Telegram Web Link
UJIAN, tidak semestinya ujian itu susah sahaja bahkan senang itu juga adalah ujian.

Orang beriman itu tidak dapat dipisahkan dengan ujian. Semakin tinggi imannya, semakin banyak pula ujiannya. Apabila disebut kalimah ujian, ia bukan hanya bermakna susah, perit, penat atau derita sahaja. Bahkan senang, bahagia, selesa atau sihat juga merupakan ujian. Ingat tu!

Oleh itu, semakin tinggi iman seseorang, dia akan sentiasa diuji. Cuma bila dia diuji, bantuan Allah akan datang kepadanya. Sesungguhnya Allah itu Maha Baik.

Walaupun diuji dengan kepayahan atau yang memeritkan sekalipun, orang beriman itu tetap dapat bertahan hidup. Tetap Allah Tuhannya, Muhammad Nabinya & Islam agamanya. Tiada kes bunuh diri bagi kamus hidup orang beriman. Lihat sahaja saudara se-Islam kita di bumi Palestin & Syria sebagai contoh. Walaupun mereka di bumi perang, mereka dikuatkan Allah untuk bertahan.

Maka marilah kita berusaha menjadi hamba Allah yang beriman.

Jangan takut diuji. Kerana setiap kali diuji, ALLAH ADA untuk membantu. Diberi ujian agar kita tidak mencintai dunia.

Ketahuilah bahawa apabila mati seorang anak adam yang beriman & beramal soleh, maka syurgalah tempat kembalinya. Di sanalah tempat tinggalnya yang kekal abadi, sebuah tempat yang bahagia tanpa sengsara.

Sahabat, jangan terlampau sedih apabila diuji dengan kesusahan & jangan leka lalai apabila diuji dengan kesenangan ya...

Alhamdulillah 🥰🥰🥰
🥰98
👍139
11🥰11
MERANTAULAH....

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak karena diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tidak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tidak tinggalkan busur, tidak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam.

Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tidak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan iaitu menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.
🥰1311
👍1512
Ada masa kita terpaksa lepaskan sesuatu bukan sebab dah tak sayang, tapi sebab kita akhirnya faham bahawa bukan semua yang kita mahu itu baik untuk jiwa kita.

Redha bukan bermakna berhenti berharap,
tapi belajar percaya bahawa takdir Allah sentiasa lebih indah daripada apa yang kita rancang.

Kerana terkadang; perpisahan pun sebenarnya satu bentuk perlindungan.
12🥰10
👍2417
Percayalah, hanya orang yang hebat dapat memaafkan kesalahan orang lain. Kadangkala Allah sengaja menguji kita dengan sahabat sendiri untu melihat tahap kesabaran kita.

Maka bersabarlah! Allah suka akan hamba-Nya yang bersabar. Allah nak bag pahala pada kita saat kita memaafkannya dan melupakan kesilapannya.

Mungkin juga Allah nak tegur kita dek kerana tanpa sedar kita pernah buatkan orang lain rasa sakit hati. Maka, inilah masanya Allah beri kita rasa yang sama seperti apa yang dirasai orang tersebut.
8🥰8
10👍9
SOLAT ITU ACUAN SIFAT & DIRI
Bagaimana kita membentuk keadaan solah kita, begitulah nilai diri kita

Apabila kita perbaiki solah, kita sedang perbaiki seluruh hidup kita

Hakikat solah itu ada dua bahagian:
Khusyuk & Khudu.
Sebelum baca senarai kedudukan diri yang ada pada solah,mari kita ketahui makna khusyuk & khudu

KHUSYUK
Tawajuh (tumpuan) & tawadhuk (rendah hati) kepada Allah, merupakan jalan capai hakikat khusyuk (yang mana hanya ada dalam solah)

KHUDU
Bawa sifat sifat dalam solah keluar solah, bagaimana nak bawa? Setiap kali kita lalui jalan jalan mencapai kekhusyukan dalam solah Allah akan zahirkan ia pada kehidupan kita (pada luar solah)

❇️ Bagaimana kita lalai dalam solah begitulah lalainya kehidupan kita

❇️ Apa yang terlintas dalam hati fikiran kita dalam solah itulah yang telah kita zikirkan kedalam hati sepanjang hari

❇️ Apa yang kita risau/takutkan didalam solah akan membentuk keimanan kita diluar solah (maka hati hati)

❇️ Sentiasa nafi makhluk & isbat Allah didalam solah kerana pintu hati terbuka lebih luas didalam solah berbanding kita berzikir (diluar solah)

❇️ Paling mudah untuk buat hafal quran adalah dalam solah, maka buatlah hafalan pada solat2 sunat

❇️ Sambil lewanya gerakan kita dalam solah, begitulah sambil lewanya muamalah & muasyarah kita sesama manusia (diluar solah)

❇️ Allah akan beri sifat kepimpinan pada IMAM yang amanah (sebelum tadbir, ia melihat barisan/kesediaan makmum sebelum mulakan solah) Jangan terus takbir tanpa melihat kesediaan makmum (sifat penting diri akan terbina)

❇️ Rengangkan barisan jemaah dalam solah tanpa alasan/halangan munasabah, Allah akan cabut kesatuan ummah dalam hati mereka

❇️ Tiada kesungguhan jaga kualiti solah akan menimbulkan sifat munafik

❇️ Mereka yang SENGAJA meninggalkan solah tanpa rasa kesal, adalah orang yang fasiq, ini tanda tiada sedikitpun kecintaan/keinginan pada agama Allah

❇️ Apabila tiada keinginan pada agama, sekalipun Rasulullah ‎ﷺ‎ bersemuka dakwah, mereka tidak akan mampu sahut bahkan, boleh jadi ia menentang

❇️ Jika kita dengar laungan azan,
tidak terlintas sedikit pun dihati untuk mendirikan solah, begitulah hidayah bagi kita, tiada sedikitpun layak diberi petunjuk

❇️ Siapa yang menitik beratkan kesempurnaan bacaan surah didalam solah, akan dibangkitkan ketaqwaan pada hidupnya (diluar solah)

❇️ Orang yang suka melambatkan solah dengan sengaja tanpa sebab, hidupnya tiada keberkatan segala pekara akan jadi sulit buatnya begitulah sebaliknya

❇️ Apabila beratnya kita nak pelihara solat, begitulah beratnya bantuan Allah/kemudahan urusan bagi kita

❇️ Pelihara adab didalam solah, supaya kita dikurniakan akhlak (diluar solat)

❇️ Nak hubungan suami isteri sekufu & barakah, ambil peluang berjemaah bersama
(Khasnya solat sunat, solat fardhu di rumah jika ada halangan dimasjid bagi lelaki)

❇️ Selepas solah itu doanya mustajab seperti di Raudah/Sisi Kabbah, maka jika lepas solah jangan dibiarkan kosong dari wirid & doa.

Wallahua’lam
Penulisan: Aki Naszeri
Sumber: Pelbagai & kaedah dipetik dari hadis/sirah
8🥰7
👍1714
Ujub

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang berjawatan tinggi, kagum dgn jawatannya.
Orang yg bijak berpidato, kagum dgn pidatonya,
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Orang yang pandai masak, kagum dengan masakannya.
Orang yang pandai menjahit, kagum dengan jahitannya.
Orang yang pandai menghias, kagum dengan hiasannya.

Walhal semua kelebihan atau keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan r ambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”
(HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Nukilan Ust Kay

Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi
6👍5🥰3
👍1310
Mensyukuri Nikmat

Tidak perlu rasa cemburu dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

Sebaliknya kita mensyukuri nikmat apa yang diberikan pada kita.

Ingatlah bahawa lahirnya kita telah dicatat sebaik baik perjalanan.

Redha dan sentiasa belajar untuk mengerti apa itu bersyukur.

InshaAllah, akan terasa keindahanNya.
13🥰7
17👍9
2025/10/22 18:24:39
Back to Top
HTML Embed Code: