Telegram Web Link
Manusia tak semua TAHU.
Dah tahu tak semua FAHAM.
Dah faham belum tentu SEDAR..

Allah Yg Maha MEMBENARKAN segala tindakan dan Ibadah kita.

Di akhir zaman ini .
Jaga AKIDAH
Tambah IBADAH

banyakยฒ doa dan amal doa
Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",๐Ÿ‘ˆ

(Al-Israa' 17:80) 
๐Ÿฅฐ8โค7
โค25๐Ÿ‘15
โค16๐Ÿ‘5๐Ÿฅฐ4
Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Pernah tak kita rasa bangga sangat dengan kejayaan yang kita capai? Alhamdulillah, itu memang bagus! Tapi, jangan lupa satu perkara penting, kita bukan insan yang hebat sebenarnya... tapi Allah Yang Maha Hebat yang telah membantu kita.

Setiap kali kita berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran, atau apa saja, ingatlah bahwa itu semua adalah dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kehendak-Nya, apa pun tak mungkin terjadi.

Kadang-kadang, kita mudah terbawa dengan kejayaan dan lupa untuk berterima kasih kepada-Nya. Kita mungkin fikir semua itu hasil usaha keras kita sendiri. Tapi sebenarnya, siapa yang memberi kita kekuatan, kesihatan, akal untuk berusaha? Semua itu adalah kurniaan dari Allah.

Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sebuah hadis:

ูƒูู„ู‘ููƒูู…ู’ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ููŽู‚ููŠุฑูŒ

Maksudnya; "Kamu semua adalah fakir (memerlukan) kepada nikmat Allah."

Hadis ini mengajar kita bahawa dalam apa jua keadaan, kita semua memerlukan pertolongan dan nikmat Allah. Jadi, bila kita berjaya, janganlah kita terlalu bangga. Sebaliknya, gunakan kejayaan itu sebagai cara untuk bersyukur dan membantu orang lain.

Mari kita berdoa:

ูŠูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ุจููƒูู„ู‘ู ูƒูŽุฑูŽู…ููƒูŽ ูˆูŽููŽุถู’ู„ููƒูŽุŒ ุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู…ูู†ูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุงูƒูุฑููŠู†ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุชูŽูˆูŽุงุถูุนููŠู†ูŽ

Maksudnya; "Ya Allah, dengan segala kemurahan dan kurnia-Mu, jadikanlah kami termasuk orang-orang yang bersyukur dan rendah hati."

Semoga kita sentiasa diingatkan untuk tidak terlalu bangga dengan kejayaan kita dan selalu ingat pada Yang Maha Kuasa yang telah membantu kita. Amin!
โค13๐Ÿฅฐ5
โค24๐Ÿ‘8
Dunia hanya sementara...

Janganlah bangga dengan wajah cantikmu, sebab semua akan pudar seiring waktu berjalan, sebab wajah terakhirmu tengkorak.

Jadi jangan kamu menjadi sombong kerana kelebihan yang kau miliki tapi syukurilah, kerana kelebihan yang kau miliki sedikit tidaknya akan mempermudah kamu meraih segalanya, tapi tetaplah tawadhu rendahkan hati.

Cintailah orang2 di sekitarmu, tak ada yang boleh kamu bawa pulang selain hanya amal dan ibadahmu.

Semua apa yang kamu punya di dunia akan kamu tinggalkan, termasuk keluarga dan hartamu.

Sebab harta kamu hanya akan jadi harta rebutan waris.

Bangga itu masih muda boleh berusaha sendiri.

Bangga itu masih muda tak meminta wang dari orang tua.

Bangga itu masih muda sudah bikin bangga orang tua.

Jadilah manusia yang bijak dengan tidak tergantung pada orang lain.

Allah mencinta hamba hamba2nya yang sabar dalam berusaha tabah dalam ujian dan rajin dalam menuntut, baik menuntut ilmu agama agar hidup berguna bagi alam semesta.
๐Ÿฅฐ12โค8
โค16๐Ÿ‘11
JOM BERSIHKAN HATI.

"HATI BERSIH HIDUP BAHAGIA"

๐ŸŒผ Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

๐ŸŒผJangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

๐ŸŒผJangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

๐ŸŒผJangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

๐ŸŒผJangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

๐ŸŒผ Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

๐ŸŒผ Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

๐ŸŒผJangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

๐ŸŒผJangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

๐ŸŒผJangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik uuntuk hambaNya.
๐Ÿฅฐ16โค9
๐Ÿ‘20โค10๐Ÿ˜1
Semakin redha kita pada ujian dari Tuhan, semakin tenang kita menerima setiap ketentuan.....

Ketenangan itu akan terbina hasil dari pengalaman, yang tawar dan yang pahit....

Jadi biasakan diri dengan yang pahit, kerana yang kelat kadang jadi penawar dan banyak yang manis boleh jadi punca penyakit.....

Dunia ini penuh dengan ujian dan dugaan.
Sabar dan tempuhilah dengan redha.
Semoga ia menjadi suatu pengajaran dan pengalaman bermakna dalam hidup.

InsyaAllah
Muhasabah Diri
๐Ÿฅฐ12โค7
๐Ÿ‘15โค8
UJIAN, tidak semestinya ujian itu susah sahaja bahkan senang itu juga adalah ujian.

Orang beriman itu tidak dapat dipisahkan dengan ujian. Semakin tinggi imannya, semakin banyak pula ujiannya. Apabila disebut kalimah ujian, ia bukan hanya bermakna susah, perit, penat atau derita sahaja. Bahkan senang, bahagia, selesa atau sihat juga merupakan ujian. Ingat tu!

Oleh itu, semakin tinggi iman seseorang, dia akan sentiasa diuji. Cuma bila dia diuji, bantuan Allah akan datang kepadanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik.

Walaupun diuji dengan kepayahan atau yang memeritkan sekalipun, orang beriman itu tetap dapat bertahan hidup. Tetap Allah Tuhannya, Muhammad Nabinya & Islam agamanya. Tiada kes bunuh diri bagi kamus hidup orang beriman. Lihat sahaja saudara se-Islam kita di bumi Palestin & Syria sebagai contoh. Walaupun mereka di bumi perang, mereka dikuatkan Allah untuk bertahan.

Maka marilah kita berusaha menjadi hamba Allah yang beriman.

Jangan takut diuji. Kerana setiap kali diuji, ALLAH ADA untuk membantu. Diberi ujian agar kita tidak mencintai dunia.

Ketahuilah bahawa apabila mati seorang anak adam yang beriman & beramal soleh, maka syurgalah tempat kembalinya. Di sanalah tempat tinggalnya yang kekal abadi, sebuah tempat yang bahagia tanpa sengsara.

Sahabat, jangan terlampau sedih apabila diuji dengan kesusahan & jangan leka lalai apabila diuji dengan kesenangan ya...

Alhamdulillah ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ
๐Ÿฅฐ9โค8
๐Ÿ‘14โค9
โค11๐Ÿฅฐ11
MERANTAULAH....

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak karena diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tidak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tidak tinggalkan busur, tidak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam.

Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan iaitu menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.
๐Ÿฅฐ14โค11
2025/10/28 10:34:03
Back to Top
HTML Embed Code: