walau berat macam mana pun solatlah sujud kepada Allah

Syukur
Syukur kerana kita percaya Allah uji kita tanda dia sayang kita dan untuk angkat darjat kita

Percayalah bila kita hadapi ujian dan kita kembali kepada Allah, kita akan rasa lapang dan jumpa jalan penyelesain ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”
โค12๐Ÿฅฐ7
โค21๐Ÿ‘8
Tinggalkan Yang Tidak Bermanfaat

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ู…ูู†ู’ ุญูุณู’ู†ู ุฅูุณู’ู„ุงูŽู…ู ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุกู ุชูŽุฑู’ูƒูู‡ู ู…ูŽุง ู„ุงูŽ ูŠูŽุนู’ู†ููŠู’ู‡ู

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : Merupakan tanda baiknya Islam seseorang, dia meninggalkan sesuatu yang tidak berguna baginya (Sunan Tirmidzi No: 2239 ) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Termasuk sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara yang mulia dan bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

2. Termasuk sifat seorang Muslim adalah menjauhkan diri dari perkara yang tidak bermanfaat baginya, perbuatan yang sia-sia, serta dosa dan maksiat.

3. Menyibukkkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah sia-sia dan merupakan tanda kelemahan iman contohnya semasa cuti sekolah banyak tidur, asyik dengan bermain game serta menonton video hiburan.

4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Kerana waktu yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan waktu yang ada untuk kerja yang bermanfaat seperti membaca bahan bermanfaat, menulis bagi menghasilkan artikel yang boleh dikongsikan, mengajar anak-anak di rumah dan sebagainya.

5. Jadilah orang bermanfaat kepada orang lain. Hadis Rasulullah SAW

ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฃูŽู†ู’ููŽุนูู‡ูู…ู’ ู„ูู„ู†ู‘ูŽุงุณู

Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)

6. Jadilah kita jika sedang dikuarantin contohnya, bermanfaat seperti Pak Hamka ketika dipenjara beliau berjaya menghasilkan Tafsir al-Azhar. Syed Qutb ketika dipenjara mampu menghasilkan tafsir fi Zilal.

Jom jadikan diri kita bermanfaat khususnya semasa berada di rumah bukan dengan bermain game atau menonton sesuatu yang tidak bermanfaat. Jadilah kita bermanfaat kepada ahli keluarga, sahabat handai juga kepada masyarakat seluruhnya.
โค7๐Ÿฅฐ5
๐Ÿ‘13โค12
2025/10/22 21:45:12
Back to Top
HTML Embed Code: