Telegram Web Link
๐Ÿ‘20โค5
Kalau anda seorang jurutera, jadilah jurutera yang membaiki hati manusia.

Sekiranya anda seorang doktor, jadilah doktor yang merawat jiwa manusia.

Sekiranya anda seorang penyapu sampah, sapulah dosa-dosa di dalam diri seorang manusia.

Sekiranya anda seorang pemimpin , jadilah pemimpin yang adil dan berkhidmat untuk rakyat.

Siapa pon anda, tinggalkanlah kesan yang bermanfaat pada orang lain....
๐Ÿฅฐ14โค8
๐Ÿ‘15โค9
SYURGA MAHRIFAT

Rupa-rupanya didunia ini lagi Allah swt telah memberikan 'SYURGA' kepada kita.

Syurga itu dinamakan "Al Jannatul 'Ajilah ุงู„ุฌู†ุฉ ุงู„ุนุงุฌู„ุฉ" (Syurga yang disegerakan) iaitu HATI YANG SEJAHTERA.

Mereka yang mendapatkan 'Syurga' ini akan sentiasa merasa Tenang, Bahagia dan Gembira dengan hidupnya didunia ini.

- Bila diberi Nikmat dia bersyukur.
- Bila kekurangan dia bersabar.
- Bila diuji dia bersangka baik.

Bahkan...

- Bila disakiti dia memaafkan.
- Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.

Pemilik 'Syurga' ini sentiasa merasa TENANG didalam apa jua keadaan sekalipun, baik keadaan susah mahupun keadaan senang.

Bahkan Ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain yang bersama dengannya.

Beruntunglah kepada sesiapa yang memiliki 'Syurga' ini.

Kata AHLI SUFI,

Sesiapa yang ingin merasai Syurga Hakiki di akhirat nanti, maka dia perlu merasai 'Syurga' ini terlebih dahulu.

Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai Syurga ini, maka dia tidak akan merasai Syurga yang Hakiki kelak.

Ini berdasarkan firman Allah swt;

*ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽู†ููŽุนู ู…ูŽุงู„ูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุจูŽู†ููˆู†ูŽ (88) ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุชูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุจูู‚ูŽู„ู’ุจู ุณูŽู„ููŠู…ู (89)*

"(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.โ€
(QS. Asy Syuโ€™araโ€™ : 88-89)
Ashabul Kahfi
โค11๐Ÿฅฐ10
๐Ÿ‘13โค8
*DIA EMAK KITA*

Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.

Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.

Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedarยฒ lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.

Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahuยฒ dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.

Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.

Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anakยฒnya.

Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.

Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.

Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.

Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anakยฒnya.

Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.

Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.

Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.

Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.

Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.
๐Ÿฅฐ13โค10๐Ÿ˜ญ8
๐Ÿ‘15โค4๐Ÿฅฐ2
๐Ÿฅฐ14โค5๐Ÿ‘5
Lembaga Zakat Selangor pernah buat kajian, 70% asnaf tidak solat Subuh. Kalau yang fardhu pun tak buat, yang sunat apatah lagi.

Ironinya orang yang kaya raya, jutawan dan seumpamanya sangat menjaga solat. Bahkan saban malam bangun tahajud, solat sunat dan seumpamanya.

Ustaz Yaakub Yusra pernah buat satu group yang dinamakan 4am Club. Pada jam 4 pagi staff MADAD akan call untuk kejutkan semua peserta.

Semua pakat bangun ambil wuduk, solat sunat, join zoom untuk mengaji Quran, tazkirah dan seumpamanya. Beribu-ribu orang join dalam zoom dan LIVE di wall beliau.

Ramai jutawan ternama tanah air join 4am Club ni. Yang bayar zakat lebih RM1j setahun pun ada juga. Meriah sungguh groupnya. Saban malam jutawan-jutawan ini hadir tanpa gagal mengikuti tazkirah, mengaji, dan mendekatkan diri dengan agama.

Patutlah Allah bagi mereka makin kaya dan berjaya. Kerana saat mereka kaya, mereka makin dekat diri dengan Tuhan.

Anehnya, ramai yang susah dan kategori asnaf ni jauhkan diri dari agama. Tidak suka hadiri kuliah, tidak suka bangun tahajud, bahkan solat fardhu pun culas.

Sepatutnya bila susah, makin dekatkan diri dengan Allah. Kerana semua rezeki ada padaNya. Mohon sungguh-sungguh, usaha betul-betul, InsyaAllah suatu masa Allah makbulkan semua doa.

Sekecil apa pun rezeki kamu, syukurilah. Baru Allah kirim rezeki yang lebih banyak. Ada satu hadis berbunyi,

'Barangsiapa tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri yang banyak'

Jaga solat. Doa sentiasa. Syukur dengan setiap apa yang kita ada. Itulah kuncinya.

Selamat pagi dunia!

#MFS
- Pesan aku pada diriku -
๐Ÿ‘15โค10
โค18๐Ÿ‘12
10 nasihat penting pada anak lelaki dan perempuan kita

1. Ibu takkan selama ada bersamamu. Anak lelaki tolong lindungi adik beradik perempuan dan anak perempuan tolong bantu adik beradik lelaki

2. Maruah adik beradik terutamanya adik beradik perempuan adalah maruah keluarga. Jika ternampak kesalahan, terus tegur dengan cara berhikmah. Jangan diamkan kerana diam pada perkara mungkar dan salah itu suatu kegagalan dalam hidup

3. Jangan jadikan harta sebagai berhala dalam hidup kita. Tanda harta menjadi berhala adalah apabila kita sanggup menikam dan berbalah sesama adik beradik hanya kerana harta dunia yang sementara

4. Jagalah lidah sesama adik beradik. Walaupun terkadang bertikam lidah tetapi setidaknya jangan sampai menghancurkan hati dan jiwa selumatnya hingga ia tak mampu lagi sembuh dengan sempurna

5. Ianya okay untuk sesekali bergaduh kecil cuma jangan sesekali untuk akhiri pergaduhan tersebut dendam kerana dendam itu sifatnya merosakkan dan menghancurkan

6. Lapangkanlah jiwa untuk memaafkan sesama adik beradik kerana hanya dengan kemaafan banyak isu perbalahan dalaman adik beradik dapat diselesaikan

7. Bersedekahlah sesama adik beradik melebihi sedekah kita pada mereka yang di luar sana kerana itu lebih utama

8. Bantulah sesama adik beradik ketika ayah dan ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Yang susah doakan yang senang, yang senang bantu yang susah

9. Jangan putuskan tali persaudaraan sesama adik beradik hanya kerana sengketa yang sedikit kerana hubunganmu adalah hubungan darah yang takkan putus buat selama lamanya

10. Berpesanlah pada adik beradik untuk selalu mendoakan ayah dan ibu kerana di alam sana nanti ayah dan ibu sangat mengharapkan doa daripada kamu......Tanyalah Ustaz

Kredit: Mohd Ibrahim..
โค16๐Ÿฅฐ3
๐Ÿ‘15โค5๐Ÿ˜ญ4
Kehidupan dunia hanyalah sementara,rugilah kita hanya sibuk akan dunia sehingga lupa membawa bekalan ke akhirat nanti.

Harta dunia tidak boleh dibawa ke sana,usahlah berbanga dengan kekayaan yang dimiliki kerana semua itu akan hancur.

Usahlah kita tertipu dengan dunia,dunia ibaratkan lapisan dalamnya tipu daya,suatu menglaghakan dan lapisan luar dihiasi dengan benda2 yang indah dan mempersonakan sehingga kita lupa dan lalai oleh dunia.

Dalam kita mencari dunia,carilah juga akhirat di dalam dan berbekal lah amalan2 soleh yang menjamin kebahagiaan kita di sana nanti.

Dan janganlan kita kaya didunia tetapi miskin diakhirat dengan tidak membawa bekalan apa2 pun disana.
๐Ÿฅฐ7โค6
๐Ÿ‘11โค10๐Ÿ˜ญ7
2025/10/23 09:03:54
Back to Top
HTML Embed Code: