Telegram Web Link
AMALAN UNTUK MENGHADAPI FITNAH AKHIR ZAMAN

1. Hafal surah Al-Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Baca setiap hari lepas subuh dan sebelum tidur. Juga boleh dibaca selepas solat fardhu.

2. Baca keseluruhan surah Al-Kahfi setiap malam Jumaat atau siang Jumaat.

3. Baca Doa Perlindungan dari 4 perkara selepas Tahiyyat Akhir sebelum salam.

4. Zaman Dajjal nanti tak ada makanan. Kita lapar. Baca surah Yassin niat untuk kenyang.

AMALAN SEBELUM TIDUR.

1. Baca Ayat Kursi.
2. Baca 2 ayat terakhir Al-Baqarah.
3. Baca 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir Al-Kahfi.
4. Baca surah Al-Kafirun 3x.
5. Baca surah Al-Ikhlas 3x.
6. Baca surah Al-Falaq 3x.
7. Baca surah An-Naas 3x.
8. Baca Bismillah 21x atau 41x.
9. Baca 2 ayat terakhir surah At-Taubah 11x.
10. Last sekali ditutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

AMALAN LEPAS SOLAT SUBUH.

1. Baca surah Al-Qadr 11x.
2. Baca surah Al-Fill 11x.
3. Baca surah Al-Ikhlas 11x.
4. Baca Bismillahillazi La Yadurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardhi Wala Fis Sama'i Wahuwas Sami’ul Alim 41x.

Dari Kuliah TG Syeikh Muhammad Zainul Asri

Boleh ditambah lagi dalam list amalan sebelum tidur dengan Zikir Fatimah dan bacaan Surah Al-Hadid, As-Sajdah juga Al-Mulk. Akhir sekali tutup dengan mengucap dua kalimah Syahadah.

Semoga bermanfaat dan istiqomah.

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin 🤲
9🥰6
Forwarded from اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيد نامحمد💕
12👍9
13👍6
BUKAN KETURUNAN YANG MENGANGKATMU, TAPI AMALMU

Dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, ia berkata:

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa yang amalnya memperlambat (menghalang) dirinya, maka nasabnya (keturunannya) tidak akan mempercepatnya.”

Shahih Muslim, no. 2699

Imam Ibnu Baz rahimahullah berkata:

“Yang dimaksud dengan ‘barang siapa yang amalnya memperlambat dirinya’,
yaitu: barang siapa yang lambat dalam beramal soleh dan tertinggal dari kebaikan, maka nasabnya tidak akan membuatnya cepat (mendekat kepada Allah).

Orang yang terlambat dalam solat, sedekah, jihad, dan amal-amal kebaikan lainnya — tidak akan tertolong oleh nasabnya. Tidak bermanfaat baginya apakah ia keturunan para nabi, atau anak orang kaya, atau anak para ulama —
yang bermanfaat hanyalah amalnya.”

Syarḥ Riyāḍ aṣ-Ṣāliḥīn
15👍3
17👍6
MENGAPA ALLAH MENJAUHI KITA

Saidina Umar Al-Khattab berkata: "Empat sebab Allah menjauhkan diri dari kamu,"

Pertama:
"Ketika dunia lebih kamu cintai daripada Allah SWT."

Kedua:
"Ketika kamu mengulangi dosa tanpa ada rasa penyesalan."

Ketiga:
"Ketika ibadah kamu kosong tanpa hati."

Keempat:
"Ketika amal kamu hanya untuk mendapat pujian manusia."

"Maka janganlah kamu salahkan Allah apabila pertolongan-Nya terasa jauh, kerana hati kamulah yang lebih dahulu meninggalkan-Nya."
11🥰3
Forwarded from اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيد نامحمد💕
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
15👌4
Forwarded from اللهم صل علي سيدنا محمد وعلي ال سيد نامحمد💕
18👍4
Ujian Hebat Untuk Orang Yang Hebat

Ujian yang Allah s.w.t. turunkan sesuai dengan tahap kemampuan dan keupayaan setiap hambaNya.....

Jika tidak hebat mana mungkin sebuah pengembaraan dan perjalanan hidup diteruskan walau sejuta rintangan dugaan halangan dan juga ujian yang menimpa bertubi tubi tetap kuat dan yakin dengan ketetapan Yang Maha Esa tetapkan dari luh mahfuh lagi.....

Yakinlah dengan apa yang telah Allah s.w.t. telah tetapkan kepada kita....

Ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita....Nikmat dan kemanisannya hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui...

Yakinlah pasti ada kemenangan disetiap perjuangan...

Pasti ada kejayaan disetiap kegagalan....

Pasti ada kemuliaan disetiap ujian....

Pasti ada kepuasan di setiap kekecewaan....

Dan pasti ada kebahagiaan di setiap penderitaan...

Ingatlah setiap Ujian dari Allah boleh datang dalam macam2 bentuk...

Setiap ujian yang kita dapat menentukan kehidupan kita di masa hadapan...

Ketika ujian datang Allah tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat...Allah hanya meminta kita sabar dan solat...

Sesungguhnya "Perjalanan untuk mencapai redha dan barakah Allah itu sangat memerlukan kekuatan , ketabahan , kesabaran dan mujahadah yg hebat

Ingat apabila Allah berpuas hati dgn kesungguhan kita bila² masa DIA boleh berikan apa yg kita nak ."
🥰65
👍136
MENGAPA KITA DI PERINTAHKAN BERSHOLAWAT

Kalam Abah Guru Sekumpul :

Tidak putus rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada Nabi Muhammad ﷺ sekalipun kita tidak bershalawat minta tambahkan rahmat kepadanya, tetap Allah akan senantiasa merahmati kekasihnya,

Lalu kenapa kita bershalawat, sedangkan Nabi Muhammad senantiasa mendapat sholawat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala ?

Maka jawabannya adalah shalawat serta salam itu akan kembali kepada diri kita sebagai rahmat dan keselamatan yang membacakan shalawat atas Rasulullah ﷺ,

Dan sesungguhnya shalawat itu ialah membersihkan akan segala amal kita,,

Sebab lainnya lagi dengan sholawat itu ialah mengabulkan do'a yang kita panjatkan karena termuat di dalamnya shalawat kepada kekasih Allah SWT di awal dan di akhir do'a,

Dan hakikatnya, sebab kita bershalawat akan kekasih Allah Subhanahu Wa Ta'ala  itu ialah bentuk bakti kita kepada beliau.

Oleh karena itu hendaklah kita jangan sampai lepas dari selawat
🥰54
17👍7
MESEJ DISEBALIK USIA

Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

Akhirnya ...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua;

● Diberkati usia
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Amiin ya Robbal alamin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit: Ustaz Iqbal Zain
13🥰5
2025/10/25 18:32:40
Back to Top
HTML Embed Code: